Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Monday, March 25, 2013

Sekadar Renungan: Berhemah Dalam Menegur.

~Assalammualaikum korang~

Tazkirah nie aku ambik dari sini
Same2lah kira renung2kan untuk peringatan kita bersama...

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ''Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun." Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

1. Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.

2. Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik."

3. Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
''Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."

4. Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai 'orang perantaraan' bagi menjelaskan sesuatu perkara.
Panduan
Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah;
  • tidak merendahkan ego orang yang ditegur
  • mencari waktu yang tepat
  • memahami kedudukan orang yang ditegur
5. Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

6. Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.

7. Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.
Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,
''Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk."

8. Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.
Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
''Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut."

9. Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.
Rasulullah s.a.w bersabda,
''Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan''.

10. Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.
Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.

11. Dalam buku Ihya 'Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.

12. Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.

Bangga
Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) - kedua-dua adalah penyakit yang boleh 'mematikan' hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.

Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.

Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.
Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat."


Berikut ini tips menegur bawahan dengan bijak :
sumber dari:  halaqah.net
  1. Kumpulkan Informasi Akurat (Maksud Akurat: teliti; saksama; cermat; tepat benar)
  2. Dalam menegur seseorang, anda harus memiliki alasan dan informasi yang akurat, tanpa hal ini anda bisa dianggap sewenang-wenang. Tapi ingat, jangan mencari-cari kesalahan orang lain, artinya ada harus menegur secara obyektif.
  3. Tegurlah Segera
  4. Jangan menunda-nunda waktu untuk menegur, karena hal ini akan berakibat si pelanggar merasa itu bukan kesalahan dan kemungkinan akan dicontoh oleh bawahan yang lain.
  5. Lakukan Secara Personal
  6. Ingatlah, jangan pernah menegur ditengah orang banyak dan dengan bantuan orang lain, lakukan empat mata, pilih tempat yang melindungi privasi, bersikaplah profesional, jangan mempermalukan orang tersebut didepan orang lain.
  7. Fokus Pada Persoalan
  8. Teguran hendaknya jangan melenceng dari persoalan, artinya jangan menyinggung hal-hal yang tidak ada kaitannya dengan masalah pokok, apalagi masalah pribadi. Selain itu jangan mengungkit kesalahan dimasa lalu, karena hal tersebut akan mengesankan bahwa anda seorang pendendam.
  9. Dengarkan Pembelaannya
  10. Beri kesempatan pada orang yang anda tegur untuk memberikan penjelasan, hal ini juga membantu anda dalam memecahkan persoalan dan memberikan solusi. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan lagi, hanya karena mereka tidak tahu apa keinginan anda.
  11. Lakukan Dengan Tegas & Adil
  12. Teguran harus dilakukan dengan tegas dan adil, jangan hanya menegur orang yang tidak anda suka, jika anda hanya menegur orang-orang tertentu, anda akan dicap pilih kasih dan tidak adil. Hal yang tidak kalah penting, dalam menegur tunjukkan sikap untuk membantu, bukan menghukum.
  13. Buatlah Komitmen Perbaikan
  14. Bicarakan solusi yang yang dapat anda & dia lakukan untuk perbaikan kedepan, buat kesepakatan, tentukan batas waktu. Akhiri prosedur pemberian teguran dengan saling pengertian, kemudian lihat perbaikan yang dilakukan.





Friday, March 22, 2013

Putera Kodok


Saje nak share ngan korang gambar 'Putera Kodok' ai...



!^_^!






!^___^!!^___^!







!^_____^!!^_____^!!^_____^!







!^_______^!!^_______^!!^_______^!!^_______^!







!^_________^!!^_________^!!^_________^!!^_________^!






!^_________^!!^_________^!!^_________^!!^_________^!


hahhaaaaaa...hhhaaaaaaa.....


SALAM & VERY GOOD MOWNINK UOLZZ..!!!





Tuesday, March 19, 2013

Why Czer?

Choyyy!!!! dah braper malam aku tak bole tido ni. Bile mata lelap, otak pulak merayap entah kemana. Macam2 aku pikir skunk nie. Xpecially nak menempuh pengalaman beranak kali ni. Macam nebes lain macam jer rasenye.

Kali ni pun aku bersalin cara czer. Memang aku tak bole beranak cara normal. Doc tak advices & xnak ambik risk. KENAPA?? haaahhaaa.. terror tak aku, bole bace pikiran korang. MUahhhaaa.. #tepukbahusendiri

Sebabnye...
Aku penah ada xperience 'FIBRIOD' sebelum aku kawin lagi. Besar jugaklah. Kedudukan dia memang betul2 dalam rahim, dalam bahagian peranakkan. Meh ler aku citer sikit pengalaman fibroid yang penah aku tempuh. Aku tak ingat umur aku brape time tu, rasenye aku kene mase aku baru habis study & baru dapat keje time tu. 'NORMAL' bagi aku kalau setiap kali period WAJIB kene senggugut. Tapi bile ambik ponstan, bertugku & kasi lelap skejap, pastu akan ok. 

  pinjam kat google

Tapiiiiii mase nak kene 'fibroid' tu simptom dia lain sikit. Bleeding tak henggat, macam orang tumpah darah & kuar berketul2 darah beku bentuk dia macam hati ayam (sorry!) & jangka masa period agak lame. Sampai mak aku pun dah cuak time tu, udah kenapa aku cmgitu. Terus mak aku ajak refer HUKM. Biasalah HUKM time tu, urmmm... aku nie dah macam bahan ujikaji dah. Banyak pelatih kat situ, sampai letih aku nak jawab soklan2 dorang lepas sorang2 yang datang. Mase doc  sahkan aku ada fibroid tu, doc bagi aku 2 option. 1 BUANG RAHIM & SECOND MAKAN UBAT nak tengok dia makin membesar ker tidak. Sekiranya fibroid tu semakin membesar, makanye RAHIM PERLU DI BUANG. (Senangkan??!!)

Mase aku kene tu, memang jaraaaaannngggg dengar & kurang pendedahan pasal 'fibrod' nie.  Doc bagi ubat & dia suh datang lagi 3 or 4 bulan kemudian. Nak nengok progress. Disebabkan bleeding, doc detect kene animea pulak. Dah pulak aku kene  ulang alik ke hospital untuk ambik ubat tambah darah (macam wat dialisis) kene ambik selama seminggu. ppfuhh!!. 

pinjam kat google
 ~ Lebih kurang camginilah rupe fibroid yang kuar dari rahim aku ~

Pastu mak aku tak puas hati, dia bawak aku refer kat Klinik Pakar Samuel area Jalan Tun Razak berdekatan ngan Pudu. Kat situ dorang detect ada ketumbuhan tak silap aku dalam 5cm cmgitu dalam rahim aku. Soklan pertama doc tanya aku Dah Kawin? of course ar blum kan. Compius gak aku time tu ngan soklan doc, aper kaitannye. Kalau belum, kita taknak usik rahim u & kita akan cuba selamatkan. Sebabnye u blum ada 1 zuriat lagi. If u dah kawin, memang kita akan buang rahim u. Tapi kita akan cuba sebaik mungkin. Mungkin kita akan guna teknik scoop (macam scoop eskrem), kita tak usik rahim u, kita just buang ketumbuhan jer. pastu kita kasi jahit rahim u. Kedudukan ketumbuhan u, betul2 dalam rahim. Jaminan u nak ada bb after u married, i tak bole nak cakap.  GULP!!  time tu, aku pandang mak aku, macam2 perasaan ada. Time tu aku hanya mampu berdoa jerlah & mak aku pun bagi green light kat doc daripada aku berterusan macam nie, darah pun banyak kuar. Petang tu jugak buat operation.. Yang syahdunye mase sebelum masuk bilik O.T, aku siap cakap ngan boifren aku (My laling dulu, kini & selamanya), suh dia carik girlfriend lain supaya dia tak menyesal kemudian hari (drama sangat mase tukan..), atas sbb yang dinyatakan oleh doc tadi. Uhhuuuuu.... Sedey hokey! Siap aku suh, kakak aku cakap ngan dia lagi. Aku takut dia nyesal tunggu aku. (Kononye) Muahhahaaaa.. Bile ingat balik, geli hokey ayat camgitu. Hhaaaahhaaaa... Tapi Alhamdulillah dia tunggu aku untill now. I luve u laling!

 pinjam kat google


Alhamdulillah, lepas buat operation tu, after 2, 3 year aku get married.  Ooppsss lupe lak nak story, fibroid yang kuar dari rahim aku tu size dia adalah kecik sikit dari bekas taufufa. Yang bekas plastic transparent tu. Macam mane aku tau?? Doc tu, siap letak kat dalam bekas tu lagi.. hahahaaaa... suh aku bawak balik. Tak kose aku.

Mase nak kawin pun, aku ada cakap ngan dia, let's say Allah tak bagi kita anak, macam mane? then wollz dah siap decide nak ambik anak angkat. Jauh benor planning kitaorang time tu. Aku percaya qada & qadar Allah, Kalau DIA nak bagi anytime. Lepas kawin, aku tak tunggu lame, 3 bulan aku disahkan peknen. Alhamdulillah.. After 9 months peknen, doc pakar SDMC decide aku memang tak bole beranak secara normal. Kalau aku beranak secara normal, kemungkinan parut luka aku mase operate fibroid tu bole BURSTTT & risiko dia jadi bleeding yang banyak & membahayakan nyawa aku sendiri. Aku ada juga tanye second opinion then doc tu pun cakap benda yang sama. Ok, aku terima ketentuanNYA seadanya.

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi kat aku, dah nak masuk 3 anak aku. THANK YOU ALLAH!


Monday, March 18, 2013

Pink Ker Blue?? **wink**wink**

Tolooooonggg layannn aku. 
Aku tengah SANGAP TAK HENGATTTTT!!!


^____________________________^
 
Semalam aku gi OU nak makan sizzling mee. Mase dalam lift, adalah sepasang laki bini nie, bawak bb boy dia. BB dia asyikkan memandang aku jer. Macam berkenan kat aku. Hhaaaaa.. Pastu mak dia dia cakap Yang dalam perut tu mesti gurl. Biasanya cmgitu. Aku pun, cm biasalah yer ker??! ringkas jer jawapan aku. Tapi bb tu kan memang tak lepas2 memandang aku. Cun sangatttt kot..!! MUahhahahaha... #mataberkaca

Korang biasa dengar tak, kalu pompuan peknen, bentuk perut dia melebar jer orang yang nengok akan cakap 'MESTI PEREMPUANKAN?? Hahhhaaaa... betul tak? penah kan, kan?? Kalau dia nengok perut orang tu meruncing ke depan jer  mesti orang akan cakap BOY KAN?? Tak taulah aku betul ker idak. Fakta ker auta jer. MUahhaaaa...

Macam aku, setelah di buat mengiraan balik katelah ada 20 orang menilik perut aku, 10 akan cakap Nie mesti GIRL.... yang 10 lagi nie mesti kata BOY.... Hhaaaaaa...  Tapi bile aku scan doc cakap, **teeeennttttttttttt....** (bajet retis nak rahsia) Hahhhaaaaa..... Seriau gak mak kau, nak beli baju pink ker blue, skali kuar boy tapi ai bajet girl, masakkkk sarung tangan berbutterfly2 bagai, berbunga2 bagai.. Nakmolah camgitu kan?? Penah gak aku dengar, ada kes yang sepanjang peknen dia scan bb girl kuarnye boy or sebaliknya...  Wallahhualam. 
 
Moh ler kite cekidout!! Info nie aku dapat kat SINI manelah tau info nie bole membantu korang2 termasuk aku.

Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...

Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki. 

  pic pinjam kat google
  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • Perut anda “rendah”.
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil. #ohyer ker?? Mase aku peknenkan Adam memang chomot jer rupe... MUahhhaaaa..
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan. #Pengalaman aku peknenkan adam & aceh simptom dia same jer, MABUK *yurlkk**
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri. #no komen*_*
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar. #malas nak nengok cermin *nyampah!
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging. #aku suke seafood
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil. #cepat krem tengah malam.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing. #nie pun aku penah dengar & buat. Hhaaaa.. tapi tak ingat mase adam ker aceh.
  • Kulit anda menjadi kering.
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri.
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu. #entah, tak prasan... Muahhahaaaa... *_*
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
 
 pic pinjam kat google
 
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat. #biasa gak dengar cmgini
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri. #ohyer ker?? ramai yang cakap nampak muke  ai berseri2 jer... MUahhhaaaa..
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan. #Simptom WAJIB setiap kali peknen
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan. #No Komen *_*
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula. #Lebih suke sayur-sayuran.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa. #cepat tersentuh, mudah menangis)
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku. #uurmmm... tak prasan pulak.. **wink..**wink..**
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan.
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.
Ha! ada lagi satu benda nak share ngan korang.  Kalender untuk memilih Jantina anak berdasarkan kalender cina. "Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan"


So, amacam, korang dah bole agak ker korang peknen BOY or GIRL?? PINK or Blue?? HHhahaaahhahaaaaa... Tak kesahlah kan uolzz janji BB selamat & sihat. Tu pun dah cukup bersyukur.!! Insyallah.




Monday Blues

UUUWwwwaaaarrrgghhhhhh!!!! #tutupmulutpandangkirikanan

Monday blues katenye. Rase macam baru jer hari sabtu, rupenye dah Senin dah. UUUWwwwaaaarrrgghhhhhh!!!! Sangap giler dowh! Rupanye ramai yang bercuti arini. 
 
 Ku pandang kanan ~ Wadi ~ dah start cuti kawin dari last week lagi. Tak hagak2 ko yer, org lain kawin ambik cuti pun paling koman pun 3 days before the big day, ko?! yenadeyyyyyy!! gelojohhhh!!! MUahhahahaaaaa... 
 
Ku pandang kiri ~ Kak Zira ~ uit! bile mase plak ko story ngan aku ko nak cuti arini? baru plan nak makan nasi ayam arini. Ker aku yang tak prasan. Uhuhuuuu.. Sangap aku kak!! 
 
Ku pandang depan kanan pulak ~ Kak Shiela ~ nie lagi sorang, aku tak dengar pun dia cakap "Isnin macam malas jer nak keje or aku cm nak cuti jer isnin". Takde, takde.. aku rase aku tak dengar. Hahhhaaaa.. Kak! kate nak ambik cuti secara berjemaah!! Cisttt!!! 
 
 Ku pandang terus ke depan ~ Kak Azie ~ yang nie memang aku dah tau dia nak bercuti, adik dia nak bertunang. So ada xcuse.. Hahhhaaaa...
 
 
 
 
helpp me pleaaaaseeee!!!!!
SANGAP TAK HENGGAT!!!!

Saturday, March 16, 2013

Azie's Birthday Bash!!

Our small2 birthday celebration for Kak Azie from Graphic Department. 

T________________________T


Happy Birthday Kak Azie.. Semoga panjang umur murah rezeki yer!! Yang ke berapa nyek...?? Eh cam same jer ngan umur kitew.. #genteljanggut

 nie jer yang termampu uolzz sediakan untuk akak yer...

Hope akak sukelah hadiah tu. Ikhlas dari kami 'Graphic Department'
Birthday Gurl with our 'JANTANZ2 PERKASA' Graphic Department.... 
Muahhhaaaahaa  T_____________________________________T


 kleber tak ai... kasi sorok skit peyut.... 
MUahaahahaaaaa...


Our 'VOGUE DA VAST GEGURLZ in the house'
DIVAAAA sangattt!!!

  Happy Birthdayyyyy Kak Azie!!!!!!!
 

Friday, March 15, 2013

Checklist Barang2 Baby & Mak Baby..

Hambek ko panjang berjeler checklist barang2 baby & mak baby yang nak kene beli. Sanggup??!! Checklist nie aku cedok kat blog ni So, marilah kite nengok satu persatu checklist ituew, yang mane satu kategori barang2 WAJIB & SUNAT untuk dibeli. Terpulang kat korang.

So, here is the checklist.

* Untuk Ibu ke hospital * (prepare dalam 7 bulan untuk masuk dalam beg)
  1. Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
  2. Kad Pengenalan  (giler ko tak bawak IC gi memana, nanti dorang kate ko bukan warganegara sini ko sentap.. hahhaaa) 
  3. Telefon Bimbit  (Yang nie xyah prepare dalam mase 7 bulan, skunk pun dah hangkut kulu kilir) 
  4. Baju (2 helai) 
  5. Stokin (2 pairs) (Takyah beli pun takpe, rembat jer stokin bola laki memasing itupun KALAU rupe stokin tu semenggah lah, buatnye stokin tu dh kepam, eloklah dirembatkan ke tong sampah) 
  6. Kain Batik (2 helai) (yang nie lebih pun takpe, aku prefer pakai kain batik mase pantang)
  7. Bra (3 helai)
  8. Disposable Panties (5helai) (yang nie, selalunye aku mintak jer kat spital memang bole dapat)  
  9. Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi) (Toiletries bag nie pun aku suke mintak kat spital, xyah gigih nak angkut dari umah)
  10. Tuala Mandi 
  11. Maternity Pad/Pad Biasa (1 pek) (biasanye pihak hospital akan sediakan)
  12. Selipar (1pasang) 
  13. Kamera (yang nie korang xyah nak gedik2 bawak, biarkan laki2 korang yang bawak, buat memenuh beg jer)
  14. Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
  15. Termos Air Panas
  16. Baju Sejuk (Sweater) (WAJIB bawak)
  17. Breast Pad (4 pair)
  18. Nursing Bra (2 helai)
* Untuk Bayi ke hospital *(prepare dalam 7bulan untuk masuk dalam beg)
  1. Baby Diapers (14 keping)
  2. Baju (3 helai)
  3. Minyak Yu Yee Cap Limau
  4. Baby Wipes/Wet Tissue (2 pek kecil)
  5. Tuala Mandi (1 helai)
  6. Stokin/Sarung Tangan Bayi (5 pairs)
  7. Peralatan Mandi
  8. Selimut/Bedung (3 helai)
  9. Barut (4 helai)
  10. Topi (1 helai)
Berpantang (Untuk Ibu)
  1. Set Berpantang (plan nak terai Nona Roguy)
  2. Stokin (rembat laki punye)
  3. Baju Sejuk
  4. Selipar
  5. Kain Batik 
  6. Bengkung (yang nie payah sikit, ai czer payah nak berbengkung, tapi bile dah ok skit mybe pakai PB kot) 
  7. Maternity Pad (aku rase xyah kot, pakai pad biasa pun dh ok, gune libresse yang overnight punye)
  8. Bantal
  9. Minyak Angin/Urut (dah ada dalam set bersalin Nona Roguy)
  10. Makanan/Minuman
  11. Tukang Urut (still mencarik)

Baby Gear 


Part nie, aku rase terpulanglah kat korang nak beli brape banyak. Gewam kan tengok baju bb, chumel2 blaka. Tapi pd pendapat aku, bb memang cepat membesar. So, takyah nak beli baju newborn (0-3month) banyak sangat. Banyakkan beli baju starting umur 6-12 month supaya bb bole pakai lame skit. 

T_________________________T

  1. Baju - Lengan Pendek (5 helai) 
  2. Baju- Lengan Panjang (5 helai) 
  3. Rompers (5 helai)  
  4. Seluar- Pendek (5 helai)  
  5. Seluar- Panjang(5 helai)  
  6. Sarung Tangan + Sarung Kaki (5 pairs) 
  7. Baby Bip (1 helai) 
  8. Sapu Tangan 
  9. Barut
  10. Topi
Diapering
  1. Napkin 
  2. Pampers
  3. Safety Pin
  4. Changing Mat
  5. Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi
Baby Care & Grooming
  1. Losyen Bayi 
  2. Wet Tissue  (nie beli lebih pun xpe, byk kegunaannye)
  3. Sikat (xyah beli dulu pun xpe, sikat pakai tangan pun okey)
  4. Putik Kapas (Cotton Bud) 
  5. Pengepit Kuku (Nail Clipper)
  6. Nasal Aspirator (untuk selsema) (nie kalau bb selsema baru beli)  
  7. Methylated Spirit - alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasanya pihak hospital akan bagi) 
  8. Minyak Yu Yee Cap Limau 
  9. Cotton
  10. Diaper Cream
  11. Beg Baby
Nursering
  1. Selimut
  2. Bedding set
  3. Katil Bayi
  4. Dimple Pillow
  5. Kelambu
  6. Bakul Baju Kotor
  7. Almari Baby  
  8. Bakul Baby (Simpan Toiletries Baby)
Feeding 
  1. Botol saiz S (2 botol)
  2. Puting Botol Susu (2 pieces)
  3. Berus Pembersih Botol
  4. Nipple Cream
  5. Nursing Pad Washable
  6. Nursing Pad Disposal
  7. Shield collector
    Breast Pump
  8. Cooler Bag
    Breast Milk Storage Bottle
  9. Breast milk storage
  10. Nursing Pillow
    Termos
  11. Cecair Pencuci Botol
  12. Dyring Rack
Travelling
  1. Beg Bayi  
  2. Baby Sling
  3. Stroller
Bathing 
  1. Tuala (nie beli lebih pun xpe)
  2. Besen Mandi 
  3. Sabun Mandi
Extra 
  1. Penyangkut Baju Bulat Kecil
  2. Penyangkut Baju Bulat
  3. Penyangkut Kecil
  4. Bekas Spray Air 
 
Dah nengok senarai barang2 nak beli? Urmmm.... Aper lagi, serahkan checklist nie kat laling masing2 yer. Hahhaaaaa... Aku harap dengan adanye checklist nie dapat membantu korang yang nak beli barang keperluan bb nanti xpecially yang baru nak blajar beranak.. hhaaaa...hhaaa... (First timelah)
 
T______________________________T
  
 
Psttttt.. aku dengar ada  
 
 

Aper lagi moh ler kite seret laling masing2 ke sini! Yerlah, mane tau ada barang2 yang dalam checklist ada kat sini & bole dapat harga yang lebih rendah... 
 
 
T______________________________T  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, March 13, 2013

Bila N3 Mengikut Emosi....

Ikut hati mati, ikut rasa binasa tapiiii kalau ikut emosi.....terkeluarlah N3 pasal nie...Hahhaaaaa....

Aku memang tak paham betul dgn perangai sesetengah manusia nie, kenkadang tu pelik2 pulak pe'el dorang nie. Aper sebenarnya yang dorang 'NAK' dalam hidup dorang ha?!  Perhatian? Kasih Sayang? Kemewahan? aper?? aper?? sebenarnya.

Kalau kau nakkan perhatian dari orang, silakan.. tapi cubalah buat pe'el yang semenggah sikit supaya orang pun bole bagi perhatian yang semenggah jugak. Tapiii bile ko buat pe'el yang tak brape nak semenggah & kau expect/mengharapkan orang bagi perhatian yang semenggah, kau memang silaplah beb..!

Aku memang tak brape nak memahami @ memang aku tak paham aper sebenarnye yang kau cuba sampaikan.  Kalau memang dah stock kau tak bole nak terima nasihat orang, orang nak buat macam mane lagi? Nak mengiyakan aper yang kau buat sedangkan benda tu memang terang2 SALAH. Kau nak orang jadi macam kau ker?! pelisssslah..

Cubelah set kat kepala hotak ko tu benda2 yang positif sikit. Bile orang ambik berat ko cakap orang dengki. Bile orang try paham, kau cakap orang semua tak paham, bile orang bagi nasihat sedangkan kau yang hari2 menyalak minta nasihat dari orang tapi kau tak bole terimaaa.. & kau salahkan pulak orang yang bagi nasihat tu. Hurmmmm....

Abis tu kau nak orang buat camner lagi??!! Pelissslah... tolongglah positif sikit... freekan sikit minda kau tu.. supaya orang boleh 'memahami' kau.

Cuba tanye kat diri sendiri...

pic pinjam kat google


Aku tak cakap pun aku hebat! Aku tak cakap pun aku tak penah ada rase macam kau rasa! Tapiii cara aku tangani mungkin tak sama macam kau. Pada aku, walau ape pun perasaan kita ketika tu, MARAH, BENCI, SAKIT HATI atau EVEN ADA MASALAH BESAR skali pun, tak payahlah kita xpress/ tunjukkan (emosi negative) kat orang lain yang kita nie tengah ada masalah. For What??

Pada aku, kalau kau sakit hati dgn cth B, kalu kau nak tarik muke dgn B, terpulang kat kau, tapiiiii kau jangan nak tunjukkan muke sentap 14 kau tu kat orang lain. Untuk aper? supaya orang semua tahu yang kau tengah SENTAP/ TENGAH MARAH/ TENGAH BEREMOSI..?? Kau ingat orang suke?? Renghtikan jelah buat perangai cmgitu

Aku bukan sesiapa nak bagi nasihat macam aku nie bagus2. BUKAN tujuan aku. Tapi untuk mengingatkan diri sendiri jugak yang ORANG TAK SUKE KALAU PERANGAI CMGITU... tau ngak??!

Kalau nak orang sayang, kite kena share kasih sayang kita dgn orang,
Kalau tak nak orang benci, jangan buat perangai yang boleh mendatangkan kebencian orang.
Kawal emosi, Kita yang menentukan emosi kita.



pic pinjam kat google



~ Ok, bai ~





Monday, March 11, 2013

Soooo Shuuuweettt!!!

Oh mai god! Oh mai god! nak fengsan ai dibuatnye... Oksigen please!! Oksigen please!!

MUUAhhahahaaaHHhahahaaa!!! Lantaklah orang nak cakap aper. Ai memang suke siok sendiri.



T_______________________________T



Korang nampak?? nak comment pun tak tahu.. Sedey hokey..


So, aku pun mengajarkanlah dia dengan penuh keikhlasannya..
Syurga tu.. syurga....


Larrrrrr, rupenye dari semalam dia try tinggalkan komen kat 'belog'  tu. Tapi tak berjaya.
Dengan baik hatinya aku pun mengofferkan diri utk mengomen on behalf dia.

Dalam kepala aku, aper sebenarnye yang dia nak komen kat 'belog' tu, sampai dia tak bagi aku yang komenkan untuk dia.. Hurmmmmmmmmm

#syaittaaaannnnnnnn dah mule bisikbisik


Korang tau, rupenye dia nak tinggalkan komen kat belog aku...


MUUAhhahahaaaHHhahahaaa!!! 


Terharuuuu ai. Ingatkan dia tak hambek fedulik langsung pasal belog vongok vongok bini kesayangan dia ni...

*ciumskit*

Setelah bertahun2 ai menanti komen dari dia, baru hari nie dia tergerak hati nak komen kat belog ai, tu pun gune nick 'ANON'. Hhaaaaaahhhaaaaa!




Shuuuwweetttt hokey, walaupun pendek. 

Thanks My Laling. Luv u So Much!!! 







Citer Pasal Pregnancy

Last week aku gi skodeng bb kat spital. Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah masuk 26 weeks dah kandungan aku. Alhamdulillah. Bak kate doktor, everthing looks fine & bb nampak sihat. Alhamdulillah Ya Allah.


 pic from : 

Your baby is able to hear a lot now, particularly in terms of your body. Did you enjoy a bubbly drink? Your baby can tell. Even plain old digestion is heard. This is why quiet rooms can sometimes be distressing for newborns. Your baby can also see light or dark through the abdomen and uterus. Some babies will turn towards the sun if you are outside. Your baby is about 1 pound and 12 ounces or 794 paper clips. The baby is also about 12.8 inches long, so just a bit longer than a ruler.


Aku memang mengaku, yang aku nie JARRRAAANNNNGGGGG sangat update pasal pregnancy aku. Entahlah xtau plak nape cmgitu.. Heeeee... Tapi skali aku hapdate, hambek ko, panjang berjelerr. eekekekeeee.... 

Tahun nie, ramai gak aku nengok blogger2 yang peknen? Alhamdulillah. Rezeki.

Gurl2 ker boboiboy..?? Haahhaaa...  Pregnancy kali nie aku serius aku tak brape nak terujua pasal jantina anak. Compare 1st & 2nd pregnancy, aku memang xcited giler nak tau pasal jantina anak. Hahahaaaa... yerlah nak prepare color baju, nak prepare name. Kalau gurl naklah baju or barang2 anak color pink or color yg sweet2 gitu. kan?kan? Sebenarnye, x kesahlah color aper pun, janji budak tu berbaju.. kekkeeeee... Putih adalah color yg paling selamat.

Biasanye naluri seorang ibu tu bole rase bb yg dalam peyut dia tu girl ker boy. Macam aku, mase aku peknenkan si Adam, aku memanggggglahh seorang yang pemalas nak bersiap2 dlm erti kate lain melawa lawa. (eh, x peknen pun cmgitu) kkeekkeee. Asalkan baju tu still bole sarung, aku blasah jer. Serius! selai baju peknen pun aku tak beli mase peknenkan Adam. Bukan aper, x minat langsung. Sampai mak aku yang belikan aku baju peknen 2, 3 helai untuk aku pakai. Name aku nak membeli xdelah. Hehheeee... Mase aku peknenkan Adam, aku memang suke sangat seafood & ayam KFC. Ingat x, Kak Zira & EFfa?? haahhaaa..  sampaikan dorang nak bohsan melayan nafsu aku KFC ari2.. Bole jadi duta KFClah aku time tu.. heeee...

Lain pulak mase aku peknenkan si aceh. Semuanye nak cantik & bersih (channntekkk ker?), rumah, diri sendiri, pastu rajin masak. (eh, yer ker rajin masak, lupe plak?) hahhaa.  Yang aku paling perasanlah, minattt giler ngan munge. Tak kesahlah, munge plastik ker, munge idup ker. Tengah pening2 lalat pun aku sanggup ajak kakak aku gi SSF beli munge nak letak kat umah. Belum lagi part aku ajak my laling gi nursery beli munge & pasu.. Kalau nak tu, tak menyabar langsung. Bile tergerak kat hati, eh nak beli mungelah, terus ajak my laling!! heee..hheee Sabar jerlah! Mak aku pun prasan perangai aku time nie. Siap sound aku lagi EH?! bukan ker ko tak minat bunga, menyemaklah, simpan habuklah.blallaablaaa...)  Kene setepek kat aku! hahhaaaa... Aku memang tak minat sangatlah bunga2 bagai. Pada aku rase macam menyemak jer rumah bile ada bunga2 bagai, nanti jadi tempat takung habuk. Tapi bile aku peknenkan si aceh semuanya macam ****pppinnngggg*** bertukar! Hhahaaaaaa.. Mase aku tau aku peknenkan si aceh,  memang aku teruja sangat! Ko tanyelah mane2 mak pun, kalu anak dia first boy, confirm dia nak yang second gurl. Kan? kan? Kalau dh dapat sepasang ayat biasa CUKUPLAH SEPASANG.. REHAT JAPLAH..  Hahhaaaa.. Renghtikan jerlahh uolzz!!! Bile nengok member beranak kecik, ko pun tergedik2lah mencari timba (laki) timenielah baru bole gune istilah perigi carik timba..tak gitu??! Hhaaaaaa... BABABBB skali kang!! (ngata diri sendiri).

Untuk pregnancy yang ketiga nie pulak,  aku rase mcm biasa2 jer. Takdelah counting sangat. Bile orang tanye dah brape bulan, aku pun mulelah mengaru kepala, ermmm... nak masuk 6 kot, ermm nak masuk 7 kot.. mesti ada kot kat blakang.. Hehhheeeee.. Seyes! bile checkup baru tau, ooOOO dh nak masuk 7 bulan dah rupenye. Lagi 2 bulan nak branak. *terkebil2 mate*

Preparation?! hurrrmmmm.. 1 kebenda pun aku tak beli lagi ko!! Lambat lagi ker weii? aku pun dah lupe, kang beli skunk, awal sangatlah pulak. Aku plan nak beli time expo bb awal bulan 4 nanti kat Mid Valley. Tu pun Insyaallah, kalau aku ada kelaratan nak berjalan dgn org CONFIRM ramai nanti.. Korang rase cmner? dh bole beli ker blum?? #mcm first time branak pulak. ekekeeee... Budak2 2 orang tu dah tak sabar nak beli barang2 bb dah. #Phuuuufff!! sibuk betul! nak handle dorang lagi.. fengsan aku!! Ada sesape nak sponsor aku, ai hokey jerr!! hhahaaaaa....

Insyallah, kalau xde aral melintang pukang,  aku punye czer date 28/5/2013.  Doakan aku & BB selamat yer uolzz!!


*____________*

ok, bai!









Tuesday, March 5, 2013

Korang Penah Main??

Hokkaloohh!! Tajuk pun dah scary the merry. Aper kes tetiba tajuk cmgini.?? Hahhaahaaa.. No! No! No! don't u think the dirty dirty one hokey lalings. Hahhaaaa...

Jappp2 ai show uolzz!!


Mesti korang penah main mase korang tecik2 dulukan? kan? Old school sangat!! Nielah permainan aku mase tochang rambut dua dulu. Asalkan mak mintak tulun gi pasar beli kelapa, aku mesti pow kat mak aku duaposen nak beli benda nie kat kedai mamak.

Macam2 pesen baju aku ada time tu. Winter, summer, pengantin, semulalah. Kumpul bagi penuh tupperware. Hahaa..!! Time tu mane ada ipad, iport bagai macam budak2 skunk nie.  Nielah permainan aku.

Rambut pun bole tukar2 pesen. Bole pakaikan handbang, topi kenkadang tu kasut pun bole tukar ikut pesen baju. Hahaaaa.. hebakkkk!!!


Mane nak jumpe skunk ni. Payah oooOO! nie pun aku terrrjumpe kat Jonker Street mase aku gi Melaka aritu. Aku beli sampai 4 tu. Bukan aper, nak tunjuk kat anak2 aku, yang permainan nielah aku main mase aku tecik2 dulu. Dorang teruja gak mase aku tunjukkan mainan nie.. heheheee...


Bile aku ingat2 balik, dulu2 punye permainan, kebanyakkannye kite kene pikir sendiri mcm mane nak buat permainan tu. Maksud aku, kalau galah panjang, kite kene buat sendiri garisan2 dia, kalau batu seremban, suh mak2 kite jahit or kite sendiri kene carik batu jalan. Urmmm.. Semua memerlukan pergerakkan fizikal & mental. Tak gitu? Lagi satu, permainan2 dulu,  kite kene carik kawan2 nak ajak main. Semuanya berkaitan dengan teamwork, kerjasama & persahabatan.

Skun nie payah lah! Budak2 skunk tak merasa semua tu. Dorang semua dah senang. Sorang satu ipad, playstation or gajet2, ambik then dok dalam bilik melempap. Macam mane kajian skunk tak mengatakan ramai budak2 dh jd obesiti?? 


Aku bukan ckp sesape. Samelah jugak anak2 aku. Tapi dorang belum ke tahap obesiti lagi. Muahahaaa!! Zaman skunk, payah kite sebagai mak bapak nak kasi lepas anak2 kite kuar rumah even depan umah tanpa pengawasan. Memang BAHAYA! Sekelip mata jer kalau benda nak jadi.

Dah mcm hantu kak limah dah si aceh nie

Tak kesahlah aper pun permainan yang dorang nak main, yang penting sebagai mak bapak kite kena pantau xtiviti dia & keselamatan anak2 lebih utama. Tak gitu uolzz??!


eh?! lupe lak nak tanye, Korang Penah Main Ker??!


~ ok, bai ~

Monday, March 4, 2013

Koleksi 2: Just 2 Of Us

Alhamdulillah pada 2/2/2013 genap 7 tahun aku menjadi isteri kepada Ahmad Azrul Abu Bakar (aka LD, Honey Bunny, En. Laki) & kami dikurnia 2 orang cahaya mata Ahmad Farren Adam &amp Myea Delisha & yang ketiga on the way... ALHAMDULILLAH YA ALLAH!!

For the first time, kitaorang celebrate anniversary Just 2 Of Us without kiddos. Urmm, sebenarnya berat gak bagi Aku & En. Laki nak buat decision pg honeymoon even utk 1 malam tanpa anak2 disisi, but this time kami rase kami harus ada masa together2 berdua SAHAJA.

  Tempat WAJIB singgah bile ke Melaka. 
Klebang, Coconut Shake. Memang terbaik!


 We stay at Avillion Legacy Melaka for 1 night.

 Our room. Nice & Comfort


Memang tak jangka, En. Laki nak kasi 'something' kat aku. Huuhuuu... Patutlah mase nak check in bilik, En. Laki suh aku yang masuk dulu. Terblurrrr jap aku mase nampak something kat atas katil. Dalam hati cakap gak, pihak hotel kot yang bagi sbbnye aku yg booked bilik tu & aku ada request 'something' kat pihak hotel but sampai hari aku nak check in takde reply & aku dh mention kat pihak hotel pasal 'our anniversary. Urmmm...

Disebabkan terkedu, aku tak usik2 hadiah tu. Sampai En. Laki cakap, xnak tengok ker? Baru aku prasan 'something' tu dari dia. Memang aku tak jangka. Memang aku terharu. Memang aku hover.. Hhaaa..hhaaaaa...

En. Laki cakap susah gak nyek jd orang romantik.  Aku senyap jer, but air mata nie tak brenti mengalir. Serius aku ckp selama aku berkawan dgn dia (9 tahun & dah kawin 7 tahun) En. Laki tak pernah buat hati aku betul2 tersentuh (T_______T). Rase terharu sangat bila dia ada inisiative nak buat benda2 cmgini. 

Tanyalah mane2 perempuan, girlfriend or isteri bile pasangan dia buat cmgini, aper prasaan dorang..?? Bukan hadiah (kecik or besar mahal or murah) but sebenarnye perempuan, girlfriend or isteri lebih menghargai bila ada 'USAHA' dari pihak pasangan. Even sekeping card yang di reka sendiri pun dah memadai... Huuhuuu....

Kata2 dalam card tu buat aku rase tersentuh sangat2. 2 x 3 gak aku baca card tu.

Thanks Laling...!!  (Touchinglah plak) 

#kesatairmata

Lepas drama air mata laki bini tu berakhir. Siap2 terus tuju, ke Asam Pedas, Claypot, Melaka. 


Dah banyak kali aku dengar orang kate tempat nie, asam pedas dia memang sedap. Tulah tekak masing-masing kan? Tapi mungkin keadaan aku (peknen) tak menepati citarasa aku & En. Laki kot. So, better korang pegi & rase sendiri macam mane.


Dah ada dalam perancangan kitaorang nak pg Jonker Street malam tu. Memang happening tempat tu rupenya, almaklumlah first time gi Jonker Street. Sebelum nie pegi Melaka tapi tak singgah ke Jonker Street. Sian kan??

Banyak gaklah benda2 yang dorang jual, acsessories wanita/ lelaki, barang2 lama, baju2, acsessories gajet. Sempat gaklah En. Laki menukar cover  & screen protector ipad dia. Harga dia murah compare KL.  Hurmmmm... Aku plak gile ngan acsessories rantai, gelang, subang & yang bestnye kebanyakkan barang dorang handmade.  Memang lain dari yang lain.

Oppss lupe nak citer, korang tengok En. Laki punye senyum sampai ke tinge, dapat bergambar ngan amoi yang jual acsessories gajet. Hahhahaaa... Katenye rupe amoi nie, macam opismate dia, dia nak tunjuk kat kengkawan opis dia. Entah haper2 entah! Tapi chumel gak moi nie kan?? Ahhhaaaa... Mase kat Jonker Street nie aku memang malas nak ambik2 gambar, crowded sangat, tak kose ai. Peluh tiak!


Just 2 Of Us
 


Esoknye, sebelum balik memang target nak singgah Hard Rock nak beli fridge magnet. Kitaorang sampai dlm pukul 10 lebih cmgitu tapi still tak bukak lagi. hurmmm... siap En. Laki call HR tye kul baper bukak kedai, pkl 11 katenye. Then wolzz parking kat sisi jalan jer. Pukul 11 lebih still tak bukak2 lagi.. hampehh betul. Malas nak tgu lelama kat dlm kete, aku ajaklah En. Laki jalan2 jap kat sekitar situ. Then baru kitaorang perasan, rupenye HR tu dah berpindah tempat. Manelah kitaorang nak tau. Takde sign or banner bagtau dorang dh pindah. Cisssstt nan betul!!



Lagi besar & lagi terujalah aku bile nampak HRC yang busat itu. Hahhaaa.. Bukan aper pun semata2 nak beli fridge magnet jer. Hahhaaa.. Tapi memang malanggg skitlah, xde rezeki aku nak beli, pinish oledy katenye.. Hampehhhh dot com dot my betul!

The best part is, kire ending storylahkan, dahlah menunggu lame kedai bukak, salah pulak tu, dh jumpe HRC fridge magnet abish pulak, pastu kete kene SAMAN dgn Majlis Perbandaran Melaka plak tu... Waawwaaaa..!!! sebab parking line kuning. Menci tau!! Nak xnak kenelah bayar. Kate En. Laki, eloklah tu, duit beli fridge magnet bayar duit saman..

Tak kesahlah aper pun yang terjadi, janji kite ENJOY!!

~ Bai ~