Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Friday, March 28, 2014

School Holiday - Singapore ~ Part One

Mood holiday sudah mariii.. Yeeeeehhhaaa! #lompatbintang. Ooopss, hover ok engko ni. eekkeee. :) USS Singapore adalah pilihan destinasi cuti sekolah kali ni. Xcited sangat anak2 bila tau dapat pegi. Mommy dia, aper tah lagi, gile tak xcited. Dah lame bebenor tak gi jenjalan jauh. Uuhuu.

Payah bila nak travel ada anak kecik ni, nak naik shuttle bus masuk ke Singapore. Nak angkut barang, nak angkut makanannye lagi, nak angkut stroller lagi.. pergghh..! aku dah dapat membayangkan diri aku ketika itu. Baik tak payah. So, kami decide bawak masuk kereta & stay 3 hari 2 malam kat Singapore lagi mudah.com. Ok, nanti aku citer pasal Singapore nyek. :)

First Day  ~   23/3/2014

Bertolak dari rumah dalam pukul 12.00 tengah hari cmgitu. Singgah kat JPO dulu. Ok. First time jejakkan kaki ke sini. Banyak gak aku baca review kat belog2. Ada cakap best, ada cakap tak brape best, ada cakap murah, ada cakap mahal. Hahhaaa.. Macam2 review ada. Hahahaa.


Daddy & Kiddos

Adam paling xcited dapat gi holiday. :) Sama lah jugak ngan orang yang tukang tulis ini. Hahaaa.. Memang nawaitu aku xdelah nak sopping sakan kat sini. Just nak menyervery barang aper yang murah, barang aper yang berbaloi untuk di beli. Keyword: SURVEY

:)

Kiri kanan kedai. Kebanyakkan branded item. Pilih jer yang mana 1 yang korang berkenan, kasi rembat bawak balik. hehehe. Dari 1 kedai ke 1 kedai aku masuk, sampai lenguh ar kaki aku ni. kikikikkk.. Nak berjalan sangat kan?! 

Pada pendapat akulah kan. Kebanyakkan kedai yang ada ni kat sini biasa2 jer.  Harga leih kurang jer dgn kedai punya.  & then kebanyakkan kat sini stock dorang old seasson. So, xde yang menangkap mata & hati aku pun. Kalau ada pun simpan jer dalam hati coz, harga dia still mahal.


Cotton On Kids

Ok, kat sini aku masuk jugak. Tengok2 mana tau ada yang berkenan.


Poney

Kat poney ni, aku rembat gaun Indah & Qaseh selai sorang. Harga asal dalam RM59 cmgitu, after less dapat dalam RM20 lebih. Oklah tu. 

Budak belang

En. Daddy cakap ngan bebudak ni. "Kita akan balik, bila korang sampai menangis nak mintak balik.." hahaaa.. perli aku ker haper dia ni.


En. Daddy & Aku

Elekk jer aku, masuk burberry pakai selipar jamban. Muahaahhh. oh yer! Aku ada post pic ni dalam fb aku. Kalau tak silap mata akulah, ada yang tanya aku ni peknen ker? ekekeke..

Ok, ni jawapan aku yer : TUNGGU PC DARI KAMI! gituew. Muaaahhahaa..

Sebenarnye baju yang aku pakai ni jenis A cut memang besar kat bawah. Kebetulan masa kitaorang ambik pic ni ada angin, so, tertiuplah baju aku tu, nampak lah dia mengelembung kat belah depan tu. Hahhahaaa. Then.. blaa...blaaa...blaaaa...bbbllalaaaaa... ok. Logik tak?? ekekek. Oklah..oklah.. Kenyataannya, aku memang gemukx. #sobsob :(


 Adam & Qaseh




Walaupun time aku pegi ni musim cuti sekolah, tapi taklah ramai sangat orang. Nasiblah baik, dah lah panas terik time ni. Uuhuu... Nasib baik si Indah tak banyak ragam. Good gurl sungguh budak kecik tu. Lepas ni boleh ar bawak jalan2 lagi.

Michael Kors

Walau pun dia letak kat situada discount, still mahal jugak. #nanges. Tak pelah uncle Michael, next time In Syaa Allah we meet again yer.

Outlet Coach pun aku  masuk gak. Adalah 1 handbag aku memang tengah usha. Tapi harga asal dalam RM1000+ after discount dalam RM900+ then aku check kalau aku beli on9 design yang sama aku bole dapat dalam RM600+. Hurm. Cmno tu??

Gap
Outlet Gap pun aku masuk gak. Tapi tak koselah aku nak beli baju budak t-shirt dalam RM60+ baik beli baju aku. Hahahaa.. #gilerkedekut. Aku tanya En. Daddy nak rembat tak selai dua baju? Dia cakap takda yang berkenan.. hurmm Samalah dengan aku takda yang bestest. Hahhaaa..

Then aku ada masuk gak, kedai2 kasut. Ada 1 kedai kasut tu aku lupa aper nama dia. En. Daddy ingat nak ar rembat 1, skali tengok kat blakang sliper tu arge RM300+ after discount #gulp telan air liur aku. Sliper macam sliper biasa jer pun. Nape sampai RM300 lebih, siap bole massage skali ker haper. Hahahaha..
 Food Court

Cowboy Boy

Puaslah memusing kat JPO tu. Dah naik beralih tempurung lutut aku. Ekekeke.. Lepas solat maghrib baru kitaorang berangkat masuk Singapore.
 Tuas (Link ke 2)

Bismillahhirahmannirahim. Nerbes kat wey nak masuk kat sini. Hahahaa.



Ok, aku bagi tips sikit aper yang korang perlu ada (kalau bawak kereta) SEBELUM MASUK CHECKPOINT SINGAPORE

credit Info to: http://ladybirdstories.blogspot.com

1. Isi minyak full tank, sebb minyak SG mahal.
2. Passport WAJIB
3. Bawak GPS
4. Isi White Card siap2. Kalau takda takpe. Nanti bole mintak & isi time tu jugak.
5. Roadtax jangan lupa bawak
6. Duit WAJIB bawak lebih. Hahahaaa..

Masa dekat Imigration Malaysia.
1. Drive thru jer.
2. Bukak tingkap. Dorang nak tengok muka sorang2 sama tak dengan pic passport
3. Pihak IMI akan cop passport

Masa dekat Imigration Singapore
1. Drive thru di mana-mana booth immigration.
2. Buka semua tingkap dan hulurkan semua passport + white card yang telah ditulis.
3. Kalau tak ada white card minta di kaunter itu dan tulis pada waktu itu juga.
4. Dah siap tulis serah pada pegawai kastam.
5. Tunjuk muka pada pegawai kastam Singapore.
6. Bagi MyKad jika diminta.
7. Tunggu dia cop passport dan pulangkan balik bersama keratan white card tadi. 
8. Settle di bahagian serahan passport kemudian lalu ikut Red Channel untuk beli autopass. Kalau dah ada autopass lalu ikut Green Channel.

AUTOPASS  S$10 - NETS S$10


Autopass ni lebih kurang touch & go juga function dia. Wajib beli tau! Kegunaan dia untuk bayar parking, toll, dan nak keluar ke Malaysia nanti. Satu kenderaan satu autopass.

Beli Autopass
1. Dah lalu ikut Red Channel beratur untuk parking kereta di bangunan yang menjual autopass. Ada pegawai kastam yang jaga parking nanti.
2. Dah parking driver kena turun dari kereta. Penumpang lain tak perlu. Bawa semua passport skali.
3. Panggil staff untuk ke kereta kita. Dia akan tengok road tax.
4. Bagi geran kereta dan insuran jika diminta. Kalau tak minta tak payah.
5. Isi borang yang ada kat dalam bangunan tu dan beratur serahkan borang di kaunter.
6. Bayar harga autopass $10.
7. Dapat autopass dan resit. Settle.
 
Inspection Booth
Lepas settle semua ni. Kita kene pegi ke inspection booth. Yang ni pun seram gak. heheeee.. Korang kene pastikan korang tak membawa apa2 yang tidak dibenarkan oleh pihak SG. Sila rujuk SINI. Time ni kene berhenti di lorong dan driver kena turun yang lain tak payah turun. Kene buka semua tingkap dan bonet kereta. Selesai pihak kastam check dah boleh hhuuuyeeaaa. #Ahaks!
 
Ok, Sila cari kedai 7E yang berdekatan untuk topup  autopass tadi. Balance yang ada dalam autopass tu hanya S$4 je. So, Jangan risau, 7E memang ada kat merata2 SG ni. *aku pun cuak gak masa mula2 tu.. ekekeee..
 
Let's using GPS. Time nilah GPS jadi sahabat baik anda. #tetiba. Kalau tak tu, terporok ar dia kat dalam deskboard kete. Hehheee.. Kemoonnn ar, takkan dalam Keyell nak pakai GPS.. Muaahhaaa..
 
Thanks GPS coz be nice to us! #Muahmuah

Sampai SG terus carik hotel yang aku dah booking thru Booking.com. Value Hotel Thomson. Actually ada sikit kehampaan aku & en. daddy.

 Value Hotel Thomson

 
Aku booking bilik triple. Ada 1 Queen & 1 Single. Dalam bayangan aku opkos bilik tu luas kan. Then after melangkah masuk.. ibaratnye macam nak kuar balik jer. Nak cancel dah tak bole, nanti kene penalti 1 malam. Rugi! So, mengadaplah aku berhimpit himpit 5 beranak dalam bilik yang sempit itu . Uuhuuu.. Ruang untuk solat pun ngam2 jer. Ngan takda arah kiblatnye. :( Kitaorang pegi ke Arab Strt, cari masjid untuk solat.

 Room. Pic by google.
 
Lebih kurang cmgilah biliknye. Takda mood langsung aku nak ambik gambar bilik buat kenang kenangan. #phui Dalam website nampak luas jer. Tipah tertipu bang.. !! tipah tertipu...!! sob..sob..

 Toilet. Pic by google.

Toiletries Pic by google.


Nasib baik bilik & bilik ayor dia bersih. :) Nasiblah baikk. Kalau takk memang malam2 tu jugak aku paksa dorang pulangkan balik duit kitaorang. Sanggup nak carik hotel lain. Heheheee.

Aku rasalah bilik yang aku duduk ni, tak sesuai kalau korang ada anak 3 cam daku ni. Sesuai untuk orang yang travel ngan kengkawan jer or yang family ada anak sorang ke.. cmtulah.. Sempittt!

Malam tu jer nak dekat 10X en. daddy cakap 'hotel ni reject! hotel ni reject!

yerlah...yerlahhh.. 




.... to be continue Universal Studio Singapore

Thursday, March 27, 2014

Salam Cik Enon.

Pagi ni dpt komen dr cik enon aka 'anon' dlm erti kata lain tuan/puan x bernama. Nak komen, tapi tak nak letak nama. Takuuut lahh tuee.. Hahahaaa.. 

Tak ku tahu mane datangnyer cik enon ni tetiba nak sound org. Kejuttttt aku. Ekekeee.. Cili mulot tu kan baru tau.

Ok, fine.

Macam ni jerlah, aku anggap kau bukannya 'IKHLAS' pun nak menegur aku. Kalau kau bijak bistari, otak mengalahkan otak sang kancil, takkanlah kau tak tau adab kalau nak menegur org kan?? kan?? Dengan menggunakan 'perkataan' tu, nampak baik sangatlah tu yer. Hahhaaa..

Ok, Aku terima jer teguran2 yang membina yang mendatangkan kebaikan kat diri or family aku. But kene ada cara, gaya mutu & keunggulan. Barulah nampak awak tu cerdik sikit. Ok, cik enon.

Terima Kasih lah, sebab menegur yer.

Wednesday, March 26, 2014

Birthday MIL


Last saturday, celebrate birthday MIL kat Restoran Seri Garuda Emas, Kampung Baru. "Selamat Hari Lahir Mak! Semoga  mak di panjang usia, di berikan kesihatan yang baik & kebahagian bersama suami, anak2 & cucu2 semua. Amin."


Makanan Minang
 
Antara  makanan yang ada terletak depan mata aku.
Daging dinding, ayam rempah,  gulai urat & sambal hijau & ada juga yang lain2. 
Tak sempat nak snap. Makanan pun kat belah2 ujong jer yang banyak.. Uuhuu

p/s: KG, ai usha jer meja u dari jauh.. #sobsob :(


Black Magic @ San Terri Cake House

Cake Reserved for my mother in law
Rasenye, cake ni from Kak Gebu. :)
 Hooii! sedap gilos cake ni..

 Cucu's Adam, Qiesya & Rayyan


Mak with kesayangan

Kompius kejap, beday sape sebenarnye nyek?
ekekekeee..
Aper2 jerlah nak, janji korang happy :)

 Indah Cinta Qhadeeja

Hakeem & Dina "The Tapai Group"


Lepas puas makan, sambung pulak melepak kat KLCC. Sebenarnye, bukan ada arah tujuan pun. Saje nak jalan2, cuci2 mata JER PUN.. hehheee.. Diam tak diam, dh nak dekat 1 setahun aku tak jejak kan kaki ke sini. Start peknen kan Indah. Uuhuu. 

Kalau tak tu, muke aku jer yang akan terpacul kat skrin cctv kat KLCC tu. ekekee. Dulu masa sebelum peknen kan Indah, kalau En. Daddy bagitau lewat jer balik, pukul 6 sharp aku dh terpacak kat thumbprint nak balik. Dolu mase opis kat PJ senang nak ke KLCC, naik train direct ke KLCC. Skunk ni, dh pindah kat Chan Sow Lin, hazabbb nak ke sana, kalau takda yang tukang membawak nye..  Uuhuuu..

eh, dah melalut pulak aku. Hahhaaa..

 En. Daddy & Kiddos

En. Daddy ckp park kat opis dia jer senang. Kalau park kat KLCC parking mahal. Tapi terpaksalah menapak ke sana. Takpe..xpe.. tabah sikit, kasi pecah sikit lemak tu.. Hahhaaa.

 
Qaseh, Adam & Rayyan

Macam aku ckp tadi. Sebenarnye kitaorang xde arah tujuan pun ke sini. Saje bawak mak, abah & ank2 jalan2 kat dalam tu. Kasi dorang happy.

Binatang chumel

Tengah jalan2, jumpe pulak ngan binatang ni. Hahaa. Aku tak tau aper ke nama dia but aku tengok dia sungguh chumel.

Ok, meh kita tengok sape yang paling teruja masa jumpe binatang ni... 
Spot! compem anak aku yang paling teruja kan..?? hahahaa.. kalau bukan dia sape lagi...?? ok, aku dah dapat kesan lagi soranag... Spot! ekekeke.. yang paling busat disitu Dina. Ekekeee.. Dina, nanti suh mama beli 1 yer bawak balik umah.

8 Ounce Coffee

I'm coffee lover. Eh..ceh! tetiba.. hahahaa. Lepaking kat 8 Ounce Coffee. Sedap nak meninggal rase dia. Try minum WILDBERRY ~ sangat sedap ! ICE CHOCO ~ sedap! CAPPUCCINO ~ sangat sedap! ICE PASSION FRUIT Fruit ~ sangat sedap!! bole di kategorikan semuanye sedapplah hoi!

Muuahahahaa..
 
Best gak sekali sekala dapat melepak cmgini. 'Bonding Time' lah kirenye. eh ceh! Next destination kemana kita Kak Gebu?? heheheee..
 
 
 Burn's Family

 
 
^__________^





Wednesday, March 19, 2014

Jalan-Jalan Weeken

Dah petang baru erra call, tanye nak bawak Adam & Qaseh gi Aeon Big dekat area Kota Damansara.
Katenye, anak dia tak nak duk umah. Nak ajak gi jalan. 
Nak bawak dorang pegi main playground kat dalam Aeon Big. 1 jam RM9.

Ok, fine!

Then terus aku jerit Adam & Qaseh suh siap.

*as usual me akan jerit look like tarzan*

Bila bebudak tu dah bersiap, ku pun bersiap same.
EH! what the hanggukk!
orang tak ajak, sibuk ko nak ngikut.
Biasalah aku, tak bole memerap lame dalam umah mulalah pale tu...

peeeenninnnggg ar!

 Playground.


Indah & Rayyan
Ada masa mereka saling sayang menyayang
Ada masa pulak mereka saling bercekau..

Tak paham aku!

 Indah & Kakak Qaseh
Qaseh dah besar. Susah nak ajak bergambar.
Walaupun dah besar, 1 jer perangai dia yang tak berapa nak besar.
KUAT MERAJUK
Sorry hokey, bukan perangai aku nak merajuk2 yer!

*tolehtepimukesenyumsenyum

Baru ni pegi ambik report card Qaseh.
Alhamdulillah. 
Teacher puji Qaseh. 
Dia independent, suka tolong student lain, fast learner BUT Qaseh kene improve dia punya English.
So, aku decide tukarkan class tuisyen  dia dari mandarin ke English Cambridge.

Alhamdulillah. Memang banyak improvement.


 Ok, abish bab qaseh. Masuk bab si budak chenonet ni pulak.

Ya ampunn budak kecik ni.
Aku pun tak taulah nak cakap aper lagi dgn budak kecik ni.
Lasakkk. Sampai aku ngan en daddy sakit2 pinggang mengejar dia.
Almaklumlah, beranak kecik ketika umur dah meningkat, cmginilah.


 Peminat lagu Frozen. Seyes wey!
Mane taknye, hari2 abang & kakak dia dendangkan lagu frozen kat telinga dia..
Mane tak dia suke. & Lagi 1 yg paling tak boleh blah, dia suka lagu 'Salahkah nyanyian Hafiz & Rossa dalam citer Jebat Mastura.

Ekekekeeee..

Bila dia dengar lagu ni, dari dia menyiarap terus dia duduk sambil tepuk2 tangan sampai lagu ni habis. Pastu dia blah. sambung balik menyiarap.
Menyirappp jer aku tgk. Hahhahaaa



 Abg Adam dah dapat geng!

Lepas melepak & melepek kat playground.
sambung melepak & melepek pulak kat Strand Mall
Aku dah banyak kali ke sini. Mall baru. Tapi banyak kedai yang tak bukak lagi.
Nasibbbb baik.. Hahhaaa






 Kebetulan masa kitaorang pegi ni, dorang ada event untuk tgk live kat screen besar 
MU VS LIVERPOOL. 
Macam2 ragam, macam gaya orang ada kat sini.
heheheheee..

Kebetulan en. Daddy jumpe client dia kat sini. Dia ajak lepak tgk game.
Client dia penyokong tegar Liverpool & en. daddy pulak menyokong tegar MU.
hurrrmm... nasib baik en daddy tak stay, dengarnye MU kalah malam tu.

Kuaaangg!! Kuaaangg!!..Kuaaangg!!



LIVE WORK!
Suke tengok gambar ni.


Dah puas melepak & melepek, moh le kita gi mengopi dekat area berdekatan..

Haaaussss sudah.


Sian, takde sape nak ambik kan gambar kiteuw!

sob..sobbb.. :(

Tuesday, March 18, 2014

Shepherd's Pie ker??

Kasi laluan aku nak menggelakkan diri sendiri..

WAaakKakakakakakaaa..

Iolzz ni tekak melayu jati ate tetiba cam mane pulak bulih tertukor pulak ke tekak omputih di suatu pagi yang hening gituew.. 

Tajuk Reseipi : Resepi Shepherd's Pie Kenkonon by luvelymummy.
 Credit resepi : Blog Cik Epal


BAHAN UNTUK LAYER KENTANG

Kentang - 6 biji
susu fresh milk - 1/4 cawan
Butter - 3 sudu
Lada sula - 1 sudu
Garam - ikut sesedap rasa


**ooppss lupe nak ambik pic kentang.

Aku pakai kentang mahal engko! RM1 sebijik. 
entah cmnerlah aku boleh terpilih kentang cmgitu. 
Nampak cantik jer kulit dia, bersih, takde cekelat2 tanah langsung.

#tepukdahi

Cara-cara penyediaan:
1. Korang rebus kentang2 tu sampai empuk. Tunggu empuk tau!
Aku hempuk korang kang kalau tak nak tunggu.. ekekeee..

2. Bila dah empuk, mash dia. macam buat mash potato.
hempuk kentang tu sampai lunyai.

3. kalau pemalas cm daku, korang gune je mixer, senang citer.. Muahaha

4. masukkan fresh milk

5. letak garam sikit


BAHAN UNTUK LAYER AYAM


Bawang - 1 labu
Bawang Putih - 3 biji
tomato - 2 biji

*potong dadu 

1/2 tin tomato puree
1 tin cendawan butang ketip 
1 packet daging ayam cincang
2 sudu besar sos cili
serbuk black pepper
sedikit garam

oregano & daun ketumbar - aku tak letak sbb xde.

tapi rase dia sedaapp jer.. Muahhahaaa.. :)

Cara Penyediaannya:

1. Cairkan butter

2. tumis bawang putih & merah

3.masukkan ayam cincang gaul rata

4. masukkan tomato puree & cili sos (aku agak2 jer brape byk nak pakai), black pepper (kalau nak pedas sikit, masukkan lebih sikit) gaul rata.

5. masukkan cendawan butang ketip & tomata yg dh di potong dadu.

5. letak garam sesedap tekak.

 
susunan lapisan mash potato di bahagian bawah sekali.



Then letak inti ayam tadi di lapisan ke 2.



Lepas dh letak inti ayam tu td, lapiskan sekali lagi dengan mash potato.

Kemudian, ratakan.

Nak nampak cun sikit, letak kuning telur kat bahagian atas mash potato tadi.

 Lepas settle, dah boleh di masukkan ke dalam oven.
 
Bakar dalam 20 ~ 30 minit.



Taaarraaaa....... Siapp!!

Akukan tak menyempat2, time2 panas gak aku potong. Hahhaaa
Hambek ko chaiyoor sikitlah.
En. Daddy ckp dh macam lasagna pun ada.

Hahhaaa..

oklah tu. dapat 2 sekali.

Shepherd's Pie  pun dapat. Lasagna pun dapat makan..

Mane ada chef kat dalam dunia nia bole sajikan 1 makanan dgn 2 rasa.. kan??


Muahahaahahahah..!



Tuesday, March 11, 2014

Pray for MH370


Walaupun aku tak mengenali seorang pun dari kalangan mereka, perasaan simpati itu tetap mendalam.
Di mana kah mereka, sihat kah mereka, makan kah mereka, lena kah tidur mereka
semua persoalan tiada jawapan.

Aku sentiasa mendoakan sejahteraan mereka walau di mana mereka berada.

 Ya Allah Ya Tuhanku, 
Aku tahu KAU Tuhan sekian alam & Aku tahu KAU adalah sebaik2 perancang. 
Tiadalah yg lebih tahu melainkan KAU, Ya Allah. 
KAU lindungilah mereka, KAU sayangilah mereka  & KAU kasihanilah mereka sebagai mana KAU mengasihi persuruhMU.
Sesungguhnya tiadalah daya upayaku melainkan dengan pertolongan dariMU Ya Allah.

Amin


Pandangan dari kaca mata Kapten Norudin Abd Majid


Bila ditanya tentang kehilangan pesawat MH370 beliau menjawab Allah Maha Berkuasa. DIA yang boleh buat segala-galanya sebab DIA yang menciptakan. Maka Allah jugalah yang boleh bantu kita menemui semula MH370.

Katanya lagi, Doa dari orang-orang yang soleh yang dekat dengan Allah (SWT) & keluarga sebab ketika itu dia sedang beremosi. Allah lihat ketika itu.



Aku suka dengar kata-kata beliau pada minit 33:50 hingga akhir.

* Kita terlalu taksub dengan teknologi.

* Allah swt memberi amaran kepada semua disini & seluruh alam, hati-hatilah diri kamu mengenai harian kamu, pemikiran kamu,  perbuatan kamu & langkah kamu.

* Kita perlu kembali kepada Pencipta dengan rasa rendah diri.


Aku berdoa & terus berdoa agar mereka kembali dengan selamat.
Semoga mereka semua dilindungi oleh Yang Maha Esa.

Friday, March 7, 2014

Cerita Semalam

 Rizziela: meleleh dah ni.  
Beb! ko sempat sedut balik tak air liur ko tu.. hehehee.. Better kau try! Confirm tak nyesal.

 ****************************************************************

 Semalam en. daddy takde, gi outstation kat Penang.
Maka gigihlah aku mengantar Adam gi sekolah jalan kaki. 
#Phhfftt, penat jugak wey, jalan kaki walaupun sekolah dia ngan umah aku tak jauh.
Dalam hati kalau hari2 cmgini "CONFIRM at least 10kg turun tak lari.." 
ekekeke..#verangan #pangskali


Ni Sekolah Adam Sek Subang Bestari (2)
Kau boleh hantar stakat kat pagar sekolah jer, tak boleh sampai dalam.
Niat hati nak antar sampai dalam, aku tgk si pak guard tu dok jeling semacam jer aku, terus tak jadi.
 Bila tengok muka adam pegi sekolah,aku jadi kesian, jadi sedey
*biasalah aku touching lebey

Bukanper, dah besar dah anak aku. Dah boleh berdikari sendiri dah.
Bawak beg dahlah berat. Aku try bawak, nasib baik tak rebeh bahu aku oi!
Aku siap cakap ngan adam, 

Mommy: Beratnye beg adam ni. Ada aper dalam beg ni. Ikut jadual tak?
Adam: Mestilah buku mommy, tak kan batu dalam beg adam.

Ok, fine! 

Aku intai dia ikut pagar sekolah jer. Tengok ngan siapa dia jalan.
Dia jalan ngan kawan dia, kejap2 dia pusing belakang tengok aku ada ke tak.


Lepas aku dah tak nampak dia, baru aku jalan balik.
 terbakar lelemak aku, jalan pagi2 cmgini.
Macam sayang jer nak biar dia terbakar..

Hahahaha..


Aku pegi keje ngan jiran aku 'Pian'
Nasib baik dia ada. Tapi biasalah, dah nama pun menompang terpaksalah aku ikut time dia masuk keje.. hehehee.. TQ, Pian
Sementara tunggu dia, baru aku perasan, pokok bunga aku ni tengah berbunga lebat.
Dulu pokok ni dah nak mati dah. Kalau tengok, memang macam takda harapan untuk hidup.
Tapi bila aku dah belai2, aku dah siram, Alhamdulillah menjadi.
Cantik kan??

Sayang mommy

Hug mommy

Muchuk2 mommy *____*

Pagi betul si kenit aku ni bangun. Nak pegi school jugak kot. Hehehehe.
Budak kenit ni, kalau dah bangun, terus nak kene bagi makan & terus mandi.
kalau tak kasi mandi, dia akan melalak.
 Tak sejuk ker..?? budak kenit ni bukan tau sejuk wey. Pagi2 mandi air sinki.
Xyah aku susah2 nak jerang air bagi mandi air suam.
Tak menangis pulak tu.. Hehheee
 Mane tak nya, budak kenit ni memang kuat berpeluh..
 
Sebab tu badan menjadi2..
Makan cukup, mandi cukup, tido pun kategori cukup waktu malam sebb sekali jer dia bangun.
Bagus!

Eh! lupe nak citer pasal kakak Qaseh.
Si kakak qaseh skunk ni, perangai dia memang aku kene banyak sabar.
Biasanye en. daddy yang akan handle dia.
Aku?? hurrmmm.. aku ni memang tak reti nak pujuk2 orang.
Stail aku, kalau skali aku pujuk tak jalan, aku tak layan.
Biarlah kau nak merajuk lame mane pun. Takku heran.
Tapi bile aku yang merajuk, orang pujuk aku sekali jer.. memang aku akan sakit hati!
Kau kene pujuk aku 100 kali baru aku okey..

hahahahahaha..



 #tetiba...


#meluat nak mampos!


Itu jer citer aku.



ok, bai!