Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Tuesday, April 29, 2014

Misi Mencari Karpet!

Semalam hatiku sungguh bermunge2 apabila dapat beday present indegebanz dari my sis Xerra Xiora. Terpanjat gegurl! Hahahaa.. Thanks sis!
"Akan ku ingat dikau saat aku bersamanya" :)


Sekarang ni mood aku nak mengadjust rumah kemain bergelora & membuak2.
Idea datang mencurah2 semua benda nak adjust, semua benda nak buat 
BUT aku ada sedikit frust lah bila ongkos tak pulak datang seiring ngan idea2 aku tadi.. 

#uhuhuuu :(

 Last week aku attend wedding kat area Mantin. Balik tu meninggah pulak di Nilai.
Misi mencari karpet yang Murah, Besar & Cantik. 
Giler susah kriteria yang aku nak ni. Lebih2 lagi besar & murah.
Mana nak dapat kan? ekekeke.

Aku tak masuk banyak kedai pun, sebab masa aku sampai tu hujan lebat.
So, en. daddy & anak2 duk dalam kereta & aku yang kuar pegi mencari.

Dari satu kedai ke satu kedai aku masuk, semua recommend aku  harga yg RM800 ke atas.
Memang Taaaakkkklaaahh kan.
Bajet RM200 cmgitu. Aku taknak yang mahal2 sebab aku nak pakai basah2an jer. Nak tukar2
Aku ni cepat jemu. heheee.


terjumpelah 1 karpet ni. Boleh tahan cantik BUT yang membuatkan aku tak berapa nak memihak kepada karpet ni sebab, bawah karpet tu dia takda bintat2 or biji untuk kasi karpet tu tak bergerak2.
Korang taulahkan anak2 aku kan cmner.. tak reti duk diam. #letihmak



Pastu masuk pulak kedai lagi 1.
Aku memang dah jatuh hati giler ngan kapet ni..
cantik, lembut, sedap pijak.. hhoiii semuanye completelah.
Uuhuu...
Bila tanye rege.... hoooii maakk aiii.. patutlah cantik, lembut, sedap pijak, besar..
terus bertakung air mata

sob..sob..

On the way, hati tu still tak puas sebab misi tu tak berjaya lagi.
Aku paksa en daddy suh singgah l lagi kedai lassst.
Nasib baik en. daddy rajin nak melayan kerenah aku.
ekekeke. I is sayang u ketat2 en. daddy oii..

Akhirnye misi aku berjaya jua
Yes!


 Cantik, besar & yang paling penting murah.
Hahaha. Boleh senyum sampai ke telinga sebab puas hati.
Suke hokey karpet ni.



T_________________T


Alahai, bila dah beli barulah aku jumpe 
"Panduan Memilih Karpet" dari fb page NONA

1. PERHATI SIMPUL KARPET
Semakin banyak simpul satu inci persegi maka semakin halus penghasilannya. Hal ini tentu saja memerlukan lebih banyak masa dan pengalaman untuk membuat simpul yang kecil.
 
2. PERHATI BAHAN KARPET
Bahan untuk karpet diperbuat daripada bulu biri-biri, sutera atau kombinasi. Karpet yang halus dibuat dari bahan semula jadi yang berkualiti tinggi sedangkan yang kurang halus diperbuat dari bahan sintetik.
 
3. PERHATI WARNA
Pewarna tumbuh-tumbuhan boleh digunakan untuk karpet. Pewarna semula jadi berkualiti lebih tinggi dan boleh bertahan dalam tempoh yang lama.


Mission Complete!

 

Monday, April 28, 2014

Kisah Kakak2 Khawasan

Meh sini kita citer pojek ahkak kawasan last week yer. 
Pojek membulatkan badan agar nampak tough.
Hahahha. #bluek. 
Biasalah kalau hari jemaat, masa tu panjang sikit time rehatnye.
So, panjanglah langkah2 kakak2 kawasan time tu.
Jemaat lepas ada yang mengidam nak makan satay kat tupai2.
iolzz layan kan.. 
hehehe

Korang bayangkanlah, 1 kereta (sedan) masuk 6 orang.
Badan memasing pun boleh tahan gak tough2..
eh.. memasing ker? ker kita 3 orang jer kak shila..??! adooiiyaaaii
Yang tough (Aku, Kak Shiela, Kak Mazura) 
Yang tak brape tough (Kak Ratu, Kak Mieda, Kak Zira) 
nasib baiklah lepas, masa pegi. masa balikkk nasiblah blakang citer.
kekeekke...kekekekek
Satay Tupai Tupai



Ni bukan satay daging tupai yer. 
Kang ada yang salah paham pulaaaakkk ingatkan satay daging tupai.. 
haaaiisskk. 
Ni satay ayam & daging dek non (itu pun nak bgtau ke... hahaha suke hati ai lah)
Order memasing tak nak kalah, sorang 10 cucuk. 
Siap ada yang cakap, aku punye tak boleh share yer.. aku makan tak cukup.. 
hahahahah.. ok, fine! kita tengok habis ker tak... hahahaha..

Yang kelakau masa time nak order satay ni.
Haahahahaha.. Tak citer lagi aku dah nak tergelak besau.

Tukang ambik order: Yer kak nak makan aper?
Kak Zira: Ok, satay 50 cucuk ayam 10 cucuk daging
Tukang ambik order: aper kak?
Kak Zira: satay 50 cucuk ayam 10 cucuk daging
Tukang ambik order: betul ker?
Kak Zira: yer betul
Tukang ambik order: patutlah badan semua sihat2..

macam nak ku tempelengg jer budak tu.
ngan muke selamba nyer. muka mcam takde perasaan langsung.

Hahahhahaaaa...

Kak Shiela & Kak Ratu

Credit: Pic Kak Sheila

  Tapi kan yang best nyer budak tu. Meja kakak2 kawasan nilah yang dia utamakan.
Asal panggil laju jer dtg. Kuah kacang tak cukup mtk tolong top upkan kan pun laju jer sampai.
Nak order air teh tarik pun laju jer siapnye.

Hahahaaa..

Itulah namanya "Tamparan wanita..''

Yang the best part is.
baca betul2 yer.. ekeekeke
si budak tu cakap muka aku macam budak2. 
Macam umur 23 engko!
Hahahahahaaaa..
mak suke! mak suke pujian itu!

saje kasi besau umur 23 tu... 

Give 5 si budak! #clap

masa nak balik tu pulak. Lagi klakau. 
Budak tu nasib baik tak terpenyek kene langgar lori. 
Hahahaa..
si budak tu kemain leka membabai2 kitaorang sampai kitaorang nak masuk kereta & dia tak prasan dia berdiri blakang lori. Hahahahah
Lori tu kebetulan nak reverse..
Kitaorang aper lagi.. menjeritlah suh dia ketepi..
but dia still babai2 kitaorang..
hahaha..
lori tu! lori tu !
baru dia prasan.. kalau tak.. dah terpeenyek budak tu.
Hahahahahah..
Lawak giler budak tu.

Tapi memang betullah satay kat tupai tupai tu memang sedap. 
Berasalah perapan dia. Kuah kacang dia pun sedap.
Huurrrmm
engko, aper yang tak sedaplah haii.. semuanya sedap.

eekekekeke

Next time boleh try lagi.



Saturday, April 26, 2014

Penangan BKATC

Sape tengok citer BKATC (Bukan Kerna Aku Tak Cinta) lakonan Shaanaz Ahamd (Jebat Foot) & Nelydia Senrose (Mastura)? Dah happy ending dah pun citer ni. Citer ni memang  terbaikk nok! Tak menahan aiolz tgk lakonan Abg Jebat ngan Mastura. ermm.. Cmner nyek nak describe feeling citer ni errmm.. ganas2 manja nyek.. hahaaa.. i likee..!










 

Suka aku tengok lakonan dorang berdua ni. Memang natural sangat. Expecially part Jebat. Memang  haaaluss der.. :) Nasib baik aku ada kengkawan yang menyedarkan betapa bestttestnye citer ni. Hahaha. Sayang korang.

Yang klakarnye, malam dah tengok, sok pagi sampai opis, sambung pulak menyembang pasal citer ni ngan kengkawan. Hahhaaa.. Soklan pertama bila sampai opis. ko tengok tak malam tadi?? best kan?? tek menahan tengok si jebat ngan mastura tu.. blaa..blaa..blaaaaa... Macam2 story. Sampai terbawak lah citer ni dalam setiap perkara yg kitaorang buat. Gelaran nama. Macam kitaorang siap dah ada nama panggilan siapa yang pegang watak jebat, mastura, makcik sari, kak hana & lain2.. Ekekekek So, memasing kalau bercakap kene feelling2 macam citer BKATC. Merata2 kitaorang pegi BKATC.. Masuk pantry citer pasal BKATC, masuk toilet pun citer pasal BKATC nak gi makan pun still bercerita pasal BKATC..  Hahaha.. kronik kan kitaorang.

Dasatkan?! Hari2 mesti nak sembang pasal citer ni. Pastu tergelak2 macam org giler.. ekekek. Memang best. Pastu bila bos dtg, dia sakit hati tengok kitaorang asyik gelak2 macam orang giler, dia tak cakap banyak, dia hempokkan kerja sebeban atas meja.. Ha! padan muke ko asyik tergelak2 kan, mendapat..



Skunk citer BKATC ni dah finish :( . Macam tak best jer. Selalu kalau hari Isnin - Rabu memasing laju jer balik, sebab takut miss citer ni. Skunk dah takda citer yg best dah. #sedey







Happy ending hokey citer ni. 
T_________________T

Setiap kali aku tgk citer ni, aku bukak balik youtube google shila hamzah & shaanaz. Aku tengok balik interview dorang. Zaman happy dorang together2. Suka dengar lagu shila yang tuju kat shaanaz. Sedih giler lagu tu. Pastu dalam hati aku berkata " Shila tengok tak citer ni? Aper dia rasa nyek. Sian dia. Mesti sedih kan.." jahat betul aku pikir bukan2. Sejujurnya aku lagi suka shila ngan shaanaz. Muka dorang ada iras. Bak kata orang kalau muka kita sama ngan pasangan jodoh tu kuat. Entahlah, aku pun tak sure betul ker tak teori tu.


Dah merepek jauh aku ni. Ok, macam mana aku tak cakap, makan pun nak citer pasal BKATC. Aku upload pasal aku makan maggie pun dorang kaitkan ngan citer BKATC. Hahahahaha.. Klakau lah korang ni. Ekekeke..



Ni lagi best. Lepas tamatnya citer ni, siap ada yang offer diri nak blanjer nasi lemak sempena tamatnya citer BKATC. Dia memang peminat No. 1 citer ni. Hahahah. Bahagian giler hidup ada kengkawan cmgini.


Nilah orangnye peminat no 1 BKATC. Akhirnya dapat gak dia bergambar ngan damia aka Irene dlm citer. Ex girlfriend jebat. Sian si damia ni, dalam citer tu akhirnya dia jadi gile. Gile menagih cinta si jebat.



Aku peminat biasa2 jer. ahaks! boleh caya ker?. Berpeluang gak bergambar ngan si damia ni. Hoii lah hai... body engko.. meletopss damia. Dalam tv tengok macam berisi sikit tapi bile tgk live, 2 body engko bersamaan 1 body aku. Nampak tak nisbah dia..?? Uuhuuu


Tahniah, team Bukan Kerna Aku Tak Cinta


Friday, April 25, 2014

Cerita Itu Ini

Hari ni masuk minggu kedua Adam & Qaseh tido bilik sendiri. Tak tau pulak macam mana mulanya, tetiba pulak dia bgtau suruh aku kemas bilik dia, dia nak tido bilik dia sendiri.  Bila tetiba dia buat request cmgitu, aku rasa macam dah bujang bebenor anak aku sorang ni...  Uuhuuu..


Belum lagi dia citer pasal mimpi. Ada satu hari tu, bangun2 tidur terus terjah bilik aku.. Pffhht! nasib baik. ekekeke.. "Mommy, malam tadi abang mimpi.." aaah.. sudah, mimpi aper pulak budak ni, seriau aku. ekeke.  "Malam tadi abg mimpi abg sunat.." Terkedu aku,  spontan aku tanya "Nak ker?? kalau nak kita buat time cuti sekolah ni" Hahahaa... Senyum jer dia. Haiisshh, bila anak dah pelan nak membujang ni, terasa pulak diriku pelan mentua tua. Sob..sob.. :( #Kesahsiabang


Ni pulak satu hal. Budak kecik chenonet ni. Ya Allah, aku tak taulah sekarang pe'el kemain lagi. Pantang ko dekatkan muka, compem2 kene gigit. Memang lasak sangat budak ni skunk. Tak padan ngan kecik chenonetnye, merayap jer aku tengok. Hahaha


Haiilahaii Indah oooii, kenapa lah kamu ni ganas sangat ni. Abis luka muka abang adam kene khokak (gigit) ngan Indah. Sian abang. :( Abang pun macam takda perasaan, biarkan jer adik tu khokak muka dia, takpe.. Uhhuu.


Luka last week, pun tak baik lagi. dah kene lagi sebelah pipi. Indah.. Indah..


Ok, semalam bertalu2 gak org tanya aku, pasal dtg lambat, dah masuk setengah hari baru nak sampai opis, blaaa..blaaa.. dh lar masuk tengah hari, sambung makan tengah hari pulak.. :) Ok, Thanks uolzz sebab ambik berat pasal aku. Macam ni citer dia (utk mereka2 yg nak tahulah..)

Semalam Adam kene demam panas, adam cakap dia susah nak bernapas. Pagi tu, terus aku shoot gi klinik & aku call en. boss bgtau aku lewat masuk sbb nak antar anak gi klinik. Then bos aku reply, OK.  Bawa pegi klinik, demam adam tinggi gak. Ada tonsil bagai. Patutlah dia takda selera nak makan. So, doktor bagi ubat demam, ubat batuk & paling penting antibiotik. Korang tahu lah seksanye kalau nak bagi anak makan ubat? memang susah giler aku nak bagi adam makan ubat, menangis nak kene pujuk bagai.. Aku tak boleh biarkan maid aku yg buat semua ni, sbb aku tau dia takkan makan ubat tu. Then lepas settle adam, baru aku masuk opis.. (ok, panjang lebar aku xplain) Hahahhaaa..

Sampai opis, bos aku aku panggil tanya, anak macam mana. Very concern bos aku, kalau bab2 anak.  Ini lah salah satu sebab kenapa aku 'sayang' bos aku & masih bertahan kat sini (walaupun kenkadang berbulu gak ngan bos aku tu). Ngehh..ngehh..ngeh..  Aku dah keje agak lama gak kat bawah dia. Kalau bab2 anak, family.. memang dia bos yag terbest so far yang aku penah kenal. Thank You En Bos sbb memahami.. :) 

Ok, lepas ni, kalau aku masuk lambat lagi opis, aku akan forward sms/ WA tu kat uolzz skali yer, supaya korang tak ternanti2 kedatangan kak heton.. Sayang korang.. Hahahaha

#matilarpujibossendiri #macamkosorangjeadabos #bosakubaik

ok, berbalik2 pada citer si Indah.. 



Hooiii.. kemain eksen yer ko indah, duduk siap bersilang kaki. Eh, awak tu baru 11 bulan. Lagak macam org dan busat.. #perutjebusatmommy. Malam tadi, dia buat hal lagi. Sampai aku ngan en. daddy tak boleh tahan.  Budak kecik chenonet ni taknak tido sampai dah pukul 1 lebih. Aku hangin jer. Dah 2, 3 kali buat susu, taknak jugak tido. Geram aku. Aku ngan en. daddy mata dah tak boleh tahan mengantuk.. Uuhuu.. Memang sabar jerlah aku. Last2, aku bentangkan toto, longgokkan mainan banyak kat atas toto tu, bagi dia main puas2. Aku? membutalah aper lagi.. ekekek.. bergilir2 aku ngan en. daddy melayan dia. Akhirnya dia tido tergoleekk kat tepi aku. Hahahaha..

Ada lagi satu kes Indah punye angkara. Hahahaha. Aku balik2 rumah, tak sempat nak letak bag, terus si adam terpekek2.. "Mommy..mommy.. Indah ni mommy.. Indah ni buat abang cmgini. Tengok ni mommy.. Siap tunjuk kat aku ada sebutir 'aperntah' color kuning2 sikit & ada tompok itam kat situ.  Aper ni?? aku tanya. Gigi abang. Indah yang buat. Dia jadi doktor gigi tadi. Indah yang tolong cabutkan gigi abang. Aku dah terkekek2 mak iloi2lah gelak. Macam mana boleh jd cmni. Yerlah, adam tgh baring pastu dia dtg dekat abang, main mulut abang, pastu dia pegang gigi abang. dia usik2 pastu tercabut.. Kahhh..kakaaahhh..kaahhh.. tergelak besar aku masa tu.. Sebenarnye gigi adam ni memang dah nak tercabut. Tapi bile aku offer diri nak cabutkan, dia tak bagi. takut. Sekali adik dia dtg, tolong cabutkan.  Selesai masalah.

Hahahaha..


















Haii.. saya dah gongak... Hensemkan saya..??
Nasib ko lah adam hoiii.. kene buli ngan Indah

Monday, April 14, 2014

Sesi Verangan di IKEA

Hollaa..holllaaaa...heeelllooo.. Meh ler, layan ahkak menyembang  kejap :)

Last Friday baby Indah tak berapa sihat :(  Khamis tu badan dah start dedar2. Myb demam nak pandai lagi kot. Bila dia demam, memang kesian sungguh tengok dia, mata tu berair jer, idung berair, makan pun tak lalu. Bawak pegi klinik, doc ckp tekak dia merah. Patutlah taknak menyusu. :(  Bila tido malam, kejap2 kang terjaga, menangis, yerlah badan tak selasa. Aku check gak tapak2 kaki dia, tapak2 tangan dia takut ada timbul merah2 nak kene campak, Alhamdulillah takda.

My baby Demam :(
Indah ni yang aku perasan dia jarangggg demam. Alhamdulillah. Tapi kalau sekali demam, aku yang teruk. Asyik nak berdukong jer, langsung taknak ngan orang lain. Patah pinggang aku. 


Bila Indah dah sihat sikit, mula lah idea nak merayap timbul. Macam tau2 jer, en daddy, bini baru nak merangka plan nak merayap, dia suruh siap, malas nak duduk rumah sebab tak da air katenye. Pucuk di cita ulam yang mendatang. Ehhcehhwaah!

Muka budak baru sihat
Macam biasa, lokasi terdekat ngan rumah iaitu area IKEA. Tujuan, ke sana? Saje nak survey meja study anak2. Dalam masa yang sama nak survey barang2 rumah. ;)

Kanak2 tadika

Indah tak padan dgn kemetotnye, kaki pun tak sampai, ada hati nak duduk kat kerusi.. hehehe.. Udah kenapa pulak kakak qaseh, lidah bergulung cmgitu. Hahahaa.. Abang Adam.. ooo abang Adam.. dah besar dah anak mommy yang sorang ni.. #sobsob

Aku kalau bercerita pasal abang adam ni, memang tak pernah habis. Baru ni pegi celebrate beday qaseh kat KFC The Curve. Skunk ni dekat ruang legar kat The curve tu ada buat promosi kesihatan & kecantikkan, so banyaklah slimming center buat offer kat situ. Kebetulan aku lalu kat booth one of slimming center, org tu kasi pamplet, tak sempat aku capai, dak adam dah capai dulu. #korangdaholehagakkan Oklah. Then sambil2 jalan dia belek2 pamplet tu ngan qaseh. Aku dgr conversation dorang "Qaseh... cuba kita tengok, perut mommy yang mana satu..? yang qaseh lurus, yang ni kot, yang abang.."taklah yang ni lagi besar... " Aku time tu.. nak ku piciiittt piccciitt jer budak berdua ni. Uuhuuhuuu.. #sobsob

Pastu dorang baru perasan aku kat blakang dorang. Aku usha jer dorang mcm nak ku telan jer budak berdua ni.. tapi pikir balik ehh..tak boleh telan nanti makin besar pulak perut aku.. ekekekeke Memang sabar jerlah aku bila anak2 bergabung meletup, memang makan dalam.. Uuhuu..

*nanti aku update citer beday Qaseh



Kita sambung citer pasal Ikea. Aku memang ada penyakit sikit kalau masuk ikea ni. Penyakit suka verangan.. Hehheee..  Nak wat umah cmginilah.. cmgitulah.. bunga pun nak sama mcm yg ikea punyelah kalau boleh berus jamban pun nak sama mcm ikea punye... Hahahahaaa.. Penyakit betul..

Faveret aku

Meh sambung angan2. Set kerusi & meja makan ni memang dalam angan2 aku kalau masuk ikea. Dalam kepala, kalau ada duit nak beli set meja ni, nak letak kat luar, senang kalau nak panggil orang dtg makan, buat bbq ker, nak makan cekodok ke sambil tengok anak2 main kat luar. Pastu tu beli buaian macam orang sebelah.. hehehe.. perrghhh memang siiookk.. duduk kat luar, ditiup angin sepoi2 bahasa kedengaran bunyi air dari kolam abg karim sebelah umah... Hahahahaa #verangan

Meja Makan
Aku macam nak tukar meja makan. Cmgini pun okey. Simple concept. Meja ni tak berat & mudah nak alih2.  Suka kerusi bench tu. Dalam angan2 tu nak letak bantal 2, 3 ketul kat atas tu. Memang cantik.. Pastu atas meja letak pasu bunga beli kat ikea. Bawah mejaa letak karpet. Pastu pakai pinggan mangkuk ikea yang cantik2 tu.  Pastu lauk ikan sardin ngan ikan masin.. Hahahahahaaa... sbb dh berabih nak cantik... ekekekeke... barulah stylo.. Hahhahaaa.. #veranganlagi



Cukup2lah tu kak hetoonn ooi.. asyikk verangan jer tak sudah2... Kiikiikii.. Ok, budak kat atas ni pun tengah verangan jugak.. ekekeke.. verangan nak pegi holidaaayy jer keje dia. Hahahaa.. tu pun angan2 jugak.. Tak salahkan kalau nak berangan2. Kata orang, kenkadang kene mulakan dgn angan2 barulah kita ada target nak dapatkan.. eh, betul ker idak?? aku rasa betul! hhahahaaa..

Nampak muka budak ni, ada jer cerita tak sudah pasal dia. Ada jer benda yang dia nak cerita. Qaseh pulak lain, dia mcm tukang backup abang dia. Aper sahaja yang abang cerita pada dia betul. Yang Indah pulak, dia memang tak banyak mulut (tak banyak cakap) tapiiii pe'el hurrmm mcm2 dia nak xplore. Skunk keje dia asyik nak mengunyah orang jer.. Siap lah sape yang suka tadah muke kat dia. Akan peroleh hasil cmgini..


Adam memang suke kalau adik dia kunyah muke dia. Kenkadang tu dia je sua2kan muka kasi Indah gigit. Pastu si Indah agknye naik menyampah diperlakukan sebegitu, aperlagi.. dia tepuk muka abang dia, pastu dia tarik rambut adam then dia gigit.. Yang si adam okey jer. Dia ckp dia suka indah buat dia cmtu. Dia mmg geram ngan Indah. Indah budak tembam katanye. hahahaaa.. aper2 jerlah adam, suka hati adam, tapi peliss lah jangan kaitkan mommy dengan semua ni.. 
Aku kenkadang tu tak boleh tahan ngan si adam ni, kalau boleh nak ku masukkan balik dia dalam perut aku. hahahaaa.. puas hati aku.

Macam mana aku tak sakit hati, semalam masa dia main ngan adik dia (Indah) dia saje2 cakap ngan adik dia.. aku pulak leka tengok dorang main.

"Sape tembam angkat tangan..??" yang si kecik tu tepuk2 tangan. suke sangat. Yang si adam terus angat tangan adik dia.. "saya..!" kononnye indah angkat tangan. Pastu tu dia tanye lagi.. "Sape tembam angkat tangan..??" adik dia tepuk2 tangan lagi.. yang si adam tak semene2 angkat tangan aku cakap... "Saya..!! eh..ehh.. kire dia nak ckp aku tembamlah kan.. kan..?? #panggg kang baru tau.. terkekek dak adam ketawakan aku..

moral of the story jangan suke verangan yer Kak Heton.. 

#dahpegikesatairmata #kehidupanperluditeruskan


Uuhuu..

Monday, April 7, 2014

Holiday Lagi..


Ok, caption tu takyah nak teruja sangat yer sayang. Tak pegi obersea pung.. ekekekee. Malaysia Only.

Sebenarnya percutian ni dah di plan dari last year lagi. Kira family gathering lah. But last minit kaklong & abang long tak dapat join :( dia kirim anak2 dia jer suh join. So macam tak lengkaplah nak dipanggil family gathering kan.. Ayah pula sibuk ngan reunion polis kat seremban.. hurrmm.. Maka, kami2 jerlah yang meramaikan suasana kat situ.

Last week, short vacay at Puteri Resort, Port Dickson. Untuk info, dulu resort ia di kenali sebagai nama Permaisuri Resort.

Address:
KM 16 (Batu 10), Tanjung Biru, Jalan Pantai
71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia





Happy faces

Kali ni gi cuti bawak asst & anak2 dia skali. Almaklumlah cuti sekolah. Sian pulak aku tengok anak2 dia. Aku angkutlah sekali bawak jalan. Sampai PD dah nak tengah hari, so singgah makan kat SUKAND'S FOOD STATION. Ni kali ke 3 aku makan kat sini. Makanan dia memang sedap2. Aku paling suka dia punye french toast cicah ngan sambal ikan bilis. :). Sukand's food station ni terletak di pekan port dickson, betul2 dekat ngan roundabout pekan pd.

Frech Toast & Sambal Ikan Bilis
Nasi Ayam Roasted



Bite Me!

AAuuuMmmmm...! ehcehh! En. Daddy order nasi ayam. Sedap katenya. Anak2 pun order nasi ayam jugak. Thanks daddy layan kerenah kitaorang2 ni.. :)

Pool View

Kitaorang sewa apartment. Family besar katakan.. :) Tengok view dari balkoni,  aku dah start teruja. hehehee.. mengalahkan anak. Tak sabar nakterjun tiruk. hahahahaaa.. #hover

Ok, skunk aku malas nak citer panjang, korang dah start menguap dah kan. Okey. Korang layan jerlah pic2 yang ada ni yer. Mana tau bole membantu korang utk plan next percutian. T_________T

Sea View

Adam

Indah Swimming
Budak kenit ni paling xcited dapat mandi pool. :) Takpa mommy bagi chances swimming puas2 yer Indah. Demam ko siap yer.



Anak buah buahan : Alia, Atirah, Anis
Qaseh cousins
Indah & Daddy

Indah & my asst.
My mom.
 Hambooii, kemain posing lagi mak den ni. Hehheee. Santai sangat.

Amirul

Rayyan Rizkin
 Sian rayyan. Tak brapa sihat time ni. Demam. :( takpa yer ayyan, nanti kita gi swimming lagi yer.. ;)


Luvelydaddy

Suke tengok pic ni. Heheeee.. apak2 kene jaga anak2, mak2 dok bersantai tepi kolam, taknak kulit terbakor.. ngehh..ngeehh...

Ok. Lepas puas swimming, malam tu kami gi dinner ikan bakar kat Kuala Sg Baru. Tempat feveret kalau nak pekene ikan bakar.

tep
Pepahat
Sape pernah makan ni. Ni nama dia pepahat. Rasa dia lebih kurang lala tapi isi liat sikit. Sedap okey.

Ikan Siakap Bakar

Kerapu Sweet Sour

Ada sotong goreng tepung, siakap masak sweet sour, ketam & sayur. Harga makan utk 20 orang makan dalam RM300+ hurrmm.. Oklah kan..

#tetibaterliur

Malam tu semua dah balik hotel, aku, en daddy & abg ngah, merayap kat area teluk kemang nak cari toto. Nasib baik jumpe. Kalau tak comfirm tido beralaskan lantai jer. uuhuuu.

Baden Baden Bundle

Sempat singgah bundle sebelum balik ke sarang. Bundle ni dekat area pasar malam port dickson. Kalau agak2 korang tak berbaju, sila lah singgah kat sini. Murah & banyak pilihan. :)
 
 
Esoknya, awal2 pagi anak2 dah bangun, nak gi swimming. Sempatlah kitaorang merasa naik banana boat bagai. Seram gak wey, first time aku naik.

Tapi masa aku naik banana boat tu, aku dh warning kat adik yg bawak tu.
 
1. Taknak laju2
2. Taknak jauh2
3. Jangan kasi jatuh

ekkekeeee.. nasib baik adik tu menurut perintah... ekekekeke.. good!




 
 
Memang best! Memang syioookkk!

In Syaa Allah boleh repeat lagi.


Ok, bai!