Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Saturday, May 31, 2014

Bekas Makeup RM5 Dari Daiso Japan

 Tak hagak2 ko nyah. Bekas makeup baru gitueww! 
Masalahnye makeup ke engko tu?! 

#Muaaahhaaa..

Gileerr tak makeup??! tak jelitalah aku nanti.. hahahahaha

*ok, sila abaikan masalah dalaman aku

#ahhahaahaaa..



mempersembahkan... cikngeee (cik bunga)


TTttaaaaaddaaaaaaaaaa....


Chomelkan? Bunga2 kecik chenonet. English sangat kononnye.
 Nanti ada yang tanye vase kerawang mane nak carik?

Ok, meh  sini aku jawabkan siap2. 
Vase kerawang & vase color pink merah tu, boleh dapat kat IKEA. 
Bunga kat vase putih tu pun aku belik kat IKEA. 
Pokok hidup segan mati tak mahu tu, hehehe (aku tak tahu nama dia) juga aku beli kat IKEA
Ok, kotak yang korang nampak mcm pink tu, aku beli kat DAISO, RM5.

Hahahaha..


Ok, nak nengok aper yang boleh muat dlm tu?


Set facial wash dari - MEKS
Serum Gold Double Stem Cell - Cashmere
Compact Poeder FACE it Collagen EX (Two -Way Cake) - The Face Shop
Eye Liner - Avon
Perfume Angle Heart - Bandung
Lipstick Face It Glossy - The Face Shop
Brooch Chanel - By Luvelymummy Collections

Banyakkan barang yang boleh letak dalam tu. 
Nampak je kecik tapi semua boleh sumbat. 
#Hahhaaaa... 
aku suke concept cmgitu.



Bekas Makeup tu korang boleh jumpe kat DAISO. 
Macam2 design ada kat Daiso tu.
Bukan setakat bekas makeup, alatan nak buat kuih, alatan menjahit, accsecories, bedak, payung, kipas, brg mainan, wa ima kata, mak bapak jer yang tak jual kat situ.. 

Hahahaaa semua barangan berharga RM5!

Best kan??!

Aku kalau dah masuk Daiso, laki aku terpaksa seret aku keluar sbb semunya aku nak beli.

Hahhahaaa...


ok, skunk aku nak tunjuk pulak, orang yang ada bag make up tu..



^______^


^______^


^______^

 
^______^ 
 
 
^______^


^______^


^______^

 
^______^
 


 Taaadaaaaa!!


Suci kan muka??!


Hahahahaaa...

nilah di namakan Natural Beauty giiituew!


Auuuuuwwwccchh!

#matilahkenekechamnanti
#sapelaginakpujikalautakdirisendiri
#hahahahahaa
#matilar


ok, lah bai!

Friday, May 30, 2014

Hilang Stress dgn 'Follow Me Holistic Spa (Relieve)'

8.30 mlm baru sampai umah. Letih ya amat! Mengadap jam pegi balik. Hooiilahaii.. Kuala Lumpur. Tambah2 pulak skunk dgn projek MRT, huuurrmmm memang bertabahlah hati aku..  Siap bole mengait dlm kete tahap jem dia tu.

#Hahhahaaaa

Tension wey ari2 cmgini, tapi apakan daya demi 2, 3 suap nasi *sesuapxcukup #ahaks aku tempuhi jua.

Nasib baiklah ada product shower gel Follow Me Holistic Spa (Relieve) terubat sikit tensi mensi aku hari2.

^_________^

Di perkaya dengan Olive Oil utk melegakan rasa tension, nerves & stress. Ha! Memang cukup kenalah dengan aku skunk ni. Uuhhuuuu..

Lepas mandi pakai shower gel ni, badan rasa macam recharge balik. Refreshing rasa, dgn bau mandian yg memang wangi, terasa macam korang tgh berendam dlm bathtub kat spa, siap ada bunge2 dlm tub tu.. hehehee #imigination WALAUPUN sebenarnye ko tgh mandi dlm bilik air pakai gayung yg hampir patah.. muaaahhhaa..

Seyes, aku memang suka bau2 spa ni.
Kalau tak caya, cer korg try  *___* manalah tau sama pengalamannye ngan aku.. tapi kalau korg x rasa or bau macam aku bau tu, comfirm2lah hidung korg tersumbat.. hahhhahaaa

Itu jer aku nak share utk arini, ok bai!

Thursday, May 29, 2014

The Sumbs


Ok, citer dah basi.
Sape pernah try makan  dekat 'The Sumbs Cafe' dekat area Shah Alam?
Ok, aku pun baru jer try makan kat sini hasil mengoogle 'makanan sedap area shah alam'

Hahah..

Pilihan aku adalah 'The Sumbs' area Seksyen 13 Shah Alam. Mula2 sesat jugak mencari pakai waze, sebab tempat yang di bawa kita betul2 dekat belakang Tesco Shah Alam, kalau tak silap aku.

#sorrybykmakansemut

Aku try google lagi, nasib baik ada blogger bg info landmark yang korang kene jumpa adalah 
'Goodhope Hotel'. So kalau korang try cari pakai waze set kan Goodhope Hotel yer, baru jumpa.


Que
Memang terperanjat gegurl bila nengok, que ni panjang. Uuhuu.. Memang tabahlah aku menunggu kat situ, sbb dah tak kose nak mengoogle lagi.


Semua seat penuh. Dari dalam ke luar full. 
Lagilah aku tak sabar nak makan, kalau nengok crowd cmni compem sedap.


The Sumbs Cafe Pilihan TV3 Jalan Jalan Cari Makan

credit pic : Fb Page The Sumbs


Gambar tak banyak, sebab gegurl malu nak ambik ramai bebenor orang. #Hahahaaa..
Nasib baik, tak sampai 20 minit, dah dapat meja. Legaaa..

Ok, meh layan makanan yang aku order

credit pic : Fb Page The Sumbs
Tengok harga dia. Memang murah pada aku compare others kedai yang aku pernah try.
Terrrbaaeekkkk!


Meh, nengok pulak aper yang aku order.

Dendeng Daging
Chicken Cordon Bleu

Chicken Chop Black Pepper
Churros

Hooii sedappnye engko. Sebab tu semuanye licin. 
Churros kene dip ngan chochalate, perggghhh!

#Hahahahaa..

#lapsikitairliurtu
 
Aku suke concept yg dorang perkenalkan. 
Makanan yang dihidangkan dalam kotak makanan tanpa menggunakan pinggan.  Ko makan pasta ker, ko makan, nasi ker makan chicken chop ker semua dalam kotak.

#goodidea


 pemanis mulut pun ada, tapi aku tak try sebab dah tak bole nak sumbat lagi.
Aku perati jer dari jauh cake2 tu.. Next timelah!


Ok, pada kenkorang yang tengah cari idea nak makan mane area Shah Alam
Aku sajes pegi dekat sini The Sumbs

Cafe. Catering. Events. F&B Trading.
Sat - Wed 12pm - 11pm
Thurs 12pm - 7pm
Closed on Friday
Block 7 Persiaran Alami Sek 13, Shah Alam, Selangor
(berdekatan dengan Goodhope Hotel tau!) 


Review aku : 
Makanan Murah!
Banyak pilihan!
Ada western ada Local so boleh pilih.

Memang WAJIB repeat lagi!


ok, bai!





Wednesday, May 28, 2014

Trudy Teddy 2nd Anniversary

Last sunday aku di invite oleh pihak Trudy & Teddy bagi memeriahkan sambutan 2nd Anniversary di Pavillion. Giler tak seronak dapat invitation cmgitu kan??! Memang di nanti2kan oleh mommies semua. Trudy & Teddy adalah salah satu butik pakaian kanak2 yang menjadi pilihan aku & en. daddy. Aku suka sangat design Trudy Teddy nampak elegant. Materialnya yang lembut memang sesuai sangat ngan Indah yang kuat berpeluh..

Moh ler layan gambar2 yang ada ni. Mane tau ada yang berkenan, boleh pakai masa raya nanti :)

2nd Anniversary Cake
Trudy Teddy Boutique
Face Painting

Adam & Qaseh happy sangat.
Siap boleh buat  face panting & ada aktiviti craft
 
Abg2 Laa
 Yang paling budak adam seronok bukan aper, dia dok mengerjekan air  & makanan yang T&T sediakan. #Hahaaaaa. Dok mengulang2 makan. Sedap katanye. Tapi seyes wey, air dia sedap nak meninggal rase dia. Aku pun minum lebih dari  3 cawan.
Lantaklah, balun jer selagi boleh. #Muahahahahaha


Silalah jamu mata, tengok koleksi yang Trudy & Teddy ada.





Aku geram tengok, koleksi kasut2 T&T. Gewaamm macam nak ku gigit2 jer. Hahahaa..
Dah ko chumel sangat *_*


Pakaian Baby


Aku tak ingat nama dia sapa, tapi aku ingat nama anak dia ROSE. Hehheee.
Tengah feeeninglah tu memilih baju, sebab semuanye chumel.


Nasib baiklah si kecik chenonet aku ni tak meragam. 
Sempat tidur lagi sebelum kene buat catwalk. Celik2 mata dah start senyum.
Okey, good gurl Indah!

Aku lagi happy bila nama Indah naik, jadi salah seorang tetamu Trudy & Teddy. Firsts time engko.
Lagi bertambah beronok2 bila aku di beri voucher untuk shopping kat T&T. 
Hahahahaaa... Aper lagi lajulah aku pegi carik baju Indah.
Lepaslah aku belikan Indah (Baju sehelai, kasut 2 pasang, stokin 2 pasang, & headband)

#sukeangat

Lepas carik baju, mommies kene dress up anak masing2 & ada sesi photoshoot & buat catwalk sikit memperagakan baju2 dari Trudy & Teddy.

Baju Pilihan Aku Untuk Indah


 Nampak? siap ada asstant tolong pakaikan dia kasut lagi. Sorry madam, i lupa nak tanya nama u. 
But THANK YOU SO MUCH sebb intertain kitaorang dressup Indah. Thank You.

Lepas dah dress up budak kecik tu. Sesi photoshoot pulak. Time ni memang payah sikit. Sebab dia tak reti nak dok diam. Banyak benda yang dia nak pegang. Xpecially buah apple kat sebelah tu.

Hehehehee...

Startlah aku ngan adam main peranan. Memanggil nama dia

 Indaaaaahhh!!

 Indah pandang sini... indahhh...

 Sayangggg dia.. saaayyaaang baby tu..saaayaaaannggg..

 Indaaaahhhh...


Payahh rupanye nak handle budak kecik nak buat photoshoot. 
#peluhciketi tapi memangg syiookkk ooo..
first experience untuk aku & Indah.
BEST!



Lepas buat photoshoot, kene catwalak pulak.
Happy sangat Indah. Langsung tak takut orang budak kecik tu.
Dia dengar lagu, boleh berjoget pulak dia kat situ.

Hahahaha

jap! jap! asal aku nampak kuwos dlm pic ni??
#gosokbijikmata
ha..ahlah.. Muaaahhhaaaaa...
haruss beli baju ni dua ploh empat lai..

Hahahahahaaa..

#stopverangan




Lepas semua baby dah buat show, kene beratur pulak kat depan boutique tu, sebab nak umumkan pemenang baby yang paling pandai bergaya.
Walaupun Indah tak menang, but Indah dah memenangi hati ramai ahkak2 T&T.

T_____________T

Sazzy & her twin gurls

Daphne Iking
 Cantiknye Daphne Iking ni.. Sempatlah aku bergambar dengan di.
Sempat dia cakap ngan aku "..hammbooii namaa, Indahhh.... Indahhnya nama dia.."
Aku as usuall me, pemaluuu sangat.. #haktui hanya mampu senyumm jerlah

Sazzy Falak
Cantik, kecik molek, kuwos, chomel.. 
aperlagi..aperlagi.. aku nak cakap..... hahahahaaa

Ambassador Trudy & Teddy
Chomell giler anak2 mat salleh ni. 
Meh! ikut acik balik meh, boleh  main ngan anak2 acik..

Muaaahhahahahaaaa...


Photoshoot Indah
Dapat frame kecik dari Trudy & Teddy. Thank You!


 Last but not least, pic tuan tanah wajib ada..

'My Luvely Family'

TERIMA KASIH Trudy & Teddy 
menjemput kami ke Majlis Ulangtahun ke 2 Trudy & Teddy.
Happening sangat!!

*___________________*

Next event jangan lupa invite kami lagi yer!


ahaks!


I LOVE TRUDY & TEDDY
WE LOVE TRUDY & TEDDY

Monday, May 26, 2014

Happy Birthday Anakanda Indah Cinta Qhadeeja.


24HB. MAY 2014 genap 1 tahun usia anakandaku INDAH CINTA QHADEEJA

Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat & sempurna.
Tiada kata2 yang paling indah yang dapat aku ucapkan padaMU Ya Allah atas kurniaan yang telah KAU berikan kepada kami.


Indah, pada aku adalah anak yang kuat semangatnya.
Dia berjaya bertarung nyawa dari awal usianya 2 bulan dalam kandungan aku.
Semasa kandungan aku berusia 2 bulan, doktor detect ada cecair di bahagian rahim aku, perlu dikeluarkan. Minor operation harus di jalankan untuk mengeluarkan cecair yang ada.
BUT doc tak berani nak bagi jaminan, samada 'baby' akan bertahan lama dalam rahim aku atau tidak.
Perasaan aku time tu, susah nak digambarkan sebab baru 1 tahun sebelum tu aku keguguran.. :(

Tapi aku bersyukur adanya en. daddy sebagai penguat untuk aku. 
IN SYAA ALLAH baby kuat.
After operation. Doc beri aku jap untuk kuatkan kandungan selama 3 hari berturut2.
Doc, hanya bagitau "hopefully baby ni kuat. If tak, dia akan turun dengan sendirinya (means gugur)"
Hanya mampu TAWAKAL supaya baby kuat dalam rahim aku.

Lepas seminggu.. Alhamdulillah, takda turun darah, takda tanda2 yang baby akan 'turun'

*__________*

Aku cakap ngan en. daddy, gerak hati aku, baby ni kuat untuk jumpe, mommy, daddy, abang adam & kakak qaseh.

Alhamdulillah


 Masa kandung aku dah menjangkau 7 bulan kalau tak silap aku. Doc detect bacaan rubela aku negative. Means that dah takda langsung.
Aku tanya kat doc, rubela ni penting ker?
Rubela ni penting, sbb if ibu takda rubela potiental anak nak dapat pekak tu tinggi.

Lagi sekali aku diuji.

Ya Allah, memang time tu, susah betul hati aku. Macam mana dia nanti IF dia tak boleh dengar.
Ya Allah..  macam mana dia nak dengar aku panggil nama dia, macam mana nak dengar bila abang & kakak dia, nak panggil nama dia.. Macam mana pergaulan dia nanti..
macam2 aku pikir. Siap aku dah google alat pendengaran untuk dia pakai IF betul2 dia tak boleh dengar..

Ya Allah. Memang berat juga utk aku terima semua ni. TAPI aku cukup bersyukur en. daddy ada dengan aku untuk melaluinya. Aku tengok dia tenang utk menerimanya sekiranya berlaku.



Lepas melahirkan baby Indah, dia melalui beberapa ujian yang kebiasaannya semua baby lalui,
ujian penglihatan & ujian pendengaran, Alhamdulillah, baby Indah lulus semua ujian ni.
Doc dah sahkan dia takda masalah dengan penglihatan dan juga pendengaran.

Alhamdulillah. 





Terima Kasih, Ya Allah kerna mengurniakan kami anak seindah ini.


 Indah Cinta Qhadeeja Binti Ahmad Azrul

Semoga Indah jadi anak yang solehah untuk mommy & daddy
& di beri kesihatan yang baik.
Semoga Indah jadi penghibur untuk abang, kakak, mommy & daddy
Semoga Indah membesar dengan chumeelnya..

Mommy, Daddy, Abang Adam & Kakak Qaseh sayang Indah sangat2!


Love you sayang!