Saturday, June 28, 2014

Avillion Admiral Cove

Last week, mengikut perjanjian bersama #ehceh! sebelum puasa nak bawak anak2 jalan tapi tak sure jadi ke idak. Lokasi pilihan adalah Port Dickson, dekat, mudah, banyak hotel & reasonable price. haha! 

Selalunya benda yang tak di plan tu jadi. #ahaks Pagi ahad tu bangun, tanya en. daddy, macam mana? jadi ker, nak bawak budak2 pegi pd? dalam mamai2 en. daddy cakap.. packinglah. Terus aku meloncat turun katil. #Hahahah hotel pun tak booked. Dalam hati aku cakap, nasiblah, kang kalau penuh patah ar balik tido kat umah.. konsepnye Redaaahhh saje!

Kali ni en. daddy yang decide nak stay kat mane. Dia cakap dah survey & tengok review, kebanyakkan yang positive, bersih, selasa, bilik luas.


Happy kidz!


 Elsa & Anna dalam citer frozen #hehehe #demamfrozen

Nasib baik bilik still ada kosong, kalau tak terpaksalah patah balik rumah. 
Bukan kata anak, ngan aku2 kang yang menangis tak dapat tido sini..
#hoberhokey

View dari lobby
Aku sedikit teruja dengan view Avillion ni. Memang ohsem! 

Adam
Senyum tu dah sampai masuk dalam telinga.
T_____________T 
20 kali tanya, mommy kalau bilik takda kita balik nyek..??
 Hahahaha


Luas bilik dia. Puas hati aku, kalau compare hotel kat singapore aritu yang kitaorang stay, yang ni much..much..muchh better.

Selak jer langsir, nampak view ni. 
Best2 <3 <3

View dari bilik kami
Toilet
Skodeng bilik air jap. ok bersih!

Petang tu anak2 dah tak sabar nak terjun tiruk kat dalam swimming pool.
ok, let's do it!

My everthing
Sebelum aper2 wajib bergambar family dulu.
Manyakk untungg oooOO ada monopod.
En. daddy beli RM35 jer kat area Uptown Kota Damansara.
Kalau takda, tak lengkap pic family, mesti ada yang missing.




Cantik betul view kat pool dia. Menikam kelbu aku. #Ehceh

Peace yo!
 Bila cuaca dah tak brape panas, kitaorang bawak anak2 pegi mandi air laut. Kat Avilion ni, kalau korang nak pegi pantai dia, kene menapak sikitlah. 




  Budak tak pernah pijak pasir, macamnilah rupgha dia. Keras kat situ.
...eeeeii aper ni mommy, gelilah...



Untungg arr ada monopod boleh selfie. #ahaks

Memang puas mandi air laut kat sini. Air dia jernih. Sempat gaklah aku berendam  kejap ngan si indah. Terjilat2 dia air laut tu sebab masin. #hahaha

Tenang... damai.. best...

Pagi esoknya, lepas breakfast anak2 dah menjerit2 tak sabar nak berendam.
Tapi aku tak  kasi mandi lama2 sangat, udara tak best, jerebu. Bau asap. :(

Aper ke volatt saangat muke ko tu, tuan tanah ooii!
#damn #nangesblakangpintu



Muka budak busuk tak mandi lagi

 Mandi puas2 yer nak, jap lagi dah nak balik dah..

T_______________________T


 Pukul 12pm terus checkout balik subang bestari


In Syaa Allah, kalau ada rezeki kita repeat balik kat sini.
Avillion Admiral Cove memang sungguh ohsem! 

Wednesday, June 25, 2014

Kisah School Adam & Qaseh

Salam <3
Malam tadi aku dah pasang NIAT nak membebel kat dalam belog ni, tapi sebelum apa2 aku kene kasi tido si kecik tu dulu, kang aku sibuk membelog, dia pun sibuk memanjat kaki aku mintak dokong. hahaaa. NIAT hati nak kasi tido dulu kan si kecik tu dulu, skali dengan aku2 tertido, sampai ke pagi. #tepukdahi

Buah hati beta.. <3

Sabtu lepas, ambik report card Adam kat sekolah. Pagi2 dah bersiap sebabnya masuk macam biasa. Turun2 jer kereta dia bagitau .."Mommy, mesti teacher abang, cakap abang okey jer kat school. Abang tak nakal sangatlah.. Abang baik jer... Aku: Eh! mane abang tau cikgu nak cakap cmtu? Adam: Abang agak jerlah.. abang rasalah teacher mesti cakap macam tu.. Aku: Okey, kita tengok nanti, cikgu cakap aper, kalau cikgu bgtau adam notty, siap! Adam: (dgn konpidennye) tengoklah nanti..

Masa nak naik ke kelas adam, berselisih dengan kawan dia & mak budak tu. ".. Mommy, budak ni nakal sangat mommy, dia tak reti duduk diam2. Teacher suruh dia buat kerja, dia merayap jer, sekali teacher alih meja dia, suruh dia tulis kat luar kelas.. Aku: Gulp! nasib baik mak budak tu dah lepas, tak dengar.. Memandai jer adam nyek cakap orang tu nakal, adam pun sama, lebih kurang jer.. tak baik cakap orang. Dah tutup mulut tu.. *seram aku budak ni cakap main lepas jer.

Sampai kat kelas Adam, kene que. Aku ngan en daddy tunggu kat luar kelas. Aku perati jer perangai si Adam tu, tadi kemain dia ckp orang tu, ini.. tapi dia pun lebih kurang tunjuk perangai kat aku. Dia main buli2 jer budak2 sebaya dgn dia. Dia buat macam budak2 tu kecik dari dia. uuhuuu..  Tengah aku dok que, dia ada bawak budak kelas dia kat aku (lelaki) "mommy, tengok budak ni, tembam kan? *sambil cubit cubit pipi budak tu. Geram adam tengok pipi dia. Dia main2 pipi budak tu, yang budak tu macam suke je pipi dia dipermainkan oleh Adam #sukehatikolah *aku tengok pun geram pipi budak tu bulat, comel! Pastu aku dengar dia cakap dgn budak tu, meh sini! give me 5! budak tu pun menurut jer pastu dia suh si adam suh budak tu cium pipi dia.. Haishh! lebih betul si adam ni, padanlah selalu kene gigit dgn Indah, lain macam ko punye geram tu adam ooii..

Yang tak boleh blah, tengah dia main2 dia dtg kat aku.. "mommy..mommy.. kawan abang (perempuan) cakap mommy cantik.." aku time tu dah kebas muka, mcm kene ubat bius kat muka.. uuhuu. hoi! aku pemalulah.. ekekeee #sajenakbagitau pastu dia pegi kat budak tu, dpn2 aku.. heyy.. tadi awak cakap mak kita cantikkan..?? budak tu terus malu.. takderlah..takderlah.. mane ada kita cakap... iyer, tadi awak cakap cmtu. Boleh pulak korang berdua bertekak kat situ. Dah ar parents lain ada. #taktaunaknyorokkatmana malu aunty tau nak, lenkali nak cakap aunty chantek bisik jer.. #bhhahahaaaa #chantekkerko #matilar

Turn aku pulak jumpa teacher kelas Adam. Aku nak gak tau macam mane dia kat sekolah. Sebab budak2 ni kat umah lain, kat sekolah lain. First thing cikgu tunjuk result Adam. So far Alhamdulillah. Top 5 dari 41 orang student. Alhamdulillah. Pastu aku tanya cikgu, macam mana dia kat sekolah. Review cikgu: Student yang mendengar kata, selalu buat homework, bukan dalam kategori nakal, fokus dalam kelas.. Alhamdulillah. Terkejut aku tetiba ada suara kat belah belakang aku, "kan adam dah cakap, okey punye..  ...Eh..eh budak ni! #haish!

Alhamdulillah, takda komen yang tak sedap nak dengar. Tahniah Adam! Terpaksalah en. daddy belanja adam something yer! *mommy tompang sekaki  yer   *__<

Part Qaseh pulak!
Aritu aku ada dapat komen dari MommyEL mintak aku share feedback pasal school RealKids. Sebelum tu, sorry yer MommyEl lambat nak buat review pasal sekolah Qaseh. Yang bebenornye tak tau nk review cmner.. hahahahaa..



So far untuk penggal pertama sekolah, saya dapat positive feedback dari teacher qaseh.  Qaseh ni dah boleh independent & buat homework sendiri. Lagi satu yang saya perasan, dia lebih berani ke depan senang cakap confident level dia dah meningkat compare sebelum ni, pemalu orangnye. Dari segi pergaulan pun nampak dah pandai berkawan. okeylah tu. Alhamdulillah. Dan saya pun takderlah nak bagi high xpectationkat untuk budak baya dia.

Sekarang ni, dia very..very very talkative. Sepatah kita tanya, 10 dia jawab. Hehehehee... Stakat nak cakap omputih tu dah bolehlah sikit2. Pada saya untuk budak baya dia (5 tahun) dah boleh tulis nama sendiri, dah boleh mengira & mengenal huruf tu pun dah kira ok.

Dari segi sekolah:-

* Safety - Dari segi keselamatan saya memang puas hati. Gate sekolah sentiasa berkunci. Bila parents/ bus hantar anak2 ke sekolah, ada cikgu yang akan menuggu di luar sekolah & iring pelajar hingga masuk assembley. 

* Facilities - Di RK memang ada playground dalam kawasan sekolah so, anak2 banyak aktiviti kat dalam area sekolah. Cikgu pun ada tengok2kan.

*Activity - Setiap hari isnin ada kelas swimming. Swimming class ni, dikendalikan oleh swimming instructor yg bertauliah. Alhamdulillah nampaklah progress kat si qaseh ni. :)

Lagi satu yang best kat sekolah ni, ada kelas tambahan untuk bahasa mandarin/ english/ agama (xtra chargelah tapi... hhehehee)

Yang lain rasanya lebih kurang sama jer dengan sekolah lain. HEheee...

Thanks MommyEL, sudi singgah kat belog kitew ni
 

Thursday, June 19, 2014

Citer Semalam

ok, ni citer semalam.
Balik kerja semalam, belom sempat aku nak bukak gate, budak 2 orang tu dah terjerit2.
Biasalah anak2 xcited bila nampak mommy ngan daddy balik kerja, ada jer yang nak diupdatekan dgn kitaorang. Yang si Qaseh, macam biasa asyikkan mengadu tak habis2. 
Mommy.. tadi indah pukul kepala qaseh ngan remote, sakit tau..
kenapa kau tak elakkk?? (bunyi mcm pendekar bujang lapuk)
ok, aku mcm biasalah, 
dah okey kan? dah okey tak pe.. sambil gosok2 sikit kepala dia
hahaha mudah kan, keje aku

Yang si adam pulak. 
Mommy.. abang dah dapat kertas periksa  Duni Sains & Teknologi. Tapi abang dapat 96 markah jer.
*sambil tunjuk kertas periksa


Pada aku dah cukup syukur dah markah cmgitu.
Aku check paper yang mana salah then aku xplain kat dia, jawapan yang betul

~ Settle ~

Then, turn si Indah pulak.


Halamakk. si kecik aku ni sambut aku dgn pokok kelapak pulak atas kepala..
Gewwaamm mommy ngan awak ni Indah.
Skunk ni budak kecik ni memang pantang dengar muzik. 
Akan tergedik2lah badan dia berjoget ikut lagi.  Hahaha
Lagu Let it go (Frozen) memang feveret dia.
CD frozen yang aku beli aritu dh nak rosak dah, asyikkan diulang2.
Bila aku tanye Indah mana frozen??
Dia tunjuk baju dia. Hhahaaa.. sebab aku ada beli baju frozen untuk dia. Memang kalau dia dah pakai tak mau bukak.. Terpaksa mommy beli 30 helai lagi nanti.. #hahaa

 ~ Settle ~

Aritu kemarin en. daddy cakap macam teringin nak makan rendang paru. Ok, fine!
 Aku pun buatlah rendang paru campur daging demi suami tercinta.
 Dalam pada aku kat dapur, kemain haruk pikuk aku dgr kat dorang2 kat depan.
Hamboiii kemain bersenang lenang dorang nyek..
Aku jengah kejap kat depan...

Larrr ni kerja korang yer.. 
Siap berjoget2 lagi korang kat depan yer. happy kemainn 4 beranak ni.
ok, fine!


Yang aku pulak, berpeluh2 nak masakkan rendang paru + daging
langsung tak tunggu aku nak joget sesama
#kecikhati

 Tak sampai 1/2 jam rendang aku siap untuk dihidang.
Aku tak yah bersusah payah nak hiris serai, blend bawang bagai..
TAK PAYAH.. okey.. TAK PAYAH
nak tau rahsia rendang aku siap tak sampai  1/2 jam?


Taaaaaddaaa...
Perencah Rendah Pak Ngah in da house yo!
memang amat..amat memudahkan kerja aku nak merendang.

Paste ni boleh buat sampai 2kg daging or 2 ekor ayam.
Aku memang dah selalu beli paste ni. Beli ngan kakak opis aku. Memang sedap wey!
Baru ni aku siap beli 4 bungkus utk buat stock bulan pose & raya sekali.
Hahaha. #akusuke

Paste ni korang just lebur sahaja. Kalau nak pedas sikit korang letaklah cili kalau taknak pun takpe.
Ketuk serai & letak daun kunyit. Itu sahaja.
Kalau ikut paste ni, garam semua dah ada, tapi ikut tekak koranglah cmner nak rasa.
okey?!

 ~ Settle ~

Baru jer capai towel nak mandi, en dd nak mintak tolong pulak sapukan cream D'Herbs ni kat rambut dia. Aloo..loo manja sangat ni #menci
Bukan kata dia, sekarang ni kitaorang memang ada 1 masalah keguguran rambut.
Tak tau nak buat cmner lagi. 
Korang ada tips tak, mintak share sikit ngan aku peliss....

 Takpe kasi en daddy try dulu product ni, kalau berkesan baru aku cuba. 
Kang buatnye tak berkesan, makin gugur, botak pulak kepala aku. 
Hahhaaa.. tapi kalau kepala en. dd, takpe. #hahaha aku okey jer kalau dia botak..


Lepas mandi turun bawah, nampak pulak si kecik ni tengah tergedik2 berjoget. 
Aku dah agak dah, ni mesti tengah dengar lagu frozen.. 
Hadoiiyaaii
Demam frozenlah haii. Rabak duit aku, aper saje nak frozen.

#tepukdahi #demamfrozen



Sunday, June 15, 2014

Cuti Sekolah - Strand Mall

Jalan jalan lagi sempena cuti sekolah.
Kemana kita yer..??!
Ok, tempat yang paling dekat dengan rumah iaitu 'Strand Mall'
Ok, kita pegi buat lawatan sampai muntah, mana tau boleh jadi duta Strand Mall #ahaks


Aku rasa dah naik muntah aku pegi sini. Apa yang bestnye Strand Mall ni.
So, far untuk masa ni dorang banyak buat event untuk attract orang datang sini.
Ada TGV. Kalau korang nak tgk wayang kat sini, memang okey sangat.
Bukan aper, sebab semuanya serba baru, maka xdelah bau kat dalam tu kepam sangat.

~ Hahahaa ~

Shop dia banyak lagi yang belom buka #nasibaik

Kebetulan masa aku pegi sini dorang ada event.
So jumpelah dah meke2 ni.

Spiderman
Alvin & Chipmunk

Batman & errmm... taktau saper
 Asallah tak hensem sangat ko ni batman hooi.. 

~ Hahaaaa ~


Best gak show2 dorang kat sini. Korang nampak tak 2 orang minah salleh kat tepi tu.
Makk aii badan dorang macam pelestik. Boleh dilentur2.
Aku tak dapat ambik banyak gambar dorang ni, battery aku kong lah pulak time tu..
Korang tau dorang punye badan boleh melentur sampai si qaseh cakap..
"Mommy badan dorang dah cair..."

hahaaaaa..

dapat bayangkan tak betapa pelestiknya dorang ni??
#silajgnbayangkanakupulak

Yang bestnya kat area Strand Mall ni banyak tempat makan yang best2 & also banyak butik2 muslimah kat sini mcm  Neng Geulis Hijab, Color Palace, Najjah, Ashh & Annas, Ariani, Bak, Saraya Zahret, Neng Guelis, Seri Kapas, Veil Ar, Al-Humaira Contemporary & banyak lagi.

So, lepas ni kalau korang nak gi beli baju raya bolehlah shopping kat area sini. 
comfirm2 terjebak selai dua..

ahaks!


Saturday, June 14, 2014

Lego lah pulak

Bebudak skunk entah macam2 jenis permainan dorang ni. 
Yang aku tak boleh tahan, semuanya berduit. #sakithati
Tak macam kita masa zaman porba kala, 1 sen pun tak kuar duit mak bapak.


Kalau zaman kita dulu, main ten teng, asal ada tanah kita lukis pakai kasi then cari batu nak jadikan buah. Selebihnye kederat kita. Duit tak kuar pun.


Main baling selipar - main baling selipar pun best gak zaman aku dulu2. Dapat pulak time tu selipar jamban dalam erti kata lain selipar jepun, yang stock getah padu tu. Memang terbaiklah kalau kene. Mau berbekas blakang badan. Hahaha

Galah panjang salah satu feveret aku. Kalau dapat tangkap kemain seronok nak mampus. #hahaha tapi kalau turn kita pulak nak lepas dari kepungan orang hurrrmmm nerbess tahap cipan tanah. #bhaaahahaaa

Sebenarnya banyak lagi permainan yang tak perlu kuar duit. Kalau aku nak senarai kan panjang. Tutup oren, main kejar kejar, lompat main getah & macam2 lagi. Cer korang tanye anak2 korang, dorang tau tak main galah panjang cmner.. compem2 tak tau punye. Hahhaaa samalah dengan yang ada kat umah ni. kang bila tanye ...aper tu galah panjang..?? best sangat ker..? mau aku yang stress nak xplain mcm mana cara main dia. Haahaha.. Tapi kalau korang perasan, banyak permainan kita  masa dulu2 ada dalam citer upin ipin.. :) #goodjobupinipin

Okey2 kan dah melalut2 aku citer. Sekarang hobi baru si Adam iaitu kumpul lego. Qaseh?! dia ni pak turut. Bila si adam suh dia beli, dia pun nak juga beli. tapi nanti kalau masa time main, adam yang lebih. Dia nak mintak 2 sekali gus tak brani then dia paksa si qaseh beli walaupun qaseh tak main. Jadi dia dapatlah2 mainan 2  sekali gus. #hahaha Nampak tak??!


Ni qaseh punya. Friends. Aku beli yang murah2 jer. 
Tak kose aku nak beli yang brand LEGO bukan pasal aper, 
1. sebab mahal  2. dorang tak pandai jaga mainan.



Korang janganlah tanye aku aper nama super hero ni. Aku memang tak braper tahu. Yang aku tau Ironman & Loki. Yang lain haraaaammm.. #ahaks



Yang ni aku tau sikit2. :)
Yang belah depan tu Superheros Fantastic 4
Yang belah belakang tu Captain America, Spiderman, Ironman & Batman.

Mainan yang aku beli ni dia jual dalam kotak. & kotak2 dia ada perlbagai size & harga
Kotak paling kecik tak silap aku dlm RM5 sekotak tapi kalau korang beli set, murah sikit

Ok, bekas tempat letak lego ni aku beli kat Daiso RM5 jer
Kalau kat luar harga bekas ni paling kecik RM10 & bekas yang ada 2 stage tu kalau kat luar RM20 tapi kat Daiso aku dapat RM5 jugak.
So, better beli kat Daiso. :)


Lepas aku susun2 lego2 ni kat dalam bekas dia, nampak mcm cantik pulak.
Haruslah lepas ni aku mengumpul Lego jugak..

hahahaha..


Hai!

 Senang kan tajuk entry aku HAI! hahahahahaha #lantaklah

Salam korang. Rindu kak heton ke idak??!

Bila lama dah tak update belog otak terus jem. taktau nak update aper.. #hahaaa tak ker sengal namanya tu?? #baahahaha

Okey2, atas permintaan pemfinat2 yang merindui kelibat kak heton yang dh lama tak muncul #haktui #matilaraku maka harini kak heton akan hapdate serba ringkas citer yang berlaku semasa musim cuti sekolah. 

Owh yer sebelum tu kak heton tak kire, kak heton nak jugak printscreen salah sorang pemfinat kak heton yang merindui kak heton. #bbhahaaa kang korang tak caya pulak yang kak heton ada pemfinat #gituew!




#muuuahahahhaaaa #amykojgnjelesyer

Diam tak diam isnin ni anak2 dah naik sekolah. Aku yang kat umah tu, si adam hari2 dok menghitung bila sekolah nak buka. Rindu kengkawan katanya. Yang si qaseh, macam takda perasaan pulak aku tengok. Rileks jer. #huurrrmm

Cuti sekolah kali ni aku tak bawak anak2 berjalan jauh. Naik Genting Hingland jer pun bebudak berdua tu dah cukup happy. Itu pun sebenarnya aku tak plan, pagi tu rasa2 nak naik genting, terus bgtau en.daddy & dia pun okey, terus suh packing. #hahaha



Kat Genting skunk, bosan gila cadbury sebab dorang tengah buat construction. Tempat dulu yang korang biasa main kat outdoor tu semua dan lenyap. Mybe dorang nak buat yang baru kot, aku pun tak sure.

Pinjam Google
Yang ni semua dah takda dah. Dan macam padang jarak padang terkukur pulak aku tengok. Nak main indoor punye pulak, ramai giler orang.  So, aku memang tak koselah kan.


Lalu kat snow world. Aku tengok dari dulu aku dtg sampai sekarang, sama jer kat dalam tu, lagi tak best sebab snow dia tak tebal, korang tak boleh nak kutip2 ais dia tu. So, aku cakap ngan dorang tak payah masuklah sebab benda yang sama. Lagi pun dorang dah pernah masuk pun sebelum ni. Nasib baik dorang okey.

Indah
Budak kenit ni paling happy. Seronok dia dapat gi jalan2. 
#sebenarnyaakupunsama #ahaks

Amirul Tobek


Sebelum balik, en. daddy, adam & amirul sempat naik menatang ni. Aku tak tau nama dia. Tapi menatang ni laju wey! nasib baik aku tak naik, mau tercampak aku nanti. #bhhhaaaaa aku bukan takut, cuma aku gayat jer, kalau naik benda2 yang laju cmgini... seraamm mak nak!

oklah, tu jer nak citer. Menarik kan citer aku?? Sila bagi tepukan yang gemuruh untuk citer aku ni.
#haktui #moodtakda #tolong #silaserumoodaku

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...