Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Friday, August 29, 2014

Seram Pulak Aku..

Alhamdulillah. Malam tadi Indah tido lena. Malam kemarin, tak tahu mane silapnya, Indah tak nak tido. Tak nak tido takpe lagi, dia pakej dengan melalak nak dekat 1 jam tak berenti. Jam dah nak dekat pukul 12 malam dah. Haaisshh.. aku bukan boleh mulalah nak meremang. Puas aku pujuk. Bagi susu dia campak, bagi toys dia campak. Aku bawak dia naik atas katil, dia turun balik tuju kat pintu sambil menangis. First time aku tengok dia cmgitu. Dari kecik sampailah malam td aku tgk dia menangis beria2. Sampai teresak2. Biasanya kalau dia jatuh or org kacau dia, sakit ke, dia nagis jugak tapi sekajap je. Malam tu memang lain macam tangisan dia. Panjang & lama . Puas aku carik ada luka ke kat mana2 bahagian badan dia, tak jumpalah pulak. Aku ngan En. Daddy bersilih ganti dokong dia bacakan ayat kursi.  Sampai bengkak2lah mata dia aku tengok, menangis punye pasal.

 =(

Aku try carikan alternative lain nak kasi dia berenti nangis, pasangkan citer barney. Dia senyap kejap je. Pastu dia campaknye phone aku ke bawah. Dia turun katil, tuju gak kat pintu. Nak aku bukak pintu tu. Haaaiishh.. Lagilah aku seram. Aku tengok je dia, dia nak buat aper. Dia tengok aku tak layan dia, dia datang balik kat aku. Mulut aku tak berenti2 baca ayat kursi & ayat2 yang aku tau. Aku tiup kat ubun2 dia. Aku hembus kat satu badan dia. Lama-lama dia berenti menangis. Sian kat dia.

Esok paginya aku tanya kat maid aku, ada bawak Indah keluar ker. Dia cakap ada, tapi sebelum maghrib dia dah bawak masuk dah. Bukan aper aku takut gak kene 'ketegur' kan. Bila aku ingat2 balik, maybe dari kitaorang gak kot, sebab malam tu aku ngan en. daddy balik lewat sikit. Masuk2 rumah terus terpa kat dia. Mungkinn lah kot.. mungkinnn ada 'sesuatu' yang follow kitaorang... sebab memang aku rasa lain sikit masa dia tengah nangis beria2 tu.aaisshhh.. tetiba seram pulak aku bila teringat kisah malam tu.

Wednesday, August 27, 2014

Orang Key El Balik Jolobu - Raya Kedua

Salam..
Walaupun dah abis raya, aku tak kire, aku nak paksa gak korang nengok gambar raya aku... ekekekek...
Dua hari raya,  Wajib berkonvoi beraya kat jolobu. Kampung ayah.
Masa dolu2, bila kitaorang balik kampung, riuh gaklah satu kampung yang kitaorang ni balik.

Orang kl balik...
Ni ha.. anak2 jang (nama manja ayah aku) dah balik. Dah bosar dah anak2 jang.

Masa aku kecik, terasa jauh gaklah kl ngan jelebu ni. Sampai mabuk2 dalam kete nak sampai. Taulah jalan ke Jelebu tu pusing2... Skunk dah tak rasa sangat, sebabnya aku membuta kat sebelah.. jaga2 dah sampai kampung. ekekekeee..

Memang masanye tepat sekali, musim buah rambutan. Berplastik2 hangkut balik KL.

Ok, citer banyak taknak, layan jerlah gambar2 yang ado ni.

Lokasi pertama wajib menyinggah ialah umah wan kat Kolompang. Sebab  gulai ayam wan dah menanti untuk orang key el =) Wan masak memang sodap...
 



Lokasi kedua ialah Kg. Chennah, rumah mak long & makngah.



Tetiba pulak ada gambar bomoh kelapa kat blakang tu. 
Nak lawan bomoh buayalah tu! Hahhahaaaa..

Boleh dikatakan setiap kali raya aku asyikkan kan tanya kat cousin aku "Woit bile nak bawak aku mandi jeram.." hehehe..  Naik menyirap jer cousin aku tu dengar soklan aku bila nak mandi jeram, bila nak mandi jeram.... bukan sebab aper, sampai kampung pun dah nak petang, cmno nak mandi jeram..?? mati lar kene maki ngan cousin2 aku..  jangan marah yer uolzz.. tahun depan aku tanye lagi soklan sama. heheheee..

Memang satu hari kitaorang kat sini, beraya sakan. Orang2 lelaki ziarah kubur arwah atok. Malam baru kitaorang balik KL


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ok, saje aku nak promote bisnes cousin2 aku kat korang KALAULAH korang @ company @ tempat korang belajar nak buat team building ke, outdoor camping ke, kursus ker, family day, reunion, picnic or aper sajalah aktiviti yang korang nak buat boleh lah try kat sini KENABOI ADVENTURE TEAM. (dalam fb ada) Macam2 aktiviti ada. Kalau ada  rezeki korang dapat makan doyan kampung.. :) Sila lah yer contact dorang2 ni. First class dorang akan layan korang.




 Untuk maklumat lanjut sila hubungi urusetia :



ok, bai!

Tuesday, August 26, 2014

JOMSOLAH

Salam.

Terima Kasih Sham & Kak Dewi sudi bagi buku ni kat Aida. Memang nak sangat buku ni dari cetakan yang pertama alagi. Tapi segan nak mintak. :) Terima kasih banyak-banyak. Lepas dapat terus aida belek helaian demi helaian. Memang menarik isi dalamnya dan senang nak faham. Memang buku ni bermanafaat sangat untuk aida & keluarga. Terima Kasih banyak2 tau sham. :)

 Muka Depan Tatacara Solat Dan Wuduk

Isi Kandungan








Untuk pengetahuan korang, Sham & Dewi ni kawan aku yang kehilangan adiknya NADIA ZAHARI pada 16 Ogos 2013 bersamaan 9 Syawal 1435H. Walaupun aku tak mengenali arwah, hanya pernah dengar nama je, tapi aku turut terkejut dengan pemergian beliau. Lebih menyayat hati beliau pergi beberapa bulan sebelum melangsungkan perkahwinannya. JOM SOLAH telah diasaskan oleh beliau sendiri sebelum beliau pergi mengadap Ilahi dan kini telah diusahakan oleh waris-waris beliau.

Al Fatihah buat Arwah NADIA ZAHARI

Untuk keterangan lanjut boleh layari :


Buku ini boleh dimuat turun di SINI


Saturday, August 23, 2014

Relaxing with Kayu Manis Spa @ Subang Bestari

Salam.

Lama betul aku berehat. Rindu pulak nak membebel ngan korang. hiks. Aku tak berapa sihat last week. Doc bagi aku cuti seminggu untuk rehat kat umah. *keras aku kat umah. Badan aku sakit2, pastu macam naik macam campak pulak 1 badan. *haish dah tua2 kene campak pulak. Memang mengeruk2 lah aku.. uuhhuuu.

Seingat aku first time aku rasa cmtu, sakit kepala macam nak pecah. Selalunya makan ubat kasi tido sejam dua pastu baik. Ni tak, langsung tak baik. 3 kali aku pegi jumpe doc, sebab kepala aku berat, badan aku naik ruam & tonsil aku kene infections dah putih okey dua2 belah. Kalau nak menguap Ya Allah, azabnye belum lagi masa bersin. Macam nak terkocak rasanya tekak aku.

Di sebabkan aku tak sihat, sakit seluruh badan, aku request ngan en. daddy nak pegi berurut. After risikan dari kengkawan dorang rekemen aku kat Kayu Manis Spa.

Kayu Manis Spa @ Subang Bestari


Masuk-masuk je tempat tu aku dah jatuh cinta dah. Aku suka sangat ngan bau2an spa. Ngan muzik ala2 kat bali. Memang hanyuttt.. Masa sampai tu aku di hidangkan ngan air minuman. Lupe nak tanya air aper. Tapi sedap. Macam nak mintak tambah je. Hehheee

Rate

Aku tunjuk kat en. daddy pamplet ni. Bukan aper nak suh dia sponsor. Hehehe. Lepas nengok pamplet ni, aku tak sure aku nak ambik yang mane satu. Urut traditional ke urut aromateraphy. tetiba jadi compius. Nasib baik staff KMS ada, tolong explain kat aku. Last skali aku decide ambik urut traditional. Sedap sikit kot. (matilah dia henyak2 badan aku) En. Daddy tak tunggu, sebab spa ni khusus untuk kaum hawa jer, so orang lelaki.. please.. beredar & tinggalkan duit sahaja.. ekekekee.. Sebelum en. daddy gerak, dia suh add lagi satu selain massage, buat manicure & pedicure. Gileerrr.. aku tak nak??! hahaha. Thanks en. daddy. I lebiu.

Mani & pedi session
Terasa macam puteri pulak. Ada orang belai2 tangan & kaki kite. Rendam ngan air sum, dibersihkan, pastu sental ngan limau nipis, rendam ngan munge2.. haaiilaahaii... macam.. macaaamm rasa..

Mani & pedi session


Manicure

Pedicure
Akak ni yang intertaine aku. Best. Borak-borak bagai. Macam dah lama kenal pulak.



Best sangat, rasa macam nak tido pulak. Aku suka lampu cmgini, malap2 gitue. Muaaah!



Lepas buat manicure & pedicure sesi mengurut pulak. Sorry takda gambar yer uolzz. I is malu hokey.
Best giler dia urut. Tangan dia kuat. Aku suka kalau orang yang mengurut aku tu tangan dia kuat sikit. Sebab badan aku kan banyak lelemak. Kalau urut lemah gemalai, aku tak rasa sangat. Yang ni memang best. sakit sakit manja je.


Lepas abis mengurut aku, dia bawak aku jalan satu spa tu. Dia tunjuk aku bilik kalau nak buat mandi susu ker, mandi herba nak buat sauna ke. Inilah biliknya. Memang ohsem beb. Kebetulan masa aku dtg tu, ada orang ambik pakej perkahwinan, so orang tu nak buat mandi bunga. Nampak tak besen merah tu, dalam tu semua bunga. Bessttnyaa weyy, berendam ngan bunga2 tu. Akk tu nasihat aku, kalau badan tengah sakit2 ni jangan buat mandi2 ni, sebab nak kene berendam lama


Memang cantik Kayu Manis Spa ni. Lepas ni kalau aku ada kelapangan & ada duit lebih boleh manjakan diri kat sini lagi. Memang best.. bestt.. bessssstttt.

Friday, August 22, 2014

Al-Fatihah


'Daripada Allah s.w.t kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali'.
 Semoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ini. 

- Al-Fatihah -

Saturday, August 9, 2014

Raya Pertama

Inilah lokasi tiap-tiap tahun kalau hari raya pertama aku. 
Subang Bestari - Paya Jaras - Cheras - Subang Bestari.
Indahnya duniaaaaAAA...

*_________________*


Ibsa Family
 Lokasi pertama pagi raya adalah rumah mak ayah kat Paya Jaras, Sg. Buloh. Pagi raya memang kami adik beradik berkumpul kat sini.
 
Kaklong & her gegurls
Kaklong & Family
 Hambooii kemain, tema taknak kalah. Emerald Green katenye. 
Jenuh mak aku mencarik kain kaler ni kat vietnam. eheeee. Nasib baik jumpe.
Sekali pandang, dah macam persatuan nasyid Malaysia dah aku tengok. hehehee

Erra's Family
Ko nengok dah kecik tu kemain lagi dia. Dia pun sebuk nak berselfie ngan monopod. heheee.. Dalam phone en. daddy penuh gambar dia berselfie.
Rayyan Rizqin
ehem..ehem... :)

Tak paham aku, kenapa si Qaseh masa bersalam ngan mak aku dia punye tetiba meraung tu macam ada buat sesuatu jer. Hehheee.. Sesuatu sangat budak ni. Hahahaa
Biasalah qaseh, jiwa dia halusss mcm aku.. eekekee

Yang kakngah aku (baju purple) lagi kesian, pegi balik pegi balik hospital, kene drip air. Doc cakap macam simptom denggi. Tapi tak sure lagi. Dia tak sihat dari sebelum raya lagi. Badan dia naik merah2, muke dia pun bengkak. Sian kat dia. 

Petangnye pulak ke Cheras, beraya umah PIL pulak. Macam biasa rumah PIL aku memang meriah bila kami dah start berkumpul. Dia punye meriah tu, sampai orang bawah boleh dengarlah riuh rendah kitaorang kat atas ni. 

Abah & Mak


Sesi bersalam2an & sesi collect duit raya..!! yeaaay!


 Ko tengok, anak2 aku relek jer dengan baju tido collect duit raya. Hahaha Dah tak larat nak tahan badan dgn baju melayu, badan masing2 dah melekit sangat tu yang terpaksa tukar tu.

Site En. Daddy


Fish Eyes
 Nilah keluarga belah mertua aku. Korang nampak sikit kan..?? kan..?? tapi bile kitaorang bersatuu..meletoopp.. kebaboomm.. Hahahhaaa
Sampai jiran2 kiri kanan dah taulah dari mana dtg riuh rendah suara tu..
Hahahahahahaha.. tak caye, try ar ajak kitaorang dtg beraya umah korang... ekekekee

Me with berasss birass : Kak Gebu (Kak Juana) & Qila

Alaaahaaaiii, gambar makanan satu pun aku tak ambik. *kobajetkotakmakan. Ya Allah, aku rasa 1st day raya aku makan tak berenti2. dari pagi sampai ke malam. Dari umah mak aku, aku pulun ketupat palas mak aku buat, dah berapa biji, belum masuk nasi impit, lemang bagai + kuih raya lagi. Pastu pegi umah mak mertua aku pulak, makk aaiii.. mak mertua aku kalau masak, macam boleh panggil satu kampung makan. ayam masak merah peberet, rendang bagai & macam2 lagi sampa aku daha tak ingat aku makan aper, sebab banyak sangat melantaknye... macam2lah. Balik umah terus tido. Achner ko tak demoks kekton oooiii... *crying

Tuesday, August 5, 2014

Yeaaayyy Hari Raya!!

Salam.

Aku suke bab2 tepek gambar ni. Hahhaaa.. Senang keje aku. Takyah nak karangan  ayat panjang berjelar sampai korang ngantuk nak baca yer tak?? *hahaha






Alahaii si Adam ni.. 
Macam manelah aku baru boleh terperasan kronologi sebelum dak kecik chenonet tu mengamuk..
Patutlah.. tukang menyakat dia ada..
Bukan kata dak kecik tu jer rimasss, aku pun kengkadang rimasss lemaass dgn dak adam ni.
Suka sangat menyakat. Lagi budak tu tak suka, lagi tulah dia suke mengusik.

Korang nengoklah. Takda satu pun gambar di atas boleh diframekan..
:(


Terus moody. Taknak bergambar. Puas pujuk pun tak mahu.


 Bila panggil kakak qaseh. Terus dia okey sikit.
Laju2 aku ambik gambar dia. Sementara dia tengah okey.


Bila budak tu menangis jauh ko duduk yer dam. Dah senyap, baru ko datang dekat.

Haiisshh. Sabar jerlah aku.
Anak ramai lah katekan. Baru tiga je kot.. belom 14 lagi kot... 
*eh..eh terikut2 pulak style en. daddy cakap blakang ada kottt..koot..
#iismenyampass


 Hambooii kemain suke lagi ko yer Indah bila mommy cakap 14 yer.. 

 Macam2 ragam kene hadap. Merengek, menangis, menggelenjat, memanjat, memusing, mengada, mengacau.. semua mengggg.. adalah.. cukup complete. Aku selalu pesan ngan anak2 aku, perangai tu kene elok2, kene behave sikit sebab nanti orang tak suka kalau tak behave.
Kene sabauuuu jer mak apak banyak2.

Tapikan..tapikan.. ada orang tu nangesss bila bersalam raya dengan aku..
hehehe..

Masa salam en. daddydia okey jer aku nengok. Bila turn dia nak salam aku jer, dia diam..
Air mata dah bergenang.. Aku bukan boleh.. #kuisairmata
Aku tanya dia, okey skunk abang nak cakap aper ngan mommy, keluarkan jer aper yang ada dalam hati tu. Jangan simpan.
Terus dia peluk aku kuat2. Addooiiyaaii budak ni.. #touchingakuwey
Sambil dia peluk aku, sambil tu dia cakap... Mommy, abang mintak maaf, abang nakal, abang tak dengar cakap mommy.. aku sambil kuis airmata.. tau kan?? mommy marah, sebab mommy sayang abang. Mommy maafkan abang dunia & akhirat, sebab abang anak mommy.

(Hooiii touching siot aku time ni...)

Dah2 kesat air mata.. tulah yang malas aku nak citer tu... 
#addoiiyaaii #tisuplease 

oklah, kesempatan ini  aku nak mohon ampun & maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya selama aku di sini, ada mengguris #aaaauuuww #sakitnye perasaan korang, terkasar dalam bahasa aku dalam sedar mahupun tidak sedar. Aku mohon maaf.


Maaf yer korang... 

0 - 0 = 0 


p/s: 
pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas.

pen merah pen biru 
you marah i love you