Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Tuesday, October 28, 2014

Impian Morib & Ikan Bakar

Meh sambung balik aktiviti 2 minggu lepas.
Lepas gi makan2 celebrate anniversary Kak Juana & Yeop, terus pecut ke Impian, Morib celebrate beday anak buah, Rayyan Rizqin & package sekali beday mak. Tido satu malam kat situ.


Kemain lagi mak aku ni, nakk jugak buat bedayy dia...
Ekekekekee..

Happy birthday Ayyan.  Semoga jadi anak yang soleh yer. 
Presen mommy hold dulu yer.. hehehe

 Happy kemain dia. Budak ni, tak boleh jumpe Adam. Nanti dia jadi tak tentu arah.
Ekekeke.. Happy dia, bila Adam & Qaseh ada.

Hamboi.. jauhnye mak tiup lilin.. sampai ke anginnye tu.. Ekkeee

Dak kecik ni tak menyabor dah nak terjun kolam.


Lepas dah settle sesi tiup2 lilin, potong2 cake, anak-anak aku dah menggelenjat nak terjun kolam.

 Cantik jugak Impian Morib ni. Suke aku. Kolam dia luas. 
Korang boleh pilih nak mandi kat belah2 mane pun. Kolam ada 2 engko.
Takyah rebut.





 Makanan, mak aku order ngan moksu aku. Senang. Takyah pikir nak makan2 kat luar. 
Mak aku order untuk makan petang masa sampai & breakfast. Taulahkan bila dah mandi kolam, compem2 lapo.. Kalau korang, stay kat Impian ni, nak order makanan, bolehlah order ngan moksu aku. Dia boleh anto kan. Kan moksu?? hahahaha


Harga bilik kat Impian ni termasuk breakfast. So korang takyah pening2 nak pikior.
1 bilik tak silap aku, dapat 2 kupon. So korang belasahlah sampai kenyang.
Nak bagitau, nasi lomak & sambal sotong dia sedapppp.

Sebelum packing balik, aku kasi chances kat bebudak tu berendam. Kasi dorang swimming puas2.

 Aku ngan Indah, ambik angin kat sekitar Impian Morib ni. Cantik tempat ni.
In Syaa Allah, ada rezeki boleh repeat lagi. 

Aku nak kasi sikit review pasal Impian, Morib ni.
Tempat yang cantik, kolam besar puas untuk anak-anak mandi. Bilik dia pun pada aku okey, tapii..tapiii.. aku rasa dia kene upgrade lagi sikitlah, kasi tukar bantal sikit bantal yang dah lama, nipis bebenor. Sakit pale aku. Tilam pun cmgitu, dah boleh rasa spring..
Mybe..mybelah.. bilik aku jer kot cmgitu. Bilik orang lain okey jer..
Hehheeee.. Kawasan sekitar hotel bersih.
Aku kasi ~ 7/10


 Lepas bertolak dari Impian, mak aku ajak makan cendol kat pekan Banting.
Aku tak tau nama dia, tapi yang aku tau lokasi dia betul-betul depan panggung wayang lama 'LIDO'

 Korang tengok dak kecik ni..


 Tak senang aku nak makan dak kecik ni.. 
Mula-mula berdiri, kendian nak duduk atas meja pulak.. pastu..akhirnyaaaa...


Taaarraaaa... bestttkan?? kan?? #nanges
Ni nama dia 'Tangan Celop Cendol' Sakit hati aku, tak sempat nak merasa dak kecik dah buat amukkan kat situ. Uuhuuu..

 Terus aku merajuk taknak makan cendol. #nyampah. 
Aku cam jakun jap nengok dia sagat ais. Zaman skunk mane ada lagi org sagat ais gune bendalah tu.
rare ni beb! Susah nak dapat ni beb. Bukan ane tu yang susah nak dapat.. #ekekeke
 tempat sagat ais tu yg susah nak dapat yer.. bhaaahahaaa

Lepas puas mencendol, misi mencari ikan fresh bermula.


 Mak aku ajak pegi pengkalan, tempat ikan naik. 
Nasib tak menyebelahi kitaorang, ikan takde time tu.. uuuhuuu.

Masa on the way balik, nampak orang jual ikan kat tepi-tepi jalan, terus singgah



Banyak jugak ikan & fresh-fresh.
Aku sempat beli sotong, ikan, ikan merah & kerang. Nak carik ketam, takda abis katanye.
Harga pun boleh tahan jugaklah..

 Hamboii abg ngah, siap tolong orang tu siangkan lagi. Bajet boleh dapat diskaunlah tu.. 
Hahah~ rentikan jerlah...
Muauahahahaaaa...

Lepas settle memborong aper yang patut, kitaoranag pun berpecah balik.
Tapi aku kan.. kannnn.. menyimpang ke tempat lain pulak. #Hehehehe
Sian kat anak2 teringin nak makan ketam.

Lokasi : Sg. Bagan Seafood Restaurant
No. A 13002, Tanjung Harapan, Lingkaran Sultan Hishamuddin, 4200 Port Klang
No: 03-3176 2042

Memang rezeki anak-anak. Kitaorang sampai dalam pukul 3 lebih. Nasib baik dah bukak.
Lepas kempunan anak-anak nak makan ketam. 


Ramai gak orang masa kami sampai tu.

Ketam Sweet Sour

Sotong Goreng Tepung

Kangkung Goreng Belacan.



Memasing dah kenyang. Baru boleh senyum sampai telinga.
Dah jom balik!


ok, bai



....gigih okey nak ngabiskan citer ni..


Friday, October 24, 2014

Celebrate Anniversary Yeop & Kak Juana

Terima Kasih Kak Juana & Yeop sbb sudi invite kitaorang untuk join lunch last weeken.
Dah nak dekat sebulan hokey, dorang booked kitaorang ni. 
Memang rezeki koranglah nak berluncheon ngan wolzz (*sambilibasrambut)
kalau tak, tak merasalah uolzz... Hahahahaa... (matilar..)

Happy Anniversary to both of you. Kekton doakan semoga kalian berdua, kekal bahagia, (gaduh2 manje tu biasa..kan.. hahaha) &  kekal hingga ke Jannah, In Syaa Allah.

Lokasi: Tonka Bean Cafe
 
 Pasangan yang diraikan iaitu Yeop & Kak Juana

K.G, Dina, Qila, MIL



Gambar tak banyak aku ambik, di sebabkan aku nak mengejar dak kecik tu. Makan pun tak berapa nak feel sangat. Kejap duduk, kejap bangun, kejap duduk, kejap bangun, kejap kang berlari,.. isshhkk.. nak request kat KG lah boleh tak repeat lagi sekali?? pleaseeee.... (mata kelip-kelip)

Seee?? ni jer yang sempat aku makan..



Sekarang dak qaseh ni kalau nak keluar, mengalahkan aku. Mommy, lipstik mane?? hamboii. Aku pun keluar tak pakai litip.. Cuuuunn jer. Muaahahahahaa.. #muntahijo

Dak qaseh sibuk nak menunjukkan video konsert dia aritu.


Ko jangan memain, siap dapat doorgift lagi. Dah macam gi kenduri tawin pulak.. hik..hik
ko hado??!


Alamak! kantoi meja aku penuh dgn makanan.. Muaahhahaa..


Memperkenalkan retis suam2 kuku.. Leezz!! 
Hahahaa.. (jgn ko kecham aku yer kak)
Ni akak ipar aku. Cun kan?? okey, (tolong angguk sekarang..!)
Hahahaa.. dia ni gile2 orgnye.. tapi kenkadang terlebih giler.. Hahaha
Aper2pun aku sayang ko kak!

Mommy & Indah

Kesayangan sangat ni.
Adam memang manja dgn aunty Leez dia. Kalau aunty Leez dia masak tempe goreng, 
2 hari dia rasa kenyang. Boleh cmgitu?? Hahaaa.. Benci aku. Hober 
#sambiltumbuksambalbelacan

Dak Kenit In Action





Sebelum balik, acara wajib iaitu bergambau


(sore ramai)  
Kami mengucapkan
 "Happy Anniversary to Yeop & Kak Juana !"  
Next year repeat lagi yer..

Tenkiu <3

Thursday, October 16, 2014

Budak Tak Makan Saman

Bila di ingat-ingatkan balik. Sakiiittttt.. jer jiwa raga aku ngan dak kecik chenonet ni malam tadi.
Memang betullah  mak aku & mak mertua aku cakap .. 
"Mak tengok, budak ni lain macam.. lagi dasat dari abang ngan kakak dia..." 
Mak, betullah mak cakap memang lain mahhhchaammm pe'el dak kecik ni.
adoiiyaaaiii.


 Macam manalah aku tak sakit jiwa raga aku, ngan budak kecik ni. Malam tadi, kitaorang dah bersiap nak tido, abang ngan kakak dia, dah landing atas tilam nak tido, En. Daddy dalam toilet, aku pulak dah dok baring2 atas katil sambil memanggil2 si Indah..

Indahh.. jomlah naik sini sleep.. Jom Indah.. mommy dah ngantuk ni..

Aku tak dengar pun suara dia. Selalu asal aku panggil jer, laju jer dia dtg.. Sekali tu, dak adam terpekik .. "Mommy.. Indah tu!" Terus meloncat aku dari katil. Aku ingatkan kenapa, rupanye dak kecik tu dah tumpahkan susu sebekas kat atas lantai tepi tilam abang & kakak.  Ahcanner tu??! Bukan susu yg dah siap bancuh tu, yer dek non, (susu dah siap bancuh tu dah biasa dia tumpahkan) Abislah satu baju dia kene. Masa aku dok meloncat tu, aku tengok, sardiinn jer muka dak kecik tu, tengah menjilat-jilat jari dia. Siap kutip2 lagi susu yg tumpah kat lantai tu masuk mulut. Ko rasa aku tak sakit hati?? En. daddy kuar dari bilik air, terus mengucap panjang. Aku terus bawak budak kecik tu masuk toilet, basuh sikit badan dia, takut kang time tido, segala serangga kerjakan dia pulak.


Lepas aku dah siap bilas badan dia, dah bukak pampers dia, (en. daddy lap susu yg tumpah tu) aku bawak dak kecik tu keluar dari toilet, nak pakaikan dia pampers & baju. Dia sardin jer bervogel sambil tu menyiarap, badan separuh masuk bawah katil, separuh mengadap abang dia. Aku pulak tengah dok mencari pampers. Korang tau aper yang jadi masa tu?? Memang macam nak picit-picitt jer dak kecik tu.. Dak adam bersuara... "Mommy, bunyi aper tu?? bunyi macam air jer. Aku datang dekat ngan Indah, memang bunyi tu dtg dari dia. #crying  Korang tau dak indah boleh kencing pulakkkkk kat situ.. Dah lah en. daddy baru jer abis mengelap susu tumpah tadi, ni nak kene mengelap air kencing dia pulak... Adooiiyaaiii... Setereeesss aku wey! Kene sedas kat bontot dia, aku tepuk. Berlari aku bawak dia masuk dalam toilet, bilas balik badan dia, sebab air kencing dah kene satu badan. 



Oklah tamatttt citer.




Jap..jap.. korang ingat ia berakhir di situ ker?? Owhh tidak yer korangggg.. Kali ni macamm.. nak bagi tali pinggang pulak. Hahahah.. Lepas aku settlekan dia, pakai baju, pakai pampers bagai siap bedak. Aku bawak dia naik atas katil. Nak kasi dia tido. Tak jugakk dia nak tido. Ada 10 kali dia dok turun naik katil. Last kali aku tak larat, aku biarkan jer dia. Korang tau kali ni dia buat aper pulak?? Dia tumpahkan pulak air masak kat tilam Adam & Qaseh.. AHcanner tu??! #crying Nasib baik baju dia tak brape basah, basah sikit-sikit jer.  Sebab adam sempat selamatkan. Itu pun dah separuh botol yg tumpah. Tak koselah aku nak tukar lagi baju dia. Geraaammm sangattt aku ni. Sape ker lagi yang nak kene mengelap air yg tumpah tadi kalau bukan en. daddy.. Uuhuuu.. Sabarr yerr yang.. Padahal dalam hati dah mengelegak dah.  Hehehe

Pagi tadi saje jer dok bercerita balik ngan en daddy pasal perangai Indah malam tadi. 
Aku: Hurrmm, Indah2 kemain lagi, tak makan saman budak kecik tu sekarang. 
En Daddy: Aiisshhhkk.. rasa macam nak kasi tali pinggang jer ..
(main tali pinggang jer laki aku ni, tak kasi chan.. hehehe)

#Haahahahahah. Nasib baik ko kecik Indah, kalau dah besar compem kene sedas dua ni. Itu compem!



Kecik besao, kecik beso jer mommy negok dak kenit ni.
Tak jumpe rindu.. dah jumpee kalu .................................... lupe pikirlah sendiri


Oklah, penat malam tadi tak abis lagi. 
Ok bai!

Wednesday, October 15, 2014

Celebrate Birthday Bonda

Hai!
Semalam beday mak kitew. Yang ke.............. katenye "ngam ngam.." ehceh! 
kirenya kalau nak masuk mane-mane boleh dapat 1/2 price lah.. ekekee
Semalam, bersempena beday mak, aku ajak dia keluar, nak belanja makan. Then aku suh dia decide nak makan kat mane..

Aku: Mak, jomlah keluar orang belanja mak makan.
Mak: Takpelah korang keluar jerlah, mak macam taknak makan.
Aku: Jomlah, nak makan pizza?
Mak: errmm.. tak lalulah, xpelah korang keluar jerlah..
Aku: hurrmm, abis mak makan aper malam ni?
Mak: Takpelah, mak goreng ikan sambal jer untuk ayah kalau dia nak makan.
(Ko tak rase aper2 ker bila beday girl kene masak?)
Aku: Ok, mak nak minum-minum tak, kopi kopi ker?
Mak: (Laju jer) okey jugak tu.. tak kesah mane-mane..

Nampak tak kat situ?? dah boleh baca dah mak aku ni. Hehehee.
Memang tempat feveret dia Old Town White Coffee dah tau dah.. Saje jer aku. Hahaha

So, aku call adik-adik aku suh tunggu sana.
Lokasi pilihan : Old Town White Coffee, area Oasis Damansara

Love this view

Love this view


Erra & Fezy jer yang dapat join. Kaklong tak dapat join, sebab tak abis lagi meniaga. 
Kakngah pulak, senyapp jer. so, kami-kami jerlah yang celebrate beday mak malam tu.

Mak buyong.
Next year InSyaaAllah aku dapat 2 anak buah-buahan. 
Nasibbblah korang time tu, Indah dah besar sikit, so ahkak ko dah boleh jalan mengepak, takyah nak mengendong dak kecik lagi.. hehehe #sukeaku

Mak buyong yang ke dua..

Beday girl
Happy birthday mak <3


Oklah tu, cake 1 slice. Kongsi 10 orang kan?
hehehe. sebab cake yang sebenar akan di carry forward this week, okey mak!


Happy Birthday Mak.
Semoga mak sentiasa Di lindungi. Di beri kekuatan. Di beri kesihatan yang baik.
Sayang mak banyak-banyak.

<3 Lebiu <3