Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Friday, January 30, 2015

Sejuk Hati Bila Anak Minat Mengaji.

Sejuk hati mommy bila anak-anak suka pergi mengaji tanpa kene paksa-paksa. Lega betul rasa hati mommy, bila hari-hari anak tak sabar nak pegi mengaji & nak khatam quran cepat. Alhamdulillah. Memang tak sangka, masukkan Adam & Qaseh kat Algebra Academy memang pilihan yang tepat. Hari-hari Adam ngan Qaseh akan bercerita apa yang dorang belajar dekat tempat mengaji. Suka hati aku mendengar, sebab dorang cukup excited nak pegi mengaji :) 

Pernah sekali masa mula-mula hantar Adam & Qaseh kat Algebra, balik rumah Adam mengadu, dia kene rotan ngan ustaz. Then aku tanya dia, kenapa ustaz tu rotan? mesti ada sebab kenapa ustaz tu rotan. So, Adam cakap, sebab dia baca tak lancar, merangkak-rangkak. Tapi tak sakit pun. heheee.. Ok. Kat sinilah tugas aku ngan en. daddy untuk explain kat dia kenapa dia kene rotan. 

Aku cakap ngan Adam, Ustaz tu rotan sebab ustaz sayang sangat dengan abang. Ustaz nak abang jadi pandai. Bukan maksud ustaz tu rotan, ustaz tu benci dengan abang. Macam mommy ngan daddy juga, kalau mommy marah / rotan anak-anak mommy, sebab mommy & daddy sayang anak-anak mommy. Abang nak ke kalau mommy buat tak peduli jer ngan abang? Kalau mommy ngan daddy buat tak kesah jer aper yang abang buat walaupun benda tu salah, maknanya mommy ngan daddy tak sayang abang / anak-anak. Paham?  

Alhamdulillah. Dia paham apa yang aku cuba sampaikan. Aku risau jugak, takutlah kalau-kalau lepas kene rotan tu dia taknak pegi mengaji. Tapi aper yang aku risau rupanya sebaliknya. Hari-hari dia excited nak pegi kelas mengaji. Alhamdulillah.

Ok, kat sini aku sharekan serba sedikit info pasal Algebra Academy ni. Manalah tau, kot-kot ada parents yang berminat nak masukkan anak mereka ke sini. InsyaAllah.



LATAR BELAKANG

Algebra Academy ialah sebuah entiti perniagaan berdaftar (SA0279157-D) yang merupakan sebuah akademi pengajian yang membuka ruang kreatif dan kritikal, yang tulen, segar dan moden. Disempadani petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah, selaras dengan panduan Salafussoleh dengan motto “Mind Over Emotion”. Algebra Academy ialah salah sebuah syarikat di bawah naungan konglomerat Algebra Network yang berpusat di Shah Alam, Selangor.

KENAPA "ALGEBRA”?

Masyarakat awam sudah sedia maklum tentang perkataan "Algebra". Perkataan ini memberi inspirasi yang tinggi kepada kami. Perniagaan ini menggunakan "Algebra" sebagai brand name kami untuk mengiktiraf dan menunjukkan rasa hormat dan bangga kami kepada hasil kerja ilmuan Islam yang membina konsep Algebra dalam bidang matematik.

Ilmu Algebra moden dibina oleh seorang ilmuan Islam, yang amat disegani di Timur dan di Barat – Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi. Di barat, Al-Khawarizmi dikenali sebagai s al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Gorismi dan dengan beberapa nama lain. Perkataan Algebra, pertama kali disebut oleh Al-Khawarizmi di dalam buku teks Matematik yang ditulisnya iaiatu Al-Kitab Al-Mukhtaṣar Fi Hisab Al-Jabr Walmuqabala (Arabic : الكتاب المختصر في حساب الجبر والمقابلة) yang ditulis pada 830 CE. Buku itu, sehingga kini menjadi rujukan utama dalam bidang Matematik di Timur dan Barat.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Algebra Academy
 
Photo copy from : Fb Algebra Academy

Photo copy from : Fb Algebra Academy

Photo copy from : Fb Algebra Academy

Photo copy from : fb Algebra Academy
Photo copy from : fb Algebra Academy
Selain dari kanak-kanak & remaja, Algebra Academy juga turut menerima golongan dewasa untuk belajar serta mendalami Al-Quran.


Untuk keterangan lanjut

Phone: 019-4662985 (En. Naza)
E-mail: academy@algebra.com.my
Algebra Academy, Subang Bestari, Shah Alam

Thursday, January 29, 2015

Adam dah 8 Tahun

Salam. Hai!

Lantaklah, walaupun entry ni aku dah aku peram dekat sebulan, baru sekarang aku ada masa nak update. :) Maafkan hamba wahai penunggu gua.. ekekee.

5hb Januari 2015 genap umur Adam 8 tahun. Macam kejap jer masa tu berlalu. Umur aku pulak..........lagi lahkan..?? #crying. Masa birthday Adam tempoh hari, aku ngan en. daddy decide nak belanja dia makan.

Mommy love three of you!

Lokasi pilihan adalah Johny Rockets, The Curves.


Maybe masa kitaorang pegi tu hari berkerja, so taklah ramai orang sangat. :) 
Masa sampai kat sini, en. daddy dah siap2 inform kat staff situ, bagitau dia pasal birthday Adam.
So, dorang akan prepared 'kejutan' untuk birthday boy tu nanti.


Aku lupe nama burger ni. Besar giler. Satu burger boleh share 4 orang (family akulah). Itu pun gigih nak mengabiskannya. Aper lagi, tugas en. daddylah tu, kasi licin. Hehehehe. Masa kitaorang dah nak dekat abis makan, aku nengok staff-staff kat situ sibuk dok beratur, pegang alat2 music. Dan rupanya ini adalah salah satu kejutan untuk birthday boy. :)


video

Terkejutlah dak Adam aper lagi. Aku pun macam biasa buat-buat terkejut gak. ekekeke.  Almaklumlah, diri ini dah lama tak dapat kejutan camgini.. #sobsob



Dapat ice-cream free



Thank You Johnny Rocket bagi ni. :) 
tapi pinggan tu tak boleh bawak balik.. ekekek. 
makanlah ko tomato sos tu sampai licin. Hahahaaaa..

 Birthday Boy

Qaseh!
Yang ni sibuk menghitung hari turn birthday dia pulak.. Hehheee. Siap dah bagitau siap-siap birthday dia nanti nak buat kat mana. hehehe.. Dalam pada tu, Pandai lak tu ni mengoder air ni. Original Shakes & Malts. Ada 3 perisa. Vanilla, Strawberry & Hersheys Chocolate. Giler tak sedap..??! hheheh

video


Adam & Daddy
Alhamdulillah. Happy betul dia aritu. :) Syukur. So, sebelum balik, dia request nak jenjalan kat sekitar The Curve tu. Masa kitaorang tengah jenjalan, korang tau aku jumpe sape??

hehehehe...





Taaaaraaaaaa...... Aku jumpa Awal ngan Scha.
Memang comel giler Scha ni. Tak sombong. Awal pun sama.
Nasib baik dia tak bawa Lara Alana, kalau tak abis kene gomol ngan anak-anak aku.

Adam malau-malu miaw nak bergambar ngan Scha. Dah bujanglah katakan. ekekeee.. Si qaseh pulak, memang minat ngan Scha ni, semua citer Scha dia tau. Kire macam hadiah birthday gaklah dapat jumpa retis secara tak sengaja. Hahahaa.. bole cmgitu?


Adam masa nampak si Awal ni dari jauh, dia cakap ngan aku.. "Mommy, kehenseman abang awal tu sama macam dalam tv..." ekekekee..  Tak tahan beno aku dengar ayat dia ni. Tapi dia dah warning aku siap2 jangan bagitau Awal ape yang dia cakap tadi. Hehehee..  Ape2 jerlah.


Buah hati mommy & Daddy


Hai! nama saya Indah.
Gewam aku ngan budak techik tenot ni. Banyak sangat mulut..
Lepas satu2 pe'el yang di keluarkan. 
Sabarrrr aku banyak-banyak dengan perangai anak-anak.


Monday, January 19, 2015

Jemputan Ke Grand Opening IKC

Yuuuhuuuu... anibadi homeee..??

Macam mane nak mula yer.  miihh..mihh..mihhh #tekupmulut
 Firstly kekton nak jerit dulu boleh?? heheh...... tak kire nak jerit jugak..

YYYEEEAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHH!!

Alhamdulillah, akhirnya Toodoong By Luvelymummy dah boleh di dapati di salah satu Butik Vendor Iszna Kejora Collections di Paroi, Negeri Sembilan.

Address: 
Butik Iszna Kejora Collections
1st Floor, Off 391, Persiaran Rajawali, Taman Paroi Jaya 

Landmark: Nasi Arab Damsyik & berdekatan Stadium Paroi


Kekton nak jemput, kengkorang-kengkorang kewsayangan kekton shemua datang memeriahkan  Grand Opening untuk Butik Iszna Kejora Collections. Meh ler, datang chuollz. Teringin sangat nak jumpe kengkorang shemua. Boleh ler kita sembang2, cuci-cuci mata, cuci-cuci poket..kan #ehceh. Macam-macam adoooo. Antaranya....













Besttkan? kan? Ada tudung, ada baju, ada kasut, ada baju budak, ada aksesori, ada casing handphone, ada handbag, ada baranag makeup, ada product kesihatan ada macam-macam lagilah, tak larat nak citer. Datang nengok baru tau rambang mata ke idak.. #muahahahaaaa...


Ni lot tomey kekton. Kekton jual pelbagai jenis tudung. Antaranya, syiffon halfmoon, bawal satin, bawal saree, satin shawl, shemmer shawl, wide shawl plain, wide shawal corak, h&m inspired shawl & macam-macam lagi. Kebanyakkannya kekton custom made sendiri. :) itu yang best. Kekton juga menerima tempahan untuk kengkorang nak pakai sedondon dalam majlis2 tertentu contohnya majlis kawin ker, bertunang ker, untuk dulang girls ker.. boleh jer rojer-rojer kekton yer.




 Untuk sebarang promosi boleh jengah kat fb IKC
Fb kekton pun boleh : Aida Ibrahim

Datang yer chuollzz.! Tak datang, taknak tawan... 

#muahciked

Saturday, January 10, 2015

Upside Down House, Melaka

Aku baru jer tahu wujudnya satu lagi tempat yang menarik dekat Melaka ni iaitu Upside Down House. Upside Down House ni terletak betul-betul belakang Seri Costa Hotel. Berdekatan dengan Mahkota Parade. Tersorok sikitlah tempat ni. Aku pun kebetulan singgah makan sebelum balik KL, kalau tak, tak tahu jugak. Ramai jugak orang time aku pegi tu, almaklumlah cuti sekolah kan..

Alamat : 
G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka.

Harga Tiket
Dewasa : RM15 | Kanak-Kanak : RM10 | Warga Emas : RM10 | OKU : 50% off

Masa Operasi:
Isnin - Khamis : 10.00 pagi - 6.00 petang | Jumaat - Ahad (Cuti Umum) : 10.00 pagi - 9.00 Malam

Sebenarnya tempat ni taklah besar sangat. Cuma dia dorang dividekan ke beberapa bahagian iaitu Living Room, Dining Room, Children Bedroom, Bedroom & Bathroom. Menarik jugaklah.

Meh layan gambar-gambar yang ada.













Best kan?! :) Macam-macam style korang boleh buat, untuk nampakkan gambar tu real. Yang paling penting korang kene pandai angle. Kalau salah-salah angle pun tak menjadi gak. hehehee.. Tapi korang jangan risau, ada staff Upside Down House yang akan membantu korang ambik gambar. 


Pada aku tempat ni tidaklah mengecewakan. Aper-aperpun aku enjoy, en. daddy enjoy & yang paling penting anak-anak pun enjoyyyyyyyy.

Thursday, January 8, 2015

Swiss Garden Hotel & Residences Melacca - Part 3



video


Esok paginya, lompat dari katil, jengah kat balcony. Makk aiii. Angin dia.. Seram pulak aku. Uuuhuu. Anak-anak dah tak sabar nak mandi kolam. Tapi aku, perut dah berbunyi. Tak tahan lapar. Nak makan maggie macam tak boleh nak masuk. Tapi kalau nasi lemak, laju jer aku.. Hehehehehe


Tak sabar punya pasal, sanggup gi breakfast pakai baju swimming. ekekekeee...


Ni lah rupa dari luar hotel yang kami stay. Baru lagi hotel ni tak sampai sebulan.

video

Settle makan, terus balik hotel, terjun tiruklah aper lagi. Tapi tak sampai 1/2 jam, ajak naik. Tak tahan sejukkkk.. Korang tengoklah angin dia. Mana tak sejuk bebudak. Yang si tecik aku tu dah biru-biru bibir dia. Bila tanya, nak swim lagi tak, dia geleng. Hehehee first time tu dia tak nak. Hahahaa.. Kalau tak tu, pantang nampak air jer terus nak mandi selebihnya main..


Biasalah bila lepas mandi kolam, memasing perut dah kruikk..kruikk.. lapar. Nak makan, tak tahu kat mana, last-last, makan nasi lemak kat Coconut Shake, Pantai Klebang. Dua hari berturut-turut makan kat situ. Sekali tu masa sampai Melaka. Ramai betul orang kat situ. Sampai nak cari tempat duduk pun payah. Terpaksa mengendeng kat orang yang agak-agak dah nak abis makan. Sorry yer. hehehe.. Lepas settle makan, tak tahu nak ke mana, jalan kat Jonker Street pulak. Hari Jumaat, pukul 5 dah buka. Sebenarnya takda benda pun nak di cari kat situ. Sajalah cuci mata. 

video


Sekali tu terpandang pulak aku ngan mamat kopek kelapa ni. Bukan pasal dia enchem ke haper yer, terrjakun kejap dengan skill yang dia ada.. Lama jugaklah kitaorang dok melangut nengok mamat ni. 
Cayaaalah!!




Lepas puas melangut kat Jonker Street, bergerak pulak ker Melaka River Cruise. Seingat akulah inilah first time aku naik cruise kat Melaka. Sebelum-sebelum ni tak berkesempatan nak naik. Kebanyakkan yang aku dengar kalau nak naik cruise ni better naik waktu malam. Cantik sikit pemandangan dia, dengan lampu-lampu berwarna-warni.

Harga Tiket - 
RM10 (Adult) | RM5 (Children)

More info boleh jengah SINI

 Serius, memang puas hati, kalau naik waktu malam. Cantik!

Selepas puas menikmati suasana malam sepanjang Sungai Melaka, sebelum balik bilik pekena dulu Burger Bakar Abang Burn. Sorry to say.. Maybe nasib kitaorang tak luck kot malam tu, tunggu burger dekat 1 jam tak sampai-sampai. Staff kat situ langsung tak say sorry kat kitaorang. Lagi menyakitkan hati, bila orang yang baru sampai dah dapat dulu. Bukan tak tanya kat staff situ, bila kita tanya, mane burger dik, tak sampai-sampai lagi ni.. sambil-sambil adik tu jalan.. Ni bukan akak punye, orang lain punye.. Hambooii...cakap langsung tak pandang muka kita.. Memang TAKKLAH kan aku nak repeat lagi tempat tu. Services hampeehh dot com.






... to be continue


Wednesday, January 7, 2015

Swiss Garden Hotel & Residences Melacca - Part 2

... sambungan

View malam dari bilik kami

Masa ni dia betul-betul terkejut.  Mana tak terkejut, dia buka-buka pintu bilik, dah ada orang nyanyikan lagu birthday untuk dia siap bawa cake. Hehheee.. Siap tepuk-tepuk muka macam tak percaya.. Hehehee.. Sukalah tu! Happy Birthday Abang yang ke 8 tahun!


Mommy love 3 of you + daddy = 4


Sesi bagi hadiah. Hadiah ni, dia dah request lama. Asal masuk Toys'rus je tunjuk kat aku & en. daddy mainan ni. Siap paksa en. daddy ambik gambar, takut kitaorang lupa. So, masa yang paling sesuai membeli adalah time nak dekat-dekat birthday. Toys'urs akan bagi voucher. Giler, mak ko tak suka?? hehehe.. Jimat sikit duit mak apak ko nak.


Yang takda kene mengena ngan birthday pun dapat present. Kalau tak bagi kang, ada yang terpeleutt muka. Adoiii. Nasib baiklah, anak ada 3 jer setakat ni, kalau 10 mau botak daddy. Uuhuu..



Bila anak-anak happy, aku ngan en. daddy double happy. 
Rasa penat semua hilang bila tengok dorang happy..



Dinner malam tu, kitaorang try makan dekat Leque Restaurant.

No. 21, Jalan Tun Tan Cheng Lock
Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka

Tak silap aku, satu-satunya restaurant melayu kat area Jonker Street. Sebenarnya susah okey, nak cari restaurant halal kat area situ. Nasib baik ada. Sempat jugak berborak ngan owner restaurant tu. Tak ingat nama dia. Anak muda. Dari KL berhijrah ke Melaka, setup kedai ni dengan kawan dia. Very friendly orangnya. Eh, silap terreview pasal orangnya pulak. ahaks.. Ok, review pasal food dia. Aku order set asam pedas & en. daddy order gulai kawah. Leque jugak ada menyediakan makanan western. So korang ada pilihan lain selain nasi.  Pada tekak aku, food dia sedap. Tempat dia cozy jer. Aku suka. Aku bagi 8/10 stars.

Lepas settle makan malam. Memasing dah kecapekkan so marilah kita balik hotel tidur..




....................... to be continue