Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Sunday, September 20, 2015

Atok

Salam.

16hb September aritu, sempena cuti Malaysia, mak ada buat kenduri tahlil untuk arwah atok. Diam tak diam dah 5 tahun dah arwah atok pergi. :(  Rindu sangat dengan arwah. Banyak sangat kenangan aku ngan arwah atok, sampai sekarang aku tak lupa. Aku suka melayan bila dia dah start bercerita. 

Dia bercerita tentang, kehidupan dia masa kecik, kehidupan dia masa remaja, masa belum kawin, dah kawin.. bercerita pasal anak2 dia.. macam2 cerita ada. :) Paling dia suka bercerita pasal, kenangan masa dia kecik2 dia suka kayuh sampan, tangkap ikan. Dia cakap takda rasa takut pun masa tu walaupun dia tau sungai tu ada buaya.. hehehe.. Pastu dia akan bercerita, dulu cita2 dia nak jadi cikgu. Tak silap aku, dia cakap dah dapat, tapi dia terpaksa lepaskan sebab nak jaga atok jantan (atok lelaki) sakit. Dia sedey sangat masa tu, tapi terpaksa.

Aku suka bila nengok riak muka dia bercerita macam mana dia boleh kenal dengan suami dia.. Hehhee.. dengan muka2 kalau dia start bercerita. Atok jantan ko tu garang. Aku bukan suka sangat dengan dia. Dia masuk meminang, bapak terima. Aku menyampah, atok jantan ko dulu ada jambang. Ingat aku gemo...  Heheheh.. kelakar betul atok aku ni. tak suka, tak suka 14 orang jugak anak dia. heheheh. Tapi orang tua dulu2 memang camgini. mak bapak  yang akan aturkan semuanya.

Atok aku ni tak suka lelaki yang berjambang. Patutlah masa aku kenalkan en. daddy ngan atok, dia bisik kat aku, suh dia buang jambang tu. geli aku, katanye. Hehheee.. Atok aku ngan en daddy ngam. Ingat lagi aku, atok cakap "aku nak tengok ko ngan si janggut (panggilan untuk en. daddy) kawin. Sempat ke tidak aku nak tengok. :( Sempat ke tidak aku nak tengok anak2 ko ngan si janggut. :( Sedey! wey kalau kenang balik. Alhamdulillah, rezeki atok nak tengok kitaorang kawin tercapai. 

Masa arwah atok sakit teruk. Dia memang susah nak cam orang. even anak2 dia dtg sekalipun, kene sebut nama masing2. Kalau tak dia tak ingat. Terlantar jer atok masa tu. Tapi bila en daddy dtg dekat dia, en daddy akan tanya tok, kenal tak sape ni? siapa? jawab atok aku. Dia memang tak ingat. En. daddy pegang tangan atok, letakkan kat janggut dia.. geli2kan kat tangan dia dgn janggut.. pastu dia senyummmmm.. & ketawa. sampai sekarang aku ingat senyum tu. :( 

Sedey, bila aku kenang satu persatu kenangan ngan arwah. Itu jer yang tinggal iaitu kenangan.  :(

#dahlapairmata



Bacaan Tahlil diketuai oleh Pakngah Nasir (baju hijau)

Ayah.




  Happy betul mak, sebab ramai yang datang. 
Tenkiu gais!

Antara menu yang mak aku masak
Gulai labu, sambal sotong, masak lemak tempoyak udang (style negeri sembilan)
& yang lenlain tu semua makcik & pakcik aku bawak.
Kire macam port luck lah jugak. heheh.. 
Bila di kumpul2 kemain meriah lagi makanan.











 Lepas makan nasi, ada yang request goreng cekodok nak cicah sambal sardin. 
Nasib baik lah meollz terer dpt baca hati korang kan.  hahaha.. Aku dah bancuh siap2. 
Bab menggoreng nasib baik ada yang volunteer. Tenkiu cousinz!
i lap u lah... hehehehe

 Adik beradik mak. 



 Penat memang penat, tapi seronok bila dapat berkumpul camgini. Susah okey, nak jumpe diorang2 ni.. Nasib baiklah aku ramai anak buah buahan yang bole menolong...
Sorang tukang buat air, sorang tukang basuh pinggan mangkuk, sorang tukang kutip pinggan magkuk, sorang tukang lap pinggan.. sorang mengemop... uuhuuuu.. 
Terima kasih along banyak membantu.... tanpa alonggg, lumpuhlah aunty... 
(ppsstt.. kene buat baik ni, dgr citer bakal pak metua dato'.. berhuhuuuuhuu dululah aunty)

hahahahaaa..

Anak buah buahan kembo.. Alia & Alina.


Aper yang pentinggggg gais.. 
KERJASAMAAAA..



 Al-Fatihah.








Saturday, September 19, 2015

Thank You So Much Zalora

Cheq sukaaa.... cheq sukaaa.... cheqq suka... #tayanggelangmas  

Last week aku dapat emel dari Zalora nak collaborate ngan aku. 
Seyes! macam tak percaya pun ada engko. hahhaaa.. Zalora okey, bukan calang2 nama.
Nak jadi kan citer, dia beri aku 1 task untuk aku siapkan. 
Memula tu, tergaru2 gaklah kepala yang tak berapa nak berkutu memikir macam mana nak buat. ekekeke... Dan akhirnya, Alhamdulillah siap juga task yang diberikan.
Barulah aku faham, task tu takdalah susah mane pun. Aku je yang over menggelabah.. Hahhaaa.. Almaklumlah first time camgitulah.. Ekekekee..

Siapa yang belom lagi baca N3 tu bole baca kat SINI yer.


Lepas siap task tu mengikut kehendak pihak zalora, aku diberi code voucher untuk aku bershopping dengan nilai yang telah ditetapkan.
Giler aku tak melompat?! Laju jer gi website zalora, skodeng aper yang berkenan kat hati.
tengok punye tengok, belek punye belek, terjatuh hati pulak dengan handbang ni.

Cantik kan??


*___________*



Sehari jer engko terus sampai kat tangan aku. hebak..hebakk..!
Plan nak pakai gi kenduri kawin. Sekaliii tu, tengok2 kalender takda sape yang nak kawin sampai cukup tahun ni.. Aperr lagiii zaaaaasssssssss..! terus bukak plastik, bawak gi keje.

 (yang bebenornye hati tu tak menyabar nak pakai) Hahhaaaaa....


THANK YOU SO MUCH ZALORA. 
Hopefully next time bole ler kite bekerjasama lagi yer!




Adios!


Tuesday, September 15, 2015

Let's Pekena Arang Ikan Bakar

Salam, hai! 
Aku tanya aper kabar... aku tanya aper kabar.. aku tanya aper kabar.. semuaaaa...  
Tambah2 musim jerebu ni kan. Haish. Korang kene ingat Malaysia ni dah ada banyak musim, musim panas, musim tengkujuh, musim manjir, musim durian, musim orang kawin kan anak, musim jerebu.. Hahahaaa... Aku rasa kali ni jerebu paling teruk. Sian kat anak2 kecik, kita yang besar ni pun susah nak bernapas, apatah lagi mereka. Yang paling kesian, orang yang ada sakit asma.. hurmm.. memang tak boleh kuar rumahlah nampak gayanya tu. Aku doakan kita2 ni diberi kesihatan yang baik hendaknya. Amin.
Ahad lepas, mood memasak memang kelautt. Makanya ke kedai lah kita gamaknya yer anak2. Hehheee.. Aku ajak en. daddy try 1 kedai makan kat area Seksyen 7, Shah Alam. Aku nengok ramai bebenor yang promote pasal kedai ni. So aper lagi... jomlah anak2 kita try makan kat situ.
*_________________*


ARANG IKAN BAKAR
No. 49, Jalan Keluli AL7/AL, 
Pusat Perniagaan Bukit Raja Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor. 
  
Masa aku sampai sini, dalam pukul 12 camgitu,  orang tak ramai lagi. So, takdelah segan sangat aku nak ambik gambar. ekekkeee.. Aku kan pemalu orangnya. ngehh..ngehh..ngeehh #tolonglahpercaya. 
 





Apa yang specialnya pasal AIB ialah mereka menggunakan ikan yang fresh & dibakar dengan menggunakan arang & yang membuatkan dia lagi lagi lagi special ialah harga yang reasonable / berpatutan.

Ok, aku order Set Ikan Bakar ni.
Set Ikan Bakar 
(Keli / Cencaru / Kembong) + Nasi putih + Pelbagai pilihan air asam + Telur masin + Kuah kari kawww  Hanya RM 9.90 sahaja
Selain dari set ikan bakar, AIK juga menyediakan set2 lain seperti
  1. Set Ayam Bakar + Nasi putih + Pelbagai pilihan air asam + Telur masin + Kuah kari kawww Hanya RM 9.90 sahaja
  2. Kari Kepala Ikan (Kerapu / Jenahak / Ikan Merah / Tenggiri) Ikut berat kepala ikan
  3. Set Ikan Pari Bakar + Nasi putih + Pelbagai pilihan air asam + Telur masin + Kuah kari kawww Hanya RM 14.90 sahaja
  4. Set Sotong Bakar + Nasi putih + Pelbagai pilihan air asam + Telur masin + Kuah kari kawww Hanya RM 14.90 sahaja 
  5. Bihun Sup Utara Hanya RM 5 sahaja 
Air & nasi tambah FREE FREE FREEEEE

sumber: FB Arang Ikan Bakar
 En. daddy order set ikan bakar jugak, tapi dia ambik ikan pari. :) Sedap jugak katanya.
 Gambar makanan en. daddy aku tak sempat nak snap. Baru jer aku nak ambik gambar, dia dah start jelinggg.. hurrmmm..


 Ok, last! sebelum balik aku order air Arang Tapao Coffee. Maaakkkk aiiiii besau gedabak air dia ni wey!. Huuhuuu... Air dalam bekas tu hampir 1 liter. Ada pelbagai perisa, Mocha, Latte, Vanilla, Green Tea, Red Tea, Espresso, Bandung. Hanya RM 6 untuk 1 dan RM 11 untuk 2. So, takyah rebut2 sebab mak kau tapau sampai 2 air ni. Minumlah nak.. :)

Ok, pada korang yang dah kering idea nak bawak family makan kat mana hari biasa ke, weeken ker, boleh cuba kat Arang Ikan Bakar.
Selamat mencuba gais!
ok, choww!

Friday, September 11, 2015

Trend Fesyen Muslimah Terkini

Salam! 

Pernah dengar tak Iklan kat TV camgini
..Dengar sini.. jangan..jangan.. bagitahu isteri, girlfriend, adik, kakak, ibu mertua tentang laman web zalora.com.my. Masa memula kuar iklan ni kat TV, cuak jugak rasanya, dah kenapa tak boleh bagitau orang semua.. bila aku tengok sampai habis barulah aku paham.. Hahhahhaaa.. memang menjadi betullah iklan tu.. ekekee Tang bab menjeriiiittt tu yang paling win.. Seyes.!.  Congrats zalora! iklan TV yang lain dari yang lain.

Siapa kat sini yang tak pernah tau pasal ZALORA ni, sila angkat keyboard. Ok, sorang pun tak angkat kan. Aku yakin rata2 kita pasti tahu pasal ZALORA. Ok, sekarang aku nak citer pasal Trend Fesyen Muslimah Terkini kat Zalora. Dewasa ini trend fesyen Muslimah sering mendapat perhatian ramai terutama sekali golongan wanita berhijab dan bekerjaya. Macam aku ni. Compare dulu, fesyen Muslimah sering kali diabaikan dan tidak diberikan pilihan yang meluas. Namun kini anda boleh lihat pelbagai koleksi pakaian Muslimah yang boleh ditemui di pasaran keluaran jenama-jenama Muslimah terbaik seperti Najjah, Jameela Muslimah, Inhanna dan banyak lagi. 

Tahukah anda apakah trend fesyen Muslimah terkini yang sesuai dipakai oleh para wanita Muslimah moden? Berikut merupakan trend fesyen Muslimah terkini yang sesuai anda gayakan untuk menjalani aktiviti kasual mahupun ke majlis-majlis istimewa.


  Siapa cakap wanita Muslimah tidak boleh bergaya? Sarungkan blouse Muslimah anda dengan padanan seluar chino atau tampil ringkas dengan pemakaian palazzo pants yang loose. 

Untuk gaya smart casual, cuba bergaya dengan jumpsuit berlengan panjang yang rugged ini untuk bersantai di hujung minggu bersama rakan-rakan anda.  

  Untuk anda yang ingin menghadiri majlis-majlis istimewa atau acara formal, tampil bergaya dengan koleksi kaftan labuh atau kaftan pendek dengan potongan yang selesa seperti berikut.

Atau anda juga boleh memilih untuk bergaya dengan koleksi dress Muslimah yang bukan sahaja boleh anda gayakan sebagai pakaian kasual malah, boleh juga anda sarungkan apabila ingin menghadiri majlis-majlis istimewa. Jadi, apakah trend fesyen Muslimah terkini yang paling anda gemari?  

Antara yang menarik perhatian aku ialah


JOVIAN Faith Jubah
RM296 NOW OFFER RM178


MODESTIE BY F &F
RM149 NOW OFFER RM99


ETHNIC CHIC
RM99



BELLA AMMARA FOR ZALORA
RM238 NOW OFFER RM190.40

Semua pilihan ada dihujung jari anda.  Hanya click pada Trend Fesyen Muslimah Terkini dan anda akan dapati pelbagai pilihan yang menepati citarasa anda.

Cubalah!

Tuesday, September 8, 2015

Work in progress!


Indoor Kids Rock Climbing, Taman Cabaran Putrajaya

Salam | Hai!

Last week kan aku pergi area Putrajaya. Dah alang2 aku ke sana, aku plan nak pergi try test 'Indoor Kids Rock Climbing, kata area Taman Cabaran. AKu pun baru tahu adanya tempat camgini kat sana. Tu yang excited tu, nak bawak budak bertiga tu.

Lokasi :


Putrajaya Challenge Park
Jalan P5, Presint 5, Putrajaya, 62200, Putrajaya
 
 
 Aku memula nak sampai sini pun sesat barat gaklah. Hehheee.. almaklumlah first time.
Nasib baiklah en. daddy kaki melayan, sampai jugak kitaorang kat sini.

Operation Hours
Kalau orang dewasa nak buat aktiviti kat sini, dikenakan bayaran sebanyak RM6.
 

 
Untuk masuk kat Indoor kids rock climbing ni, FREE jer
Sukeeelah tu, bila aku cakap Free.. #muahahahaaa.. aku pun suke jugak.. 
ngehhh..ngehhh
 
 
Let' start!





 
Masa memula nak start panjat, memasing penakut nak panjat. Tapi bila dah try sekali.. hurrrmmmm... tak payah di suruh.. kemain lajuuu je dia pegi.. :)
 
Compare Adam & Qaseh budak ni paling beraniiii memanjat..
 
 
See... berani kan?? 
#ekekekeke.. Takat tu je dak kenit ni boleh pergi. #hehheee..
 
 
Nasib baik ada en. daddy tukang melayan. Mommy macam biasa, cari port nak melempap.. Ngehhh..ngehh..


Walaupun tempat ni taklah besar mana, tapi puas jugak anak2 dapat buat aktiviti2 camgini.
Siap ajak aku repeat lagi kat sini.. #hehheee.. InsyaAllah.

 
T_______________T

Ni pulak untuk aktiviti orang besar. ROCK WALL CLIMBING 
 
Gulp!
 
 
Gulp!
 
 
Gulp!


Tengok dinding pun aku dah start scary the merry. 
ermmmm....memang bukan akulah yer kak jah nak try benda2 camgini. 
huuu..huuuu...huuu.. 
mak gayatt nok.. Soriiiiiiii.....
 
 
 
 
 
 
Ok Bai!