Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Monday, October 19, 2015

Langsir Murah Menggiler

Dia dah mai dah..!!! dia dah mai dah..!! adoooiii..!!
Dia buat hal lagii ni weyy...!!!
Kali ni lagi terukkkk... sampai 3 HARI dia buat sales langsir ni wey.
adooiiyaaiii...

Sape ker lagi kalau bukan Kak Moon The Tokey Langsir.. Hahahah

 23hb, 24hb & 25hb Oktober 2015
(Jumaat *sila monteng keje yer uollz, Sabtu & Ahad)

Port biasaaalahkan uollzz, port kak Moon kalau bukan kat 
 Level 7, Sarah Hughes Globe, Jalan TAR.  
Kak Moon & Sarah Hughes Globe berpisah tiada hokey. Don't play2.


Kak Moon dah sediakan 200 pcs badge ni untuk korang pakai tapi...tapiii tapiii.. before tu korang kene pegi serah diri kat kak Moon dulu,  kene puji2 dia dulu (Kak moon nampak lawa..nampak lawa.. dia pakai NV... hehehe) kasi laga2 pipi dulu ker.. kasi nasi lemak sebungkus dua ke.. eh..ehh.. boleh caamgitu kak moon?? ekekeke 

Yang dah pernah datang time sale kak moon buat aritu, taulah camnerkan... 
Ada yang ilang dalam langsir pun ada. Nasib baik jumpe kat kaunter.. Hahhaaa.. 

Aku pun pernah pergi sekali, tahun lepas kak Moon buat sales. 
Serius murah giler & cantik2 wey kain langsir dia. Cer nengok SINI 
Nak pitam aku dia buatnye. Sini nak.. sana nak.. situ cantik.. sana cantik..  
hoooii time tu, korang kene kuad semangadlah. Bawak laki memasing, bukan aper senang nak azan kat telinga korang. Hahahaha.. kalau korang tengoklah harga langsir yang Kak Moon offer tu, bole kene histeria wey.. Serius!




 Ni contoh kain yang kak moon offer. Memang bukan cikai2 punya kain yer uollz. Ni standard rumah2 mak2 menteri pakai ni. Kalau korang dah beli kain2 ni, pastu taktau nak jahit kat mana, korang takyah risau sebab Kak Moon dah kawtim ngan pihak Sarah Globe ni bagi harga thorrbaeekk untuk reader dia. Harga upah jahit pleat biasa RM7 sekaki & jangan lupe bawak ukuran sekali tau.



 Harga kain Upholstery ni  RM59 - RM89 semeter. 
Tapi.. Tapiii.. time sale VIP ni harga jadi RM20 -RM25 semeter. 
Korang kirelah sendiri brape banyak korang bole save kan.

 
So, aper lagi tunggu save the date. 
Korang memang.... memanggg..memanggg DIJEMPUT.
Tak datang RUGIII..

 
Cer teka, mana 1 kak moon, mane 1 tuan tanah??
Sebab dua2 somell kan..? kan..?? 
ekekekee.. dah.. dah..

ok,  bai! 


#shutdownpc



















Tuesday, October 13, 2015

Cara Mudah Buat Roti Pizza


Salam. 

Di sebabkan kekangan masa..... ewaah! ayat tu tak boleh blah!
Semua benda nak mudah, semua benda nak cepatttt kan maka terhasillah roti pizza hot..

Simple giler. Tutup mata pun bole buat wey!

Bahan utama yang kene ada, opkoslah roti. 
Tak kesahlah korang nak pakai roti brand aper kan.. janji roti..

 


Bahan ke dua:



 Sos Prego Fresh Mushroom. Tak silap aku harga dia dalam Rm6 lebih je kot.


Untuk bahan nak letak kat atas roti tu aku pakai sosej jer.  Tapi terpulang kat korang nak letak aper pun, tak kesah. Ada member aku buat letak pepperoni pun boleh.. belasah jer.
Pastu bawang holland potong dadu. Cili capsicum pun potong dadu.


Pastu korang letak bahan2 tadi tu atas roti. Macam contoh yang aku buat ni.
Oh yer, jangan lupe beli mozarella cheese tau. Kang tak jadi pizza korang kang.
Dah susun2 semua bahan2 tadi tu then bakar.


10 minit jer aku bakar. Lama2 kang keras pulak tak best!


Taaarraaaaa.....






Dah siap! Cicah sos.. pergghhh! thoorrbaaekk..

Adam cakap letak nenas pun sedap mommy... pandai gak tekak dia merasa. 
heheee... ok, next time yer... :)


Okey, uollz... Selamat mencuba... <3
 

Doa Awal Muharram

Salam.


 

Friday, October 9, 2015

Sundate With Kesaiyangan.

*Sundate (Sunday + date)
tak haper2 bahasa entah ko ni.
ko ingat ni bahasa paling 'IN' lah konon.. #jongos!
hahahahahaa.. 

Dah lama gile kot tak bawak anak2 merayap kat area The Curve ni. Dolu2 masa ada maid, pantang cuti, asyikkan nak merayapp jer kejenye. Takda langsung rasa bersalah nak tinggalkan rumah. Sebab dah sah2 maid yang buat. Cer sekarang ni, perkataan 'merayap' pun macam tak berani nak melintas kat pikiran aku sekarang ni. Yang selalu melintas dalam kepala otak sekarang ni "nak basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, mopmasak iron baju, bla.....blaa...nangeeeeeeessss" uuhuuuuuuu... sumpah, penat! Salute aku dengan wanita yang berkerjaya sebagai 'housewife'. Korang memang kental wey.





Kebetulan masa kitaorang pergi sana ada event Foodie Fest kat situ. So, macam2 makananlah yang ada.. western, local, goreng2 & dessert..etc. Kitaorang try keropok lekor cheese, cupcake, goreng pisang cheese, & air yang macam indah minum ni (dalam air dia tu ada rasa dadih..) hahahaa.. Tak tahulah aku aper nama dia, tapi rasa dia memang sedap.



Lepas makan light2 kat foodie fest, bawak dorang masuk kat Toys R Us Ikano pulak. Hurrmmm... taulah kan kalau dah masuk sini, takkan yang sekejap. Macam semua benda nak di belinya. Expecially Adam, dia memang mengalahkan adik2 kalau part mainan. Macam Qaseh & Indah dorang ni tak berapa heran sangat dgn toys. Diorang dah puas main kat dalam tu dahlah.. bila offer suh beli pun macama tak tau aper benda yang diaorang betul2 nak. Las2 tak beli. Jangan yang si polan sorang lagi tu.. pantang di offer..

huuuurrrmmmm....

Lepas puas meronda dlm Toys R Us perut dah start bagi signal bunyi cengkerik.
Patah masuk balik The Curve. Compare Ikano, The Curve memang banyak sikit choice tempat nak makan. So korang takyah pepening nak makan apa, semua ada..

Memula en. daddy decide, nak jengok kat food court The Curve, sekali tu terjumpa pulak 1 kedai makan 'baru' baru pada kitaoranglah, sebab sebelum2 ni takda pun kedai tu..


Hayaki ni betul2 dekat area foodcourt the curve. Belah atas. Kalau korang nak ke foodcourt compem2 korang akan nampak kedai ni. 

Tengok menu, nampak menarik.  So, aper lagi haruslah menerai, tak gituew?!



Food En. Daddy, Nasi Kukus Hayaki


Aku pulak try nasi ulam ikan goreng kongsi ngan Qaseh.
Boleh tahan sedap jugaklah. 

 Adam order French Toast. Tapi serasa tekak akulah kan, french toast dia kureeennggg & adam pun cakap benda yang sama.. kureeenngg mommy..
Madu dia tu je kot.. macam rasa x best.




Memang pe'el memasing kan, asal waiter antar food jer, kitaorang dok tertengok2 yang lain tu makan aper.. heheheee.. tak semenggah kan.. ekekekee... Aku pandang meja amoi yang dok mengadap meja aku tu. Makk aii macam menarikk jer yang dia order.. terrliur kitaorang tengok. Nasib baik perut dah fenuhh. Kalau takk tu mau aku order 1.

Mango Ice Rock.

En. daddy


Indah dah kepenatan. Lena dia tido. :)


Lepas kenyang, singgah solat jap, then sambung masuk balik kedai Lego. hurrmmm.. Selagi tak dapat kan. Memang perangai dak Adam ni. Aku biarkan jer. Malas nak layan.

Masa aku tgh dok round2 dalam kedai lego tu, nampak 1 poster. Ermmm.. patutlah ramai yang beratur. Aper lagi,  memang ada chan lah dak adam nak dpt lego 1 ni.






Taraaaaa... dah siap. So boleh bawak balik dengan senyumm lebau.

Aku cakap dgn adam, "see abang.. sebenarnya mommy memang taknak belikan lego untuk abang harini. Abang mintak ngan daddy dgn mommy tak dapat kan? tapi last2 abang dapat sebab aper, sebab Allah nak bagi kat abang. Allah bagi sebab abang nak sangat lego tu. Abang dapat pun lepas abang solat tadi. Betul tak? So.. rezeki tu Allah akan bagi kat sesiapa saje yang DIA nak bagi. Tapi kalau Allah cakap bukan rezeki Abang lego tu, abang beratur macam mana sekali pun, abang takkan dapat" Dia diam jer bila aku cakap. Tetiba mak ko jadi ustazah kan.. hheheheee..

Before balik, en. daddy tanya nak makan cekelat tak, kat dip & dip? Laju jer bebudak tu dip & dip?? nak! nak!. Sesekali bolehlah masuk sini. Kalau hari2 mau rabak..






Seyes, kenyang wey. Alhamdulillah. Sedap giler waffle dia. Tapi tak boleh banyak, nanti muak pulak. Huhuu.. 




Meollz with anak dara meollz, Qaseh.
 Dah lama tak ambik gambar berdua dgn dia. Lebiu qaseh.



Teng's Daddy bawak kitaorang jalan2, makan2, cuci2 mata
Nexxxxtttttt pewwlissss daddy..