Saturday, November 1, 2014

Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam



Salam.

Pada yang tak tahu mane nak pegi masa musim cuti sekolah nanti,  aku suggestkan korang pegi singgah ke Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam.

Lorong Belakang Komersial
Jalan Plumbum Q7/7, Seksyen 7, Shah Alam
(Landmark Islamic Steakhouse, Berdepan Wisma Roshini, )

Apa yang menariknya tempat ni ialah terdapat banyak lukisan mural yang di pilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept.
 
Moh ler kita layan gambar yg aku sempat ambik kat Laman Seni ni.





Korang nengok dak Adam, sempat lagi di korekx lubang idung orang tu. 
Sian org tu, kene gelak ngan kengkawan dia.. ggggrrrrrrrr



 Cantik betul lukisan kat sini

 Ni pun cantik, nampak mcm betul2.
 






 Sempat berdoa untuk mangsa nahas MH370 & MH17


 Dak kenit yang sentiasa berpeluh ketiaknye.. heheheh
Dia pun berdoa jugak..

 Adamm! Adam! kalau yer pun nak terrrkenchhh, tu toilet pompuanlah.. 
Salah masuk tu..ekekekeke

 Adoiiilah dak Adam ni, berry pulak dia. 
Legaaa mommy.. katenye
hahahahah..

 So creative dorang-dorang ni

 #LORONGBELAKANG

 Ko tengok! dia sebuk nak kepakkan orang hutan tu. Eh! jap orang hutan ker tu.. ekekeke
Aku pun taktau..

 Al-Fatihah
P.Ramlee, Sudin, Aziz Satar

Pose terakhir, sebelum dorang dah memekak nak mintak makan.. 
Besttt gak tempat ni. Itu pun tak habis jenjalan sampai ke hujung. Lukisan dorang nampak hidup. 3D dia pun menjadi tapi korang kene pandai capturelah. Baru boleh nampak 3Dnye. Macam aku main belasah jer. ekekekeke..

Ok, untuk kaum ibu, JAKEL dekat yer uollz. #matadahberbunga
Butik-butik pun melambak Sugarscarf, Radiusite, Zawara, Jovian pun ada & macam-macam lagilah... ngeehh..ngehh..


Untuk kaum bapa siap sedia jerlah duitnye, melayan kaum ibu.
MUahahahahaaa...

 

Tuesday, October 28, 2014

Impian Morib & Ikan Bakar

Meh sambung balik aktiviti 2 minggu lepas.
Lepas gi makan2 celebrate anniversary Kak Juana & Yeop, terus pecut ke Impian, Morib celebrate beday anak buah, Rayyan Rizqin & package sekali beday mak. Tido satu malam kat situ.


Kemain lagi mak aku ni, nakk jugak buat bedayy dia...
Ekekekekee..

Happy birthday Ayyan.  Semoga jadi anak yang soleh yer. 
Presen mommy hold dulu yer.. hehehe

 Happy kemain dia. Budak ni, tak boleh jumpe Adam. Nanti dia jadi tak tentu arah.
Ekekeke.. Happy dia, bila Adam & Qaseh ada.

Hamboi.. jauhnye mak tiup lilin.. sampai ke anginnye tu.. Ekkeee

Dak kecik ni tak menyabor dah nak terjun kolam.


Lepas dah settle sesi tiup2 lilin, potong2 cake, anak-anak aku dah menggelenjat nak terjun kolam.

 Cantik jugak Impian Morib ni. Suke aku. Kolam dia luas. 
Korang boleh pilih nak mandi kat belah2 mane pun. Kolam ada 2 engko.
Takyah rebut.





 Makanan, mak aku order ngan moksu aku. Senang. Takyah pikir nak makan2 kat luar. 
Mak aku order untuk makan petang masa sampai & breakfast. Taulahkan bila dah mandi kolam, compem2 lapo.. Kalau korang, stay kat Impian ni, nak order makanan, bolehlah order ngan moksu aku. Dia boleh anto kan. Kan moksu?? hahahaha


Harga bilik kat Impian ni termasuk breakfast. So korang takyah pening2 nak pikior.
1 bilik tak silap aku, dapat 2 kupon. So korang belasahlah sampai kenyang.
Nak bagitau, nasi lomak & sambal sotong dia sedapppp.

Sebelum packing balik, aku kasi chances kat bebudak tu berendam. Kasi dorang swimming puas2.

 Aku ngan Indah, ambik angin kat sekitar Impian Morib ni. Cantik tempat ni.
In Syaa Allah, ada rezeki boleh repeat lagi. 

Aku nak kasi sikit review pasal Impian, Morib ni.
Tempat yang cantik, kolam besar puas untuk anak-anak mandi. Bilik dia pun pada aku okey, tapii..tapiii.. aku rasa dia kene upgrade lagi sikitlah, kasi tukar bantal sikit bantal yang dah lama, nipis bebenor. Sakit pale aku. Tilam pun cmgitu, dah boleh rasa spring..
Mybe..mybelah.. bilik aku jer kot cmgitu. Bilik orang lain okey jer..
Hehheeee.. Kawasan sekitar hotel bersih.
Aku kasi ~ 7/10


 Lepas bertolak dari Impian, mak aku ajak makan cendol kat pekan Banting.
Aku tak tau nama dia, tapi yang aku tau lokasi dia betul-betul depan panggung wayang lama 'LIDO'

 Korang tengok dak kecik ni..


 Tak senang aku nak makan dak kecik ni.. 
Mula-mula berdiri, kendian nak duduk atas meja pulak.. pastu..akhirnyaaaa...


Taaarraaaa... bestttkan?? kan?? #nanges
Ni nama dia 'Tangan Celop Cendol' Sakit hati aku, tak sempat nak merasa dak kecik dah buat amukkan kat situ. Uuhuuu..

 Terus aku merajuk taknak makan cendol. #nyampah. 
Aku cam jakun jap nengok dia sagat ais. Zaman skunk mane ada lagi org sagat ais gune bendalah tu.
rare ni beb! Susah nak dapat ni beb. Bukan ane tu yang susah nak dapat.. #ekekeke
 tempat sagat ais tu yg susah nak dapat yer.. bhaaahahaaa

Lepas puas mencendol, misi mencari ikan fresh bermula.


 Mak aku ajak pegi pengkalan, tempat ikan naik. 
Nasib tak menyebelahi kitaorang, ikan takde time tu.. uuuhuuu.

Masa on the way balik, nampak orang jual ikan kat tepi-tepi jalan, terus singgah



Banyak jugak ikan & fresh-fresh.
Aku sempat beli sotong, ikan, ikan merah & kerang. Nak carik ketam, takda abis katanye.
Harga pun boleh tahan jugaklah..

 Hamboii abg ngah, siap tolong orang tu siangkan lagi. Bajet boleh dapat diskaunlah tu.. 
Hahah~ rentikan jerlah...
Muauahahahaaaa...

Lepas settle memborong aper yang patut, kitaoranag pun berpecah balik.
Tapi aku kan.. kannnn.. menyimpang ke tempat lain pulak. #Hehehehe
Sian kat anak2 teringin nak makan ketam.

Lokasi : Sg. Bagan Seafood Restaurant
No. A 13002, Tanjung Harapan, Lingkaran Sultan Hishamuddin, 4200 Port Klang
No: 03-3176 2042

Memang rezeki anak-anak. Kitaorang sampai dalam pukul 3 lebih. Nasib baik dah bukak.
Lepas kempunan anak-anak nak makan ketam. 


Ramai gak orang masa kami sampai tu.

Ketam Sweet Sour

Sotong Goreng Tepung

Kangkung Goreng Belacan.



Memasing dah kenyang. Baru boleh senyum sampai telinga.
Dah jom balik!


ok, bai



....gigih okey nak ngabiskan citer ni..


Friday, October 24, 2014

Celebrate Anniversary Yeop & Kak Juana

Terima Kasih Kak Juana & Yeop sbb sudi invite kitaorang untuk join lunch last weeken.
Dah nak dekat sebulan hokey, dorang booked kitaorang ni. 
Memang rezeki koranglah nak berluncheon ngan wolzz (*sambilibasrambut)
kalau tak, tak merasalah uolzz... Hahahahaa... (matilar..)

Happy Anniversary to both of you. Kekton doakan semoga kalian berdua, kekal bahagia, (gaduh2 manje tu biasa..kan.. hahaha) &  kekal hingga ke Jannah, In Syaa Allah.

Lokasi: Tonka Bean Cafe
 
 Pasangan yang diraikan iaitu Yeop & Kak Juana

K.G, Dina, Qila, MIL



Gambar tak banyak aku ambik, di sebabkan aku nak mengejar dak kecik tu. Makan pun tak berapa nak feel sangat. Kejap duduk, kejap bangun, kejap duduk, kejap bangun, kejap kang berlari,.. isshhkk.. nak request kat KG lah boleh tak repeat lagi sekali?? pleaseeee.... (mata kelip-kelip)

Seee?? ni jer yang sempat aku makan..



Sekarang dak qaseh ni kalau nak keluar, mengalahkan aku. Mommy, lipstik mane?? hamboii. Aku pun keluar tak pakai litip.. Cuuuunn jer. Muaahahahahaa.. #muntahijo

Dak qaseh sibuk nak menunjukkan video konsert dia aritu.


Ko jangan memain, siap dapat doorgift lagi. Dah macam gi kenduri tawin pulak.. hik..hik
ko hado??!


Alamak! kantoi meja aku penuh dgn makanan.. Muaahhahaa..


Memperkenalkan retis suam2 kuku.. Leezz!! 
Hahahaa.. (jgn ko kecham aku yer kak)
Ni akak ipar aku. Cun kan?? okey, (tolong angguk sekarang..!)
Hahahaa.. dia ni gile2 orgnye.. tapi kenkadang terlebih giler.. Hahaha
Aper2pun aku sayang ko kak!

Mommy & Indah

Kesayangan sangat ni.
Adam memang manja dgn aunty Leez dia. Kalau aunty Leez dia masak tempe goreng, 
2 hari dia rasa kenyang. Boleh cmgitu?? Hahaaa.. Benci aku. Hober 
#sambiltumbuksambalbelacan

Dak Kenit In Action





Sebelum balik, acara wajib iaitu bergambau


(sore ramai)  
Kami mengucapkan
 "Happy Anniversary to Yeop & Kak Juana !"  
Next year repeat lagi yer..

Tenkiu <3

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...