Monday, December 15, 2014

District 21 Theme Park @ IOI City Mall

Salam.


Penah dengar tak pasal District 21 kat IOI City Mall? Maybe ada yang penah dengar & ada jugak yang belom penah dengar lagi. District 21 ni merupakan taman tema yang pertama seumpanya di Malaysia yang bertemakan taman pengembaraan. Mempunyai keluasan 70,000 kaki persegi & terletak di atrium berhawa dingin 55ft dalam IOI City Mall. Terdapat 11 attractions yang di sediakan disini.


 Sebelum masuk ke dalam, kene register nama dulu kat sini. Safety first katanya.

Check point
Lepas dah register nama2 semua tu, ambik tiket kat Check point area.
Entrance to District 21

Ok, meh sini aku citer pulak aper yang bestnye kat dalam District 21 ni.

1. Power Station



 

Pada yang sukakan cabaran & tak gayat macam aku ehwahh.. bolehlah cuba area sini. hahaha..
Seriau pulak aku nengok laki aku memanjat..


2. Roller Glider.


Masa kitaorang pegi sini Roller Glider tu belum bukak lagi. Laki aku ada hati nak try benda ni. Aku nengok rail dia pun aku dah start cuak, ni kan nak naik.. Memang takklah..

3. Go Pedal.



Aper barang aku nak main menan budak kecik ni kannnn. Tak mencabar langsung.. #eksenkoyer Hahahaha.. Budak berdua ni brape kali dia dok mengulang main benda ni. 

4. Pump Track

Pump track ni, kalau orang yang minat main beskal & nak cuba aksi beskal terbang2, bolehlah try kat sini. Memang cukup sesuai. Track dia, memang mencabar sungguh.

5. Low Ropes





Low Ropes ni memang direka khas untuk pengunjung kanak-kanak.Aspek keselamat memang ditekankan disini. Jangan risau yer mak apak... :)

6.  Trampoline/ Launch Pad





7. The Maze








Yang ni memang bestt giler game dia. Aku pun tak tau macam mane aku boleh terrberani nak masuk dalam ni. Nampak dari luar macam senang. Sekali tu masuk, hambek ko.. Lorong2 yang ada dalam ni semua muat2 badan aku je.. Nak berdiri tak boleh.. Nak patah balik lagilah tak boleh, sebb dah ada orang kat belakang.. Sepanjang laluan dalam ni, kita kene merangkak je. Then agak payah jugaklah sebab dalam pada kita merangkak, kita kene pikir laluan mane yang boleh kita lalu. Sebabnya, kalau salah, masuk jalan mati. Nak pusing tu satu hallllah kan. Badan tu cute sangat.. Hhahahaaa.. Paling aku menyampah, dak adam. Memang sepanjang2 main benda ni, memekak jer mulut dia.. Mommy, boleh ke main ni.. mommy boleh ke masuk dalam ni, muat ke..? mommmy tak payah mainlah kang tersangkut macam mane...? bila aku stuck, kejap je pun.. pun kecoh.. kan abg dah cakap mommy tak muat... Ya Allah streeesssnye aku ngan budak ni. Bukan dengan menan ni.. Adooiiii! menci aku.

Yang en. daddy bila aku dah boleh lepas semua halangan, siap bagi aku tepukan gemuruh sebab aku berjaya melepasi semua laluan.. Ingat aku gemooo??! *gemar*

Bila nak sampai ke penghujung korang ada 2 options nak kuar dari tempat tu. 1. Lalu slide yang tinggi 2nd lalu kat laluan sarang labah2. Tinggi wooii.. Memang taklah aku nak turun kat situ. Aku rela guna slide untuk turun. Hehehee.. Tinggi rupanya slide tu... memang kecut gile perut aku time tu weyyy.. Budak yang jaga kat bawah tu, siap gelak2 aku lagi... dia ingat klakooo sgt ker?? Sampai sejuk2 tangan aku bila dah sampai kat bawah.. cuaaakk giler! Tapi memang best!

8. Free Fall




Yang ni, En daddy try. Berani jugaklah dia. hehehe.. Aku?? bukan takkan try, tempat tu je yang tak cukup tinggi.. #libastudung 

9. Sky Trail


10. Tubby Ride








Besttt giler weyy!!! budak Adam & Qaseh berulang-ulang main benda ni.. Sanggup hokey, dorang beratur nak main benda ni berkali2..

11. Carousel


Game ni paling extreme yang penah aku naik... Hahahahah
acah jer.. #bluuekk  tak mencabar langsung kan?? Indah boleh lah ni.. 
Hehehe..


Ok. Pada aku, konsep tempat ni memang lain dari yang lain. 
Memang sesuai untuk orang yang sukakan aktiviti extreme.
Aku kategori mild extreme je.. Hahhaaa..

Lepas dah seharian aku duduk kat dalam District 21, aku dah nampak dah tahap kecuakkan aku kat mana. Hahaha

 1. Gayat pada ketinggian
2.  Cuak pada kelajuan yang buat aku rasa jantung aku gugur.. tak suka!

Tapi, aku suka juga aktiviti yang boleh buat kita berfikir. Contoh The Maze.
 Itu memang best. Korang kene try hokey!


Kalau korang berminat nak try District 21 ni, boleh tengok package ni


Harga dia dah turun. Masa mula2 buka dulu RM75/person tak silap aku.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal District 21 boleh tengok kat sini





Ok, bai!

16 comments:

  1. bestnyaaa da pegi....
    nampak macam maze runner tu mencabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu memang mencabar.. silap2 hari bulan tak boleh keluar.. hahaha

      Delete
  2. nak try la....
    mcm best jer....

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan macam ayung.. tapi macam2.. hehehe.. memang best..

      Delete
  3. Alamak! Saya ni dah laa gila benda2 extreme ni. Lagi extreme tengok review ni. Hahaha! Ingat kan sampai beratus nak masuk, murah je rupanya. Thanks for sharing ;)

    http://ruangmiss.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. apa maksud active dengan non active?

    ReplyDelete
  5. Harga tu memang blh main semua ehh ?

    ReplyDelete
  6. non active tu harga yg first time pergi ke cane?? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu sy, non active tu org yg masuk tapi dia tak nak main..

      Delete
  7. soo kalau org yg first time pergi bayar brapa? answer pls!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah marah.. kita bincang... :)

      Untuk school holiday 20/11 - 3/1/2016 dikenakakan bayaran RM75/pax
      Tapi kalau pergi BUKAN time school holiday/ Public holiday means weekday RM58/pax

      segala info boleh jengah kat sini http://www.district21.com.my/

      TQ.

      Delete
  8. Akak, berapa jam eh akak main semua ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dekat setengah hari jugaklah.. uuuhuuu...

      Delete
  9. Woww mcm2 rupanya! tp cuti sekolah mahal sikit la ye

    ReplyDelete

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...