Friday, January 30, 2015

Sejuk Hati Bila Anak Minat Mengaji.

Sejuk hati mommy bila anak-anak suka pergi mengaji tanpa kene paksa-paksa. Lega betul rasa hati mommy, bila hari-hari anak tak sabar nak pegi mengaji & nak khatam quran cepat. Alhamdulillah. Memang tak sangka, masukkan Adam & Qaseh kat Algebra Academy memang pilihan yang tepat. Hari-hari Adam ngan Qaseh akan bercerita apa yang dorang belajar dekat tempat mengaji. Suka hati aku mendengar, sebab dorang cukup excited nak pegi mengaji :) 

Pernah sekali masa mula-mula hantar Adam & Qaseh kat Algebra, balik rumah Adam mengadu, dia kene rotan ngan ustaz. Then aku tanya dia, kenapa ustaz tu rotan? mesti ada sebab kenapa ustaz tu rotan. So, Adam cakap, sebab dia baca tak lancar, merangkak-rangkak. Tapi tak sakit pun. heheee.. Ok. Kat sinilah tugas aku ngan en. daddy untuk explain kat dia kenapa dia kene rotan. 

Aku cakap ngan Adam, Ustaz tu rotan sebab ustaz sayang sangat dengan abang. Ustaz nak abang jadi pandai. Bukan maksud ustaz tu rotan, ustaz tu benci dengan abang. Macam mommy ngan daddy juga, kalau mommy marah / rotan anak-anak mommy, sebab mommy & daddy sayang anak-anak mommy. Abang nak ke kalau mommy buat tak peduli jer ngan abang? Kalau mommy ngan daddy buat tak kesah jer aper yang abang buat walaupun benda tu salah, maknanya mommy ngan daddy tak sayang abang / anak-anak. Paham?  

Alhamdulillah. Dia paham apa yang aku cuba sampaikan. Aku risau jugak, takutlah kalau-kalau lepas kene rotan tu dia taknak pegi mengaji. Tapi aper yang aku risau rupanya sebaliknya. Hari-hari dia excited nak pegi kelas mengaji. Alhamdulillah.

Ok, kat sini aku sharekan serba sedikit info pasal Algebra Academy ni. Manalah tau, kot-kot ada parents yang berminat nak masukkan anak mereka ke sini. InsyaAllah.



LATAR BELAKANG

Algebra Academy ialah sebuah entiti perniagaan berdaftar (SA0279157-D) yang merupakan sebuah akademi pengajian yang membuka ruang kreatif dan kritikal, yang tulen, segar dan moden. Disempadani petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah, selaras dengan panduan Salafussoleh dengan motto “Mind Over Emotion”. Algebra Academy ialah salah sebuah syarikat di bawah naungan konglomerat Algebra Network yang berpusat di Shah Alam, Selangor.

KENAPA "ALGEBRA”?

Masyarakat awam sudah sedia maklum tentang perkataan "Algebra". Perkataan ini memberi inspirasi yang tinggi kepada kami. Perniagaan ini menggunakan "Algebra" sebagai brand name kami untuk mengiktiraf dan menunjukkan rasa hormat dan bangga kami kepada hasil kerja ilmuan Islam yang membina konsep Algebra dalam bidang matematik.

Ilmu Algebra moden dibina oleh seorang ilmuan Islam, yang amat disegani di Timur dan di Barat – Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi. Di barat, Al-Khawarizmi dikenali sebagai s al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Gorismi dan dengan beberapa nama lain. Perkataan Algebra, pertama kali disebut oleh Al-Khawarizmi di dalam buku teks Matematik yang ditulisnya iaiatu Al-Kitab Al-Mukhtaṣar Fi Hisab Al-Jabr Walmuqabala (Arabic : الكتاب المختصر في حساب الجبر والمقابلة) yang ditulis pada 830 CE. Buku itu, sehingga kini menjadi rujukan utama dalam bidang Matematik di Timur dan Barat.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Algebra Academy
 
Photo copy from : Fb Algebra Academy

Photo copy from : Fb Algebra Academy

Photo copy from : Fb Algebra Academy

Photo copy from : fb Algebra Academy
Photo copy from : fb Algebra Academy
Selain dari kanak-kanak & remaja, Algebra Academy juga turut menerima golongan dewasa untuk belajar serta mendalami Al-Quran.


Untuk keterangan lanjut

Phone: 019-4662985 (En. Naza)
E-mail: academy@algebra.com.my
Algebra Academy, Subang Bestari, Shah Alam

No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...