Friday, December 4, 2015

Berkelah Di FRIM, Kepong

Assalammualaikum.  Lama betul tak bersiaran. Tgh nak adjust mood sikit. Latelyni badan tak berapa nak sihat. Aku mohon doa dari rakan2 yang membaca blog ni, supaya doakan kesihatan aku kembali sihat seperti sedia kala. Amin.

Just nak share 1 tempat riadah pada aku not bad jugaklah untuk bawak anak2 pergi beriadah sempena musim cuti sekolah ni. FRIM (Forest Research Institute Malaysia) yang terletak di Kepong. 


 Untuk masuk ke sini, korang akan dikenakan bayaran RM5 untuk kereta termasuk pemandu dan tambahan RM1 untuk setiap penumpang dewasa.

Harga Tiket FRIM
Sikit info untuk yang nak ke sana. Aktiviti rekreasi hanya boleh dilakukan pengunjung pada jam 5:30 pagi – 7:30 pagi dan 8:30 pagi – 7:30 petang pada hari bekerja. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang.

Selain dari aktiviti perkelahan terdapat banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sana seperti jungle tracking, mengayuh basikal dan canopy walkway dan lain2.















Mencungap gaklah aku nak mendaki tangga bukit tu. Bukan sikit wey. Tinggi jugaklah untuk orang kategori macam aku ni. (comel2) uuhuuu... Almaklumlah lemak2 tepu dah bersarang kat badan.. *nanges :(

Lepas puas mendaki, turun balik, pastu anak2 dah menggelinting nak mandi sungai. Sebenarnya kawasan perkelahan tu takdalah besar mana tapi cukuplah untuk buat anak2 happy dapat mandi kat situ dgn air yang jernih.


 Ya Allah jernihnya air sungai ni. Walaupun lepas hujan. Kagum aku. 






Korang takyah susah2 hati kalau korang malas nak bawak bekal ke aper ker, sebab kat area sini ada kedai makan. Kalau lapar boleh terus order kat situ.


Lepas puas berendam plan nak bawak anak2 pegi kat area Canopy walkway. Tapi time kitaorang nak pegi tu tutuplah pulak tengah di selenggarakan. hurrmm.. nak wat camner takda rezeki katakan. En. daddy cakap InsyaAllah next kita try yang ni pulak.


 Adam cakap, kalau boleh tiap2 minggu nak pegi FRIM best katanye. 

T_______________T

InsyaAllah, kalau ada kelapangan kita pergi lagi.


1 comment:

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...