Memandangkan udah masuk waktu lunch skunk nie,
haruslah aku menghapdate menu lunch utk arini...
yeaaahhhhaaaa...!!
'Bergedil Selembik Roslan Ajis'
First time try time nie wokkk!! Menjadi... !!!
tapi mengikut juri2 profesional, bergedil aku ni, lembik sikit.. harus di improve lagi....
malaupun rupamu tidaklah seindah mana, tapi rase mu cukup membuatkan orang menikmatimu untuk kali yang ke 3, 4 & seterusnya..
keeeeleeaaappppppp sikit tuk aku.... Ngehhh..ngehhhhhh
Menu yang kedua iaitu 'Sup Ayam Gunung Daik Berjabang Tiga'....
Ekeeleehhh.. buat sup ayam pun nak masuk belog!!
kechooowwhh dowhhh!!
Oh! Ko dah teror, dok jauh sikit, sit paling blakang, dekat ngan pintu kuar yer..
yang tak braper nak pandai cm aku, dok depan2 sikit, supaya ilmu senang meresap kat kepala..
...heeeee...
Resepi Sup Ayam Gunung Daik Berjabang Tiga:
Bahan-bahan:
Ayam - ikut suke banyak mane
Bawang Merah & Bawah Putih - hiris
Serbuk sup
Sup bunjut
Kentang
Carrot
Daun Bawang
Daun Sup
Lada hitam
Garam
Air
Cara2:
1. Tumis dulu bawang besar/putih & halia kasi naik bau.
2. Letak air - ikut banyak mane kuah nak
3. Letak sup bunjut
4. Rempah sup - kasi letak air sikit & kacau then letak dalam kuah tadi
5. Letak Ayam & Carrot - Dah nak empuk, masuk kentang
6. Letak lada hitam barang sesudu, kasi hangat pedas sikit
7. Last, letak garam secukup rasa..
8. masa hidang letak daun bawang, daun sup & bawang goreng
# Sekian terima kasih #
No comments:
Post a Comment