Wednesday, April 15, 2015

Resepi Rendang / Sambal Bali

Yuuhuuu.. anibadi homee.... homeeee...homeeeeEEEEE

Ok, harini aku nak share ngan korang pasal resepi Rendang Bali. Actually resepi ni aku 'tuntut' dari salah sorang kawan opis aku iaitu Kak Shila a.k.a Membesau. Akak ni memang bab masak memasak memang cukup terer.. tutup mata pun dia boleh masak.. (nampak nau menipu) hahahaa... Ko campakkan jerr.. Hahahaa.. itu dia punye keyword dalam memasak.

Setiap kali raya, setiap kali tulah menu ni akan ada kat rumah aku. Dan setiap kali tu jugak aku akan mintak resepi yang sama kat kak shila.. Dan setiap kali itu jugaklah dia akan menyirappp dengan aku sebab dia nak kene ulang balik resepi yang sama kat aku.. Hahhahahahah.. Sorry yer kak.. terpaksa aku #tadahtelinga..


Resepi Rendang / Sambal Bali
Sukatan Daging 2 kg
Cili Blend - 5 Senduk
Bawang Besar - 20 Biji (*bawang kalau pakai lagi banyak lagi sedap)
Bawang Putih - 1 labu
Jintan Manis - 1 Sudu
Jintan Putih - 1 Sudu
Ketumbar - 1 Sudu
Lada Hitam - 1 Sudu
Serai - 10 batang or lebih 
Serai - 5 batang ketuk2
Kicap Manis - 2 cawan
Kicap Masin - 2 cawan
Daun Kari

Bahan di atas, korang blend hancur. Selepas tu, satukan dgn daging.

Ok, specialnye resepi ni, daging kene perap kalau boleh semalaman. Let's say korang nak masak esok, malam tu, korang dah kene perap dah. Lagi lama, lagi sedap. Lagi 1 yang specialnya resepi ni, ia dimasak tanpa menggunakan SANTAN. ok!

Cara Masak (Concept Campak) 
Tumis  daun kari sampai naik bau
Then tumiskan jugak serai 2, 3 batang serai, barulah masukkan daging yang telah diperap tadi. Masak sehingga daging tu betul2 lembut.
Masukkan air bila perlu sahaja. 

Senang kan?

Ok, dah boleh masuk dapur dah.. :)


...pssttt, kalau dah cuba jgn lupe share ngan meollz yer. #kenyitmata

No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...