Thursday, May 14, 2015

MC 3 Hari





Salam. Hai! ada yg start mewindu tak? #auuwwww
Ngaku jerlah.. bukan orang tau pun. Hahaaaaa.. Getik pulak aku. #bluuek



Saje nak mengadu, badan aku ni dari last week rasa macam tak sihat. Ada rasa sakit2 belakang tengkuk & sakit2 badan. Belakang badan ni rasa macam kejang & ketat. Biasanya orang cakap kalau kita ada rasa macam tu, maknanya darah kita naik.. Betul ke? Seriau gak aku, bila ada simptom2 darah naik (darah tinggi) 

Nak pegi klinik, tak brani takut kang tak pasal2 kene makan ubat darah tinggi. Tak nak aku! Aku biarkan je. Tiap2 malam aku makan panadol active fast. Tapi tak jalan jugak. Badan dah start rasa berbahang (panas dalam). Kakak2 aku dah bising "Pergi check, darah tinggi tu.." aku macam er tak yer jer. Dalam hati aku ckp,  mybe naik tapi mungkin tak tinggi sangat kot. Hehehe.. bole main kot..kot pulak aku ni. Tiba part MALAS aku nak tadah diri kat kliniklah tu. MALAS nak menunggu. MALAS nak jumpa doc MALAS serba serbi. Ko dah kenape pemalas sangat ni.. uuuhuu

Hari isnin haritu tergerak nak pegi klinik, sebab badan dah tak bole nak blahh dah, check BP, sekali tu hambek ko.. kemain mencanak dia naik. macam dalam bursa saham. hehehe.. Ko dah kenapa? Tak puas hati punya pasal, aku bagitau nurse suh ambik lagi sekali BP aku sbb tak yakin dgn bacaan td. BP naik mybe sebab aku baru berjalan kot.. Hehehe.. pepandai jer aku ni. Check lagi sekali bacaan dia, lebih kurang sama gak. Turun pun sikit jer. Terus nurse tu suh aku refer doc. Masa jumpe doc, doc pun terkejut, nape boleh jadi tinggi macam ni. Sebab bacaan bawah tu lebih 100 (ko ghase tinggi ke idak) Dia ckp memang ada ker? Aku bgtaulah penah ada masa peknen 1st time dulu, pastu dah takde. So, doc bagi aku makan ubat color putih dan2 tu jugak (mybe ubat darah tinggi). Then dia suh aku rest 2 jam. Lepas tu nak check balik BP. Lepas rest 2 jam, ambik balik BP, bacaan dah turun, tapi.. tapii bacaan yang belah bawah tu turun sikit jer. So, doc advice aku suh rest, taknak pikir2 sangat.. (tak tau aper benda yg runsing sangat ntah) then doc bagi aku MC 3 hari. Suh aku pantau BP tgk macam mana. Kalau  still tinggi, alamtnya dah kene start makan ubat darah tinggilah hoii.. #matilarnak Buat masa sekarang ni doc blom lagi start ubat darah tinggi.
 
Antara faktor yang menyebabkan Tekanan Darah Tinggi
• Cara hidup tidak aktif - tak brapa nak aktif sangatlah nak bersukan tu macam dah malas.
• Umur melebihi 35 tahun - umur mak belum cecah lagi nok..
• Merokok - OF COURSE TAK
• Kegemukan  - Yang ni mak memang compem. Dah makin membolatt dah aku ni.. #nages
• Paras kolesterol tinggi - yang ni tak pasti, sebab dah lama tak check. Dulu check takde.
• Sejarah keluarga - Yang ni memang ada. Belah mak & ayah ada penyakit ni.
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
- OF COURSE TAK 
 • Pengambilan garam yang tinggi - Rasanya yang ni, aku light2 jer.
 
Menurut Kevin Zahri (Sumber Kevin Zahri) 
7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:
 
Kurangkan berat badan.  
Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
 
Bersenamlah dengan kerap. 
Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
 
Kurangkan pengambilan garam 
kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
 
Jangan merokok: 
Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
 
Kurangkan Stres. 
Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
 
Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
  1. Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
  2. Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  3. Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  4. Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  5. Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
  6. Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.
 
Bacaan Tekanan Darah

Kategori
Sistolik

Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 - 139
atau
80 - 89
Hypertensi
140 dan keatas
atau
90 dan keatas
Hypertensi sistolik
160 dan keatas
dan
bawah 90

 
 
So, korang, berhati2lah yer. Kalau dah ada simptom2 camgini, jgn jadi macam aku PEMALAS nak gi jumpa doc.  JANGAN wey. BAHAYA.. So, take care eberibodi..


No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...