Salam.
16hb September aritu, sempena cuti Malaysia, mak ada buat kenduri tahlil untuk arwah atok. Diam tak diam dah 5 tahun dah arwah atok pergi. :( Rindu sangat dengan arwah. Banyak sangat kenangan aku ngan arwah atok, sampai sekarang aku tak lupa. Aku suka melayan bila dia dah start bercerita.
Dia bercerita tentang, kehidupan dia masa kecik, kehidupan dia masa remaja, masa belum kawin, dah kawin.. bercerita pasal anak2 dia.. macam2 cerita ada. :) Paling dia suka bercerita pasal, kenangan masa dia kecik2 dia suka kayuh sampan, tangkap ikan. Dia cakap takda rasa takut pun masa tu walaupun dia tau sungai tu ada buaya.. hehehe.. Pastu dia akan bercerita, dulu cita2 dia nak jadi cikgu. Tak silap aku, dia cakap dah dapat, tapi dia terpaksa lepaskan sebab nak jaga atok jantan (atok lelaki) sakit. Dia sedey sangat masa tu, tapi terpaksa.
Aku suka bila nengok riak muka dia bercerita macam mana dia boleh kenal dengan suami dia.. Hehhee.. dengan muka2 kalau dia start bercerita. Atok jantan ko tu garang. Aku bukan suka sangat dengan dia. Dia masuk meminang, bapak terima. Aku menyampah, atok jantan ko dulu ada jambang. Ingat aku gemo... Heheheh.. kelakar betul atok aku ni. tak suka, tak suka 14 orang jugak anak dia. heheheh. Tapi orang tua dulu2 memang camgini. mak bapak yang akan aturkan semuanya.
Atok aku ni tak suka lelaki yang berjambang. Patutlah masa aku kenalkan en. daddy ngan atok, dia bisik kat aku, suh dia buang jambang tu. geli aku, katanye. Hehheee.. Atok aku ngan en daddy ngam. Ingat lagi aku, atok cakap "aku nak tengok ko ngan si janggut (panggilan untuk en. daddy) kawin. Sempat ke tidak aku nak tengok. :( Sempat ke tidak aku nak tengok anak2 ko ngan si janggut. :( Sedey! wey kalau kenang balik. Alhamdulillah, rezeki atok nak tengok kitaorang kawin tercapai.
Masa arwah atok sakit teruk. Dia memang susah nak cam orang. even anak2 dia dtg sekalipun, kene sebut nama masing2. Kalau tak dia tak ingat. Terlantar jer atok masa tu. Tapi bila en daddy dtg dekat dia, en daddy akan tanya tok, kenal tak sape ni? siapa? jawab atok aku. Dia memang tak ingat. En. daddy pegang tangan atok, letakkan kat janggut dia.. geli2kan kat tangan dia dgn janggut.. pastu dia senyummmmm.. & ketawa. sampai sekarang aku ingat senyum tu. :(
Sedey, bila aku kenang satu persatu kenangan ngan arwah. Itu jer yang tinggal iaitu kenangan. :(
#dahlapairmata
Bacaan Tahlil diketuai oleh Pakngah Nasir (baju hijau)
Happy betul mak, sebab ramai yang datang.
Tenkiu gais!
Antara menu yang mak aku masak
Gulai labu, sambal sotong, masak lemak tempoyak udang (style negeri sembilan)
& yang lenlain tu semua makcik & pakcik aku bawak.
Kire macam port luck lah jugak. heheh..
Bila di kumpul2 kemain meriah lagi makanan.
Lepas
makan nasi, ada yang request goreng cekodok nak cicah sambal sardin.
Nasib baik lah meollz terer dpt
baca hati korang kan. hahaha.. Aku dah bancuh siap2.
Bab menggoreng nasib baik ada
yang volunteer. Tenkiu cousinz!
i lap u lah... hehehehe
Adik beradik mak.
Penat memang penat, tapi seronok bila dapat berkumpul camgini. Susah okey, nak jumpe diorang2 ni.. Nasib baiklah aku ramai anak buah buahan yang bole menolong...
Sorang tukang buat air, sorang tukang basuh pinggan mangkuk, sorang tukang kutip pinggan magkuk, sorang tukang lap pinggan.. sorang mengemop... uuhuuuu..
Terima kasih along banyak membantu.... tanpa alonggg, lumpuhlah aunty...
(ppsstt.. kene buat baik ni, dgr citer bakal pak metua dato'.. berhuhuuuuhuu dululah aunty)
hahahahaaa..
Anak buah buahan kembo.. Alia & Alina.
Aper yang pentinggggg gais..
KERJASAMAAAA..
Al-Fatihah.
arwah atok wan tu xde blog erk mak? pastu leh dibukukan ke ape, kalo x mesti anak cucu dia leh baca dgn gembira ., hehe2
ReplyDeletealfatiha