Tuesday, September 15, 2015

Let's Pekena Arang Ikan Bakar

Salam, hai! 
Aku tanya aper kabar... aku tanya aper kabar.. aku tanya aper kabar.. semuaaaa...  
Tambah2 musim jerebu ni kan. Haish. Korang kene ingat Malaysia ni dah ada banyak musim, musim panas, musim tengkujuh, musim manjir, musim durian, musim orang kawin kan anak, musim jerebu.. Hahahaaa... Aku rasa kali ni jerebu paling teruk. Sian kat anak2 kecik, kita yang besar ni pun susah nak bernapas, apatah lagi mereka. Yang paling kesian, orang yang ada sakit asma.. hurmm.. memang tak boleh kuar rumahlah nampak gayanya tu. Aku doakan kita2 ni diberi kesihatan yang baik hendaknya. Amin.
Ahad lepas, mood memasak memang kelautt. Makanya ke kedai lah kita gamaknya yer anak2. Hehheee.. Aku ajak en. daddy try 1 kedai makan kat area Seksyen 7, Shah Alam. Aku nengok ramai bebenor yang promote pasal kedai ni. So aper lagi... jomlah anak2 kita try makan kat situ.
*_________________*


ARANG IKAN BAKAR
No. 49, Jalan Keluli AL7/AL, 
Pusat Perniagaan Bukit Raja Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor. 
  
Masa aku sampai sini, dalam pukul 12 camgitu,  orang tak ramai lagi. So, takdelah segan sangat aku nak ambik gambar. ekekkeee.. Aku kan pemalu orangnya. ngehh..ngehh..ngeehh #tolonglahpercaya. 
 





Apa yang specialnya pasal AIB ialah mereka menggunakan ikan yang fresh & dibakar dengan menggunakan arang & yang membuatkan dia lagi lagi lagi special ialah harga yang reasonable / berpatutan.

Ok, aku order Set Ikan Bakar ni.
Set Ikan Bakar 
(Keli / Cencaru / Kembong) + Nasi putih + Pelbagai pilihan air asam + Telur masin + Kuah kari kawww  Hanya RM 9.90 sahaja
Selain dari set ikan bakar, AIK juga menyediakan set2 lain seperti
  1. Set Ayam Bakar + Nasi putih + Pelbagai pilihan air asam + Telur masin + Kuah kari kawww Hanya RM 9.90 sahaja
  2. Kari Kepala Ikan (Kerapu / Jenahak / Ikan Merah / Tenggiri) Ikut berat kepala ikan
  3. Set Ikan Pari Bakar + Nasi putih + Pelbagai pilihan air asam + Telur masin + Kuah kari kawww Hanya RM 14.90 sahaja
  4. Set Sotong Bakar + Nasi putih + Pelbagai pilihan air asam + Telur masin + Kuah kari kawww Hanya RM 14.90 sahaja 
  5. Bihun Sup Utara Hanya RM 5 sahaja 
Air & nasi tambah FREE FREE FREEEEE

sumber: FB Arang Ikan Bakar
 En. daddy order set ikan bakar jugak, tapi dia ambik ikan pari. :) Sedap jugak katanya.
 Gambar makanan en. daddy aku tak sempat nak snap. Baru jer aku nak ambik gambar, dia dah start jelinggg.. hurrmmm..


 Ok, last! sebelum balik aku order air Arang Tapao Coffee. Maaakkkk aiiiii besau gedabak air dia ni wey!. Huuhuuu... Air dalam bekas tu hampir 1 liter. Ada pelbagai perisa, Mocha, Latte, Vanilla, Green Tea, Red Tea, Espresso, Bandung. Hanya RM 6 untuk 1 dan RM 11 untuk 2. So, takyah rebut2 sebab mak kau tapau sampai 2 air ni. Minumlah nak.. :)

Ok, pada korang yang dah kering idea nak bawak family makan kat mana hari biasa ke, weeken ker, boleh cuba kat Arang Ikan Bakar.
Selamat mencuba gais!
ok, choww!

1 comment:

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...