Monday, September 7, 2015

Semoga Bertabah....

Gituuuuewww.. 
tajuk tak hagak2, taknak kalah. #bluuueeekkk

Kalau ikut kiraan pakai jari, kiranya dah seminggu jugaklah aku takda maid. #nanges. So, everthing kene buat sendiri. Kalau dulu, ada gak orang bole tolong2 aku settle kan kerja rumah, mengemas ker, lipat kain ker, sidai kain ker, lap habuk ke, mop lantai ke.. tapi sekarang nak tak nak kene gak hadap... #uuhuuu. 

Sian gak ngan anak2. Penat dorang. :( At least dulu, lepas balik mengaji, balik rumah terus boleh rest. En. daddy ambik dorang awal kat taska, then ambik aku balik kerja pulak. Sian jugak kat en. daddy, aku tahu dia penat. Tapi nak buat macam mana kan? Terpaksa tempuh jugak. :( 


Anak2 sekarang ni, aku hantar kat taska. Adam ngan Qaseh, aku tak risau sangat, sebab dorang berdua dah besar. Dorang transit. Lepas balik sekolah pagi. Siap2 pergi mengaji. So, masa dorang kat taska tak lama. Tapi Indah, aku memang beratttt je hati. Tak sampai hati semua perasaan ada nak hantar dia kat taska. Dia membesar kat rumah, so ni pengalaman baru untuk dia. :( Hari2 aku call teacher dia, tanya Indah macam mana. Hari2 teacher cakap, Indah taknak minum susu, Indah taknak makan, kalau makan pun sikit jer. Tidur pun kejap jer. tak sampai 1/2 jam. Serius aku tak sampai hati. Teacher dia cakap, Indah usung bag minnie dia ke hulu ke hilir. Aku cakap ngan teacher Indah, ajak indah berborak, sebab indah ni kaki sembang jugak orangnya. :) Ada sekali tu teacher dia bgatau aku, kak, arini Indah ada ayat baru.. "Indah nak balik rumah nenek.." tergelak gak aku. Rumah nenek manalah yang dia nak pergi tu. Sebab panggilan untuk mak aku "Umi" & mak mertua aku "Mak" reti sangat pulak dia nak sebut rumah nenek.. hehehe.. Teacher Indah cakap. Indah tak menangis masa kat taska. Takda pulak dia meronta2 or menjerit2 menangis. Tapi kita bole tahu dia tengah sedey sebab nengok kat mata dia, bertakung jer air mata dia. :(  huuurrmm. Hopefully this week dia ok. Seyes memang tak sampai hati.

teacher hantar gambar Indah :(


Masa 2, 3 hari sebelum nak hantar anak2 kat taska, aku nak happy2kan dorang. Masa ni maid aku ada lagi.  Aku ajak en. daddy pegi jenjalan kat Putrajaya. Kebetulan, aku nak ambik barang kat sana. So, sambil menyelam minum airlah kan. Singgah kat Pesta Floria area Persint 4. Menarik jugak tempat ni.










Macam2 aktiviti ada kat sana. Persembahan Ular, Sesi bergambar bersama haiwan, zumba, persembahan kebudayaan dan macam2 lagilah. 
 
Credit pic : Putrajaya Floria


Sempat gak bawak anak2 main bubble kat tepi tasik sebelum balik. :)

Semoga bertabahlah aku.







**ppssstt: sape2 ada contact maid, boleh bgtau kat aku yer. 
tepek kat komen pun boleh OR kat emel pun boleh aida3047@gmail.com


ok bai!





No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...