Thursday, February 11, 2016

Wet World, Shah Alam.

Hambek ko! dari bulan january dah masuk ke bulan february baru nak sambung citer... dah basi dah kot citer nye.. Terima kasihlah pada yang sabar & sudi menunggu.. #muahciked. 

Ok, kita sambung balik citer yer. Walaupun agak basi di situ, tapi aku rasa aku patut share kat korang salah satu tempat riadah yang menarik di Shah Alam iaitu Wet World.

Sumpah! dah lama giler tak jejak kaki kat sini. Seingat aku, last aku  pergi sini, masa aku belasan tahun. Korang bayangkanlah sekarang umur aku dah puluhan tahun (umur rahsia.. #bluuek) anak dah 3.. memang agak berjanggut gaklah tak pergi..



Masa aku pegi ni time cuti sekolah last year. Memang ramailah orang kan. Hurrmm.. Sebab dah tak kemana2, masa cuti sekolah, sian kat anak2, terus ajak en. daddy pegi sini.  Happy sesangat bebudak tu.


Senarai harga tiket masuk Wet World untuk yang ada MyKad & MyKid
Dewasa - RM25 | Kanak-kanak - RM20

Untuk pelancong
Dewasa - RM35 | Kanak-kanak - RM30

Harga TIDAK termasuk sewa Cabana, tubes & locker.

Yang paling aku ingat makanan luar TIDAK dibenarkan di bawa masuk. Masa korang nak masuk kat situ, staff wet World akan check beg korang hokey.. ko sorok camner pun dorang bole dpt.. hehehe.. Jangan mimpi korang nak bawak masuk nasi lemak ke, mee goreng ker, sambal tumis ker.. ekekekeeee..  


Aku masa memula masuk, dah meloponggg mulut aku.. hahahha Hebat! hebatt!! hebatt! dah banyak yang berubah. suke aku! Dah nak dekat sama standard ngan sunway lagoon..  :)

Moh layan, gambar2 yang sempat aku ambik.. 





Slide pun dah banyak pilihan tapi korang kene sewa tube baru boleh naik.








Pondok ni korang boleh sewa. 
Lain2 harga tau! Nak sewa, kene datang awal, kalau tak tak merasa hoh!


 Dah banyak kemudahan yang pihak Wet world sediakan. Toilet pun boleh tahan besar.


Muke Qaseh time ni terpoongehh, sebab perut masuk angin..



2 little ruscal dah bersiap nak balik.. Memasing muka keletihan.




Details:
Wet World Water Park Shah Alam Taman Tema Air Wet World, No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Sek.14, 40000 Shah Alam, Selangor D.E.

Contact:
 Tel: +6 03 5513 2020
Fax: +6 03 5510 7619
Email: sales.wwsa@owg.com.my


Operation Hours:
10.00 am – 6.00 pm
Closed on Wednesdays, except during
School Holidays & Public Holidays





ok, bai!

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...