Saturday, July 26, 2014

Persiapan Raya - Part 2

Kemain ko yer siap ada sambungan lagi Part 2.#hoberkoyer #ekekeke

Turn kekton pulak nak cari baju raya yer uollz. Seperti biasa, Seksyen 7, Shah Alam lokasi yang menjadi pilihan kekton. Dekat, cepat & banyak pilihan pakaian muslimah. Kekton kan pemalas nak berjalan jauh2, sayang kat lemak2 kekton, lama okey nak ternak ni..

Cala Qisha

Qala Qisya
Butik ni sekarang tengah femes di kalangan penggemar pakaian muslimah. Haruslah kekton terjah buat pertama kalinya. (sorry, gambar takda sebb kekton pemalu nak kuar phone ambik gamba. Ramai giler orang kat situ) kekton belek2 lah jubah2 yang ada kat situ. Harga memang reasonable sangat.

credit pic : Qala Qisya fb
 see...

credit pic : Qala Qisya fb
see..

credit pic : Qala Qisya fb
see.. 
eh..ehh.. jap, kekton macam prasan macam nampak satu entiti kaler ijo tgh pening2 lalat pilih tudung.. eheheh.. *malu iollz uolzz ambik gambar curik

credit pic : Qala Qisya fb
Pitam kekton kejap kat dalam tu macam tak bernapas sebab terlalu ramai orang. Laju je kekton rembat aper2 yang patut kat situ, (nak bayo pun kene que panjang hokey)  terus keluar.

Butik Mawaddah



Mawaddah Butik
Kekton terjah kat butik Mawaddah ni. Makk aii kekton terus kekton rasa macam nak pitam nengok design baju kat sini. Bukan aper, semua cantik-cantik. :) terus kekton kasi jelingan manje kat en. daddy. Lantas en. daddy pun turut membalas jelingan tu, tanda setuju.. #ehceh #hehehe senyum sampai ke telinga lah kekton..

T_________________________T

Sugarscraf

credit pic : FB Sugarscarf


Settle baju raya kekton. Kalau dah ada baju raya, compem2 nak kene ada tudung raya kan. Yang menangkap mata kekton kat sugarscarf ni ialah tudung madison. Macam2 kaler ada. Tapi kaler yang kekton nak tu dah sold out. #sedeytaukekton dorang ni langsung tak tinggalkan untuk kekton.. #sobsob #menangisblakangpintusugarscarf

Dah puas memusing satu seksyen 7, kekton ajak en. daddy terjah pulak kat area Strandmall pulak. Ada jualan Damansara Street Fest. (..psstt dengornye si Jebat Bukan Kerna Aku Tak Cinta tu ada kat situ.. hehehe)


Makk aii, happeningnyer. Ramai gak retis kat situ. Kekton nampak si Siti Saerah (adik Tokti) ada kat situ. Dia pun meniaga gak, jual sewkert, cantik! tapi rege tu kekton mcm tak brape nak mampu pulak.. Pastu kekton merayap kat sekitar situ, sekali kan..sekali kan.. kekton terperasan sorang mamat ni.. dok meniaga kat situ. Jual serunding.


Nak gi dekat malu, takutlah dia kenal kekton.. hahaha (*nyaampas) maka kekton ambik gambar dia dari jarak jauh jer.. heheh.. jadi mamaraziah kejap. Halamak.. blur pulak gambar kekton ambik tu. Terus kekton merayu kat en. daddy ajak dia pegi dekat2.. hahahahah.. 

Huuurrmm.. bila dah dekat dgn dia, takkan kekton nak cakap, Shaanaz, nak ambik gambar boleh? Jatuhlah saham kekton.. hahahahaaaa...  tapi sebelum tu kekton dah calling2 kawan kekton kak shiela (miss jebat) tanye dia nak ke beli serunding shaanaz. Dalam pada dia tengah bercakap2 ngan kekton, tanye harga berapa.. nak mintak kuranglah... aperlahh.. terus kekton pas tipon tu kat shaanaz... Suh kak shiela cakap sendiri ngan tuan punye serunding.. Hahahahah 


Kelu lidah kak shiela, macam tak caya dia tgh bercakap ngan si shaanaz. *Ekekekee (jangan jelous yer uollz..).



Thanks bro, sudi layan kitaorang, walaupun kitaorang beli peket kecik jer pun. hehehe. Kalau sape2 nak serunding Shaanaz, boleh dapat kat Medan Mara. :) Btw, saje nak cakap, awek yang ngan shaanaz tu cantik & manis orangnya. Memang sesuuaii (ckp ikut idong) sangat ngan dia.

Kekton sasa macam ada sambungan part 3 pulokz.. Hahahaha..

In Syaa Allah... Ok, baik

Friday, July 25, 2014

Persiapan Raya - Part I

Salam. 

Boleh dikatakan 75% persiapan raya dah siap. 
*hamboii eksen ko yer main percent2 pulak. tombok kang! heheee.. 
 Bermula dengan misi mencari kasut & baju melayu untuk anak-anak,  di sekitar Shah Alam.

Budak kenit yang excited dapat gi jalan-jalan
 Kebiasaannye kalau baju melayu Adam & En. Daddy aku prefer pegi kat PKNS, dekat Butik Eiman. Sebab pada aku harga dia taklah mahal sangat & kain dia sedap, tak panas. Kat Butik Eiman tu, kalau korang nak beli set family punye pun ada, dari mak, ayah, anak lelaki, anak perempuan, baby punya pun ada.  Color korang akan dapat exactly sama satu family. Settle baju raya Adam. Eh, lupe nak tanya, korang tahun ni, tema baju raya color aper?? Agak2lah kan tahun ni ramai yang pakai kaler aper nyek?? Kaler abang Aaron Aziz kah? apakah??   heheh..

Dah alang2 kat PKNS pakej sekali cari kasut Adam & Qaseh kat Bata. Skunk Bata, design dia dah meletop tak macam dolu-dolu. :) Kasut dia tak sakit kaki kalau pakai and sangat2 selesa. Aku carik kasut budak berdua tu design ala2 converse. Ada engko. Terus rembat seorang sepasang. Settle kasut raya.
 
 
Baju raya aku takda lagi, terai jugak mencarik kat PKNS. Tapi aku macam pelik pulak, asal masa aku pegi macam tak semeriah tahun2 sebelum ni. Orang macam tak berapa meriah. Selalunya kalau kat PKNS ni, kalau dulu nak lalu pun susah, berempit-impit. Ker dorang ni dah prepare baju raya dari awal tahun kot.. kotlah kan.. Aku jer suka yang last minit.. hehehee. Pastu meroyan, dah suntuk sangat baju yang pekenan melambak, size pulak takda.. *Dah engko special edition nak wat cmno #crying Design baju raya tahun nampaknye penuh dengan lace, labuci & manik. Kalah retis.. Hehee
 

Ni satu kampung makan pun belum tentu habis..  ekeke

Masuk pulak SACC. Kat sini banyak butik. Harga.. pakat telan air liurlah secara berjemaah. Tak mampu kekton nak membelinye. Setakat lalu depan kedai sambil meleleh air liur. Hanya mampu cakap kat en. daddy.. yang tu cantik kan..? yang ni cantik gak.. yang lagi satu ni pun not bad.. kalau ada duit bole gak nak merasa, tapi tu semua kalau.. blaa..blaaa..blaa.... sampailah kitaorang keluar dari situ.. Hahhaha

Kakak Qaseh & Indah

Kemain lagi si qaseh ni, berhanbag bagai. Chanel tu wey RM35 kat GM Kelang.. Hehehe Beli semata-mata nak simpan duit raya katenye. Tapi fail berselipar pulak dia.. #haaissh letih aku nak memekak suh pakai kasut. Yang si Indah pulak, dah dapat kaki. Hamboi kemain eksen lagi dia, langsung taknak berpegang. Puas aku nak kejar dia. Bila aku nak pegang tangan dia, dia tarik balik pastu jerit2.. *lempang kang Masa tengah jalan-jalan kat SACC, nampak pulak PONEY, terus terjah masuk. Sekali jumpe pulak kasut si kenit ni, terus berkenan. Lebih kurang macam kasut Qaseh jugak. Hamboii, kemain lagi.. kasut dia lagi mahal dari kasut kakak ngan abang.. *haiilah Indah ooii..

 Tekak ni teringin nak makan nasi Arab. Terus google. Dorang cakap D'Arab Cafe paling top. Then, kitaorang decide nak try walaupun dah masuk waktu berbuka. Sempat teguk air jer kat SACC tadi. Terus shoot gi Seksyen 7. Sampai kat sana. Maybe takda rezeki kitaorang, lambat sangat pun yer.. nasi kat situ semua dah licin.


Terpaksa lah kitaorang terjah masuk Restoran nasi Arab yang berdekatan. Lupe aku aper nama kedai dia. Tapi memang sedap to the max nasi dia wey. Maybe  lapar pun yer kot.. hehehe. Aku order nasi manday & en. daddy order nasi briyani. Habis licin kitaorang makan nasi tu walaupun jam kat dinding dah menunjukkan pukul 10 malam.




... bersambung

Thursday, July 24, 2014

Kad Raya Dari Anakanda Adam

Salam.



terharu mommy bila dapat card raya dari anakanda Adam. #handmade lagi :)
 Selak pulak belah dalam, hamboi siap ada ucapan untuk mommy lagi...


"Mommy, Adam minta maaf sangat-sangat sebab Adam nakal. 
Adam minta maaf sangat-sangat tau. 
Harap-harap mommy maafkan
Selamat Hari Raya Mommy"

Part "harap-harap" tu yang buat aku nak tergelak tu.. heheh
Mengharap sungguh yer.. hehehhee


Berkali2 gak aku tengok kad tu. Cuba untuk paham.
Aku ada sedikit compius dengan kad tu sebab ada kartun lelaki kat situ. 
#hehehheheheh
nak bagi aku ker en. daddy? Tapi dia cakap ni, khas untuk mommy..
Baiklah...

Sekali aku try baca aper yang kartun tu cakap...

 " Hai, saya ayah Adam. 
Saya baru masak nasi.."

Apakah?? 

Muauahahahaaa...
 
Macam seolah2, daddy selalu kene dera ngan mommy suh masak nasi pulak...
 
ekekekekee..

boleh dikiralah brape kali jer daddy gi dapur masak nasi..

#cissst..

Hahhahaaa.. sabor jerlah aku. Takda kene mengene langsung.


to Anakanda Ahmad Farren Adam

Mommy maafkan abang Dunia & Akhirat.  Takda sedikit pun mommy simpan dalam hati.
Mommy tahu abang, anak yang baik. Walaupun kenkadang tu ada 'nakal' nye sikit.  ;)
Tapi mommy tetap maafkan abang.  Mommy sayang abang.

Sejuk perut mommy, bila setiap kali masa kita solat jemaah adam qamatkan, daddy jadi imam.
 & lepas habis sembahyang daddy suruh Adam baca doa & kami aminkan.
Syukur Alhamdulillah. Allah bagi mommy anak macam abang.

Mommy sayang abang, mommy sayang qaseh, mommy sayang indah.
Ofkos mommy sayang daddy..

:)

Selamat Hari Raya..

#kesatairmata

Friday, July 18, 2014

Musibah 10 Hari terakhir Ramadhan

Salam.

Belum pun reda dengan tragedi kehilangan #MH370 kita dikejutkan pula dengan pesawat MAS #MH17 ditembak jatuh di Ukraine. 280 penumpang, 15 anak kapal terbunuh.
Ya Allah, sungguh besar dugaanMU.  
Semoga keluarga2 mangsa tabah menghadapi ujian ini.
Salam takziah buat keluarga mangsa #MH17

Innalillahi wainna ilaihi roji'un.





~ Amin ~


Friday, July 11, 2014

Color Palace Boutique @ Kota Damansara

Salam.
Pejam celik, pejam celik dah masuk hari ke 13 kita berpuasa. Persediaan raya korang camner, dah lengkap ker sepersalinan, dalaman dan luaran?? Uuuhuu.

Seyes wey, aku ni satu benda pun tak prepare lagi. Bukan kata baju aku, baju anak2 pun satu pun tak beli lagi.. WwwwwwaaaAAAA.. :( Aku dah cakap ngan en. daddy, kali ni dia punya baju melayu, pakai jer yang mana ada. Baju melayu masa ucu pizi kawin aritu pun masih elok lagi. So, takyah membazir. Tapi aku punye kenelah beli #hehehe sebab baju raya aku bersamaan dengan baju jalan bersamaan juga dengan baju kerja bersamaan pakai sampai lebam.. So, wajib beli. Untuk anak-anak, yang qaseh pun sama macam en. daddy, baju masa ucu pizi kawin tu still  cantik lagi takyah beli. Baju kurung yang mama bagi dulu pun tak berpakai lagi. So, cukup 2 pasang. Tapi adam jer aku kene carik baju melayu dia. Tak pernah di buat orang pagi2 raya pakai suit. hehehehe.. Sebab masa ucu kawin dia pakai suit. Indah aku tak tau nak pakai kan dia aper. Kalau baju kurung kang berpeluh cik keti dia. Dah ar kuat peluh budak kenit tu. #hahahaa 

Ok, hari ni aku nak share ngan korang satu botique yang aku pernah singgah iaitu Color Palace Boutique area Kota Damansara. Betul-betul depan Giant Kota Damansara. Banyak betul pilihan, tak tau nak rembat yang mana satu. hehehe. Takpe kita kasi survey2 dulu.



47-1, Jln PJU 5/20E,
The Strand Kota Damansara,
47810 PJ, Selangor 


Yang bestnye butik ni terdapat lebih 30 vendor dalam satu bumbung.

Antaranya:
@hayanamuslima @sanubarishawl@deqoya
@zarrashoppie @ribbonscarves @wonderfuljameelah / @trendyfavors
@theaafashion @ilovelbm @lollysta
@hijabbyfyazara @rayzshoppe @mishamidacollections
@lawo_lawo @beautifulchale @pwettycotton
@dzarastyle @inidiarinurul @jelujurtailor
@lylizkl @deputeri @nineoctober_boutique_ira
@colourpalace / @audralook @brandish99
@pearlaceousboutique @polkacuncloset_byilie
@aieynna @bytyratra @itsforu_boutique
@qilahgoboxzs @minecollections @nza_zatty
@lnl_wardrobe @cataleyabyanne @surihoney_couture

hambek ko, sila pengsan tak tau nak pilih yang mana.
hehehe


Kasut, beg, baju, aksesori, tudung, jubah, baju kurung kanak2 & macam2 lagi ada kat sini.



Gewam tengok baju kurung kanak2. Sedap wey kain dai cotton.


Cantik kan? cantik kan? kan..kan..
#pitam #hehehe.. 
sila serbu Color Palace Boutique yer kewkakak, kewkabang, kewkadik semua
Kalau lambat kang melopong..


T_____________T

Thursday, July 10, 2014

12 Ramadan

 Semalam punye citer.


Menu:

Kuah Lemak Kobis
Sambal Sotong
Telur Dadar
Sambal Belacan Goreng


Brrruupp.. Alhamdulillah..



T________________T



Wednesday, July 9, 2014

HaPpy BiRtHdAy En. DaDdy

Salam.
4hb Julai 2014 genap usia  En. Daddy yang ke .......teeennnnttt
#ekekee tunggang terbalik pun itu gak nombornye, dah tak boleh nak ubah dah.
 Happy Birthday En. Daddy. 
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & semoga diberi kesihatan yang baik.
*klise sangat ucapan tu.. #hahaha 
ok next year owang cari ayat lain pulak yer.
#bhaaa..hhaaa

Masa aku bagitau anak2 yang harini beday daddy. 
Dorang xcited sangat. Sorang2 datang wish  & kiss en. daddy.
aku?? mestilah bagi flying kick kiss kat dia.
#Hahaha
Yang si adam pulak dok menanye aku, mommy umur daddy dah braper? Yang aku pulak lurus cakap cuba adam tengok daddy tu, adam rasa umur daddy braper? Then dia perati jer daddy dia.. hurrmm adam tengok, macam daddy dah umur 40 tahun.  Aku pun bantai gelak kan en. daddy.. hahahaa anak pun nengok dia dah tua. #hahahahaha suke aku. Pastu aku tanya lagi kat adam, adam tengok mommy pulak umur dah braper? dia pandang pulak kat aku.. adam rasalah.. umur mommy dah 50 tahun... terus aku sentap! nampak tua sangat ker aku ni dari en. daddy? Terus aku tak nak tanye apa2 lagi kat si adam..
(pinjam bahu korang jap, aku nak nangis.. sob..sob.. :( )

*korang jangan nak gelakkan aku lebey2 nyek..
Dah aku nak sambung citer...
Beday en. daddy kali ni, aku belanja dia makan kat Bangkok House jer. 
Okeylah tu daripada takda, yer tak? #heheee. 
Di sebabkan beday en. daddy kali ni jatuh bulan puasa, maka jimat lah sikit duit aku nak belanja dia makan 3 kali sehari.
 #hahahaa #kedekutpunyebini.
~sorry gambau takde sebab budak kecik kenot tak reti dok diam, so malas aku nak ambik  ~


Aku kan, dah terbiasa kot bila beday jer mesti nak ada cake. 
Kalau takde cake tu macam tak lengkap pulak, tu yang si qaseh mengikut tu. 
 #Hahaaa.

Masa berbuka kat umah MIL tu, aku sempat gaklah beli sebijik cake untuk en. daddy. 
Bukan aper, baru lah lengkap beday kan..kan kalau ada cake ngan lilin

T__________T

Baru puas hati aku.

Family Kecik Aku



Hamboii2 kemain happy lagi beday boy yer. 
#nyampas 
Sama naik dengan anak-anak. 
Yang si kecik tu pulak macam paham jer pulak tu.. 
habis jer orang semua nyanyi, dia pun tepuk tangan..
(time kitew takda pun tiup2 lilin....sob..sob :( )

*thanks kak gebu, yeop, mak, abah, boy, qila, dina sudi jadi backup singer aritu*

hahaaa..


Video ni khas aku buat untuk en. daddy, sempena beday dia.
Bila si adam nengok video ni, dia cakap dia rasa macam nak nangis jer.
entah haper-haper jer dak adam ni..
(terus capai ujung tudung lap air mata )



Happy Birthday Sweetheart
LOVE you till Jannah

Tuesday, July 8, 2014

Berbuka Dengan KFC

Salam.

Diam tak diam dah masuk hari ke 10 kita berpuasa. Alhamdulillah. Macam kejap jer kan. Adam pun sama, still cekal & bertahan untuk menghabiskan puasanya. Alhamdulillah.
*bersiap sedia jerlah ucu & aunty leez yer, iolzz tak campur..


Yang sorang lagi.. hurrmmm.. bila di tanya qaseh, puasa tak arini? qaseh puasalah mommy, tapi tadi qaseh dah terkorek hidung, macam mana..? ceh! semua tu alasan jer. Macam aku tak tau pulak pe'el dia ni, tu semua alasan aku dah pernah guna masa aku kecik2 dulu. #ekekekee . takyah nak auta lebih. Hahahaaa..
 
Semalam berbuka di KFC. Biasanya aku akan dulukan Adam untuk pilih menu aper dia nak untuk berbuka. Then dia cakap nak makan KFC. Kebetulan pagi tu aku en. daddy dengar iklan KFC kat radio ada menu baru Tangy Crunch laju jer rasa teringin tu. Hehehee. Baru dengar bunyi dah tau sedap. Hahahaaa..

Aku sampai umah dalam pukul 6 macam tu, singgah solat jap & ambik anak-anak. Dalam pukul 7 cmtu sampai kat KFC Subang 2. Nasib baik tak ramai orang. Lega.
 
 
En. daddy order set KFC Tangy Crunch Family & Friends. Ada 9 ketul ayam kat dalam & dapat air Lipton botol besar & whipped potato. Aku topup lagi satu coleslow. Cukuplah untuk kami anak beranak. Itu pun tak habis, tapau bawak balik.
 

Saja nak bercerita ngan korang. Masa nak menunggu waktu berbuka tu, belakang meja aku ada seorang perempuan mybe bangsa Serani duduk satu meja dengan anak-anak lelaki dia yang baru balik sekolah. Then aku perati gak dia, macam pelik sebab aku tengok, makanan dah ada tapi dia tak bagi anak2 dia sentuh ayam tu. Pastu aku dengar salah sorang anak dia cakap, dalam bahasa org putihlah .. lambat lagi ker mommy? pukul berapa boleh makan? pastu mak dia cakap, nanti, belum boleh lagi. Then bila dah masuk maktu maghrib, aku tengok dia & anak-anak dia pun baca doa jugak (style dialah) then baru makan. Kat situ baru aku tahu, rupanya dia pun menunggu waktu berbuka macam orang Islam jugak. MUNGKIN cara dia tu  nak ajar anak-anak dia untuk hormati orang yang sedang berpuasa. Alhamdulillah. Senyumm panjang aku tengok dorang. 
 
*_____________*
 


Pastu aku perasan belakang meja perempuan Serani tadi tu, ada pulak satu meja budak lelaki. Pemerhatian aku, maybe umur bawah 12 tahun. Hambooii kemain bebudak zaman sekarang ni. Dah pandai nak berbuka dengan geng2. KFC lagi, kemain advances. Hehehe. Acik dulu nak, mak acik tak lepas acik ni nak gi berbuka dengan geng2. Acik pun takuttttt giler nak bukak mulut nak cakap ...mak, orang nak gi berbuka dengan kawan2.. Mau mak acik humban tikar bantal ke luar,  takyah balik terus... Hahahhaaa. Itu citer dulu2 lah yer. Heeheeee.


Adam cukup berkenan dengan ayam KFC Tangy Crunch ni, sampai 2 ketul dia makan. Qaseh pun sama. Rasa dia yang pedas, ada masam sikit & yang paling best dia crunchy. Perrgghhhhhh.! Sedap hingga menjilat jari. en. daddy repeat makan masa sahur pagi tadi. Okleh tu, elakkan pembaziran uolzz! #ahaks

Kalau korang agak2 tak sempat nak masak untuk berbuka, KFC adalah pilihan yang tepat uolzz. cepat & sedap. Wajib lepas ni repeat lag Tangy Crunch ni. 



'Selamat Berbuka Puasa'
 

Thursday, July 3, 2014

Mari Bersilat Di Dapur Masterchef

Bangun! bangun! Bangun
Lambat lagi  nak berbuka puasa ni. #hahaaa.. Aku nengok ada yang dah melepek depan pc.  siap kuar air liur basi lagi #hehehe. Yang aku & the geng tengah tunggu time jew nak masuk surau, nak meluruskan aper2 yang patut. Okey. Sambil-sambil aku nak menunggu tu, aku mengoogle gak resepi2 yang ada untuk dijadikan menu berbuka harini. errmmm.. So far, aku tak da idea lagi. :( Any suggestion korang? 

Semalam, aku sampai rumah dah pukul 7. Means aku ada masa 30 minit untuk masak. Hoii.. kemain rajin kan aku nak masak demi en. soami & anak anak tercinta. #Muaaahhhh Sampai2 rumah, campak beg, campak tudung, senseng lengan baju nak bersilat kat dapur. Terasa macam kat dapur masterchef pulak aku, bila terlalu suntuk sangat masa yang ada untuk masak. Di sebabkan masa itu terlalu singkat, makanya juadah untuk berbuka puasa semalam adalah

Menu: Ayam Masak Kicap..Cap..Cap..Cap Cap Kipas Udang
(hoii.. panjangnye nama menu ko..hahaa)


 Bajet macam masterchef walaupun ayam masak kicap je pun nak share resepi.
*biarlah.. (sambil libas rambut)



Resepi:
Halia - Hiris
Bawang Putih - Hiris
Bawang Besar - Potong bulat2
Cili Kering - Blend
Kicap manis - Cap kipas udang
Kicap Masin
Sos Tiram

Cara Cara:
Tumis halia & bawang putih. Dah nampak sikit kuning, masukkan cili blend. Sukatan untuk cili blend ni ikut pedas mana korang nak. aku pakai dalam1/2 senduk. Biarkan garing.
Then masukkan kicap manis & kicap masin. Biarkan seketika.
Pastu kalau nak berkuah sikit, letak air, tapi jangan banyak.
Letak sos tiram sikit, untuk kasi pekat. *tapi kalau taknak letak pun takpe.
Dah menggelegak sikit, masukkan ayam yang dah siap goreng.
Dan last sekali masukkan bawang yang di potong bulat.

Menu kedua pulak, special sikit pada aku lah. First time aku try masak & sedap.
*Sape lagi nak puji kalau tak diri sendiri    #matakelipkelip
Resepi ni aku ambik dari Kak zue dari blog http://mamatiamia.blogspot.com/
 Thanks kak zue, share resepi ni.



Menu: Sambal Belacan Goreng Oh Sedapnye.

Resepi:
Belacan
Bawang Kecil
Cili Padi 
Cili Kering
Tomato 
Asam Keping.

Cara: 
Bahan2 di goreng dengan minyak sedikit. Goreng sampai naik bau wangi belacan tu.
Kemudian, tumbuk halus. Siap!


 Nasib baik sempat settle. Disebabkan kesuntukan masa, sambal belacan aku tak cukup lumat. Tapi itu tak penting, yang penting rasa dia sedap. #yuummmyyy Makan pulak dengan ulam. perrgghhhhh!
bertambah hokey nasi aku. #sob..sob

 Rezeki bulan puasa. Jiran kesayangan busuk2 masam bagi mi hoon goreng.
Alhamdulillah. *Nurul thank you! 


Alhamdulillah, settle juadah berbuka puasa kami untuk hari ke empat berpuasa. 
So, hari ni ada sape sape nak sponsor lauk untuk aku tak??
*wink*wink*



ok, bai!


Wednesday, July 2, 2014

Adam, Puasa, Resepi

Hambek ko tajuk 3 serangkai! hahaha
 
Salam.
Diam tak diam dah masuk hari ke empat kita berpuasa. Alhamdulillah. "Selamat Berpuasa korang!
Yang kat umah aku tu si Adam Alhamdulillah still bertahan sampai ke hari ini.

Kirenye ini tahun kedua Adam belajar berpuasa. Tahun lepas, dapat satu hari jer penuh, yang lain alruyupp.. takpelah untuk permulaan. But tahun ni semangat dia lain macam sikit. *heheeee. Ucu pizi dah janji nak bagi dia satu hari RM1.  Ohyer malam tadi ada lagi sorang dah berjanji dengan dia, nak bagi amaun yang sama.. hehehe, iolzz  hokey jer, orang nak bagi kan, takkan nak tolak, tak baik.. #hahaha Suke hati koranglah kan, pandai berjanji dengan dia. Pandailah korang tunaikan nanti. #ucupizipleasetakenoteyer #auntyleezpleasetakenoteyer dia dah buat kira2 dah tu.. hahaha

First day puasa, adam still boleh tahan sampai ke petang walaupun ada gangguan kecil dari si qaseh. Qaseh dapat puasa setengah hari jer, dah tengah hari mulalah dia bergendang perut depan aku, lapar katenye. hurrrmm.. kandas akhirnye. Lepas tu ikut pulak aku gi kedai, boleh pulak dia mintak eskrem koneto bersalut kacang. Aku siap2 warning  kat dia, jangan makan depan abang, sebab abang puasa. Aku suruh dia makan kat blakang bonet kete.. hahahaaa. Qaseh aper kira, sanggup dia makan kat situ demi eskrem koneto bersalut kacang. Ok, fine!

Jiwa aku kan halus, cepat touching bila adam dtg kat aku "mommy, adam tau kenapa kita kene puasa 30 hari, bukan 1 hari. Aku pandang kat dia, tunggu aper dia nak cakap. Kalau kita puasa 1 hari kita puasa, kita tak rasa macam mana orang susah (miskin), tak makan tapi bila 30 hari baru kita dapat rasa macam mana orang susah (miskin) tak makan." Terus aku touching. Kuis2 air mata blakang dia. #hoberhokeyakuni. #faktorumurkot. So, far Alhamdulilah, sedikit sebanyak dia mula paham, kenapa  kene puasa.

Ok dah..dah kesat air mata tu.. #hahaha

Meh sini kak heton nak share sikit juadah berbuka puasa. Hamooii..hammoi kemain terbeliak bijik mata korang nyek nengok makanan.. ekekek  dah ambik pen ngan kertas nak salin resepi tak?? #bajetchef. Kita terus lompat ke menu hari kedua berbuka yer..

Menu : Simple Jer Wey Ayam Masak Merah
(nama menu tak hagak2)


Reseipi:
Ayam (Siap Goreng)
Cili blend
Bawang (potong bulat)
Halia (hiris)
Bawang putih (hiris)
kulit kayu manis (1 batang)
Bunga Lawang (2 kuntum)
Sos cili 
Sos tomato
Serai (titik/ ketuk)
Garam & Gula

Cara-cara:
Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis & bunga lawang.
Dah naik bau, masukkan cili blend 1 senduk (agaklah, kalau nak pedas letak lebih sikit)
Lepas dah garing, masukkan cili sos, tomato sos, garam, gula then kacau. 
Kalau pekat sangat, tambah air sikit. Bagi dia ada kuah sikit, TAPI jangan banyak sangat nanti cair tak sedap. Biarkan kejap. Letak serai. Then baru letak ayam & bawang yang dipotong bulat2 tadi.
Pastu rasa, top up yang mana kurang. 



Ni bukan sebarang resepi hokey. Resepi dari mak mertua kak heton. 
Penat kak heton menuntut dengan mak mertua kak heton, 7 hari 7 malam nak dapat rasa 99% sama dengan yang mak mertua kak heton buat. Orang sebelah umah kak heton cakap sedap, siap simpan makan sahur..
*ekekeee

Menu : Cucurku Gebu Gebu

Resepi: 
Tepung Gandum (ikut korang nak banyak mana)
Daun kucai
Taugeh (letak lebih sikit pun takpe)
Udang kertas/ ikan bilis  (yang ni kalau letak lebih lagi sedap :) )
Garam (secukup rasa)
Kunyit
Gula (jgn banyak, cukup ambik ujung jari jer)

Cara-Cara:
Korang adunkan kesemuanya sekali. 
Masa nak letak air tu yang penting.
Jangan kurang sangat air, takut dia keras
Bagi dia macam cair sikit tapi jgn sampai tak boleh cedok pulak.. 
hehehe.. susah kak heton nak xplain..
agak koranglah yer..
pastu gorenglah.. Masa goreng tu biar sampai color dia macam kat gambar atas tu. Cekelat2.
Sedap wey, raguuupp.. Kalau tak caya korang boleh try

Resepi : Kuah Cicah  Cucurku Gebu Gebu
Bawang  putih - 3 ulas
Cili besar - 5 biji
Cili padi - 5/6 biji
cuka - 1 sudu
garam
gula 
cili sos
air masak

Cara-cara
blend semua bahan tadi (bawang putih, cili besar, cili padi) *air masak jgn banyak
letak cuka, garam, gula & sos cili (kasi pekat sikit)
Siap di hidang.


Yang ni takda resepi hokey, sebab bukan kak heton yang masak yer.. 
#jujursangat

Okeylah, itu jer nak share ngan korang2 untuk hari ni.

 Selamat  Berpuasa

ok, bai!
 

 

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...