Thursday, September 26, 2013

Indah Cinta Qhadeeja #4Months

Dah 4 bulan dah usia si techik aku nie... Cepat betul masa berlalu.. 
Alhamdulillah, Indah baru recover dari selsema, batuk & demam
Kebiasaan baby kalau nak beralih bulan mesti akan demam.
Orang tua2 cakap, DEMAM NAK PANDAI LAGI...
Hehheeee..


memang yer pun dia dh start nak main bubble..
uuhhuuu.. botaklah pale mommy dik..
Banyak orang cakap bile baby dah start main bubble, 
kebiasaannye rambut mommy akan gugur..
Betul x?? hahhaaaa..
Aku pun tak pahamaper related nyer main bubble dengan rambut gugur..
ekkeeeee..


Dah pandai nak berpegang jer. 
Sampai semua orang dah tak jadi keje asyikkan nak mengadap dia ajer.
Asalkan letak jer, dia dh start merengek nak mintak angkat..
Nak mommy pakai kendong kain batik cam bibik ker dik ooii..??
Eeeuuuwww.. 
tak vouge langsung... ekekkeeeee..

 asal aku pakaikan dia gaun, dia mesti tarik seket dia sampai tutup muke.
pastu tangan menggapai2.. buat cm lemas.. 
hehheeeee...
bile kita tarik kain dia, dia gelak... mcm nak ajak main chak' chak' pulak
hahhaaaaa.. 
#oopssnimakdiayanggelak


nasiblah ada kakak qaseh merangkap PA/ merangkap bibik kecik aku..
hahhaaaaa...
Bile adik dia start nanges dia mulalah, menjerit
"Mommy buatkan anak ni susu..." 
ekkkeeeee bole dia ckp ngan aku cmgitu?
kenkadang tu, 
"Mommy... anak ni menangis.. mommy tgklah dia.."
hahahaaaa...

Belom lagi time dia nak tolong aku kasikan adik dia susu
siap berkain napkin atas bahu lagi engko...
hahhaaaaa...

Mommy love u lah Qaseh..

Skunk dia dah start suh aku panggil dia KAKAK..
oklah KAKAK QASEH


Yang sorang lagi ni si Adam plak, memang tukang menyakat..
Dia memang cukup geram ngan peha Baby Indah
Dia kata peha Indah besau  macam peha katak..
ekkekekeeeee.....
nasib baik dia tak cakap peha Indah besau macam peha mommy...
 hahhaaaaaaa...
adam ni bukan bole percaya, mulot laser engko!

Tetiba teringat masa antau Indah gi klinik.
Aku ni dah lame tak menimbang lepas branak aritu, 
kebetulan ada timbang dkt ngan kaunter klinik tu.
So, aku pun berhajatlah nak menimbang.. senyap2 aku pegi.. memang aku tak prasan dia mengekor aku kat blakang..

baru jer aku nak naik timbang tu..
Aku dgr sore dia...

Mommy... ni mesti berat 145 (kg) nie...  
Mommy jangan naik lame2 timbang tu nanti adam takut pecah timbang tu...!

korang bayangkanlah perasaan aku time tu. Dah ar ada nurse..

How dare u adam..??!!

Sentap hati mak nak...


UUuwwwwwaaaaaaa...!

 sebab tu kenkadang aku malas nak citer pasal Adam, kang panjang jadinye citer dia...

Uuhhuuu.....

korang tengok lah pic nie pun korang dah atau Adam tu cmner..

uhhuuuuuuu...

Teacher Indah kat  nursery pun cakap Indah baby yang paling senang nak dijaga.
& Teacher2 dia pun ckp seronok jaga dia sbb Indah suke senyum..
 macam mommy dia...
eh...ehh.. tu teacher dia tak cakap..
aku yang tambah..
hahhhaaaaaaaa...


Untung Indah ada Kakak, Abang & orang kat sekeliling sayang sangat kat dia...







MOMMY LOVE U.......
ADAM, QASEH, INDAH & ALSO DADDY!!!


Saturday, September 21, 2013

N3 Peram Sebulan Lebey

Salam,

Fuhh!!! cm tak caye jer, dah sebulan lebey  aku tak menjengah, menjengok apatah lagi menghapdate belog sendiri.

Uhhuuhuuuu...

Manelah pegi MRS. MOOD aku ni. :(

Bile MRS. MOOD takde, makan berbulan2 aku tak hapdate, tapi kalau MRS MOOD mariiiiii.. dalam sehari sampai 2, 3 n3 aku kasi lambak.. Hahhahaaaaa...

********************************************************************************** 

Sebenarnya aku ada peram satu n3 nak share ngan korang semua. Disebabkan time tu hati aku, perasaan aku, diri aku berada dlm keadaan taruma, aku hold dulu N3 ini, sehingga kekuatan aku ada.

Salam, korang.

Kalaulah ada button 'DELETE' kat dalam kepala nie, dah lame dah aku delete segala pengalaman pahit/ ngeri yang aku tempoh Jumaat lepas (masa kejadian). Pengalaman tu masih segar dalam ingatan aku walaupun aku cuba untuk melupakannya.

Sukar untuk dibayangkan perasaan aku mase tu. Hanya mampu berserah pada YANG MAHA KUASA sekiranya umur ku tak panjang.
Teringat anak2 yang masih kecil di rumah, sekiranya aku AKU TELAH TIADA. Teringat dirini belum benar2 bersedia, belum cukup amalan2 yang nak di bawa untuk bertemu MAHA PENCIPTA.
YA ALLAH..
Hanya mampu mengucap kalimah syahadah, hanya mampu berzikir, ALLAH HU AKBAR, SUBHANALLAH, YA ALLAH tak lekang dari bibir. Aku genggam erat tangan Emak, Anak (Qaseh) & Suami tercinta.
YA ALLAH..
Hanya ENGKAU yang MAHA MENGETAHUI perasaan aku ketika itu.

**********************************************************************************

Jumaat lepas (iaitu sebulan lepas) aku telah dikejutkan dengan siri rompakan 3 lelaki bersenjata parang panjang di Pasaraya SEGI, Kg. Melayu Subang. Masa itu, aku, mak, anak(qaseh) & suami serta berada di tempat kejadian. 

Jarak Aku & family berada kurang dari 20 m dari perompak berkenaan. Time tu kami di kaunter untuk proses pembayaran. Tiba-tiba aku dengar bunyi siren pasaraya berkenaan. Tak terlintas langsung akan ada rompakan. Bila aku nampak 3 lelaki bersenjatakan parang & bertopeng meluru masuk ke dalam pasaraya sambil mengacu2kan parang, baru aku tersentak!

Dalam hati nie bercakap, betul ker tak ni..? betul ke tak nie..?
Aku nampak, mak aku dah tergamam & sebut YA ALLAH, ALLAH HU AKBAR berulang kali. Then aku tengok qaseh dah berada dekat tepi aku, menyorok bawah cashier. Yang suami aku, terus tarik tangan aku & mak & aku terus bawak qaseh berlari kebelakang lorong tempat letak brang2 kering dan menyorok kat belakang2 kotak.
Time tu perasaan kami HANYA ALLAH jer yang tahu betapa dekatnya aku dengan kematian.
Pengunjung2 lain pulak lari bertempiaran ke arah dalam pasaraya (area barang2 basah). Aku toleh kiri kanan, YA ALLAH, hanya kami berempat jer berada kat situ. Ditakdirkanlah perompak tu nak berjalan ke belakang, memang kamilah orang yang pertama dia akan jumpa. Masa tu baru aku perasan handbag aku tertinggal kat dalam troli sbb mak aku dok tanye mana handbag aku. Aku dah tak peduli ngan handbang or barang berharga kat dalam handbag masa tu, hanya aku fikir NYAWA lagi penting dari barang2 tu.

Aku percaya pada REZIKI yang ALLAH tentukan. Sekiranya telah tertulis rezeki aku, adalah ia kat situ, tapi sekirnya bukan rezeki aku, aku redha.
ALLAH MAHA BESAR..
Tak sampai 1 minit perompak tu berjaya melaksanakan misi mereka. Bila suami aku tengok orang ramai dah mula keluar ke depan kaunter, dia mula bangun nak tengok situasi kat depan. Sempat aku tengok kat celah2 kotak tu, aku nampak suami aku bawa handbag aku dtg ke arah kami.
'SEMUANYA DAH OK, PEROMPAK TU DAH TAKDE' barulah kami keluar dari tempat persembunyian.
 Barang yang sepatutnya aku beli malam tu

ALHAMDULILLAH YA ALLAH, memang rezeki aku. Handbag serta barang2 berharga kat dalam tu, langsung tak diusik oleh perompak tu.

Semua barang2 yang aku nak beli malam tu, aku tinggalkan kat kaunter & ambik barang2 mak aku yang dah bayar. Cepat2 aku dokong qaseh bawak masuk kereta, takut perompak tu patah balik. Terus pecut balik rumah. On the way aku balik, aku berselisih ngan kereta peronda polis myb ada orang call polis.

ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH YA ALLAH..

Kami di panjangkan umur, diberi kesempatan berjumpa dengan anak2 (Indah & Adam)


Friday, September 20, 2013

Starting...

Salam, korang.
Giler lame dah tak update blog nie.. Uuhuuuuu..
Terasa cam ginjal jer, bile nak starting bicara..

dalam pale...  

"kemon... aida...kemonnnn.... u can do it"
"aper nyek nak citer.." 
"takkan nak nengok jer blogger lain laju jer hupdate WALAUPUN seminggu sekali, jer pun hapdatenye" 
"nak gak update pasal raye, tapi dh basi.."

T__________T

ekkeekkeeee... sabor jerlah...

ok, arini aku nak korang layan jer koleksi gambar2 aku last week yer..
hehheeee..
ni sebagai langkah permulaan nak update blog setelah ditinggalkan sekian lame..
#sebulan lebey jer pun

alamak nampak pic kuih raye, tak abis2 lagi. ekkeeee


last week, aku ada sedikit kelapangan utk memasak.
WALAUPUN hanya sekadar nasi goreng simple aje.
ekkeeeee....

resepi turun temurun mak mertua aku..
hehheeeee... 
anak2 aku mmg cukup suke kalau mak mertua aku masakkan nasik goreng ni.

Resepi
udang kering + ikan bilis (Blend) 
bawang merah + bawang putih (blend)
*blend asing2
lada hitam
telur
nasi semalam (*hahaha)

Cara masak
Mula2 goreng telur. Kacau sampai dia hancur/ berketul-ketul

tumis udang kering + ikan bilis
lepas dh garing skit, baru tumis bawang sampai garing
pastu, letak lada hitam skit supaya ada rase pedas/bahan.
*tak pedas, tak sedap
masukkan garam secukup rasa
 then masukkan nasi kemudian gaulkan rata
last skali masukkan telur & tutup api.

SIMPLE KAN?

 ******************************************************

Belah petang pulak ada undangan gi menghantar cousin bertunang area Shah Alam.
Memandangkan kitaorang dh kuar awal, majlisnya pukul4, sempat lagi aku ajak en. atoy menyinggah kat Paradigm. Bawak anak2 gi jenjalan.
hahhaaaaa...
#alasan

 Abang Adam

 Kakak Qaseh

 en.atoy with kids

Jalan2 masuk KAISON, sempat gak rembat 1, 2 barang..
hehhheeeee..

malulah Indah, main selak2 baju pulak

 Indah

 Dalam pkl 3 lebey cmgitu  my mom dh call tye ada kat mane..
hahhaaaaa...
aperlagi sepantas kilat ar kitaorang pecut gi Shah Alam.
Sampai2 majlis dah abis, org tengah makan..
hurmm.. langkah kanan ar aku..
ekekkekeeeee....
 
*pic cilok dlm album  cousin

Reza (Baju color oren) & tunangnye (Baju color Hijau)
orang nyer cukup simple...
"Selamat bertunag yer Reza..!"

 Esoknye budak tenit nie start flu + batuk = DEMAM

Uhuuuu...

 Siannnnn... :(

nak pandai agi kot...

Semoga cepat sembuh yer sayang

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...