Wednesday, March 18, 2015

Berabang2 Angkat Pulak Dia...

Aku tanya aper kabar.. Aku tanya apa kabar... Aku tanya apa kabar.. semuaa..  
ehceh tetiba lak ko ni kekton kan. Hehehe.

Alahaiilah anak teruna aku sorang ni. Nak cakap salah, tak cakap punnn salah. Bila cakap ngan en daddy, "takda aperlah tu, insyaAllah.." citer ngan kakak aku, "elehhh, dulu ko pun camgitu gak, berabang2 angkat bagai.. sama jer.." citer ngan mak aku "aper?! ada abang angkat.. jangan nak mengada2 sangat.." Adoiiiyaii runsing aku dibuatnya. 
 
Umur baru 8 tahun dah ada abang angkat kowang tau? Time aku dulu adalah gak abang2 angkat ni, tapi masa tu aku dah tingkatan. biasalah kan gedikz lebih sikit time tu.. Hahhaaa.


Zaman dulu ngan sekarang, banyak lainnye woo.. Risauuuu..! Aku tau korang boleh baca fikiran aku aper yang aku risaukan sebenarnye.. Uuhuu... Mintak2 dijauhkanlah benda2 sebegitu rupa. Amin. 

Sebenarnya dah lama gak aku dengar si Adam ni dok sebut nama "Abang Syazwin" Dia dok bercerita yang dia ada abang angkat, abang tu baik, dia kenal kat tempat mengaji, dia rapat ngan abang tu, abang tu selalu ajar dia mengaji, selalu tolong dia.. blaa..blaa... macam-macam lagilah.. Tapi time tu aku elek jer.. malas aku nak pikir sape si Syazwin tu.. Setakat tau, dia budak mengaji sama dgn adam. Itu jer. 

Yang start aku jadi tak keruan, bila Adam bagi tau aku yang dia ada buat karangan untuk abang syzawin. Aku mintak dia tunjuk kat aku karangan tu..


Karangan omputeh tu.. ko jangan memain.. Hahahaa.. Aku baca & aku paham. Dia memang sayang 'Abang Syazwin' tu. Aku tau perangai dak Adam ni, dia kalau dah sayang seseorang tu, dia akan nak mengendengggg jer kat orang tu, dia akan mengekor jer orang tu.. dia akan nak dekat jer ngan orang tu... Aku paham.. TAPIII... Tapi.. tapiii... aku risau... zaman sekarang ni, bebudak dah terlebih advance. Aku risau.. Aku citer ngan en. daddy, aku nak dia pantau Adam ni. Aku risau, walaupun aku tau takkanlahh kan.. tapi tulah.. sebagai ibu memang ada perasaan terlebih risau walaupun kengkadang tu yang entah haper2 entah..

Korang bayangkan, sampai dia nak suh aku beli baju yang boleh letak nama dia tu cth macam t-shirt I AM _______ (boleh letak nama) Sebab musabab nak beli t-shirt tu, nak sama ngan abang syazwin. Sakitt jer hati aku dengar. Kalau nak tu, tak reti nak menyabor lak tu.. #perangaiikan

Aku tanya Qaseh, sape syazwin tu. Sebab qaseh pun mengaji sama tempat ngan Adam. "Entahlah mommy, qaseh tengok Adam asyik ikut jer abang tu, abang tu nak ambik air pun dia ikut.. menyampah lah qaseh tengok dia.." Hahahaaa.. ko nengok si kepochi ni kalau dah bersuara..  Aku mintak tolong Qaseh jadi mata2 aku kat tempat dorang mengaji untuk peratikan Adam.. Hehehee.. Setiap hari ada jer laporan, tanpa miss.. heheh..


Ni lagi 1, time cuti sekolah ni, tempat yang dia mengaji tu ada buat program cuti sekolah. Macam kemlah kan, selama 3 hari. Masa dia tunjuk aku borang tu, dia memang excited sangat nak pegi. Aku okey jer. Tapi yang aku geram, dia siap cakap ngan aku ngan en daddy.. "mommy ngan daddy jangan sain dulu tau.. Abang nak tanya abang syazwin tu, dia pegi ke tidak.. kalau dia pegi adam nak pegi.. Mommy jangan sain lagi tau.." ni lagi 1 perangai yang aku tak berapa pekenan, nak mengikut orang. Lepas dia dah tau si syazwin tu pegi kem tu, terus dia suh aku sain borang tu. Memang sabau jer aku ngan dia ni.

Harini dah masuk hari ke 3 dia pegi kem tu. Aku tanya Adam ngan Qaseh best tak pegi kem tu? dorang cakap best. Qaseh cakap dia suka sebab, banyak belajar pasal doa, banyak belajar pasal sembahyang, banyak belajar pasal amalan rasullulah.. dll. Yang adam, bila aku tanya nape best pegi kem tu..? Tak sempat dia jawap, si mak enon tu yang tukang jawab, "sebab ada abang Syazwinlah tu.. dah tau dah.." dengan gaya2 dia bercakap.. Hahahhaaa... si Adam dok menyengeh2 jer.. Ikut firasat aku betullah tu aper yang qaseh cakap tu. Terus mak ko menyanyi lagu ni Adam ooiii.....

"Sakiittnya tuh disini di dalam hatiku... Sakiittnya tuh disini di dalam hatiku... Sakiittnya tuh disini di dalam hatiku... Sakiittnya tuh disini di dalam hatiku........."

***************************************** IKLAN ************************************************************


Just nak pomot kat korang salah 1 kedai gunting rambut yang paling aku puas hati setakat ni area Subang Bestari. Nama  kedai tu Anas Bin Malik Barbershop. Memang sangat-sangat puas hati walaupun perlu tunggu que lama. Kalau nasib pegi tak ramai orang memang rezeki.. TAPI kebiasaanya ramai.. Aku suke skill yang berader ni ada. Very teliti. Suke sangat.



Harga pun memang masuk akal hokey. hehehe.. 
Sape suke, sape nak try hasil tangan brader ni boleh terjah kedai dia.

ANAS BIN MALIK BARBERSHOP
Address:
NO. 25-1, GROUND FLOOR, JALAN NOVA U5/N,
40150 SUBANG BESTARI
Operation Hour:
10am - 10pm 

 
Thank You Anas Bin Malik Barbershop!

Tuesday, March 3, 2015

Time to Explore Legoland Malaysia

Yeaaayyyyy!! Akhirrrrrnya tercapai gak hasrat anak-anak nak ke sini. Mummy macam biasalahkan, menumpang rezeki anak2, dapat tumpang sekaki.. Hikk..hikk..hikks





Untuk mengelakkan bersesak2 sewaktu membeli tiket masuk ke Legoland, aku advices kat korang, better beli online. 


Nak lebih jimat, booked tiket 7 hari lebih awal so korang boleh dapat  20% discount. Banyak gak tu kan. Korang boleh pilih kategori tiket yang macam mana korang nak. Aku pilih 1 Day Combo. Means aku boleh masuk Theme & Water Park dalam 1 hari.

 Boleh click SINI untuk tiket.

Maps
Click SINI untuk tahu aktiviti di Legoland

So, here we goooo!! Time to explore Legoland Malaysia uollz. First aku decide untuk explore dia punye theme park dulu, lepas tu baru ke water park. Kang kalau dah ke water park dulu, badan dah letih. So nanti dah tak syiookk nak memain. Meh ler layan gambar yang sempat aku ambik. Selebihnya dalam insta yer chuollz.

Theme Park

My little Family











Water Park
Operating Hours: 10am to 6pm.


Kat sini, tak banyak gambar yang aku ambik. Almaklumlah kekton blom upp lagi nak ada gopro bagai kan. Keton blom tahap sanggup nak rendamkan hanpon kekton semata2 nak tunjuk kat korang.. hahahaha...




Kat Water Park ni memang banyak gile aktiviti yang dorang sediakan cthnya

Build-A-Raft River
DUPLO Splash Safari
Imagination Station

Brick Blaster

Spalsh 'N' Swirl
Tidal Tube
Lego Slide Racer
Dan banyakkkkk lagi.. Ni antaranyalah. Samada korang berani ke idak jer nak naik benda2 tu. Aku?? compemlah tak. Meollz kan gayat tak haper2 ntah.. Hahaha Ok, just info, untuk baby seusia Indah, 2 tahun camgitu, harga tiket untuk masuk water park ialah RM10 & akan dapat 2 swimming diapers.

Anak-anak aku masa dah masuk sini, memang langsung tak ingat nak makan. Lepas puas berenang, berendam bagai baru ingat nak makan. Nasib baiklah dalam legoland ni ada tempat makan. Tapi harga kat dalam tu tak samalah dengan harga kat luar.. Paham2 sendirilah yer. Sebab dah tak tahan lapau punye pasal, merasalah anak-anak aku makan Nasi Lemak Legoland harga RM20. (nasi lemak + air + buah + ayam seketul) Nasib baik sedap. Hahahaaa.. Perut dah kenyang, hati dah puas, aper lagi mau tunggu, moh ler kita pulang... Yang penting anak-anak happy, puas hati, takde complain tempat ni BOSAN.. Aku & en. daddy pun enjoy.

ok, bai!
 

Monday, March 2, 2015

Macam-Macam Hal..

Macam-macam hal. Haritu Indah tangan tergeliat, baru ni kakak qaseh pulak tindik telinga dia terbenam dalam telinga. Kire kita flash back balik citer si Indah dulu yer.


Kejadian ni berlaku tak silap aku 2 minggu lepas camgitu. Masa tu, aku baru jer sampai kat rumah balik dari opis. Kat pintu pagar lagi, aku dah dengar si Indah ni menangis kuat. Aku tak sure kenapa. Bukak jer pintu, aku nengok kat tengah rumah, ada ice batu & minyak gamat. So, aku tanya maid aku, nape ngan Indah?Dia cakap dia pun tak tahu, sbb masa petang tu Indah main dgn abang & kakak dia, dia okey. Pastu dia tido. Masa maid aku angkat dia nak bawak gi mandi petang tu, dia start menangis. Means budak ni menangis dari petang sampai ke malam. Aku rasa macam geram gile babz lah kan, sebb nape dia tak call aku bagitau. Sebab masa otw balik aku sempat lagi ke pasar malam, cari lauk basah. Uuhuuu.. Geram betul aku. 


Aku try angkat tangan dia. Dia menjerit... atit..atiit (sakit) tak boleh berusik langsung tangan. Aku tengok2 gaklah tangan dia, takut ada patah ker, bengkak ker.. Tapi takda. So, aku decide pegi hospital terus dekat area Ara Damansara. Sebab kat situ jer yang tak ramai orang & dekat ngan rumah. Pastu dkt emergency doc, pakar tulang ada, so, dia advices suruh buat x-ray. Ya Allah, payah jugaklah aku time tu, sebab si Indah meronta-ronta taknak. Terpaksa en. daddy & aku yang masuk bilik x-ray tu. Aku dah seriau dah, nengok muke tukang x-ray tu. Bukan aper, masa dia xray tangan Indah, dia siap berkeut2 dahi siap geleng2 kepala.. Adoiii.. patah ke tangan anak aku ni.. cuak giler time tu. Bile dah settle xray, aku try tye budak tu, macam mana. Dia cakap, dia tak berani nak cakap, sebab dia nampak tulang Indah nampak lain. gulp! Dia suh tanya doc pakar. Oklah fine.

Masa jumpe doc pakar & ngan result xray, doc cakap, aper yang dia tengok, nothing serius. Tapi dia ada nampak ada luka kecil di bahagaian (tulang/ muscle) bawah siku. For baby, doc cakap tak payah risau, dia akan baik sendiri & tiada ubat. CUMA Indah kene rehatkan tangan dia dalam seminggu dua camgitu. So doc tanya aku, nak simen ke nak pakai anduh. Laju jer mulut ni jawab pakai anduh. Sebb aku dah ada xperience tangan bersimen.. uuhuuu.. sakit giler! bila lepas bukak tu. So, Inilah hasilnya bila tangan beranduh. hehehe

Dannnnnnn.. aku percaya aper yang doc cakap, budak2/ baby dia akan baik dengan sendirinya. Sooo.. nilah hasilnya.. selepas masuk hari ke 2 beranduh...



Seee.. budak akan baik dengan sendirinya kan.... hehehehee..


******************************************************************************

Ni citer pasal Qaseh pulak. Adoii. Aku pun tak paham macam mana boleh jadi camgitu.


Besi belakang ada, tang yang kat depan, kemanakah ia menghilang?? Uuhhuuu.. Serius, aku tak prasan bila masanya benda ni  dah takda. Selalu gak aku nengok telinga si qaseh ni. Selalu je aku nampak dia dok menggentel earing dia buat main.. Tapi, kali ni aku toleh dah takda. Aku ingat benda tu patah. Rupanya dah terbenam dalam isi telinga dia. Cuak jugaklah aku masa tu, sebab dah tak boleh keluar. Aku try ubuh minyak gamat, tolak2 bagi dia keluar, dekat 20 minit gak try tak boleh. Si Qaseh dah start melalak, sebab sakit. Telinga dia dah start bengkak, lagi susahlah nak keluarkan. Nak tarik ke depan tak boleh, nak tarik kot belakang pun tak boleh, tersangkut. Last2, aku ajak en. daddy pegi klinik. Mintak doc, keluarkan tindik tu. 


Ko nengok dia punya batang tindik dia dah terkeluar panjang, sebab aku dok tarik2 bagi keluar. Uuuhuu..


Masa ni boleh boleh senyum lagi. Bila sampai nama dia kene panggil, dia dah start nak menangis. Sian pulak aku nengok dia. Doc, siap wrap badan dia (macam pakai bedung) takut di meronta. So, doc bagi ubat bius, taknak dia rasa sakit masa nak keluarkan tindik tu.. Aku kalau bab2 camgini aku lemah semangat sikit. Time tu, Qaseh dah start melalak. Tak sanggup aku nak tengok, tapi kuatkan jugak hati ni...pujuk qaseh..  Agak payah gaklah doc nak keluarkan subang tu. Last2 doc toreh sikit bagi senang subang tu keluar. Uuuhuuu.. Takut gak aku, apertah lagi si Qaseh.






Nilah hasilnya lepas telinga dah digodek ngan doc. Huuuhhuu.... Serik jugaklah.. Lepas ni kalau nak pakai, tunggu besarlah yer... Uhhuu..

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...