Thursday, May 26, 2016

Geng Rewang Ke Pengkalan Balak

Alhamdulillah, ahkirnya misi kami, Geng Rewang Kebabom nak berjimba2 di tepi pantai Pengkalan Balak berjaya.. Yeeehaaaaa!! 

Lokasi pilihan Mesra Chalet, Pengkalan Balak

Pic from : Mesra Chalet
Pic from : Mesra Chalet


Harga: 
RM100 per unit accommodation (Public holidays, cuti sekolah) 
RM90 to RM80 (weekdays). Price is negotiable. (*part ni yang ahkak suka..)


Memang selesa giler bilik dia walaupun tak sebesar mane. BERSIH, ADA AIRCOND, ADA FREEZER, ADA TV hahaaa.. aper lagi nak kan? Hahahaaa


Aku sampai dah agak lewat petang tu *Sori gais! ada masalah yang tak dapat nak dielakkan :( Tapi sampai2 terus aku capai pisau okey.. hahaha.. Orang ajak makan pun taknak sebab takut kene petirrr ngan mem besau.. Uuhuuuuu.. tambah lak membesau tu orang Melaka, ko taulah kan kalau orang Melaka melaaazerrr camner.. Kalau tak tahan, ada yang packing balik baju balik KL malam tu gak.. Muaahhahaaaa... I is serammm uollzzz...

Me, Eja & Kak Zira <3

Kami :)


Pantai dia bersih.

 Memasing bizi prepare untuk BBQ malam tu.
Kemonnn gaiss, kipas kasi kuad lagi... 
 

 
 
Puas betul makan malam tu. Macam2 ada... sotong, ikan, ayam, hot dong, jagung

 Aktiviti mak2, dok melipat daun pisang nak buat nasi lemak untuk breakfast esok.
*tepuk sikit* (Hebak..hebakk mu ni)

Suasana malam.

Ni aktiviti anak2. Main bola sampai pukul 12 tengah malam. Haven sungguh. Yang si kenid pun sama naik, main bola ngan abang2.. Tak dia heran kan kitew time ni.
 
 
 Kak Izah & anak2.
 
Ok, malam tu kitaorang overnight sampai pukul 12 lebih jugak lah. Macam2 isu yang keluar.. politik, artis, ofis, anak2, pasal laki.. ooppss.. hahahaha... Semualah..
 
 
 
Pagi tu, aku ngan kak azie yang first terjun laut. Kemain lagi..
 Hahahaaa.. Yang geng2 lain takmo mandi, sudahhh...  #bluueekk
 
Masa ni aku dok mengajar, bebudak ni cara nak mengapung badan dalam air.. Cehhwaahhh.. Macam good2 plak aku kan? hahaha.. padahal berenang pun tak reti..  ekekekeee

Boy's Activity 


Naik banana boat pulak. Dak Adam dah menggelitik nak naik, aku memula tak bagi jugak, bukan aper, risau takde sape nak nengok.. Tapi nasib baiklah anak kak mazura nak jaga dia... So, merasalah dak Adam naik.. Tak silap aku RM10 sekepala.. 

 

 Ni breakfast kitaorang pagi tu. Meriahkan! 
Nasi lemak, nasi goreng, telur dadar, kuah lemak burung puyuh & macam2 lagilah. 

Main bubble sambil tido pun boleh Adam.. hehehe

 Happy anak2 bila aunty Azie sponser banyak toys, bubble, layang2, bola, kipas tangan & ada lagi 1 aku tak ingat dah... Thank You kak Azie. 

(p/s: Kalau ada reader yang nak borong toys nak buat gift ker, nak buat beday ker, nak beli bubble ker or any toys bole contact kak Azie (012-3369752)

 
Ni aktiviti before balik KL.

Sumpah! happy giler bila dapat together2 ngan kengkawan & family. Sampai saat ni, tak habis2 kitaorang bercerita pasal trip ke Pengkalan Balak. Happy sesangat2.
InsyaAllah, kalau ada umur panjang, ada rezeki kita repeat lagi ok.


(*tepuk tangan)


Review:
 Memang selesa, bersih & lengkap. Harga pun tak mahal sangat. Dekat giler nak melangkah ke laut. Ruang bbq pun ada, takda charge dia kenakan....



Sekarang ni pun memasing tengah riki, mane2 port yang menarik untuk  next trip insyaAllah.. Tapi ghasenye... namapak gayanya ke Mesra Challet lagi ni...


Kita tungguuuuuuuuuu........

 
 

Saturday, May 14, 2016

Bukit Melawati, Kuala Selangor

Before berangkat balik, sempat singgah kat Bukit Melawati, tema nye saje nak berjalan, nak nengok aper yang ada kat atas sana. Rasanya aku pernah sampai laaaaaaaaaaaaamaaaaaa dulu.. Dah tak ingat aku, abad ke berapa sampai... haaaahhaaa..



First2 jer jumpa binatang ni, Lotong nama dia. Hambooii kemain melepak sakan korang yer.. Rotannn kaang, baru tau. hahahaaa...

Trem car


Harga Tiket


Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

(source from :  Majlis Daerah Kuala Selangor)



Seronok betul. Trem car ni akan bawak korang pusing 1 Bukit Melawati. 


Bebudak kenid ni tak takut langsung dengan lotong ni.. Aku? hurrmmm.. baru binatang tu nak dekat, aku dah cha alif bot.. ekekeke.. Giler ko tau seriau, lotong2 ni bukan boleh nengok orang pegang makanan.. Terus dia datang dekat. Ada pengunjung tu, sampai lotong tu panjat badan dia, nak kan makanan.. Hahahaaa.. Seewaaaammm hookeyy..

Nampak tak, persatuan lotong2 sedunia tengah melepak.. Hahahaha

Dah macam geng pulak aku nengok adik aku ngan adik ipar aku ngan si lotong.. ekekek 
jap-jap, nak tanye : Sedagher ker? hahahahaa


Aku ingat dak Adam ni berani sangat.. hhahaaaa.. menggelupur ko.. PAdahal lotong tu buat deeekk jer.. Ekekeke..  Lotong2 kat sini memang jinak..


Iris gak relax.. Macam orang takde perasaan. hehehehe.. Kalau mommy tu Iris, jangan kata lotong tu  duk sebelah, dia pandaaanggg jer pun mommy dah caboottt.. uuhuuu

Kasi pose 1 kali before balik

Family Erra <3

 Family Fezy

 Zhiha, Me & Bonda <3


My Family <3

My Review: Serius! tak rugi wey sesekali bawak anak2 jalan kat Bukit Melawati. Memang best!


Thursday, May 12, 2016

Bermalam di Pantai Indah Seaview Resort, Kuala Selangor

Salam, hai!

Last month punya citer wey, sempat bermalam di Pantai Indah Seaview Resort, Kuala Selangor. Dah orang nak 'payung' takkan ahkak nak tolak kan? Not nice uollz.. Hahhaaa


Address: 5182, Jalan Kapar, Batu 17 Sungai Sembilang, Jeram, Selangor. 
Lokasi ini terletak berhampiran dengan 'The Kabin Kuala Selangor' serta Aroma Ikan Bakar.

View dari bilik kami di Tingkat 9. Very nice ha!

Harga Bilik :
Standard 2 bilik – RM100 semalam
Deluxe 3 bilik – RM120
Executive 3 bilik – Rm160 semalam





Kitaorang sampai sini dah dekat petang jugaklah. Anak2 macam biasalah kan, dah tak sabar nak mandi kolam. Yang mak pulak, tak sabar nak gi cari  ikan, nak masak untuk makan malam... So, before terjun kolam, moh ler kita bersiar2 kat kawasan yang berhampiran..


Memula, singgah kat Pasar Nelayan, Sungai Sembilang. Kebetulan masa tu, ketam & ikan baru naik... pergghhh.. freshh2 engko. Menyesal kalau tak beli. uuhuuu. Harga ikan2 kat sini pun tak lah semahal tempat lain. Kat sini, aku siap beli siput sedut nak buat kuah lemak siput sedut lagi.. Tapi aku suh, orang tu simpan dulu, esok before gerak KL aku datang ambik. Nasib baik ahkak tu okey.



Lepas dah pegi kat area Pasar Sg Sembilang, mak ajak jalan lagi dekat area Pasar Pantai Remis, Kuala Selangor, bukan kat Perak yer, kat Kuala Selangor jer..  hahahaaa.. Kang ada yang kompius pulak nanti. Kat sini, sumpah aku dah start rambang mata. Sampai, daun kesum, daun kunyit pun aku nak beli kat sini. Bukan pasal aper, murah sesangat. 1 ikat RM1, daun dia banyak giler. Cer kalau kat Kl memang takkkklah nak dapat banyak & murah camgitu.

Mak aku pun dah start dah, gewam nengok udang laut tu. RM45 sekilo. pergghhhhh!! memang murah giler. Aku pernah tanya, udang yang sejenis itu RM60-RM70 sekilo... Memang tak merasalah aku, kalau arge mahal nak mammmmm***

Jambu color merah tu, memula aku taknak beli jugak. Puas  tukang jual tu yakinkan aku suruh beli, sebab jambu tu manis giler katenye. Aku pun aper lagi, bukan bole orang cakap lebih2 ekekeke beli jugaklah seplastik.. Pastu balik hotel, terus nyesal nape tak beli lebih.. Hahhaaa.. Manis betulll. Untuk makan malam, mak aku payung udang, ketam, kerang, kupang & lain2. Katenye jangan tak merasa, mak velanja.. hahahaa... okey...


 
Jalan punye jalan, macam kagum pulak dgn benda ni. Spesis apakah? 1st time nengok, selepas 35 tahun hidup.. ekekeke Puas aku pikir nama dia.. rasanya seingat aku, ahkak kat pasar tu cakap 'Siput Kemudi' kot besar giler benda ni. Kagum kejap...

 View dari tingkat 9 :)




Lepas dah puas memborong, balik bilik, terus tukar uniform nak terjun tiruk kat kolam.. hahhaaa... Puas hati anak2 dapat mandi kolam.. Happy giler!


Acara malam ialah acara makan seafood sampai kenyang. 
ngehh..nggeeehhh.. ngeehhh..

Malam tu ahkak masuk tido awal, tetiba pulak sakit kepala.. 
Makan panadol 2 biji terus lena tau2 dah pagi... 



...bersambung, kalau ghajinlah... hhaaaa

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...