Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Tuesday, February 10, 2015

Honey To The Moon Krabi - Part 1

Salam. Hai! #lambaiciked :)

Harini aku nak bercerita pasal trip honey to the moon kitaorang yang ke 9 tahun. :) Honeymoon kali ni, pegi jauh sikit lah kan #ahaks ke Krabi pulakx. Ok, ada yang tanya aku pasal cost nak ke Krabi ni, mahal tak? Ok, pendapat aku,  depands on harga tiket flight & hotel tempat yang korang nak duduk nanti. Kalau tiket flight, aku advices bookedlah awal, so korang boleh dapat harga lagi murah. :) (nanti aku share beberapa info yang aku ingat untuk memudahkan korang ke sana.)

2/2/2015

Flight aku (Airasia) departure dari KLIA2  pukul 7.15pagi. Means flight akan dijangka tiba di Krabi dalam pukul 7.30 pagi waktu Krabi *waktu krabi 1 jam lewat dari waktu malaysia*. Gilerlah cakap tak seriau masa nak naik flight. Macam-macam doa aku baca, nak hilangkan rasa nebes. Uuhuuu. Alhamdulillah, flight tak delay & kami selamat sampai pada masa yang ditetapkan.

Sampai airport terus tuju kat kaunter beli tiket bas/taxi yang terletak dalam airport. Airport Krabi taklah sebesar KLIA2 nun. Sampai creamp kaki nak berjalan. Hahaha.. Memang senang korang nak cari kaunter tiket bas/taxi. Itu jer yang ada. :)


Nak ke Aonang kitaorang ambik bas jer, senang. Murah pun murah. 300baht/2pax (RM32)  Perjalanan nak ke Aonang mengambil masa dalam 45minit.


Ni lah bas yang kitaorang naik tu. Okey kan? :) Driver bas ni, akan dropkan korang betul2 depan hotel yang korang menginap.

Happy giler dah sampai Aonang.

 Jiwa kene kental bila nak tinggalkan anak2.. uhukk.uhukk..

Masa nak booked hotel, naik migrain aku di buatnye. Macam-macam pilihan. Aku survey kat tripadvisor, survey kat review booking.com, agoda, skodeng blog2 orang yang dah pernah pergi, last-last kitaorang decide stay kat Aonang Buri Resort.

Santek kan? siap ada angsa 2 ekor lagi.. heheh.. honeymoon lah katakan.. 
Hahahaa sayang wey nak tido..

View dari bilik kitaorang.
Masa kitaorang sampai hotel, bilik belom ready lagi. So aku ngan en. daddy taknak buang masa, terus carik tempat makan. Lapar wey, atas flight tak ambik makan. Nak saved bajetlah kengkononnye.. hehehe.. #padanmukekelaparan



Sepanjang pantai Aonang, banyak cafe, bar, shoplots & tempat-tempat makan. Bab-bab tempat makan ni, korang kene tengok betul-betul. If, kalau dorang tulis Halal tu menas korang boleh masuk or kedai-kedai tomyam pun banyak jugak kat situ. Kalau tak silap aku, dorang tutup dalam pukul 10 malam macam tu.



Singgah makan tengah hari kat Lemon Restaurant. Aper yang aku boleh cakap, memang tak kene langsung dengan tekak aku. Sampai ke harini rasa kembang-kembang lagi. Uuhuu. Aku order Nasi Goreng Ayam. Entah aper-aper ntah rasa dia. Nasi macam masak ngan planta. Ayam tu dia rebus. letak tepi. Adoi aper jenis masakan ni. Ayam tu banyak tulah tak berusik harga lebih kurang RM80baht. Korang ghase berbaloikah?? Kalau sedap takpelah lagi. Memang taklah aku nak repeat lagi. :( #frust

Lepas makan, sambung jalan kat sepanjang pantai Aonang. Misi mencari Island Hoping. Penat wey, kene survey banyak tempat. Kebanyakkan dorang offer 1400bath. Tapi korang boleh nego lagi.


Last-last kitaorang jumpa dengan adik ni. Nama dia Khadeeja. Asyik tergelak-tergelak adik ni, deal ngan aku. Hehehee.. Aper yang kelakau ntah. Hhehehe.. Suke benau aku dengar cara adik ni bercakap. Lembutttnyelah hai.. cair hati ni dengar.. hehehe. Masa aku deal dengan dia, aku memang mintak dia turun harga sampai 1000baht/ pax. Dia cakap tak boleh kakak. Kalau kakak nak ambik yang harga 1000bath tu ada, tapi kan kakak dalam 1 boat ada 60 orang, kakak nak ke? saya rasa tak payahlah kakak. tak boleh kakak. Hehehe.. pandai dia kan menakutkan aku yer. heheh Last-last dia bagi aku harga 1050baht/pax. Aku ambik package ke Phi Phi Island. Phi Phi island ni boleh dikatakan tempat WAJIB pegi kalau dah sampai ke Krabi. Harga package termasuk transport pergi & balik termasuk makan tengah hari. Air mineral & buah2 masa dalam bot disediakan.


Dah settle semuanya, kitaorang ronder lagi. Kali ni misi mencari PANCAKE YAMINLAH. Kebanyakkan yang dah pernah pegi Krabi, semuanya suruh try pancake yaminlah. Puas aku mencari pancake yaminlah, tak jumpe.. rupa2 nya memaang dekat naw naw ngan hotel kitaorang. ekekek


Kalaua korang ke Krabi cari motor acik ni yer. Dia tulis Pancake Rotee Yaminlah. Aku nengok cara dia buat, lebih kurang macam roti canai je. Maybe kat sana dorang panggil pancake kot.. entah.

Banana Chocolate Pancake

Banana Nutela Pancake

Memang terbaik wey. Korang kene cuba pancake makcik Yaminla tau! Kalau makcik joyah ke, makcik esah ke, makcik bedah ke, aku tak jamin kesedapan pancake dia. Hahahaha.. For ur info, sederet kedai makcik Yaminlah tu, banyak kedai2 tomyam yang halal. So korang takyah pening-pening nak pikir makan kat mane.

Lepas makan, perut pun dah kenyang gagahkan diri menapak balik hotel. Malam tu keluar balik, merayap cari makan lagi. Hehehe..  Tempat yang sama. Sederet kedai Pancake Yaminlah.




Lokasi kedai-kedai ni terletak berdekatan dengan Krabi Resort. Macam-macam makanan ada, nak bergoreng, nak tomyam, nak celup2.. macam2lah. Aku try yang light2 jer, sotong goreng tepung jer pun. Light kan? hahaha (sampai 4 cucuk aku sorang bedal..lighhtttttt sangatttt). dah sedap nak buat camner.. hahahahaa..





.... bersambung Part 2

No comments:

Post a Comment