Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Thursday, February 12, 2015

Honey To The Moon: Phi Phi Island - Part 2

3.2.2015


Tarikh anniversary aku ngan en. daddy. 9 tahun dah berlalu. Diam tak diam, dah 18 tahun kami saling cuba kenal mengenali, saling cuba lengkap melengkapi. Alhamdulillah selama itu juga perasaan aku kat en. daddy masih tak berubah, walaupun sikit.. Adat rumah tangga, ada pasang surut, ada turun naik.. Alhamdulillah hubungan kami masih bertahan sehingga kini. Terima Kasih Ya Allah, kerna Engkau temukan jodoh yang terbaik untukku. Engkau Maha Mengetahui Yang Terbaik Untuk Ku.


Phi Phi Island.

Macam aku pernah cakap dekat n3 yang  sebelum ni, if korang ambik package ke Phi phi island tu, dorang akan sediakan transport pick up dari depan hotel & hantar balik & makan tengah hari. Agent akan pickup korang seawal pukul 8.00 pagi.


Package ke Phi Phi Island ni mengambil masa 1 hari untuk korang explore pulau2 tu. So, seharianlah korang kat pulau yer. pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. So get ready yer sun block bagai, topi mengkuang tutup muka pun jangan lupa.. hehehehee..

 Our tour guide

  Ko nampak, orang cam somut. Ramai betul. Padahal masa aku pegi ni bukan time peak seasson pun.

Boat yang kitaorang naik ni besar jugaklah. Taklah berimpit sangat. Just nice.


Banyak dah nama pulau yang aku lupe. Almaklumlah faktor usia.. hehehe
 Antara yang aku ingat kalau ambik trip ke Phi Phi Island ni, pulau2 yang korang akan pegi ialah Bamboo Island, Viking Cave, Pileh Bay, Maya Bay, Monkey Beach, Phi Phi Don, Hin Klang

 First pulau yang kitaorang pegi iaitu Bamboo Island.







Nampak tak keterujaan kekton? ahaha..




Air dia boleh nampak kaki nokkk.. Clear giler. Rugi kalau korang tak mandi kat sini wey.. SubhanaAllah. Dekat sini kitaorang di beri masa 1 jam jer untuk mandi2, ambik gambar, or merayap sekitar pulau. :( #takpuas

Kemudian dibawa pula ke Viking Cave.




Kat sini, korang tak boleh turun nak mandi2 bagai yer. Hanya boleh menikmati pemandangan keindahan alam .


Maya Bay is the best island pada aku. Cantik sungguh.




Teruja giler bole apungkan badan.. ekeke.. Sebelum ni tak boleh wey.. asyikkan tenggelam jer.. Hehhee.. (Sila abaikan aksi yg di belakang kekton yer)


Cantik ke idokk? *mataadalove


Masa kat Maya Bay ni kitaorang diberi masa 1/2 jam jer. Tak boleh lama-lama.Tempat ni memang sesak.. Penuh ngan orang & juga penuh ngan boat.. 


Lepas pegi ke MAYA BAY, kitaorang dibawa untuk makan tengah hari. Aper kenama pulau tu aku dah lupa. Sebab lapau tak hengget, tak sempat nak ambik gambar makanan. Hehee.. Yang en. daddy dah mabuk laut dah.. Makan pun tak lalu. Aku? lalu jer.. ayam goreng dia sedap giler, nak dekat 8 ketul aku bedal.. ekeke.. kecik chenonet sangat...

 Lepas makan, tour guide bawak pegi snorkeling. berdebar2 gaklah ghase hati, almaklumlah meollz tak pandai berenang.. Takut lemas. haiishh. Pastu dorang akan drop kan ko kat tengah2 laut. Compem2lah kaki tak cecah tanah kan? Yang en. daddy pun sama, tak pandai berenang..  ahcanner tu?


Aku kuatkan hati gak, nak turun, sebab rugi kalau korang dah sampai tak buat snorkeling. Turun pelan2, mula gayut kat tepi tangga boat. Pastu dah dpt kuasa 'keberanian' terus berenang sikit2. hehehe. Aku benci betul ngan life jacket ni, tak berkerjasama langsung ngan aku.. uuhuu.. kejapkang ternaik, baju tu, kejapkan tergolek aku kat dalam air.. kang kejap kang terlentang pulak... adoii.. tak pandai aku nak control bagi dia behave sikit.. hahaha..


 Bila dah teror sikit, eksen.. Tulah kekton.. Hahahhaaa


Kali kedua snorkeling, en. daddy tak turun. Malas katenye. Aku? dah terer katakan, mestilah turun kan.. rugi okey bayar, tak cuba. Oh yer lagi 1, orang lain snorkeling pakai menatang yang letak kat mulut tu kan? siap pakai goggle kan? Aku lagi terer. Langsung tak pakai aper2 peralatan snorkeling melainkan life jacket. Heheh Bukan aku tak cuba, baru makan 2 saat dah dah rasa macam tak bernapas.. Hahahaha.. Vongok betul.. aku nengok orang lain pakai rilekkk jer.. Aku je yang menggelupur tak tentu arah.. Hahahaaa.. Ahh... lantakklah, setakat nengok ikan, aku dah biasa dah nengok.. tak heran aku..hhahahaa... Yang penting aku nak mandi laut... 


Lepas puas snorkeling, terus balik. Dalam pukul 4 lebih sampai kat beach. Tempat yang memula naik boat. Seyes aku cakap memang terbaiklah package ke Phi Phi Island ni. Memang tak rugi wey. Korang akan ada rasa, nak pegi.. nak pegi & nak pegi lagi..


Petang tu, dah lepas mandi2, keluar balik, gi cari makan. Sebenarnya kaki aku dah tak larat nak menapak. Aku ajak en. daddy naik tuk2. dalam RM60baht/2org. Tapi tengok gaklah tempat yang korang nak pegi tu.


Malam tu, kitaorang try makan kat Restoran Hasna. Boleh tahan mahal gaklah untuk 2 orang makan. Ikan siakap 3 rasa 450baht, tomyam campur (lupe brape..), nasi + air. Total dalam duit malaysia RM70+ camtu.. Ko ghase mahal ke idok? uuhuu.. Nasib baiklah esoknye kami dah balik.. Kalau tak jadi peminta sedekah lah jawabnye, takda duit nak balik.. uuuhuu..  

Oh yer, kalau ke Krabi, jangan lupe try dorang punye massage tau. Terrbest okey. Sempat gak aku buat manicure & pedicure. heheh murah wey. Massage dalam 200baht. Manicure 150baht, Pedicure 150baht okeylah kan..  Kat sini tak dapek rege cmgitu wey..

Lepas settle makan dah tak larat nak merayap terus ajak en. daddy balik hotel.. Sakit segala urat kaki, urat badan.. 


.... bersambung Part 3

2 comments:

  1. bestnyaa. tengah plan plan jugak nak ke sana. cantik sgt nampak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best wak gi sana.. memang cantik tempat tu.. :)

      Delete