Monday, March 2, 2015

Macam-Macam Hal..

Macam-macam hal. Haritu Indah tangan tergeliat, baru ni kakak qaseh pulak tindik telinga dia terbenam dalam telinga. Kire kita flash back balik citer si Indah dulu yer.


Kejadian ni berlaku tak silap aku 2 minggu lepas camgitu. Masa tu, aku baru jer sampai kat rumah balik dari opis. Kat pintu pagar lagi, aku dah dengar si Indah ni menangis kuat. Aku tak sure kenapa. Bukak jer pintu, aku nengok kat tengah rumah, ada ice batu & minyak gamat. So, aku tanya maid aku, nape ngan Indah?Dia cakap dia pun tak tahu, sbb masa petang tu Indah main dgn abang & kakak dia, dia okey. Pastu dia tido. Masa maid aku angkat dia nak bawak gi mandi petang tu, dia start menangis. Means budak ni menangis dari petang sampai ke malam. Aku rasa macam geram gile babz lah kan, sebb nape dia tak call aku bagitau. Sebab masa otw balik aku sempat lagi ke pasar malam, cari lauk basah. Uuhuuu.. Geram betul aku. 


Aku try angkat tangan dia. Dia menjerit... atit..atiit (sakit) tak boleh berusik langsung tangan. Aku tengok2 gaklah tangan dia, takut ada patah ker, bengkak ker.. Tapi takda. So, aku decide pegi hospital terus dekat area Ara Damansara. Sebab kat situ jer yang tak ramai orang & dekat ngan rumah. Pastu dkt emergency doc, pakar tulang ada, so, dia advices suruh buat x-ray. Ya Allah, payah jugaklah aku time tu, sebab si Indah meronta-ronta taknak. Terpaksa en. daddy & aku yang masuk bilik x-ray tu. Aku dah seriau dah, nengok muke tukang x-ray tu. Bukan aper, masa dia xray tangan Indah, dia siap berkeut2 dahi siap geleng2 kepala.. Adoiii.. patah ke tangan anak aku ni.. cuak giler time tu. Bile dah settle xray, aku try tye budak tu, macam mana. Dia cakap, dia tak berani nak cakap, sebab dia nampak tulang Indah nampak lain. gulp! Dia suh tanya doc pakar. Oklah fine.

Masa jumpe doc pakar & ngan result xray, doc cakap, aper yang dia tengok, nothing serius. Tapi dia ada nampak ada luka kecil di bahagaian (tulang/ muscle) bawah siku. For baby, doc cakap tak payah risau, dia akan baik sendiri & tiada ubat. CUMA Indah kene rehatkan tangan dia dalam seminggu dua camgitu. So doc tanya aku, nak simen ke nak pakai anduh. Laju jer mulut ni jawab pakai anduh. Sebb aku dah ada xperience tangan bersimen.. uuhuuu.. sakit giler! bila lepas bukak tu. So, Inilah hasilnya bila tangan beranduh. hehehe

Dannnnnnn.. aku percaya aper yang doc cakap, budak2/ baby dia akan baik dengan sendirinya. Sooo.. nilah hasilnya.. selepas masuk hari ke 2 beranduh...



Seee.. budak akan baik dengan sendirinya kan.... hehehehee..


******************************************************************************

Ni citer pasal Qaseh pulak. Adoii. Aku pun tak paham macam mana boleh jadi camgitu.


Besi belakang ada, tang yang kat depan, kemanakah ia menghilang?? Uuhhuuu.. Serius, aku tak prasan bila masanya benda ni  dah takda. Selalu gak aku nengok telinga si qaseh ni. Selalu je aku nampak dia dok menggentel earing dia buat main.. Tapi, kali ni aku toleh dah takda. Aku ingat benda tu patah. Rupanya dah terbenam dalam isi telinga dia. Cuak jugaklah aku masa tu, sebab dah tak boleh keluar. Aku try ubuh minyak gamat, tolak2 bagi dia keluar, dekat 20 minit gak try tak boleh. Si Qaseh dah start melalak, sebab sakit. Telinga dia dah start bengkak, lagi susahlah nak keluarkan. Nak tarik ke depan tak boleh, nak tarik kot belakang pun tak boleh, tersangkut. Last2, aku ajak en. daddy pegi klinik. Mintak doc, keluarkan tindik tu. 


Ko nengok dia punya batang tindik dia dah terkeluar panjang, sebab aku dok tarik2 bagi keluar. Uuuhuu..


Masa ni boleh boleh senyum lagi. Bila sampai nama dia kene panggil, dia dah start nak menangis. Sian pulak aku nengok dia. Doc, siap wrap badan dia (macam pakai bedung) takut di meronta. So, doc bagi ubat bius, taknak dia rasa sakit masa nak keluarkan tindik tu.. Aku kalau bab2 camgini aku lemah semangat sikit. Time tu, Qaseh dah start melalak. Tak sanggup aku nak tengok, tapi kuatkan jugak hati ni...pujuk qaseh..  Agak payah gaklah doc nak keluarkan subang tu. Last2 doc toreh sikit bagi senang subang tu keluar. Uuuhuuu.. Takut gak aku, apertah lagi si Qaseh.






Nilah hasilnya lepas telinga dah digodek ngan doc. Huuuhhuu.... Serik jugaklah.. Lepas ni kalau nak pakai, tunggu besarlah yer... Uhhuu..

No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...