Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Monday, January 18, 2016

Hello January!

Aku rasa dekat berpuluh2 kali gaklah aku dok menggodek2 pic2 kat gallery phone.. dan setiap kali tu jugak aku pasang niat nak update belog.. huurrrmmm... tapi apakan daya mood tak brape nak ngammm.. sebab tu belog ni dah bersawang.. uuhuuu.. maafkan hamba ini..

Ok, sebagai permulaan, aku nak ucap selamat melangkah ke tahun 2016. Hopefully kita semua akan tabah dalam menghadapai aper jua dugaan & rintangan. Tak kiralah dari segi apa pun, mental, rohani, jasmani, financial.. uhukk..uhukkk... #kenekuadsemangad ok uollz.

********************************************************************************************************************
Ni lah antara aktiviti yang sempat kitaorang buat masa cuti sekolah aritu.. Kalau ada info yang aku masih ingat, aku akan share kat sini ok..

Chocolate Museum By Fidani @ Kota Damansara 
Address: Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia


Masa kitaorang pergi sini, memang tak plan pun. Di sebabkan dah taktau nak bawak anak2 gi mana, aku pun merajinkan diri google tempat2 yang agak menarik dekat area rumah. Rupanya Muzium Coklat ni tak jauh pun dari rumah. So, bila bgtau dorang, aku nak bawak dorang kat sini, aper lagi kemain happylah.. hehehe



  
Opening Hours
Open daily from 10 am to 5 pm
Free Entry

Review: Ok, ini pendapat aku, tempat ni aku rasa kene upgrade lagi, kene nampak lebih menarik & fun. Bila kitaorang keluar dari sini 1st ayat yg keluar dari mulut anak2 "takda aper yang menarik pun mommy.." uhuuu... 



Pusat Akuatik Darul Ehsan
Address: Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
 


Pusat Akuatik Shah Alam ni pun first time gak aku pergi. Best jugaklah. Besau pool dia. Masuk pun murah. Kalau mak2 nak pegi tapi tak nak swimming bole bentang tikar kat belah tepi2 swimming pool. Ramai jer aku nengok orang bawak tikar. heheheee.. kalau bawak makanan aku tak sure. Setakat jajan2 bolehlah kot.. tapi kalau bawak rendang ayam, nasi impit kuah kacang bagai.. itu aku tak sempat nak tanye.. hihiiii..hhii. 
 
 Waktu beroperasi.


Harga Tiket.

NOTA PETING!!! Sekali kemasukkan adalah untuk 2 jam penggunaan sahaja. 
Kalau lebih maybe kene topup agaknyelah.. aku pun tak sure...
Camner nyek? heheheee.. camner dorang nak cam sorang2 yang masuk dari pukul braper sampai pukul braper .. ramai tu...

Review: So far, kat sini anak2 happy jer sebab bole mandi kolam. :) Dorang cakap next time nak datang lagi :)
 
 URBAN ADVENTURE @ MID VALLEY 
LOKASI: T-014D & 014E & 054 (Tingkat 3) dekat dgn Pets Wonderland


 Ok, yang ni experience yang paling best setakat ni. Seronok gak sekali sekala jalan keluar dgn family side en. daddy. Anak2 pun happy sebab jaraaangg sangat dapat together2 keluar ngan cousin2 dia. Selalunya berkumpul kat rumah MIL.
 Lokasi pilihan ialah Mid Valley


Lepas makan macam biasalah, jalan2 jap cuci mata. Sekali terrrjumpe pulak kedai ni URBAN ADVENTURE. Yang best nye bukan pasal nak shopping ke aper.. sebabnya kat kedai tu ada aktiviti yang anak2 boleh try.

video

 Memang tak di sangka2 dak kecik ni pun nak jugak try panjat... uuhuu.. Mak ko melopong kat bawah nengok..  Ye ke tidak budak ni.. ye ke tidak budak.. mcam tak percaya.. Masa dak indah tgh panjat ni, kitaorang pun terjerit2 bagi moral support kat dia untuk habiskan..  dah nak giveup gaklah dia.. hehehehe .. Akhirrrnya.. berjaya gak dia habiskan misi memanjat tu.. Alhamdulillah.


Betul2 berani dak kecik ni. MIL aku pun tak sangka nengok dia seberani itu. Yang SIL aku pun dah macam nak giler kagum ker..  over excited ker... haper ker.. aku pun tak sure.. hahahahhaaa.. tapi SIL aku ni memang extra happening.. sampai naik peningg aku.. muahahahaaa.. sorry kak!!!

Aku tanya jugak kat budak2 yang jaga situ "pernah tak budak umur 2 tahun yang try panjat benda ni?" adik tu cakap "pernah kak, tapi indah lagi laju dia panjat, masa dia lagi cepat dari budak tu" OoooOOO ok.. Syabas bete!

Review: Kat sini anak2 betul enjoy. Dorang suka buat aktiviti2 macam ni. lagi happy bila ada geng... :)


Next tripnya pulak en. daddy bawak kitaorang gi Genting Highlands. Dah pukul 3 petang baru nak naik genting.. ko ghaseee..??  Tak silap aku time kitaorang pergi time krismas. Korang boleh bayangkan tak betapa sesaknya kat atas tu.. Sekarang ni Genting tengah heavy construction. Macam2 benda dorang nak buat kat atas tu.  Memang sesak betul, dah ar parking susah. Dekat 1 jam kitaorang mencari parking tak jumpa. Last2 aku cakap en daddy, kalau tak jumpe parking kita turun balik, then terus balik rumah. Nasiibb baiklah last round tu jumpe parking alhamdulillah.. tapiiiiii menapaklah kitaorang anak veranak berjalan nak pergi ke indoor park. Dah sampai sane, ya ammmpuuunnn.. ramaiiinya oranggg.. naik fening aku. Aku sampai macam tak bole bernapas kat dalam tu. Nak main2 pun tak lalu sebab beratur panjang, memang tak kose aku. Last2 aku ajak en. daddy lepak kat luar. Hirup udara nyaman... Masa baru keluar dari situ, kabusss tebal betul, anak2 dah start mengigil sejuk tapi doranag seronok. Dekat pkl 10 mlm gaklah kitaorang turun terus balik subang.  Masa nak turun tu, sumpah! nebes.. sebab tak nampak jalan. Dalam hati berdoa jer aku, hopefully selamat. Alhamdulillah.. New experience untuk kiddos, berdepan dgn kabus tebal + angin kuad. Aku cakap ngan dorang, kene tahan sejuk2 camgini, baru bole pergi oversea.. hahahaha aci tak?  (sori kat sini memang aku tak lalu nak ambik pic, sebab macam2 ghase ada pening + nak muntah + sesak napas + sejuk = sekian)


#budakkecikjiwakental




...... sambungan, kalau ghajin tunggulah yer.........


1 comment:

  1. Wah.. memang best tu.. dah lama x bawa anak2 g mandi kolam

    ReplyDelete