Monday, September 7, 2015


Semoga Bertabah....

Gituuuuewww.. 
tajuk tak hagak2, taknak kalah. #bluuueeekkk

Kalau ikut kiraan pakai jari, kiranya dah seminggu jugaklah aku takda maid. #nanges. So, everthing kene buat sendiri. Kalau dulu, ada gak orang bole tolong2 aku settle kan kerja rumah, mengemas ker, lipat kain ker, sidai kain ker, lap habuk ke, mop lantai ke.. tapi sekarang nak tak nak kene gak hadap... #uuhuuu. 

Sian gak ngan anak2. Penat dorang. :( At least dulu, lepas balik mengaji, balik rumah terus boleh rest. En. daddy ambik dorang awal kat taska, then ambik aku balik kerja pulak. Sian jugak kat en. daddy, aku tahu dia penat. Tapi nak buat macam mana kan? Terpaksa tempuh jugak. :( 


Anak2 sekarang ni, aku hantar kat taska. Adam ngan Qaseh, aku tak risau sangat, sebab dorang berdua dah besar. Dorang transit. Lepas balik sekolah pagi. Siap2 pergi mengaji. So, masa dorang kat taska tak lama. Tapi Indah, aku memang beratttt je hati. Tak sampai hati semua perasaan ada nak hantar dia kat taska. Dia membesar kat rumah, so ni pengalaman baru untuk dia. :( Hari2 aku call teacher dia, tanya Indah macam mana. Hari2 teacher cakap, Indah taknak minum susu, Indah taknak makan, kalau makan pun sikit jer. Tidur pun kejap jer. tak sampai 1/2 jam. Serius aku tak sampai hati. Teacher dia cakap, Indah usung bag minnie dia ke hulu ke hilir. Aku cakap ngan teacher Indah, ajak indah berborak, sebab indah ni kaki sembang jugak orangnya. :) Ada sekali tu teacher dia bgatau aku, kak, arini Indah ada ayat baru.. "Indah nak balik rumah nenek.." tergelak gak aku. Rumah nenek manalah yang dia nak pergi tu. Sebab panggilan untuk mak aku "Umi" & mak mertua aku "Mak" reti sangat pulak dia nak sebut rumah nenek.. hehehe.. Teacher Indah cakap. Indah tak menangis masa kat taska. Takda pulak dia meronta2 or menjerit2 menangis. Tapi kita bole tahu dia tengah sedey sebab nengok kat mata dia, bertakung jer air mata dia. :(  huuurrmm. Hopefully this week dia ok. Seyes memang tak sampai hati.

teacher hantar gambar Indah :(


Masa 2, 3 hari sebelum nak hantar anak2 kat taska, aku nak happy2kan dorang. Masa ni maid aku ada lagi.  Aku ajak en. daddy pegi jenjalan kat Putrajaya. Kebetulan, aku nak ambik barang kat sana. So, sambil menyelam minum airlah kan. Singgah kat Pesta Floria area Persint 4. Menarik jugak tempat ni.










Macam2 aktiviti ada kat sana. Persembahan Ular, Sesi bergambar bersama haiwan, zumba, persembahan kebudayaan dan macam2 lagilah. 
 
Credit pic : Putrajaya Floria


Sempat gak bawak anak2 main bubble kat tepi tasik sebelum balik. :)

Semoga bertabahlah aku.







**ppssstt: sape2 ada contact maid, boleh bgtau kat aku yer. 
tepek kat komen pun boleh OR kat emel pun boleh aida3047@gmail.com


ok bai!





Friday, August 21, 2015

Rawatan Semulajadi Untuk Masalah Selsema/ Batuk Anak-Anak

Salam.

Petang ni, tengah tak berapa nak membizi, bolelah aku nak share ngan korang satu petua, cara untuk mengurangkan batuk & selsema anak-anak. 

Seyes beb, aku risau giler kalau time anak-anak tak sihat. Expecially Adam. Dia kalau tak sihat.. ya ampunnnnnn memang aku kene double up kuasa kesabaran dalam diri. Kira macam dlm citer sailormoon tu, time sailormoon mintak kuasa tu..  ha, cmtulah aku.. hehehe.. 

Bukan bermakna kalau anak yang lenlain tu aku pakat tak kesah, tak.. tapi aku rasa macam anak perempuan ni dia lebih independent sikit, dia lebih paham, dia lebih matang kot.. compare anak lelaki. Itu pendapat akulah, pendapat korang tak taulah macam mana kan.  Pemantauan kat Adam ni  kitaorang kene lebih sikit sebab Adam dia dah pernah ada bad experience sampai kene operate sebab batuk. Tu yang aku macam cepat cuak sikit tu.. 

Semalam aku try 1 petua ni,  Aku dapat dlm Health Legacy. Guna bawang putih. 

Cara Pertama

Bahan: 
Aku pakai 3 ulas je
Minyak masak / minyak zaitun


Bakar 3 ulas bawang putih TANPA membuang kulit luar.
Then angkat.







Letakkan minyak (aku pakai minyak masak)  2 or 3 sudu dalam pinggan
& lenyekkan bawang putih tadi.


 Kemudian, sapukan pada dada / tapak kaki si anak.

Masa aku sapu kat dada & belakang Adam, aku siap urut2 badan dia. Nak kasi dia lega sikit, sebab sebelum tu, dia cakap dengan aku dia susah nak bernafas. Ada dekat 10 minit gaklah aku usap dada dia, sapu minyak dekat belakang badan dia, letak kat tapak kaki dia. Lepas je urut tu,  terus dia bangun masuk toilet & batuk. Teruk jugaklah bunyi dia. Aku tanya, banyak ke yang keluar. Dia cakap tak banyak, tapi adalah. Aku rasa maybe kesan minyak tu tadi yang buat 'lendir' tu nak keluar. Qaseh pun aku sapukan jugak kat dada dia. Memang dia ada selsema, tapi yang jenis tak brape nak keluar.  Tak sampai 15 minit camtu, hingus dia meleleh keluar. Alhamdulillah. Yang si Indah, biasalah menyibuk jer lebih dak kenit tu. Abis 1 badan dia sapu minyak bawang putih. Aper lagi 1 rumahlah bau bawang. #sakitnyatuhdisisni #sabaukenelebih.

Balik kang aku nak try lagi. At least 3 hari berturut2. Korang pun patut try cara ni selain bagi ubat2an. Mana tau mujarab kan.. :)

 Cara Kedua

Untuk baby. Pakaikan baby dengan socks yang berlubang2. Kemudian ambik lagi sehelai socks & masukkan separuh jer bawang putih (di tumbuk) ke dalam socks tu. Jangan banyak sangat, takut baby tak tahan panas. 
**tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih**

Untuk baby yang dah besar sikit dlm lingkungan umur 2 tahun ke atas camtu. Lekatkan bawang putih kat tumit kaki anak sebelum tidur. Kemudian pakaikan scocks. Biar semalamam. InsyaAllah dengan menggunakan bawang ni, dia akan menyerap semua virus yang ada. InsyaAllah.



Try lah! Mana tau petua ini membantu. :)





Wednesday, August 19, 2015

Inikan UMES, Inilah Raya Kami!

Sebelum aku kene jerit lagi sekali, sebab dah abis raya baru nak update blog, baik aku update laju2 n3 raya kat ofis aku #hahaaa.. sabau yer saiyangku..

Walaupun pada awalnya, kami menghadapi pelbagai rintangan, pelbagai cabaran, pelbagai kritikan, perlbagai kecaman, pelbagai suara2 sumbang untuk tidak menjayakan majlis ini, namun berkat kesabaran.. berkat usaha kakitangan yang terlibat, akhirnya majlis ni berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah. (dah macam speech wakil rakyatlah pulak.. hahhaa)

TERIMA KASIH yer kengkawan kesaiyangan, kerana sudi membantu, tak kiralah dari segi aper sekali pun TERIMA KASIH bebanyak. Ini yang kita mahukan. Membawa balik 'SEMANGAT' yang sudah agak lama menghilang. Inilah 'Culture Kami'. 

Ok, sebelum aku merepek lebih jauh lagi, meh lah layan gambar2 yang ada. 

Tema : Syukur Selalu, Inikan Raya, Kosong Kosong


Menu 


Alhamdulillah, kali ni rezeki kami  melimpah ruah. Banyak sponser yang tak di duga. Alhamdulillah. Dari unit2 marketing, dari orang perseorangan, dari kelab & yang paling penting dari majikan sendiri. Terima Kasih.  

Ayam Goreng Kunyit + Kari Ikan Tenggiri

Masak Lemak Tempoyak + Rendang Ayam

Acar Timun + Ulam-Ulaman


Dendeng Daging + Kuah Lemak Telur Itik

 
Apam Balik Nestum

Kambing Golek
Char Kuew Teow
Satay import dari Melaka

Cendol Songkok Tinggi
Ice Cream Basikal



Fruitylicious Dip Choc

 Speech dari our MR CEO
Majlis dimulakan dengan bacaan doa & ucapan dari Mr. CEO, En. Jamal & Presiden Kelab Sukan, En. Sophian.



Presiden Kelab Sukan & Reakreasi
Ada sedikit kezzzutan dari pihak penganjur iaitu kami.  (Presiden club pun tak tau hokey!) Kami (Kak Shila, Kak Zira & Opkos aku) #silajanganmaki melantik diri sendiri selaku badan berkecuali untuk memilih pemenang bagi acara Best Dress Lelaki & Wanita. Ko nampak?? betapa gile kuasanya kitaorang.. Hahahahaaa... Sebarang bantahan tidak akan dilayan..

So, setelah berbincang & mendapat kata sepakat bahawa pemenang yang layak jd pemenang pada hari itu ialah............................

 Best Dress Lelaki dimenangi oleh En. Jamal our CEO  'Awak Nampak Hensem Harini"

 Best Dress Wanita dimenangi oleh Zeti 'Awak Nampak Cantik Harini"
Ada bantahan?? #muahahahaaaaa..

Dah menang kan? So, aper lagi, kene tawaf meja lah 1 round. Kasi tunjuk sikit baju yang lawaa tu kan.. #timenilahnakderaceo ekekekeke

Bos memang sporting uollz.

Mr. CEO tawaf, siap lambai2 macam YB gituew. 
Time nilah masa bos2 untuk nak bermesra2 dgn staff.. bukan aper, staff2 kat sini semuanya pemalu... (*bluek)

Sedey gak sebab tak dapat rakam vid suasa masa tu. Semua orang happy. Mr. CEO happy, bos2 happy, staff2 happy.. (Ada yang tak happy kerrr? Sorilah kalau tak happy mak tak boleh nak buat aper nak.. Masalah sendiri cari kan.. ok bai!)
Seyes wey, Winduuu giler suasana camgitu, happening. This is UMES uollz. Hopefully akan berkekalan nilai setiakawan tu. #dahkesatairidung

Makan Time!



Our lovely ME <3

Mr. CEO bergambar dengan flower hon.. eh..eh..silap2 flower girl.. hehehe

Makan jangan tak makan... :)

 Selfie, wefie, threefie, fourfie  ada di mana-mana.. hehehe
balik2 dia..dia..tak dia..dia.. asyik2 dia..dia.. *hahahahaha
Jangan marah yer. Anyway. Tq Abg Naz & Abg Khairi sudi membantu menjayakan majlis.

Cerita Belakang Tabir


THANK YOU . THANK YOU . THANK YOU . THANK YOU . THANK YOU . THANK YOU


 Sesi menyimpul ulam. Tq hana & Kak Rock


 See, bukan kata hakak2 yang ringan tulang, habang2 pun ringan tulang jugak uollzz.


ngehh..ngehhh..ngehhh..

Orang kuad dapur.

Ni jer ker gambar kita kak shila ooiii #sobsob

Ni pic sehari sebelum majlis. 
Nasib baik sempat menyelit, kalau taaakk, memang tak merasalah ada gambar.. uhukk..uhukkk...

ok.. ok..lastt pic..
 pic ni memang win..

 heheheheheheh

somell kan?



Thank You gais!
Seyessss.. korang memang ohsem! 





#adayangmakanhatiker
#mengintaidaritiraikamar
#sukahatikaulahlabu
#okbai

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...