Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Friday, August 21, 2015

Rawatan Semulajadi Untuk Masalah Selsema/ Batuk Anak-Anak

Salam.

Petang ni, tengah tak berapa nak membizi, bolelah aku nak share ngan korang satu petua, cara untuk mengurangkan batuk & selsema anak-anak. 

Seyes beb, aku risau giler kalau time anak-anak tak sihat. Expecially Adam. Dia kalau tak sihat.. ya ampunnnnnn memang aku kene double up kuasa kesabaran dalam diri. Kira macam dlm citer sailormoon tu, time sailormoon mintak kuasa tu..  ha, cmtulah aku.. hehehe.. 

Bukan bermakna kalau anak yang lenlain tu aku pakat tak kesah, tak.. tapi aku rasa macam anak perempuan ni dia lebih independent sikit, dia lebih paham, dia lebih matang kot.. compare anak lelaki. Itu pendapat akulah, pendapat korang tak taulah macam mana kan.  Pemantauan kat Adam ni  kitaorang kene lebih sikit sebab Adam dia dah pernah ada bad experience sampai kene operate sebab batuk. Tu yang aku macam cepat cuak sikit tu.. 

Semalam aku try 1 petua ni,  Aku dapat dlm Health Legacy. Guna bawang putih. 

Cara Pertama

Bahan: 
Aku pakai 3 ulas je
Minyak masak / minyak zaitun


Bakar 3 ulas bawang putih TANPA membuang kulit luar.
Then angkat.







Letakkan minyak (aku pakai minyak masak)  2 or 3 sudu dalam pinggan
& lenyekkan bawang putih tadi.


 Kemudian, sapukan pada dada / tapak kaki si anak.

Masa aku sapu kat dada & belakang Adam, aku siap urut2 badan dia. Nak kasi dia lega sikit, sebab sebelum tu, dia cakap dengan aku dia susah nak bernafas. Ada dekat 10 minit gaklah aku usap dada dia, sapu minyak dekat belakang badan dia, letak kat tapak kaki dia. Lepas je urut tu,  terus dia bangun masuk toilet & batuk. Teruk jugaklah bunyi dia. Aku tanya, banyak ke yang keluar. Dia cakap tak banyak, tapi adalah. Aku rasa maybe kesan minyak tu tadi yang buat 'lendir' tu nak keluar. Qaseh pun aku sapukan jugak kat dada dia. Memang dia ada selsema, tapi yang jenis tak brape nak keluar.  Tak sampai 15 minit camtu, hingus dia meleleh keluar. Alhamdulillah. Yang si Indah, biasalah menyibuk jer lebih dak kenit tu. Abis 1 badan dia sapu minyak bawang putih. Aper lagi 1 rumahlah bau bawang. #sakitnyatuhdisisni #sabaukenelebih.

Balik kang aku nak try lagi. At least 3 hari berturut2. Korang pun patut try cara ni selain bagi ubat2an. Mana tau mujarab kan.. :)

 Cara Kedua

Untuk baby. Pakaikan baby dengan socks yang berlubang2. Kemudian ambik lagi sehelai socks & masukkan separuh jer bawang putih (di tumbuk) ke dalam socks tu. Jangan banyak sangat, takut baby tak tahan panas. 
**tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih**

Untuk baby yang dah besar sikit dlm lingkungan umur 2 tahun ke atas camtu. Lekatkan bawang putih kat tumit kaki anak sebelum tidur. Kemudian pakaikan scocks. Biar semalamam. InsyaAllah dengan menggunakan bawang ni, dia akan menyerap semua virus yang ada. InsyaAllah.



Try lah! Mana tau petua ini membantu. :)





1 comment: