Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang Mulia

Salam, bersempena bulan Ramadhan yang Mulia ini saya memohon Ampun dan Maaf sekiranya penulisan saya ini ada menyinggung perasaan kengkawan seblogger... I'm So Sorry... Semoga Ramadhan kali ini diberkati olehNYA...

Sekadar ingin berkongsi Ilmu

Definisi Puasa
Menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari

Niat Puasa
"Sahaja aku berpuasa Ramadhan pada keesokan hari untuk tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Berbuka Puasa...
Ya Allah, sesungguhnya aku berpuasa keranaMU, aku beriman denganMU, dan dengan rezeki pemberianMu aku berbuka, hilang sudah kehausanku, basahlah sudah tekakku dan tetapkanlah ganjaran untukku ini Insya Allah.

Perkara-perkara Makruh ketika berpuasa
  1. Berkumur-kumur atau bersugi apabila waktu matahari telah tergelincir.
  2. Terlalu memasukkan air ke hidung ketika berpuasa
  3. Mengeluarkan kata-kata yang tidak elok
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa... nie korang kene tahu...
  1. Makan & Minum dengan Sengaja
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Bersetubuh
  4. Keluar darah haid & nifas
  5. Gila
  6. Mengeluarkan mani (istimna') pada siang hari
  7. Murtad
Sunat-Sunat Puasa
  1. Makan serta melewatkan sahur
  2. Menyegerakan berbuka puasa
  3. Meninggalkan perbualan kosong
  4. Memperbanyakkan membaca Al-Quran
  5. Memperbanyakkan sedekah
  6. Mendirikan sembahyang tarawih pada malam bulan Ramadhan
  7. Menjamu orang-orang yang berpuasa pada waktu berbuka
 

No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...