Saturday, September 21, 2013

N3 Peram Sebulan Lebey

Salam,

Fuhh!!! cm tak caye jer, dah sebulan lebey  aku tak menjengah, menjengok apatah lagi menghapdate belog sendiri.

Uhhuuhuuuu...

Manelah pegi MRS. MOOD aku ni. :(

Bile MRS. MOOD takde, makan berbulan2 aku tak hapdate, tapi kalau MRS MOOD mariiiiii.. dalam sehari sampai 2, 3 n3 aku kasi lambak.. Hahhahaaaaa...

********************************************************************************** 

Sebenarnya aku ada peram satu n3 nak share ngan korang semua. Disebabkan time tu hati aku, perasaan aku, diri aku berada dlm keadaan taruma, aku hold dulu N3 ini, sehingga kekuatan aku ada.

Salam, korang.

Kalaulah ada button 'DELETE' kat dalam kepala nie, dah lame dah aku delete segala pengalaman pahit/ ngeri yang aku tempoh Jumaat lepas (masa kejadian). Pengalaman tu masih segar dalam ingatan aku walaupun aku cuba untuk melupakannya.

Sukar untuk dibayangkan perasaan aku mase tu. Hanya mampu berserah pada YANG MAHA KUASA sekiranya umur ku tak panjang.
Teringat anak2 yang masih kecil di rumah, sekiranya aku AKU TELAH TIADA. Teringat dirini belum benar2 bersedia, belum cukup amalan2 yang nak di bawa untuk bertemu MAHA PENCIPTA.
YA ALLAH..
Hanya mampu mengucap kalimah syahadah, hanya mampu berzikir, ALLAH HU AKBAR, SUBHANALLAH, YA ALLAH tak lekang dari bibir. Aku genggam erat tangan Emak, Anak (Qaseh) & Suami tercinta.
YA ALLAH..
Hanya ENGKAU yang MAHA MENGETAHUI perasaan aku ketika itu.

**********************************************************************************

Jumaat lepas (iaitu sebulan lepas) aku telah dikejutkan dengan siri rompakan 3 lelaki bersenjata parang panjang di Pasaraya SEGI, Kg. Melayu Subang. Masa itu, aku, mak, anak(qaseh) & suami serta berada di tempat kejadian. 

Jarak Aku & family berada kurang dari 20 m dari perompak berkenaan. Time tu kami di kaunter untuk proses pembayaran. Tiba-tiba aku dengar bunyi siren pasaraya berkenaan. Tak terlintas langsung akan ada rompakan. Bila aku nampak 3 lelaki bersenjatakan parang & bertopeng meluru masuk ke dalam pasaraya sambil mengacu2kan parang, baru aku tersentak!

Dalam hati nie bercakap, betul ker tak ni..? betul ke tak nie..?
Aku nampak, mak aku dah tergamam & sebut YA ALLAH, ALLAH HU AKBAR berulang kali. Then aku tengok qaseh dah berada dekat tepi aku, menyorok bawah cashier. Yang suami aku, terus tarik tangan aku & mak & aku terus bawak qaseh berlari kebelakang lorong tempat letak brang2 kering dan menyorok kat belakang2 kotak.
Time tu perasaan kami HANYA ALLAH jer yang tahu betapa dekatnya aku dengan kematian.
Pengunjung2 lain pulak lari bertempiaran ke arah dalam pasaraya (area barang2 basah). Aku toleh kiri kanan, YA ALLAH, hanya kami berempat jer berada kat situ. Ditakdirkanlah perompak tu nak berjalan ke belakang, memang kamilah orang yang pertama dia akan jumpa. Masa tu baru aku perasan handbag aku tertinggal kat dalam troli sbb mak aku dok tanye mana handbag aku. Aku dah tak peduli ngan handbang or barang berharga kat dalam handbag masa tu, hanya aku fikir NYAWA lagi penting dari barang2 tu.

Aku percaya pada REZIKI yang ALLAH tentukan. Sekiranya telah tertulis rezeki aku, adalah ia kat situ, tapi sekirnya bukan rezeki aku, aku redha.
ALLAH MAHA BESAR..
Tak sampai 1 minit perompak tu berjaya melaksanakan misi mereka. Bila suami aku tengok orang ramai dah mula keluar ke depan kaunter, dia mula bangun nak tengok situasi kat depan. Sempat aku tengok kat celah2 kotak tu, aku nampak suami aku bawa handbag aku dtg ke arah kami.
'SEMUANYA DAH OK, PEROMPAK TU DAH TAKDE' barulah kami keluar dari tempat persembunyian.
 Barang yang sepatutnya aku beli malam tu

ALHAMDULILLAH YA ALLAH, memang rezeki aku. Handbag serta barang2 berharga kat dalam tu, langsung tak diusik oleh perompak tu.

Semua barang2 yang aku nak beli malam tu, aku tinggalkan kat kaunter & ambik barang2 mak aku yang dah bayar. Cepat2 aku dokong qaseh bawak masuk kereta, takut perompak tu patah balik. Terus pecut balik rumah. On the way aku balik, aku berselisih ngan kereta peronda polis myb ada orang call polis.

ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH YA ALLAH..

Kami di panjangkan umur, diberi kesempatan berjumpa dengan anak2 (Indah & Adam)


2 comments:

  1. ngeri pulak baca entri you ni dear..baru jer smlm ke pasaraya segi tu..alhamdulillah xde apa2 yg berlaku

    blogwalking...jemput singgah ke blog saya yang tak seberapa ni..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ngeri. Moral of the story jgn bersoping/merayap waktu malam
      :)

      Delete

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...