Tuesday, February 17, 2015

Honey To The Moon: Tips Ke Krabi - Part 3

 4/2/2015
 
Hari yang ke 3 kitaorang dah balik. Tak bole lama tinggalkan anak-anak. Jiwa tak brape nak kental. Hari-hari call, tanya kabar. Macam adam & qaseh dah paham. Aku awal2 lagi dah bagitau Adam, yang aku ngan en. daddy nak bercuti berdua sahaja. Mommy nak buat macam citer romantika tu.. heheh.. Citer faveret Adam tu. Hahaha.. So, dia dah paham. :)

:)

Pantai Ao Nang
Sementara tunggu en transport datang, jalan2 jap dekat pantai Ao Nang.  Ambik pic kenang-kenangan sebelum berangkat pulang.


Entry kali ni, just nak share ngan chuollz beberapa tips nak ke Krabi yang aku tau. Kot2 membantu..

Flight
Aku advices korang bookedlah awal. Jangan jadi macam aku lagi 3 minggu nak pegi baru booked. Tak ke giler namanye tu.. Kalau korang booked awal at least cost ticket flight tu bole savekan sikit. Flight aku prefer Air Asia, sebab direct ke Krabi. Perjalanan lebih kurang 1 jam lebih camtu.

Transport ke Ao Nang
Kalau korang pegi dalam 4 orang, better ambik taxi, cepat sikit sampai. Duit taxi korang boleh tong-tong.. Kalau ke Ao Nang naik taxi lebih kurang dalam 600baht/taxi camgitu. Kalau nak save lagi, naik jer bas, selesa & murah. Dalam 150baht/pax. Tak susah pun kalau nak naik bas. Masa nak naik tu, driver tu akan tanya nama hotel yang korang menginap & dorang akan terus hantar korang betul2 depan hotel. :) Lagi 1, masa dalam perjalanan ke Ao Nang, driver tu akan singgah kat agent2 yang jual package2 island hopping. Masa tu, korang just bagitau dia, yang korang dah booked. Sebab setahu aku, kalau booked melalui dorang mahal. Dekat Aonang yang aku peratikan melambak2 package yang ada.. Paling penting korang kene pandai tawar menawar, untuk dapatkan harga yang mampu milik. :)

Transport  ke Airport
Transport untuk balik ke airport , korang boleh sewa van siap2 masa korang booked untuk ke island hopping. Harga sewa van lebih kurang 150baht/ pax.. So senang settle awal kan. Dorang akan pickup betul2 depan hotel, on time. :)

Hotel 
Kalau bab hotel ni, aku advices korang kene banyak tengok Tripadvisor, tengok review orang yang dah pernah sampai kat hotel tu. Kali ni aku booked pakai agoda. Dapat rate murah sikit compare yang lain. Harga hotel ikut kemampuan & keselesaan korang. Nak yang cmner. Macam aku aritu, en daddy sibuk nak yag ada bathtub. Taktaulah aku dia nak buat aper kan..?? Hahahahaa... Yang aku pulak nak kan view swimming pool kononnye.. Mandi pun idak.. poyo jer lebih.. hahahhaa... Paling penting kalau nak booked hotel, korang kene nengok dia dekat area mana. Takdelah penat sangat nak berjalan.. Biasanya kat Krabi ni, dorang akan pilih hotel yang dekat area Ao Nang. Memang happening area sini.

Restoran Halal.
Sebenarnya, kat Krabi ni, banyak jer halal food. So, korang takyah susah hati yer. Kalau kedai ada sign halal tu korang masuklah atau ada yang tulis tomyam ke.. cmtulah. Kalau nak selamat, korang pegi je dekat area Pancake Yaminlah. Kat situ sepanjang2 gerai halal.

Pancake Yaminlah
Kalau ke Krabi, jangan lupe try Pancake Yaminlah. Cer korang skodeng blog2 yang dah penah sampai Krabi. Memang dorang rekemen untuk rasa Pancake Yaminlah ni. Jangan cari pancake yang lain, sebab kalau ikut pemerhatian aku, bersepah orang jual pancake.. Hhehehee.. nanti takut tak sedap pulak...tapi kalau korang nak try jugak aper salahnye..

2 Pin Plug
Yang ni korang kene bawak kalau korang pegi bercuti over the sea. Macam aku aritu, terlupa pulak nak bawak, terbang duit aku 100baht. Nak wat camner kan. #mymistake Kalau takde ni, memang naiya wey... kalau bateri phone/camera abis, nak cucuk tang mane?? lubang idong... ahhaaaa..

Sewa Motor
Aku ada survey gak untuk sewa motor. Dalam 200baht sehari (harga standard). Tapi aku tak, sewa pun. Nak kemana je pun. Stakat Aonang tu, boleh jalan kaki jer kot. Tak larat kang tahan jer tuk2 bersepah. Kang kalau nak sewa motor, ko nak singgah kedai ke kedai. Nak park motor & akhirnye nak kene jalan jugak. So baik tak payah. Rugi pada akulah. Baik ko jalan jer sepanjang2 pantai Ao Nang. TAPI.. TAPIIII.. kalau korang nak merayap jauh, macam nak ke pekan Krabi tu better sewa motor. Kalau korang naik tuk2, tak silap aku hantar ko pegi then tunggu pastu hantar balik hotel dalam 800baht camtu. Mahal!

Package Island Hopping.
Package untuk Island Hopping ni melambak2 sepanjang pantai Ao Nang. Korang pilih jer yang mane 1 harga cun. Biasanya dorang akan bukak harga dari 1400 baht. So, pepandai koranglah camner nak tawar. Package untuk island hopping ni banyak jenis. Korang nak pegi 7 pulau, 4 pulau, dinner kat tepi pantai ke, dinner atas kapal ke.. semua ada.  Ikut bajet memasing camner. Biasanya Package ke Phi Phi Island yang jd best seller kat Krabi.

Shopping
First time aku rasa macam tak brape nak suke shopping kat Krabi ni. Kebanyakkan yang berniaga souvenier tu macam eksyen. Geram aku. Bila mat salleh, kemain lagi ko layan beria nyek.. Penah skali tu, aku tye pasal bag kot, aku nak tye brape harga dia & naklah tawar. Ko bayangkan dia campak bag tu kat aku. Langsung tak pandang muke aku. Aku geram, aku campak balik. Pastu aku blah. Macam bongok betul. Lagi kebanyakkan peniaga kat situ, dah tulis siap2 'NO BARGIN' ko ghase kau nak beli? tak payah... Aku nengok barang kat situ kategori mahal2 jugaklah. Pastu tak boleh bargin. Baru aku perasan, sebenarnya nilai matawang kita (RM) dah jatuh. :( camno tu??



Ok, so far ni jer yang dapat aku kongsikan dgn kengkorang. meollz banyak makan somut, that's why banyak yang  dah lupe.. heheee..


Korang ingat, korang jer yang boleh buat aksi terbang katak ni ker..?? kekton pun bolehhhhlahhh.... hahahahaaa... Ok, baii!







... dah takda citer nak disambung dah..



5 comments:

  1. nak pergi jugakkkkk. buat macam romantika jugak. tapi bab tinggal anak tu memang payah ekk. baik pergi time peak season ke tak ek krabi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekekee.... highly rekemen.. aida advice pegi time tak peak season.. tapi yang bebenornye kalau tak peak pun ramai nau nau orangnye.... uuhuuu

      Delete
  2. Greetings, neat online site you've gotten presently. harga .

    ReplyDelete
  3. Baru balik dr trip krabi mgu lpas.. byk makin mahal kt sana.. kena pegi rmai2 bru ad choice utk brjimat.. hampir kena scam pun ada time sewa motor..

    ReplyDelete
  4. TQ for this good INFO, paling nk try YAMINLAH pancake!

    ReplyDelete

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...