Wednesday, April 22, 2015

Kalau Dah Gemok Jangan Nak Bising

Hambooooi, tajuk kemain marah lagi bunyiknye. hehehe... Tajuk tu sebenarnye tuju kat diri sendiri. Asyikkan bernapsuuu jer lately ni. Nampak tu sedap, nampak ni sedap. Teringin itu, teringin ini.. hambooiii kemain membuak2 dia.. #ihetchu

Yang paling tak boleh blah tu, rajin pulak nak melayan napsu tu nak makan aper. Kang tetiba teringin nak makan Asam pedas pari, dan dan tu keluarkan ikan dari peti sejuk terus nak masak. 


Ada pulak tu idea tetiba  pulakkan, "eh, cicah roti jerlah takdelah rasa bersalah sangatkan?" hahaha.. boleh camgitu?

Esoknya pulak, nampak kentang 'terkonteng2' kat dapur. "Eh, anak-anak suka makan sambal goreng kentang ni. Sian dorang, atleast esok ada jugak benda dorang nak makan.." Nampak tak, alasan untuk masak & makan tu kenkadang musabah 'ANAK-ANAK SUKA MAKAN' 


Tips dari mak mertua aku. Kalau taknak kentang tu lemau. Masa rendam kentang tu, jangan letak garam or kunyit. Then rendam kejap, buang air dia. Potong nipis2.



Ting! siap.. Sambal goreng kentang untuk anak-anak.. kononnye.. Hahaha!

Tetiba pulakkan, dan dan tu laki aku tanya, masak untuk bila ni?  Aku jawablah untuk esok, atleast anak2 boleh makan jadi lauk esok (dalam pada tu aku dok mengunyah kentang) hehehe.. Macam tak boleh sampai esok jer... katanya.. Huurrmm.. Kalau dapat buat sambal tumis ikan bilis pun sedap ni boleh makan esok pagi sebelum pegi keje...

Sebagai  seorang isteri yang solehah (libas tudung), tak sampai hati nak menghampakan keinginan suami malam tu. *hiks dengan pantasnya, capai lagi 1 kuali, masakkan sambal tumis ikan bilis.



Ting! siap!. Hebatkan aku. Hahahaha.. #matilarpujidirisendiri. Lepas siap, dua jenis lauk ni, terus capai pinggan nak makan? ha?! sape yang capai pinggan tu, kalau bukan aku.. Hahahaha.. Lapauuuu terus... Kowang ingat aku boleh jeling jer lauk2 tu??

Minggu yang sama, kejadiaan ahad lepas. Lepas pegi ambik je sijil simpanan TAWAS kat area Sg. Buloh en. daddy tanya, nak makan ape tengah hari ni. Masa tu, tak silap aku masih awal lagi nak makan tengah hari. So, aku cakap dengan dia, jomlah cari ada 1 coconut shake kat area Kg. Melayu Subang, nama dia JZ Coconutz Shake. Sebenar dah lama aku cari kedai ni, tapi tak jumpa. Last2 cari pakai waze, baru jumpa. Poyo sangatkan. Bukan jauh pun 15 minit jer dari rumah.. Hahahah



Apa yang specialnya JZ Coconut Shake ni, dia punya coconut shake ada topping engko!.  Ko boleh pilih topping nak flavour aper. Apple jelly ker, bubble ke, milo tabur ke, manggo ke & banyak lagi. 


Copy from jzcoconutzshake

Sorry yer ayu, kekton pinjam gambar yer.. :) Nikmatkan kalau tengah panas2 korang dapat minum coconutshake caamgini.. Pergghh! Selain dari tu, ada laksa & nasi lemak. So kekton dah bagi details adrress aper lagi, kasi serbulah.. Heheheheh

Lokasi:
JZ coconutz shake,
Kg Melayu Subang Tambahan
GPS : 3.155738, 101.540565
Open : 11am - 7pm (closed on Monday)

Petangnya pulak, En. daddy ajak makan kat Kg Baru, Nasi Lemak CT Garden. Sempena birthday bapak mertua kekton. 75 tahun dah umur abah. Alhamdulillah masih sihat. Actually, ini first time kitaorang makan kat sini. Agak payah gaklah nak mencari kedai walaupun dah pakai waze still tak jumpe. :( 2 x kitaorang tawaf bangunan Quill tu. Last2 boy ngan yob tunggu kitaorang tepi jalan. hehheee..


 Nasi Lemak berharga RM0.90 sebungkus (besar penumbuk tangan aku jer)

birthday boy tu yang baju merah tu.. :)

Masa kitaorang sampai sini, ramai gaklah orang, dok que nak ambik makanan. Kalau nak makan nasi lemak dgn lauk2 lain pun ada. (sorry yer, pic makanan xde. aku mcm malas nak pic.)


Pada tekak aku, (tekak korang aku tak taulah) nasi lemak dia biasa2 jer. Nak kata, tak sedap langsung TAK. Nak kata sedap sangat sangat pun TAK. Pada aku biasa2 jer. Pada aku, sedap lagi nasi lemak bungkus dekat area Restoran Jejantas Sg. Buloh tu (Sebelah Baskin Robin) Tak silap aku nasi lemak nama dia HAMIDAH. Memang sedap. Sambal dia, pun sedap pedas2 & ada rasa manis sikit. (Nanti kalau sempat aku pergi, i show u naa..)


 Ok, berbalik2 citer pasal napsu. Kowang boleh bayangkan tak. Napsu aku ni tak mengira penat or aper. Kalau dia  ada keinginannn jer terus dia nak buat. #peydap. Dah ar aku sampai umah pkl 9pm dan2 tu jugak teringin nak masak sotong sambal. Hoii! memang melampau napsu ni. Dalam penat2 tu gigih gaklah aku capai kuali, capai aper yang patut & masak. Lepas tu terada pulak idea, nak masak lagi 1 menu, ayam masak kicap untuk kidz. Uuhuuu.. Settle masak nak dekat pukul 11pm. Kowang ghase kali ni aku mencapai pinggan jugak ker ? hehehehee.. Kali ni, memang tak larat, terusssssss aku capai towel nak mandi & terus tido..  Tak larat sudey.

Yang bestnya, esoknya aku pose. So ayam masak kicap & sotong sambal tu, aku dah suh bibik aku asingkan siap, balik keje nanti nak buka dengan lauk tadi.  Gigih aku pose semalam, asyik terbayang sambal stong kat umah. Sampai masa nak buka, masih lagi kat opis. Buka jerlah aper2 yang patut. Sampai umah, tak sempat nak makan sotong tadi tu, sebab dah kenyang sangat. Hahahaha. terpaksa tahan keinginan tu esok pagi means pagi tadi. Tapikan.. tapikan.. sebelum balik tu, aku ajak en. daddy singgah jap kat Giant, Kota Damansara, nak beli something untuk kidz. Ngehhh...ngehhhh..ngehhhh...

 -

-

-

-


-

-

-

-

-





Almaklumlah meollzkan pose. Hehehe. Selalu beli 1/2 dozen (6 biji) jer, tapi kali ni aku beli sedozen (12 biji). Dengan alasan anak2 suka makan donut ni. Hahahahahahahaha... boleh camgitu?? Almaklumlah meollz kan pose.. 
 
 
 
T_______________________T





Itu jer nak citer.. Hahahaha.. 
Kalau dah Gemok Jangan Nak Bising. (#nageskatbucukatil)

No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...