Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Friday, April 10, 2015

Tree Steak House @ Sg. Buloh

Salam.

Harini aku nak share ngan kengkorang salah satu tempat makan western feveret aku iaitu Tree Steak House di  Sg. Buloh.

Source : FB Tree Steak House

Kenapa ia menjadi feveret aku ngan En. Daddy?
1. Opkos sebab makanan dia sedap..
2. sebab harga yang dikenakan sangatlah munasarawak munasabah
3. selesa
4. pelbagai jenis menu yang ada. 
5. Services dia kekton bagi 4.5 bintang dari 5
6. parking pun dah senang sekarang & ada orang jaga (dulu susah jugak sbb sempit)
7. Lokasi memang strategik betul2 dekat jalan besar & dekat dengan rumah aku

aduh, banyaklah pulak senarainya.. ekekee.. 

Menu
Cer nengok harga dia. Memang reasonable kan?. Tapi tak surelah aku  after GST ni harga dia macam mana. Tak terai lagi. Hopefully takdelah charge GST yang dikenakan.



Setakat ni, sepemerhatian aku, kedai ni tak penah yang lengang. Ada jer orang. Nak-nak time gaji.. pergghhh.. memang penuh. (Aku advise, kalau taknak menunggu kene buat reservation dulu)


Staff steakhouse tu memang ramai, tukang ambik order lain, tukar antar makanan lain, tukang masak lain, tukang supervise lain.. :) So, aku rasa takda masalah bab makanan sampai lambat. Kalau ada pun jadi, korang terus je pegi kat kaunter tu, bagitau akak yang jaga kaunter tu. (aku ghase tu bos dia) Sebab dari dulu aku pegi, dari kedai kecik sampai sekarang kedai tu dah besar, orang yang sama jaga kaunter 'akak tu' hehehe sorry aku tak menanye pulak nama dia sape.. heheheh So far memang okey.


Kalau korang ada bawak anak2 kat sini, kalau korang rasa macam susah nak makan (anak2 kacau), korang boleh suruh jer anak2 pegi dekat area kolam ikan kat dalam restoran tu. Seyes, memang anak2 akan jadi ralit kat situ. Sebab ada macam2 jenis ikan yang ada kat dalam kolam tu. Owh yer,  kura2 pun ada gak tau.. Kids mesti suka. TAPI... TAPII.. TAPIII sesekali mak apak kenelah juga pantau anak2 tu yer. Jangan terleka.. So, far tempat tu selamat untuk kids. :)



Ok, time untuk tengok feveret food aku. Ngeehh..ngehh... Cengal Chicken Sizzling. Sebenarnye menu ni takda pun. Aku jer pepandai suh orang tu buat. Pakai hot plate tapi ada charge RM2.  Menu sebenarnye Cengal Chicken + BBQ sauce (Chicken Chop). Ok, just nak share ngan uollz, di sebabkan nama kedai ni permulaannya TREE, so nama2 menu yang ada, semua menggunakan nama-nama kayu cthnya, Cenggal, Pinang, Bamboo, Bakau, Meranti dan lain-lain lagi. 



Kat sini aku pernah jugak terai dia punya Nyatoh Sizzling Steak, Bakau Black Russin seyes memang sedap. Ok, pada yang bukan penggemar western, jangan risau kat sini ada jugak disediakan makanan bergoreng, macam nasi goreng, kuey teow goreng dll. Jangan risau ada pilihan :) 

Seingat aku TREE STEAK HOUSE ni pernah masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan 2013. Masa tu pengacara dia Qi. Lepas masuk dari rancangan tu meletop2 restoran Tree Steak House. Kalau ada masa, kelapangan or dah vosan makan kat umah sila berkunjung ke sana yer.

Lokasi: Jalan Kuala Selangor, Paya Jaras Tengah, Sg Buloh, Selangor. 
Waktu Perniagaan: Isnin - Ahad 4.00 pm - 12.am
Cuisine : Asian Fusion, Burgers, Seafood and Steakhouse
 Tel/Reservation: 016-3436550 (Sham Shaharir)
016-2690656 (Efiyanti Jaarif)








(...pppssstt.. kalau nak pegi jangan lupe ngajak kekton sekali yer.. hehehe)



 

4 comments:

  1. ooh tak jauh dari rumah aku ni... boleh la cuba nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, jgn lupe helow2 meollz yer.. 15 meollz sampai.. ahaks

      Delete
  2. Kemunculan sebuah restauran masakan barat yang mengutamakan makanan sihat dan pasta
    terletak di

    FOODJAM

    No 35, jln BRP 1/4,

    Bukit Rahman Putra.

    40160 Sg Buloh.Selangor

    Banyak restauran barat kat area kl ni..semua menghidangkan menu-menu menarik dan sedap!

    tapi 'foodjam'' bukan setakat menu-menu yang menarik dan sedap tetapi mementingkan hidangan yang sihat.
    Jadi kepada yang mementingkan diet pemakanan yang baik chef obie rekemenkan
    korang datanglah ke restaurant foodjam ni.
    memang berbaloi dan puas hati!

    bukan main cakap aje tau... harga dalam menu foodjam ni bermula RM4.00 bukan air tau..makanan ..hidangan...
    pelbagai hidangan pasta bersama salmon grill , chicken grill, beef grill, prawn grill , original mash potato..tak guna instant product tau!
    Yang paling Istimewa.. setiap hidangan Foodjam ni..akan diberi Sos Foodjam yang istimewa!
    marvellous bro rasenye!

    pasta RM6 aje...murah bro...

    Insyallah dijamin berkualiti dan sedap serta murah harga. Jom CUBA!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seyes.. ni bukan cobaan kan..? ni betul2 kan? kan??
      hahahhaaa..
      WAJIB try ni..
      nanti kita skodeng okey.. :)

      ngehhh...ngehhh

      Delete