Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Saturday, May 16, 2015

Family Trip @ PNB Ilham Resort

Salam, hai!

Citer ni, aku dah peram lama dah. Asal nak menyetory jer, tetiba jadi blank. Asal nak citer jer, tetiba jer mood ke laut. Hurmm.. Part paling malas adalah nak wat watermark kat setiap gambar. Ada ker, apps yang memudahkan kerja2 aku menepek watermark? Ok, kalau ada jgn kedekut sanat nak share ngan meollz yer.. hehehe


Acara wajib Ibrahim's family tiap2 tahun adalah percutian family. Tak kirelah, macam mana sekali pun, tong2 ke, sendiri2 ke, makan bercatu ker.. hahahaaa.. yang penting dalam 1 tahun MESTI nak tidur hotel & mandi swimming pool secara berjemaah..

Trip kali ni kami decide stay kat PNB Ilham, Port Dickson.


PNB Ilham Resort
Batu 10, Tanjung Biru,
71050, Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia

Tel : (606) 662 6800 Fax : (606) 662 5646
Email : sales@ilhamresort.com / reservation@ilhamresort.com 

Review Bilik:  *sorry takde pic :( 
Kitaorang book yang 3 bedroom Apartment. Seyes memang selesa sangat, untuk family besar macam kitaorang ni. Ada Kitchen (tapi tak boleh masak, entah aper2) view pun cun, mengadap laut. Memang best.


Cantik kan?

Bila petang sikit, cuaca dah redup2, masing-masing dah menggelenjat nak mandi swimming pool. Tak kirelah yang besar, yang kecik sama jer.. hehehe

Hamboii kemain lagi Kaklong ngan Abang Long. Yang dak Aiman, ko dah kenapa kat blakang tu? Menyawan.. Hahahaa



 

Memasing dah puas mandi kolam, ajak pegi laut pulak. Sedikit frust gak aku, sbb tak boleh mandi laut. Air dia memang keruh & berselut. :(







Anak buah buahan ku


Dak kecik ni, kemain happy lagi dia dapat main pasir. Bila aku tak nampak, laju jer dia masukkan pasir tu sikit dalam mulut dia. Sedap agaknya, masin2. uuhuuuu..


 Mak budak, nak jugak interprem... hiks*



Malam tu, aku memang plan nak buatkan beday Qaseh sekali. So, aku import cake Frozen dari KL bawak datang sini.


Cake From : Chochalate Nice, Subang Perdana





Birthday ni, package sekali dgn aku punya birthdaylah 30 April aritu (saje jer ko nak mentionkan.. ahaks) Sendiri beli cake, sendiri tiup lilin, sendiri yang celebrate.. 
Jadilah kan? ekekeke

Lepas dah habis makan2, kaklong plan pegi karaoke pulak. Takyah susah nak keluar, dekat dalam PNB Ilham pun ada. Tak silap aku 1 jam RM50



Ayah aku pun tak nak lepaskan peluang karok malam tu.. 
"Semut Merah" lagi engko... Steady Ayah!



Tq long, sponser karok malam tu.. MUaaaaaahhhhhhhh!

Dekat pukul 12lah jugak malam tu settle karok. 
Almaklumlah memasing lepas gian.. heheheh









.. to be continue Alive 3D Art Gallery 




2 comments:

  1. Sis, diorg kata tmpt ni berhantu. Ada ke kisah x terduga?

    ReplyDelete
  2. Omg...!!yer ker? Serious xtau.. Kalau tau malam tu jugak cabuttttttt balik... So far xde lah pulak Kisangani x di duga...

    ReplyDelete