Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Friday, May 29, 2015

Sakit Mental!

Ya Allah, taktau lah aku nak cakap macam mana. Sekarang ni nak lepas anak2 main kat luar pun pikir banyak kali. Bukan kata nak lepas anak2 main, nak bagi anak2 pergi sekolah pun risau sangat2.. Aduh! camner lak tu.. uuhuu

Seyes aku ngan en. daddy risau sangat2 sekarang ni. Sebabnya, dalam 2, 3 hari ni aku ngan en. daddy dapat wassap bertalu2 dr group wassap masing2 berkaitan dengan seorang pesakit pedolifia yang baru jer keluar dari penjara.

Pedolifia tu aper?
Secara ringkasnya PEDOFILIA merupakan gangguan psikiatri melibatkan orientasi seksual yang mana kebanyakan pedophile boleh menjadi seperti heteroseksualiti, homoseksual atau biseksual. Ia melibatkan rangsangan erotik, fantasi dan tarikan seksual terhadap kanak-kanak. Bedasarkan DSM-III (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) dan Persatuan Psikiatri Amerika, 1987) menyenaraikan ciri-ciri dan kriteria penting pedofilia sebagai berulang-ulang, dorongan seksual, kebangkitan fantasi dan hubungan seks serta berlaku sekurang-kurangnya tempoh enam bulan. Ia melibatkan aktiviti seksual terhadap kanak-kanak yang umumnya berumur 13 tahun ke bawah.

Sumber:  SINAR HARIAN



Giler aku tak risau.. Menurut sumber jiran2 & kawan2 kat group wassap, orang tu ada dekat sekitar perumahan kitaorang area Subang Bestari. Mamat ni akan ada kat sekitar pusat2 tuisyen & sekolah. #gulp!




nilah muke mamat tu! 
Bakasah Kayon, 34, 
Boleh rujuk sumber di Karangkraf



Gambar atas ni, dia dikesan berada dekat area pusat tuisyen.

Masa aku dapat wassap ni, seyes aku dah tak senang duduk kat opis. Kalau boleh nak terbang balik terus ke rumah .. uuhuuuuu...



 Reminder dari pihak Genius Aulad Subang Bestari pulak



Petang tu pulak dapat lagi wassap. Yang kali ni, lagi buat aku betul2 risau & berdebar2. Mane taknya, orang tu ada dekat area sekolah anak aku.. 
Ya Allah. Mintak dijauhkanlah segala perkara yang tak diingini. 
Ya Allah lindungilah anak2 kami Ya Allah..


Aku citer ngan anak2 pasal mamat pedo ni supaya anak2 lebih berhati2. Hari2 aku remind Adam ngan Qaseh, kalau pergi sekolah, turun jer dari van, cepat2 masuk kawasan sekolah. Jangan nak berjalan berlenggang lenggang kangkung sangat. Kalau balik sekolah pun sama, tunggu van dalam kawasan sekolah or duduk dekat area  pak guard. Then aku pesan gak ngan anak2, kalau ada orang nak kasi sweet ker, ice cream ker, nak kenal2 ker, nak tanya aper2 ker, jangan layan. Terus pergi kat tempat ada orang ramai. Jangan duduk sorang2..

Zaman sekarang ni terlalu ramai orang yang sakit mental!!

Ada parents yang dah buat police report. Tapi feedback yang polis bagi agak mengecewakan. Selagi mamat pedo ni  tak buat aper2 (means melakukan kesalahan) selagi tu, polis tak bole nak tangkap dia. Huuurrrmm.. 
Achanner tu?

Dah jadi baru nak bertindak ker en. polisi.. Uuhuuuu..
Aku harap sangat, pihak polis boleh kerapkan lagi rondaan dorang kat kawasan perumahan kitaorang ni... 

Semalam, Adam cakap ngan aku, setiap kali dia nak pergi sekolah, dia rasa berdebar2 & takut. Aduh! bukan kata dia, aku pun kalau setiap kali nak lepaskan anak2 tu berdebar2.. risau.. takut.. segala macam kerisauan ada.
Semoga Allah melindungi, anak2 kami..

:(

No comments:

Post a Comment