Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Tuesday, October 13, 2015

Cara Mudah Buat Roti Pizza


Salam. 

Di sebabkan kekangan masa..... ewaah! ayat tu tak boleh blah!
Semua benda nak mudah, semua benda nak cepatttt kan maka terhasillah roti pizza hot..

Simple giler. Tutup mata pun bole buat wey!

Bahan utama yang kene ada, opkoslah roti. 
Tak kesahlah korang nak pakai roti brand aper kan.. janji roti..

 


Bahan ke dua:



 Sos Prego Fresh Mushroom. Tak silap aku harga dia dalam Rm6 lebih je kot.


Untuk bahan nak letak kat atas roti tu aku pakai sosej jer.  Tapi terpulang kat korang nak letak aper pun, tak kesah. Ada member aku buat letak pepperoni pun boleh.. belasah jer.
Pastu bawang holland potong dadu. Cili capsicum pun potong dadu.


Pastu korang letak bahan2 tadi tu atas roti. Macam contoh yang aku buat ni.
Oh yer, jangan lupe beli mozarella cheese tau. Kang tak jadi pizza korang kang.
Dah susun2 semua bahan2 tadi tu then bakar.


10 minit jer aku bakar. Lama2 kang keras pulak tak best!


Taaarraaaaa.....






Dah siap! Cicah sos.. pergghhh! thoorrbaaekk..

Adam cakap letak nenas pun sedap mommy... pandai gak tekak dia merasa. 
heheee... ok, next time yer... :)


Okey, uollz... Selamat mencuba... <3
 

1 comment: