Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Wednesday, July 20, 2016

Carpet Bulus Murah RM64

Hai, saje nak ajak sembang boleh <3

Bila aku dah start meniaga kecil-kecilan ni, macam2 orang aku jumpe, macam2 orang aku deal, macam2 orang yang aku kene mengadap walaupun tak kenal.

Ada customer yang ko biasa jumpa, ada customer dari kalangan kawan sendiri, ada customer, yang dari customer terus jadi kawan.. :)  ada customer yang jenis suka bertanya.. tanya.. & tanya.. pastu senyap.. hahhhaaa...

Baru ni aku ada deal ngan customer ni. Sumpah! Aku tak kesah pun kalau ada customer yg suka tanya.. tak salah wey. If aku sebagai customer pun, mana yang aku nak tau aku akan tanya.

Taaaapiiiii ada customer yg jenis dah tertera/ tertulis/ dh terpampang seller tulis NO SWAP, NO REFUND, NO COD dia nak jugak tanya
 “Bole ambik kat mana nyek?"
"bole COD area mana?"
 "Boleh hantar area blaa..bla.. tak?"

Di sebabkan aku pegang ayat ni "CUSTOMER ALWAYS RIGHT" Sebagai seller aku akan cakap camgini, 

MAAF yer, sy tak buat COD.. 
Sori yer, sy akan pos direct ke address customer..

Customer pulak akan jawab “Owh ye ker? Pastu senyappp… krikk…krikk…krik… Yang aku dah paham sangatlah tu kalau lebih 3 hari senyap tu means takdolah.. haha.. oklah.. It's okey, bukan rezeki, tajuk dia.

Yang ada pulak customer suka camgini,
"Sis, nak tanya boleh…? (so dia senaraikan 10 soklan kat aku) & kesemua soklan2 tu dah tertera kat description… uuhuuuu.... Di sebabkan aku pegang lagi ayat ni "customer always right" makanya aku menjawab satu persatu soklan dorang. :) kenkadang, kalau mood malas aku sampai, aku copy jer yang mana aku dah taip kat description.. hahahah..

Kenkadang tu ada jugak soklan pelik2. Aku ambik masa lama jugak untuk menjawab.

Contoh, Aku jual carpet harga RM64 size :  3cm (tebal karpet) x 80cm X 120 cm. Aku kene bg size then korang boleh bayangkan besar mana carpet tu. Pastu ada sorang customer tu tanya aku..

1.     Sis, bulu carpet ni tertanggal tak bila lama2 guna?

2.     Susah nak jaga tak sebab takut trap habuk..

3.     brand aper? Ikea ker?

Serius , sebenarnya aku ambik masa jugaklah nak menjawab soklan2 customer ni. Bukan aper, aku takut aku salah jawab, pemahaman dia lain.

Ermm….

Soklan 1 & 2 susah jugaklah aku nak menjawab.Tapi aku jawab jugaklah..

Ok, 
1. ikut mcm mana kita pakai. Kalau lasak2 sgt pun bole tertanggal.. kalau kita beli carpet mahal2 pun if lasak2 pun bole tanggal 😊 
 2. Carpet ni bole washable.. senang nak handle 
3. Eemmm yg trap habuk tu, saya rasa semua carpet cmgitu.. kene rajin vacum.. 
4.  xde brand mana2.. 

😊😊 hope membantu.. 😊😊

Sebab pada aku, ni pendapat aku.. nama pun carpet lagi2 yang jenis berbulu kan..  bila lama2 kita pakai,  kita pakai untuk lasak2 means hari2 pakai, confirmlah akan tercabut bulu2 dia. Lainlah kalau kita pakai bila ada function jer cth masa raya or aper2 keraian.. Lambatlah sikit nak tercabutnya. Harga carpet RM64, jangan awak expect quality mcm harga RM64000. sob..sob..sob... (kalau ada camagitu saya nak 10) hehehehe... Sebab aku sendiri ada experience, aku rasa aku beli carpet time tu, dah cukup mahal dah harga dia RM1K+ ingat lagi beli kat *teennttttt..l (nyesal beli pun ada) lama2 pakai luruh jugak wey… uuhuuu

Sayang, nama pun carpet.. kene rajin vacum, kene rajin jemur.. Carpet RM64 tu dah tertulis pun kat description washable & durable… :) As a seller, aku tempat kan diri aku sama macam customer jugak. Kalau bole aku nak tau semua benda. hahahaa... Sebab tu aku letak semua details yang supplier dah providekan. Supaya customer senang nak baca.

Hahaaa..  aku tak marah pun ngan customer2 nak tanya aku itu ini. Tanyalah..  Sumpah! Tak marah. Tapi jangan Krikk..krikk..krikki.. jer lepas tu.Kalau seller lambat jawab customer akan cakap,

"Entah haper2lah seller ni nak meniaga ke tak.. mcm tak friendly jer… 
(pernah tak korang cakap camgitu?) ekekekeke 

Tapi bile seller terlalu friendly dah menjawab soalan2 yang customer bagi pastu customer SENYAP…. Krikk..krikk..kriikk.. melangutlah seller seperti aku ni, menanti jawapan jadi ker tak beli……. Krikk..krikk..kriikkk..  hahahaaa..

Wahai customer, saya tak memaksa pun awak2 beli barang daripada saya, saya tak kesah pun kalau awak2 nak tanya sy banyaaaak soklan.. Saya OK, serius! sebb saya suka bila ada conversation ngan customer. Tak beli tak apa, customer ada pilihan Nak @ TAK… Tapi.. tapiiii.. sayang, boleh tak korang IF korang tak jadi nak beli ker.. nak pikir lagi ker.. nak tunggu cukup bulan ker.. just inform seller 

“Sis, nanti kalau jd sy bgtau sis"
"Sis saya nak pikir lagilah, nanti kalau saya nak saya bgtau" 
"sis boleh tak cukup bulan 
OR "takpelah sis tak jadi.."

Bukan susah pun.. sian seller  kecil2an (akulah tu) tertanya2.. confirm ker tak dia nak ambik ni? Jadi ker?  hahahahahahaha

Ada lagi 1 experience pasal carpet jugak, padahal aku dah tepek pic color2 carpet yang ada kat situ. Pastu customer request bole tak sy nak tengok color carpet yang ada..

Hahahahaa.. ko ghase??

Sebab aku pegang  ayat ni  "CUSTOMER ALWAYS RIGHT" so aku pun tepek jugaklah pic2 color yg ado.. uuhuu (sambil lap air mata) hahahahaa...



To my luvely customer,
Pasni rajin2lahlah membaca.. details, description, tengok gambar yg seller providekan. Kalau rasa x lengkap details or pic baru request. Sian seller penat taip panjang lebau.. Sampai penuh memory save pic nak kan customer tengok 1 1 barang yang dia jual… & selain tu, kita bole jd kawan bila ada coversation between seller & customer. Tak gituew?

Saiyang korang <3


Nak nengok tak camner rupa Carpet Bulus RM64 tu (harga tak termasuk postage)


.


.


.


.


.


.









Price : RM 64 POSTAGE : RM 7 SM / RM 12 SS 

Product specifications and features. 
:: Washable and durable Choices of colors Suitable for living room, bed room and etc Size 3cm x 
:: 80cm x 120cm 
:: Color available: Green Grey Beige Coco









No comments:

Post a Comment