Monday, April 7, 2014

Holiday Lagi..


Ok, caption tu takyah nak teruja sangat yer sayang. Tak pegi obersea pung.. ekekekee. Malaysia Only.

Sebenarnya percutian ni dah di plan dari last year lagi. Kira family gathering lah. But last minit kaklong & abang long tak dapat join :( dia kirim anak2 dia jer suh join. So macam tak lengkaplah nak dipanggil family gathering kan.. Ayah pula sibuk ngan reunion polis kat seremban.. hurrmm.. Maka, kami2 jerlah yang meramaikan suasana kat situ.

Last week, short vacay at Puteri Resort, Port Dickson. Untuk info, dulu resort ia di kenali sebagai nama Permaisuri Resort.

Address:
KM 16 (Batu 10), Tanjung Biru, Jalan Pantai
71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia





Happy faces

Kali ni gi cuti bawak asst & anak2 dia skali. Almaklumlah cuti sekolah. Sian pulak aku tengok anak2 dia. Aku angkutlah sekali bawak jalan. Sampai PD dah nak tengah hari, so singgah makan kat SUKAND'S FOOD STATION. Ni kali ke 3 aku makan kat sini. Makanan dia memang sedap2. Aku paling suka dia punye french toast cicah ngan sambal ikan bilis. :). Sukand's food station ni terletak di pekan port dickson, betul2 dekat ngan roundabout pekan pd.

Frech Toast & Sambal Ikan Bilis
Nasi Ayam Roasted



Bite Me!

AAuuuMmmmm...! ehcehh! En. Daddy order nasi ayam. Sedap katenya. Anak2 pun order nasi ayam jugak. Thanks daddy layan kerenah kitaorang2 ni.. :)

Pool View

Kitaorang sewa apartment. Family besar katakan.. :) Tengok view dari balkoni,  aku dah start teruja. hehehee.. mengalahkan anak. Tak sabar nakterjun tiruk. hahahahaaa.. #hover

Ok, skunk aku malas nak citer panjang, korang dah start menguap dah kan. Okey. Korang layan jerlah pic2 yang ada ni yer. Mana tau bole membantu korang utk plan next percutian. T_________T

Sea View

Adam

Indah Swimming
Budak kenit ni paling xcited dapat mandi pool. :) Takpa mommy bagi chances swimming puas2 yer Indah. Demam ko siap yer.



Anak buah buahan : Alia, Atirah, Anis
Qaseh cousins
Indah & Daddy

Indah & my asst.
My mom.
 Hambooii, kemain posing lagi mak den ni. Hehheee. Santai sangat.

Amirul

Rayyan Rizkin
 Sian rayyan. Tak brapa sihat time ni. Demam. :( takpa yer ayyan, nanti kita gi swimming lagi yer.. ;)


Luvelydaddy

Suke tengok pic ni. Heheeee.. apak2 kene jaga anak2, mak2 dok bersantai tepi kolam, taknak kulit terbakor.. ngehh..ngeehh...

Ok. Lepas puas swimming, malam tu kami gi dinner ikan bakar kat Kuala Sg Baru. Tempat feveret kalau nak pekene ikan bakar.

tep
Pepahat
Sape pernah makan ni. Ni nama dia pepahat. Rasa dia lebih kurang lala tapi isi liat sikit. Sedap okey.

Ikan Siakap Bakar

Kerapu Sweet Sour

Ada sotong goreng tepung, siakap masak sweet sour, ketam & sayur. Harga makan utk 20 orang makan dalam RM300+ hurrmm.. Oklah kan..

#tetibaterliur

Malam tu semua dah balik hotel, aku, en daddy & abg ngah, merayap kat area teluk kemang nak cari toto. Nasib baik jumpe. Kalau tak comfirm tido beralaskan lantai jer. uuhuuu.

Baden Baden Bundle

Sempat singgah bundle sebelum balik ke sarang. Bundle ni dekat area pasar malam port dickson. Kalau agak2 korang tak berbaju, sila lah singgah kat sini. Murah & banyak pilihan. :)
 
 
Esoknya, awal2 pagi anak2 dah bangun, nak gi swimming. Sempatlah kitaorang merasa naik banana boat bagai. Seram gak wey, first time aku naik.

Tapi masa aku naik banana boat tu, aku dh warning kat adik yg bawak tu.
 
1. Taknak laju2
2. Taknak jauh2
3. Jangan kasi jatuh

ekkekeeee.. nasib baik adik tu menurut perintah... ekekekeke.. good!




 
 
Memang best! Memang syioookkk!

In Syaa Allah boleh repeat lagi.


Ok, bai!


Saturday, April 5, 2014

Happy Birthday Kakak Qaseh!!


Happy birthday kakak Qaseh!!

Happy 5th Birthday Sayang.

Happy 5th Birthday My Sweetheart


Kalau boleh, mommy nak qaseh jadi baby balik. Tak nak qaseh jadi budak besar. Mommy rindu qaseh masih qaseh kecik2 ngan rambut mengerbangnye. Ngan gigi baru nak tumbuh 2 batang.. hurrmm comel sungguh time tu.. :)

Tapi yang mommy perasan perangai qaseh dari kecik sampai qaseh dah jadi kakak still tak berubah, 1. KUAT MERAJUK tu yang mommy kalah tu. Memang orang lahir bulan April ni kuat majuk ker xpecially 5hb?? Hahhaaaa... adooiyyaaaii.. 2. INDEPENDENT

Kalau mommy ingat balik masa mommy bersalinkan qaseh (czer), memang mommy sakit sikt compare masa bersalinkan (c-zer) abang adam. Sampai mommy jerit 'manja' ngan doktor Delaila, bagitau mommy sakit. Tapi mommy kene kuatkan semangat nak kuarkan qaseh dari perut mommy.

Bila qaseh keluar ke dunia, qaseh nanges sekuat2 hati. Mommy pun sama naik nanges sama ngan qaseh.. Hahhaaa.. Alhamdulillah Ya Allah. Tapi mommy tak sure boy ke gurl time tu.

Doktor cakap ngan mommy girl ker boy, girl ke boy sebab masa time qaseh mommy mmg nak gurl. T___T  then doc announce It's gurl mommy. Alhamdulillah Ya Allah. Sempat doktor cakap "hamboii suara kemainn boleh tahan, senanglah awak nanti, tak payah susah nak bangun kasi susu. Ni bukan nanges, ni menjerit.." Dalam sakit, mommy sempat ketawa 'sikitsikit'

Masa doktor letak mommy dekat area pemantauan, ada nurse tanye mommy, tadi tu suara anak akak ker? sampai keluar suara dia.. heheheee.. Mommy angguk, senyum jer.. Alhamdulillah

*kuisairmata*




 Qaseh dah besar. Qaseh dah jadi kakak. Mommy tengok memang qaseh kakak yang baik. Memang boleh jaga Indah & Abang kalau mommy takda suatu hari nanti.

Mommy doa kan qaseh jadi anak yang solehah, yang sayang mommy, daddy, abang & indah sampai bila2. belajar rajin2 yer, supaya jadi orang yang berguna di dunia & akhirat.

 
Mommy, Daddy, Abang & Indah sayang Qaseh sangat sangat.


LOVE U QASEH MYEA DELISHA









Friday, April 4, 2014

School Holiday - Singapore ~ Part Three


sebenarnya banyak lagi pic kat sana. Tapi aku tak larat nak upload :(. Nak kene letak watermark lagi, nak tapis lagi, kasi nampak aku ni kuwos + jelita sikit.. Waaahhh gituw ;)

 Madagascar zone

Dah puas berjalan kat dalam USS tu,  melepak kat belah luarnya pulak. Banyak view yang korang boleh tengok & banyak kedai yang korang boleh menyopping. Hehhee

  Hard Rock & Candylicious

Mommy & Indah

Sempat lagi aku mandikan Indah, adam & qaseh kat toilet situ :) Bukan aper senang nanti, bila dah sampai hotel tak payah ar nak kasi mandi lagi. Senang keje mommy.


  Kids & Hershey's mascot

Masuk kedai cekelat, sempat anak2 pow en. daddy beli cekelat. :) mommy pun tompang sekaki. :) Sedap giler wey cekelat dia.

En. Daddy

  Kitaorang melepak kat luar, sampai lampu2 kat situ bukak. Memang cantik gilos



Lepas snap 2, 3 pic barulah puas hati. *hikks. Sebelum balik hotel singgah dekat Arab Street. Solat kat situ jap. Kat Arab street ni banyak makanan2 halal.

Masjid Sultan


Mengemis adalah SALAH di sisi undang-undang Singapura.

Arab & Muscat Street
 
Kat Area sini, melambak2 kedai kain ela. Cantik2 & latest design. Aku saje ar survey kain prada lace. Sekali tanye S$60 semeter. gulp! tercekek aku dengar harga dia. Bukan sepasang. Kalau sepasang tu gigih jugaklah aku..
 
Malam tu, aku dah rasa badan Indah dah start dedar dah. Terus cari kedai ubat nak beli ubat demam.  Nasib baik lepas makan ubat, dia ok. :)

Singapore Zam Zam Restaurant

Orang kata dah sampai sini, jangan tak merasa pulak murtabak zam zam. Sedaplah jugak compare  kat jalan TAR tu.

Esok pagi checkout bilik dalam pukul 11 pagi. Repeat balik ke arab street sebab semalam pegi banyak kedai dah tutup. Saje jalan2 sebelum balik.


Singgah dulu untuk makan tengah hari kat WARONG NASI PARIAMAN. Patutlah ramai, sedap gile! Aku order : ayam bakar (ala2 ayam percik), rendang limpa (memang sedap nak mammm..) aca timun, telur dadar. then dia ada bagi sambal. Memang bertambah aku makan. Puas hati sangat. Korang WAJIB try tau!

Sederet ngan warong ni, ada kedai borong mainan. hehehee.. bersiap sedia jerlah yer ibuk ibuk bapak bapak.. :)

Settle makan, barulah dengan rasa tenang hati berangkat pulang.. 

 Baibai Singapore, In Syaa Allah kita jumpa lagi..





...dah abis takde sambungan

Tuesday, April 1, 2014

School Holiday - Singapore ~ Part Two

praaapppppp.... kasi betulkan jari jemari i dah naik lenguh mengedit gambar letak watermark. :)

Meh ler kita sambung citer / photo Singapore Part Two pulak kekakak, kekadik yer. :). Aku rase pic lagi banyak dari citer nie. hehehe.. Almaklumlah faktor usia. Banyak yang dah lupe. #nanges

Sebelum aku lupa Harga untuk tiket masuk ke USS  - 

One day pass
Adult (Age 13 to 59) ~ S$74
Child (Ages 4 to 12) ~ S$ 54
Senior (Ages 60 and above) S$36

details boleh check kat website SINI

Just nak share ngan korang, masa aku pegi sini, aku dapat harge promo S$68  = RM177 untuk dewasa harga untuk kanak2 sama jer S$54 = RM140. Dalam pakej promo ni, include untuk all day parking, voucher makanan S$10 & S$5 untuk retail voucher. :). TAPI kan.. tapii kan.. promo ni valid sampai 31/3/2014 jer nok.. uuhuuu...

dah..dah.. lap air mata tu, kehidupan harus diteruskan jugak.. heheheeee...


Family's photo

Tempat WAJIB berphoto yer. Kalau tak, sesia jer korang dtg sini. Hehehe

Main Entrance Universal Studio Singapore

Qaseh & Indah


 Mommy & Indah
 
Naik patah lengan aku dokong si budak demok ni. Alhamdulillah, budak kecik ni behave sangat. Tak nanges, tak banyak ragam, tak banyak songeh. KALAULAH banyak songeh aritu, first & lastlah mommy nak bawak dia jalan jauh lagi. Memang kene tinggallah gamaknye..

  Mommy & En. Daddy

pheewwittt.. nak jugakkk tu. Muahahaaaaa.. 


HOLLYWOOD
  

 View USS

Masuk2 jer pagar USS tu korang akan nampak view ni. :) 'HOLLYWOOD STREET'.
kiri kanan kedai untuk beli souvenirs. :) Duit jer kene lebat sikit barulah syok. hihihiiii.. ;)

*Jangan lupa rembat maps dia. Sebab dalam tu semua schedule ada untuk setiap show. So, korang kene follow barulah best..

 Woody Wood Peckers

Masa mula2 sampai, kitaorang disambut dengan laki bini Wood Wood Peckers. Chumel sungguh korang ni. Jom ikut aku balik jom! hahahaaa..

Nak ambik photo ngan character2 ni, kene que hokey. Bukan boleh main terjaah2 jer.

Mel's Dinetts

Masa korang jalan2 kat hollywood street ni, ada gak street show. Daddy O's, Mel's Dinetts & The Cruiser. Memang nasib en. daddy baik, sebab masa kitaorang sampai kat sini, show Mel's Dinettes. Kemain seksi mekci aku tgk pompuan2 ni. Peha dah ar gebus, putih melepak. En. Daddy sambil2 dokong Indah, sambil2 tu curik2 tengok. Huh! ingat i tak tau ker, WALAUPUN u pakai sepek mata itam, i bole nampak thru inside ur heart.. gituew! Hahhahahaaaa..


 Kungfu Panda


Dekat area Hollywood ni, korang boleh juga tengok show Monster Rock at Pantage Hollywood Theatre. Aku tak masuk, nak bawak anak2 masuk pun dorang taknak, sebab nak2 tengok macam scary merry jer artist dorang tu.


NEW YORK


 Sesame Street

Kat sini aku, lepak lama sikit. Sebab tengok Sesame Street Show. Indah siap terlopong mulut dia tengok character2 ni. heheheee.. Budak berdua tu aper tah lagi.. Happy.

Sesame Street Spagheti Space Chase.

En. Daddy bawak Adam & Qaseh, masuk dalam Sesame Street Spagheti Space Chase. Aku macam biasa, tunggu kat luar ngan Indah. Baby tak boleh masuk :( Keluar2 Adam cakap best. Aku pulak nak que balik, malas sebab kepala dah start sakit. Panas wey!

Sesame Street Spagheti Space Chase Show

 Baby Indah

Macam nyesal pulak tak beli cekak tu. Comel!

 Emporium Gift

 Mommy & Kids

Selain dari Sesema Street Show, ada juga show dari The Rockafellas.

 The Rockafellas. Pic by Resortworld Singapore


Kagum dorang tengok,  show The Rockafellas. Lompat sana, lompat sini. Terbang sana, terbang sini. heheheee.. memang macam mudah lentur badan dorang2 ni. Pastu dia dorang ada select 2, 3 orang penonton kat situ, ikut cmner dorang buat. Hehehee Ada sorang uncle tu, pergghhh badan dia cm pelestik engko. Siap buat pergerakkan sendiri lagi.. hehehee very sporting u ar uncle!


Sci-Fi City Zone.



 With Optimus Prime yang real.

Yang paling bestnye zone dia korang boleh jumpe ngan transformer. Korang boleh nampak siapa yang paling xcited kat zone ni. Hahahahaa.. Kat zone ni, bole jumpa jugak ngan orang tinggi 'People of Earth' macam orang alienlah.

Ancient Egypt

Masa kat sini. Panasssss giler. Aku memang tak tahan. Memang sebiji macam kat padang pasir. Macam penah pegi pulakkan.. uuhuu.. Tapi memang aku dah sakit kepala sangat, siap telan active fast 2 biji. baru lega. Gambar ada 1 jer yang aku mampu ambik, tapi  tak bole tunjuk kat korang, kang korang kutuk aku.. Miihhh...mihh...mihiii...

Time ni perut dah mendidih. Mintak makan. UUuuhuuu.. Makan kat Oasis Spice Cafe. Ada tanda HALAL, baru berani nak makan. Nasi briyanilah aper lagi.

The Lost World


 Kat sini pun, aku dah tak larat. Stakat nak tengok dinosur.. hurrmm.. anak2 pun tak teruja tambah lagi panas terikkk.. pergghhhh. idakklah aku.

Kat dalam tu, ada banyak gaklah game2 korang boleh main. Tapi kene quelah yer, dekat sejam. Ko mampu..?? uuhuuu.. Mak tak kose!


boleh tak sambung esok..... tangan dah lenguh dah ni.. uuuhuuu #nanges hokey nak buat n3 ni. Banyak tempat yg kitaorang tak main dia punye game. :( Tak kose nak que panjang & lama.  Uuhuu.. Stakat tegok kiri kanan jalan orang dok que nak main. Uuhuuu..

 Far Far Away

 Far2 away pun ok jugak. Adam & qaseh happy jumpe Puss in boots. Pic?! Sorry x boleh atas faktor2 keselamatan... muaahhahaaaa.. *kak zira ko diam2 nyek!

Madagascar 

Madagascar best! Lepak kat sini nak tunggu show dia. Sementara nak tunggu show, Main madagascar ride. Aku pun join gak.. hehehe.. en. Daddy jaga indah. Indah tido time ni. Pic tak banyak, sbb byk ambik video. Bestt wey! Aku sampai 2 x masuk ride dia ni.. hahhaaa..
 
Aku kan, kalau main aper game, kalau melibatkan ciri2 kegayatan, kepeninggan, kelajuan, kecuakkan dan seangkatan dengannye... MAMPOSS aku takkan main..hahhaaa... Ko cakaplah cmner bestnye game tu... cmner safety pun game tu... korang nak main...mainlah... uuhhuu...

#taksukehokey

Ok. Kalau korang dah masuk ke tujuh2 zone ni, means that, selesailah sudah pengembaraan korang kat USS.

T_____________T

Lepas keluar dari USS kitaorg tak terus balik hotel, lepak2 lagi kat belah luar USS pulak...








...... bersambung





 




 




 









 
 










Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...