Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Friday, April 4, 2014

School Holiday - Singapore ~ Part Three


sebenarnya banyak lagi pic kat sana. Tapi aku tak larat nak upload :(. Nak kene letak watermark lagi, nak tapis lagi, kasi nampak aku ni kuwos + jelita sikit.. Waaahhh gituw ;)

 Madagascar zone

Dah puas berjalan kat dalam USS tu,  melepak kat belah luarnya pulak. Banyak view yang korang boleh tengok & banyak kedai yang korang boleh menyopping. Hehhee

  Hard Rock & Candylicious

Mommy & Indah

Sempat lagi aku mandikan Indah, adam & qaseh kat toilet situ :) Bukan aper senang nanti, bila dah sampai hotel tak payah ar nak kasi mandi lagi. Senang keje mommy.


  Kids & Hershey's mascot

Masuk kedai cekelat, sempat anak2 pow en. daddy beli cekelat. :) mommy pun tompang sekaki. :) Sedap giler wey cekelat dia.

En. Daddy

  Kitaorang melepak kat luar, sampai lampu2 kat situ bukak. Memang cantik gilos



Lepas snap 2, 3 pic barulah puas hati. *hikks. Sebelum balik hotel singgah dekat Arab Street. Solat kat situ jap. Kat Arab street ni banyak makanan2 halal.

Masjid Sultan


Mengemis adalah SALAH di sisi undang-undang Singapura.

Arab & Muscat Street
 
Kat Area sini, melambak2 kedai kain ela. Cantik2 & latest design. Aku saje ar survey kain prada lace. Sekali tanye S$60 semeter. gulp! tercekek aku dengar harga dia. Bukan sepasang. Kalau sepasang tu gigih jugaklah aku..
 
Malam tu, aku dah rasa badan Indah dah start dedar dah. Terus cari kedai ubat nak beli ubat demam.  Nasib baik lepas makan ubat, dia ok. :)

Singapore Zam Zam Restaurant

Orang kata dah sampai sini, jangan tak merasa pulak murtabak zam zam. Sedaplah jugak compare  kat jalan TAR tu.

Esok pagi checkout bilik dalam pukul 11 pagi. Repeat balik ke arab street sebab semalam pegi banyak kedai dah tutup. Saje jalan2 sebelum balik.


Singgah dulu untuk makan tengah hari kat WARONG NASI PARIAMAN. Patutlah ramai, sedap gile! Aku order : ayam bakar (ala2 ayam percik), rendang limpa (memang sedap nak mammm..) aca timun, telur dadar. then dia ada bagi sambal. Memang bertambah aku makan. Puas hati sangat. Korang WAJIB try tau!

Sederet ngan warong ni, ada kedai borong mainan. hehehee.. bersiap sedia jerlah yer ibuk ibuk bapak bapak.. :)

Settle makan, barulah dengan rasa tenang hati berangkat pulang.. 

 Baibai Singapore, In Syaa Allah kita jumpa lagi..





...dah abis takde sambungan

No comments:

Post a Comment