Wednesday, August 19, 2015

Inikan UMES, Inilah Raya Kami!

Sebelum aku kene jerit lagi sekali, sebab dah abis raya baru nak update blog, baik aku update laju2 n3 raya kat ofis aku #hahaaa.. sabau yer saiyangku..

Walaupun pada awalnya, kami menghadapi pelbagai rintangan, pelbagai cabaran, pelbagai kritikan, perlbagai kecaman, pelbagai suara2 sumbang untuk tidak menjayakan majlis ini, namun berkat kesabaran.. berkat usaha kakitangan yang terlibat, akhirnya majlis ni berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah. (dah macam speech wakil rakyatlah pulak.. hahhaa)

TERIMA KASIH yer kengkawan kesaiyangan, kerana sudi membantu, tak kiralah dari segi aper sekali pun TERIMA KASIH bebanyak. Ini yang kita mahukan. Membawa balik 'SEMANGAT' yang sudah agak lama menghilang. Inilah 'Culture Kami'. 

Ok, sebelum aku merepek lebih jauh lagi, meh lah layan gambar2 yang ada. 

Tema : Syukur Selalu, Inikan Raya, Kosong Kosong


Menu 


Alhamdulillah, kali ni rezeki kami  melimpah ruah. Banyak sponser yang tak di duga. Alhamdulillah. Dari unit2 marketing, dari orang perseorangan, dari kelab & yang paling penting dari majikan sendiri. Terima Kasih.  

Ayam Goreng Kunyit + Kari Ikan Tenggiri

Masak Lemak Tempoyak + Rendang Ayam

Acar Timun + Ulam-Ulaman


Dendeng Daging + Kuah Lemak Telur Itik

 
Apam Balik Nestum

Kambing Golek
Char Kuew Teow
Satay import dari Melaka

Cendol Songkok Tinggi
Ice Cream Basikal



Fruitylicious Dip Choc

 Speech dari our MR CEO
Majlis dimulakan dengan bacaan doa & ucapan dari Mr. CEO, En. Jamal & Presiden Kelab Sukan, En. Sophian.



Presiden Kelab Sukan & Reakreasi
Ada sedikit kezzzutan dari pihak penganjur iaitu kami.  (Presiden club pun tak tau hokey!) Kami (Kak Shila, Kak Zira & Opkos aku) #silajanganmaki melantik diri sendiri selaku badan berkecuali untuk memilih pemenang bagi acara Best Dress Lelaki & Wanita. Ko nampak?? betapa gile kuasanya kitaorang.. Hahahahaaa... Sebarang bantahan tidak akan dilayan..

So, setelah berbincang & mendapat kata sepakat bahawa pemenang yang layak jd pemenang pada hari itu ialah............................

 Best Dress Lelaki dimenangi oleh En. Jamal our CEO  'Awak Nampak Hensem Harini"

 Best Dress Wanita dimenangi oleh Zeti 'Awak Nampak Cantik Harini"
Ada bantahan?? #muahahahaaaaa..

Dah menang kan? So, aper lagi, kene tawaf meja lah 1 round. Kasi tunjuk sikit baju yang lawaa tu kan.. #timenilahnakderaceo ekekekeke

Bos memang sporting uollz.

Mr. CEO tawaf, siap lambai2 macam YB gituew. 
Time nilah masa bos2 untuk nak bermesra2 dgn staff.. bukan aper, staff2 kat sini semuanya pemalu... (*bluek)

Sedey gak sebab tak dapat rakam vid suasa masa tu. Semua orang happy. Mr. CEO happy, bos2 happy, staff2 happy.. (Ada yang tak happy kerrr? Sorilah kalau tak happy mak tak boleh nak buat aper nak.. Masalah sendiri cari kan.. ok bai!)
Seyes wey, Winduuu giler suasana camgitu, happening. This is UMES uollz. Hopefully akan berkekalan nilai setiakawan tu. #dahkesatairidung

Makan Time!



Our lovely ME <3

Mr. CEO bergambar dengan flower hon.. eh..eh..silap2 flower girl.. hehehe

Makan jangan tak makan... :)

 Selfie, wefie, threefie, fourfie  ada di mana-mana.. hehehe
balik2 dia..dia..tak dia..dia.. asyik2 dia..dia.. *hahahahaha
Jangan marah yer. Anyway. Tq Abg Naz & Abg Khairi sudi membantu menjayakan majlis.

Cerita Belakang Tabir


THANK YOU . THANK YOU . THANK YOU . THANK YOU . THANK YOU . THANK YOU


 Sesi menyimpul ulam. Tq hana & Kak Rock


 See, bukan kata hakak2 yang ringan tulang, habang2 pun ringan tulang jugak uollzz.


ngehh..ngehhh..ngehhh..

Orang kuad dapur.

Ni jer ker gambar kita kak shila ooiii #sobsob

Ni pic sehari sebelum majlis. 
Nasib baik sempat menyelit, kalau taaakk, memang tak merasalah ada gambar.. uhukk..uhukkk...

ok.. ok..lastt pic..
 pic ni memang win..

 heheheheheheh

somell kan?



Thank You gais!
Seyessss.. korang memang ohsem! 





#adayangmakanhatiker
#mengintaidaritiraikamar
#sukahatikaulahlabu
#okbai

Monday, August 17, 2015

Warna Warni Di AidilFitri

 *maap n3 ni dah perap dkt 2 minggu :(

Hai gais!

Kemain ko yer kekton, tenggelam timbul, tenggelam timbul kalau bab nak update blog.. tapi kalau bab letak tajuk n3 taknak kalah.. 'Warna Warni di Aidilfitri' gituew tolong jangan tiru tajuk kekton pewlisss.. Muahhahaaa...

Di sebabkan tajuk n3 kali ni camgitu rupenye, maka  aku akan combainekan sekali citer raya dari raya ke 2 hingga ke raya enambelas ratus empat puluh lima pepuluh dua..  & lepas abis citer ni dah takda citer raya lagi sampaiiiiiiiiiilaaahh tahun depan pulak.. InsyaAllah kalau sempat.


Ok, raya ke 2 balik Jelebu, macam biasalah kan. Kampung belah ayah den. Kali ni balik rezeki kami lebih sikit kot sebab musim durian. Dapatlah merasa sorang sikit dari dusun arwah atok. Seyes aku cakap, durian kat chenah ni memang sedap  giler, compare D24 & seangkatan dengannya.


Yang berlenggeng tu sepupu aku. Dia  ni kategori 'abglong' kawasan chennah (nama kg aku) hihiiii.. cer tengok musle dia?? kalau berani datang dekatlah.. Muaahhahaaa..
Ok, just nak share sikit info, IF korang ada plan nak buat aktiviti  seperti

WATER BASE-
-WHITE WATER KAYAK
-RAPID SHOOTING (tube floating)
-BAMBO RAFTING (traditional)
-FREE N EASY PICNIC

JUNGLE BASE-
-CAVE EXPLORATION
-JUNGLE TREKKING
-SURVIVAL
-MOUNTAIN HIKE
-ROPE MANAGEMENT / ABSEILING / FLYING FOX
-SCRAMBLER/ MOUNTAIN BIKE/ 4WD

CAMP BASE-
-CAMPING
-INDOOR / OUTDOOR / FIELD ACTIVITIES
-GAMES
-INDOOR / OUTDOOR CLASSES
-TEAM BUILDING

bole rojer sepupu aku ni  FB : 

Nua ni bos KENABOI ADVENTURE, korang boleh skodeng kat FB dia. Macam2 aktiviti yang pernah dia anjurkan. Kalau korang nak discount trylah jual nama aku kot2 dapat.. Entah2 nama aku pun dia tak tau. Muahahahaaa.. Memang nak kenelah kalau cmgitu.

Ok dah, sikit2 pomot cukup. Kita sambung balik citer raya. hehehee.. Yang paling best raya kali ni dapat mandi sungai. Dorang2lah yg dapat mandi, aku tak.. almaklumlah aku kan puteri kayangan tak boleh mandi air sungai .. nanti hilang segala seri di wajah beta.. hehehe 

Kemain happy lagi budak kenit baju merah tu. "Naka mandi sungai.. nak mandi sungai.."


Yang ni pun boleh tahan jugak. Kalis sejuk "Maryam Mayesa"


Bonda ku.. 


Ko tengokk.. ko tengok.. sape yang paling happy dapat berendam dalam sungai cetek ni? Ngalahkan bebudak..





chakk!


memasing muka happy dpt mandi sungai.. :)

**********************************************************************************************************
Ni tak silap aku raya ke 17 kot.. (*jap refer blog Kak Gebu*) ekekek.. 
Nak cakap open house, bukan.. nak cakap close house pun bukan.. hehehee.. 
dia tengah2.. 'Open house tertutup' boleh camgitu?


Indah & Qaseh aku tugaskan menyambut tetamu. :)


Kata jemputan untuk makan tengah hari. So aku, masak lauk tengah harilah yer..
Kuah Lemak Cili Api Ayam Pencen, Sambal Ikan, Ayam goreng, Sayur Buncis & beli Satay.

Jiran. Tq kak Jee, sebab dtg. :)
Yang mana aku tak jemput tu, sori yer saiyang. InsyaAllah next time yer.





Ni family side En. Daddy. :)
Yang baju ijo tulah KG a.k.a Kak Gebu. Pemilik blog Juanaazahari
Ceewaaahhh!


 Ni lah family aku. :) Sempoi, lepak kat luar, buat air kopi cicah biskut kering. Heaven!

Hokey. Ni pulak, kawan2 dak Adam & Qaseh.


Time ni, bebudak ni nak balik, aku suh beratur, kalau nak duit raya, kene nyanyi lagu raya dulu.. hehehehe..




Happy kids. Seronok sangat dak Adam bila kengkawan dtg rumah.


Okey, dah boleh main beskal.. tetamu dah balik.. hehehehe.

**********************************************************************************************************
23 Syawal.


Kazens
 
Open house rumah MIL pulak. Biasalah rumah MIL kalau makanan tak meriah tak sah. Macam2 ado. Ayam masak merah, nasi biryani, daging kurma, kari udang, sambal ikan bilis, mee rebus, laksa, roti jala & lain2.  Bukan kata makanan kene meriah.. orang2 kat dalam rumah tu pun meriah jugak.. ekekeke..

Sori, pic tak berape nak ado. Ni pun mintak Kak Gebu. 
Simptom malas dah melanda.. huuuurrrmmm...

Ok. Akhir kata...

Maaf kalau terboringgg baca n3 kali ni. 
Maaf kalau ada tergeliat lidah dari saya
Maaf kalau ada tersalah kata..
Tertypo error...tu biasa..

InsyaAllah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi di N3 raya tahun depan yer. 

See Youuu...


Ngehhh..Ngehhh....

Saturday, July 25, 2015

Raya Kami 2015

Salam. 
Macam dah lama jugaklah tak 'mengayat'. Dekat sebulan lebih ada kot. Nak mula balik macam kelu pulak rasanya.. ehcehhwahhh.. Muahahhaa.. 

Rasanya belum terlambat kot nak bagi ucapan 'SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN' kat kengkawan alam maya.. raya sebulan kan? ngehh..ngehh.. Aku mintak maaflah kat kengkorang kalau selama aku mengayat ada yang tersentap ker, tercuit ker, terguris & menang ker.. aku mintak maaf yer. SORRY tau! 

Macam tahun2 sebelum ni, macam tulah jugak aktiviti raya aku kali ni. 
1st raya (pagi) beraya umah mak aku (sg. buluh) & belah petang pulak beraya umah mak mertua aku kat Cheras. Nasib baiklah aku & en. daddy takda masalah untuk berebut balik. Masing2 dah tau schedule. So far takda masalah. 

Seyes, tahun ni aku agak bersederhana dalam menyambut raya. #seyesterasapasalgst
Baju anak2 pun last minit je aku cari. Malam raya engko. Orang lain sibuk duk mengayam ketupat malam raya, aku dok sibuk gi bazar tgk baju raya. Itupun untuk baju Qaseh & Indah je. Yang Adam punye, aku suh dia pakai yang last year punya sudah. Sebab still elok lagi, cuma carikan sampin baru jer, sebab sampin lama dah senteng. Yang En. daddy pun sama, pakai last year punya, cuma tukar style sikit. Kali ni baju melayu pakai ngan seluar jeans. Hehhee. Nasiblahlah. Aku??! ermmm.. #pinjambahujap seyes tahun ni palinggg..paliinggg..paliiinnnggggg aku tak bersiap aper pun nak beraya. Pakai jer jubah yang ada.. #sobsob sedey memang sedey, tapi nak pujuk hati sendiri, cakap dengan diri, ada orang lagi susah dari ni. Dah bertahun2 raya tak berganti baju.. Ko baru tahun ni, nak terguris bagai... Hahhaaaa.. nampak tak permainan psikologi aku macam mana..  

Dah, meh layan gambar raya yang tak braper nak ada ni.


 
Time baik camnilah, oleh peluk2, boleh gelak2, boleh main geletek2.. Kang tiba time dorang tak brape nak baik, terkene sikitt pun dah menjerit...




Hero air mata. Takyah cakap banyak, dah macam air terjun air mata  dia jatuh.



Dia cakap sebab dia abang, adik2 kene pegi minta maaf dengan dia.  
Banyak cantik.Aku paksa jugak si adam mintak maaf dengan Qaseh sebab dia banyak menyakat qaseh. Dengan Indah pun aku paksa jugak..
Kemain pelahan lagi suara korang yer nak mintak maaf. 
aku pasang telinga jer..


Yang si Indah, memang dramaaa sangat dak kenit ni. Baru jer cakap Selamat Hari Raya dia dah start melalak. Tak tak aper yang dia sedeykan sangat.. Hahaaa.. Banyak salah kot? ekeke


Ok, last pic. Ni jer pic together2 yang sempat aku ambik.
 Gambar tuan tanah ngan En. Daddy

Aper2 pun aku nak ucap
 "Selamat Hari Raya Uollzz"

 


Tuesday, June 2, 2015

Food Jam (Health Food Restaurant)

Yeeeaaayyyyy! 
Ada lagi 1 tempat makan yang menarik kat area rumah aku, aku dah jumpe.
#nampaktaknikmatmakankatsitu


ngehhhh..ngehhhh..ngehhhh


Kalaulah takde suadara zulkiflims ni tinggalkan jejak kat belog aku, compem2 aku tak tau pasal FOOD JAM ni tau. Tenkiu bro!


FOODJAM
(Health Food Restaurant)
No 35, jln BRP 1/4,
Bukit Rahman Putra.
40160 Sg Buloh.Selangor





Aku suka suasana kedai macam ni. Cozy sangat.
Sambil makan, boleh dengar lagu yang tak menyakitkan telinga..

En. daddy yang sedang kelaparan.. 


Ice lemon tea (homemade) - RM3

Aku macam biasalah, kalau nak cuba satu2 tempat makan yang baru tu, mesti aku nak tanya soklan ni "Boleh rekemen tak, makanan aper yang special kat sini?"

Brader tu rekemen kitaorang makan yang ni 

Copy from Food Jam FB
Ni nama "Food Jam"

Tapi brader tu cakap, portion yang ni boleh makan 3 -4 orang.. 
Halamakk! camno tu, aku berdua jer ngan en. daddy masa tu.. 
Next time, InsyaAllah.


Aku order yang ni. This is call flatland...
(Serve with Spaghetti, Grill Lamb, Mashed Potato, Russian Coleslaw & Garlic bread) 


En. daddy order Funky Chicken
Nampak tak en. daddy dah tak boleh nak menahan lapau.. 
Tak sempat aku nak snap.. dia dah zaaaassss
hehheeee..

Seyesss, memang sedap!

SO, far portion dia memang just nice.. tak terlebihh.. tak terkurang.. Ngam2..

Selain dari tu, banyak lagi makanan yang Food Jam sediakan dengan harga yang boleh buat korang pengsannn 400 ribu kali... tak caye??! meh sini i show you naa..

Antaranya

Pic copy from : Food Jam FB
Spaghetti bolognese RM 6 only
See??! pitam kan? mane nak dapat spaghetti RM6 uollz

Pic copy from : Food Jam FB
Spaghetti Carbonara only at RM 6

Pic copy from : Food Jam FB

Dan banyakkkkkk lagi... 

 hehheee.. takut nak copy gambar banyak2, kang tak pepasal kene saman..
 eh.ehhh..!

Maps
Ahkak ko begitu baik hatilah nak, siap sediakan maps bagi memudahkan uollz nak ke sini.

Business Hours
Monday - Thursday & Saturday
12.00pm - 3.00pm
6.30pm - 11.30pm

Friday
2.30 pm - 11.30 pm

Sunday
Closed 


Soooooooo, any information boleh rujuk sini.
FB : FOOD JAM
or INSTAGRAM : FOOD JAM



Dah.. dah.. lagi lama aku tenung gambar makanan ni..
 makin lapau aku dibuatnya...


Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...