Saturday, December 19, 2015

Shopping Mall Baru Buka

Yeeaayyy!! Yeaaaayyy!! 
Ada mall baru bukak dekat area Subang Bestari.
pic source : Star avenue
Lepas ni senang banyaklah aku yer tak.. Antara yang tersenarai Giant, Brand Outlet, Guardian, Sox World, Lan Baharin, Ace Hardware, Samsung, Maxis  & lain2.. Kalau bab makan, takyah risau, sebab sini memang meriah Sushi King, Seoul Garden, Texas Chicken, Satay Station, Big Brother Restaurant, CUT Steakhouse and burger By Chef Zubir pun ada & yang lain2/
Nampak gayanye makin happening & makin jem lah area Subang Bestari ni yer.. hurrmm..




Puas ronda


Events





Masa aku datang sini, boleh dikatan 40% kedai2 yang dah bukak. Selebihnya still under renovation & ada yang belom ada pemiliknya.. Aku ada gak tanya2 harga sewa kat dalam tu. RM6K engko..! tak mampu aku.. mampu tanya jerlah... ekekekek

Lepas puas ronda kat belah luar, masuk pulak giant.


Maggi 2.99 murah sangat!  Masa aku pergi tu, aku adalah update dlm FB, ada yg inbox / wassep aku tye pasal promo2 ni. promo sampai bile? kat mane giant ni? banyak ke promo? dll.. Hehehee.. Aku jawab mane yang aku tau jerlah yer.. selebihnya kene tengok sendiri, baru puas hati.. yer tak?



 Promosi..promosi..promosi...


Aku aim benda ni.. storage box. senang nak aper2 kat dalam tu.. RM6.90


Tengok ni, barbie RM19.99 jer.. murah wey! Aritu aku ada survey pampers anak Drypers tak silap aku dalam RM30 jer. Ayam sekilo dalm RM4 lebih camtu.. Lagi aper nyek.. lupe dah dah.. hehehehe 

Harga giler2 murah. Sana sini promo.. Patutlah ramai betul orang. uuhuuu....Maybe giant buat promo sempena openning Star Avenue kot.. Next kalau korang pergi tak dapat arge tu jgn marah yer... hehehee... 

Friday, December 18, 2015

Baca Yassin.

Mak aku ni kan,  suke naw buat kejutan... tau2 jer nak buat masak2 nak panggil orang baca yassin datang rumah. Tu takpe lagi. Masalahnye harini bagitau, esok dah nak buat.. Ahcanner tu? Layankan jerlah... Mak cakap kecik2 jer, mak tak panggil ramai pun.. yang terdekat jer.. errmm.. aku kalau mak aku cakap kecik2 tu susah naw aku nak percaya. hehehee..





Aku congak2 lebih kurang dekat 30 orang yang datang baca yassin. Alhamdulillah. Yang datang kebanyakan muda2. Bukan aper, sekarang ni susah okey nak kumpul budak2 muda buat aktiviti berfaedah camni..  Alhamdulillah.


 

Selesai majlis, kitaorang ada sediakan makanan sikit.
Menu malam tu, mee goreng basah, sambal tumis ikan bilis, pulut kuning, buah, kuih2
Mak cakap pulut kuning tu mak buat untuk Adam & qaseh sempena qatam Quran.
Alhamdulillah. Terima Kasih mak.
 

Wednesday, December 9, 2015

Discount For IKEA Member di Kid's E World

Salam, hai semua!


Terbuntang2 bijik mata bile nengok perkataan DISKAUN kan.. Hahhaaa.. Samalah dgn yang bercakap ni.. mihhh..mihhh..mihh
Aku sebenarnya dah lama dah aim nak bawak anak2 masuk kat Kid's E-World ni, tapi menengokkan dia punye rege... gulp! bole tercekek air liur... uuhuuu.. Almaklumlah anak 3, kalau sorang tu gigihlah jugak nak mengadakan..

Rates:
Weekday - RM40
Weekend / Holidays/ School Holidays - RM60



Memandangkan sekarang ada offer 25% untuk pemegang kad IKEA, maka memang berbaloi2lah kalau nak angkut budak bertiga tu pergi kan. Syaratnya KAD IKEA kene bawak. Nak save lagi bawak stokin sendiri.




Bukan kata anak2, aku sendiri pun seronok nengok tempat ni. Dengan colornye, dengan permainannye, dengan luasnye.. suke.. suke.. suke!!







Tempat terbahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian playground untuk kanak2 bawah 4 tahun & 1 lagi bahagian  lebih exciting untuk kids bawah 12 tahun.







Kemain happy lagi budak kenit ni. Sampai ajak balik pun taknak. Huuuuuuu..
Bertabahlah mommy melayan. 

Serius, tak rugi kalau bawak anak2 dtg sini. 
Banyak benda yang dorang dapat explore kat sini. Serius!
ok, bai!



Friday, December 4, 2015

Berkelah Di FRIM, Kepong

Assalammualaikum.  Lama betul tak bersiaran. Tgh nak adjust mood sikit. Latelyni badan tak berapa nak sihat. Aku mohon doa dari rakan2 yang membaca blog ni, supaya doakan kesihatan aku kembali sihat seperti sedia kala. Amin.

Just nak share 1 tempat riadah pada aku not bad jugaklah untuk bawak anak2 pergi beriadah sempena musim cuti sekolah ni. FRIM (Forest Research Institute Malaysia) yang terletak di Kepong. 


 Untuk masuk ke sini, korang akan dikenakan bayaran RM5 untuk kereta termasuk pemandu dan tambahan RM1 untuk setiap penumpang dewasa.

Harga Tiket FRIM
Sikit info untuk yang nak ke sana. Aktiviti rekreasi hanya boleh dilakukan pengunjung pada jam 5:30 pagi – 7:30 pagi dan 8:30 pagi – 7:30 petang pada hari bekerja. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang.

Selain dari aktiviti perkelahan terdapat banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sana seperti jungle tracking, mengayuh basikal dan canopy walkway dan lain2.















Mencungap gaklah aku nak mendaki tangga bukit tu. Bukan sikit wey. Tinggi jugaklah untuk orang kategori macam aku ni. (comel2) uuhuuu... Almaklumlah lemak2 tepu dah bersarang kat badan.. *nanges :(

Lepas puas mendaki, turun balik, pastu anak2 dah menggelinting nak mandi sungai. Sebenarnya kawasan perkelahan tu takdalah besar mana tapi cukuplah untuk buat anak2 happy dapat mandi kat situ dgn air yang jernih.


 Ya Allah jernihnya air sungai ni. Walaupun lepas hujan. Kagum aku. 






Korang takyah susah2 hati kalau korang malas nak bawak bekal ke aper ker, sebab kat area sini ada kedai makan. Kalau lapar boleh terus order kat situ.


Lepas puas berendam plan nak bawak anak2 pegi kat area Canopy walkway. Tapi time kitaorang nak pegi tu tutuplah pulak tengah di selenggarakan. hurrmm.. nak wat camner takda rezeki katakan. En. daddy cakap InsyaAllah next kita try yang ni pulak.


 Adam cakap, kalau boleh tiap2 minggu nak pegi FRIM best katanye. 

T_______________T

InsyaAllah, kalau ada kelapangan kita pergi lagi.


Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...