Tuesday, March 22, 2016

2D 1N at Luxury Beachfront Villa, Melaka

Salam. Hai! 

Sori buat uollz tertunggu2, bilaaalah ahkak nak hapdate belog yer.. TERIMA KASIHlah pada yang bertanya bila ahkak nak update belog.. i is terharu uollz.. #dramasangat 
Masanya dah tiba bila ahkak ko bukak dekat overview nengok graf pageview dah semakin menurun maka menggelupurlah ahkak ketika itu. 
keh! keh! keh! i takot uollz ilang feerrminat.. ekekeke... #nakmuntahijo

Ok2.. Sebab dah 'agak' lama membiarkan ia bersarang.. maka harussslah menghapdatenye dgn story2 yang menarik kan, tak gituew?! #matilahnak

Ahkak kasi korang layan dulu gambar2 yang ado, baru ahkak start citer.. 
aci tak? #ngelat




Last week birthday MIL & kitaorang celebrate kat Melaka. 
Alhamdulillah, dapat gak booking walaupun last minute. hehehe.. 
Tenkiu boy (BIL), sebab kasi settle sampai jadi!  T______T


7379c Jalan Spring 3, Tanjung Kling, Melaka, Melaka, Malaysia



Antara kemudahan2 yang disediakan di sini.


 Ruang dapur. Besar & Luas.


Ada 6 Bilik semuanya & besar2. Kalau family ramai, bole bawak toto sendiri. Setiap bilik beraircond. Tu yang ahkak paling suka tu.. 


 
 Bilik ni siap ada jakuzzi. Tapi nyampah, tak bole guna. Puas aku ngan Kak Yeen (SIL) godek2, still tak kuar air. Sian  bebudak, dah excited nak mandi kat dalam tu.


Chak! budak kenit ni, yang paling kenit sekali dalam family side en daddy. Budak kenit yang tak banyak ragam.. behave jer... Hehehe... Good girl! Tunggu besau sikit yer, macam2 kakak indah nak turun kan ilmu tu.. ngeh..ngehh..ngeh


Tak sempat nak tunggu redup memasing dah menggelinjat nak terjun kolam. Termasukklah yg sedang bercakap ni.. kehhh..kehh..kehh!


Dah puas mandi kolam, main bola pulak mereka. Pastu dah puas main bola, terjun pulak kolam... Hamboiii.. kemain happy lagi memasing..Yerlah.. jaraaangggg..jarangggg dapat nak bercuti together gether.. kan...


Villa ni kedudukan dia, mengadap laut. Tapi sayang, laut dia tak boleh mandi. Air dia tak berapa nak cantik. Kalau nak try jugak, aku tak jamin, silap2 menggaru 1 badan.. hahahahaa..


Puas si boy kaber perut.. hahhaaa.. Yang belakang tu Kak Leez (SIL) geng kamching dak Adam. Kat villa ni, boleh buat BBQ. Segala peralatan  untuk BBQ di sediakan..   
Bahan2 utk masak, lu pikirlah sendiri nak bakar ape, ikan ke, ayam ke, itik ker, kambing ker or aper2 jer.. asal bole makan.

T_______________T


 
Belah malam pulak, kitaorang plan nak buat suprised party untuk MIL tapi last2 kitaorang yang tersupriseeedd sendiri sebab MIL dah boleh agak dah agenda kitaorang tu..
hurrrmmmm...  

Esok....


Macam biasa, pepagi lagi memasing dah terjun kolam. Almaklumlah, rumah ada private pool katakan.. bila2 masa jer boleh terjun kolam. #veranganjapjaporangkaya2

Time to checkout pukul 12.00pm

Us


 Family En. Daddy :)

 Team Boboiyot.. ekekeke...

Team Gegurlz Diva Kebabom..

Untuk nama team gegulz haruzlah letop2.. hahaha



Review pasal villa ni :-
Pada aku, villa ni sangat best untuk family gathering. Memang selesa sangat.
Ahkak bagi 8.5/10 bintang 

insyaAllah, ada rezeki kita repeat lagi... 




(p/s to  tuan villa, nak mintak turunkan sikit harga sewa buley??)




Next N3 jenjalan Melaka Premium Outlet

Kasi velanja pic 1 dulu..


ok, bai!

 

Thursday, February 11, 2016

Wet World, Shah Alam.

Hambek ko! dari bulan january dah masuk ke bulan february baru nak sambung citer... dah basi dah kot citer nye.. Terima kasihlah pada yang sabar & sudi menunggu.. #muahciked. 

Ok, kita sambung balik citer yer. Walaupun agak basi di situ, tapi aku rasa aku patut share kat korang salah satu tempat riadah yang menarik di Shah Alam iaitu Wet World.

Sumpah! dah lama giler tak jejak kaki kat sini. Seingat aku, last aku  pergi sini, masa aku belasan tahun. Korang bayangkanlah sekarang umur aku dah puluhan tahun (umur rahsia.. #bluuek) anak dah 3.. memang agak berjanggut gaklah tak pergi..



Masa aku pegi ni time cuti sekolah last year. Memang ramailah orang kan. Hurrmm.. Sebab dah tak kemana2, masa cuti sekolah, sian kat anak2, terus ajak en. daddy pegi sini.  Happy sesangat bebudak tu.


Senarai harga tiket masuk Wet World untuk yang ada MyKad & MyKid
Dewasa - RM25 | Kanak-kanak - RM20

Untuk pelancong
Dewasa - RM35 | Kanak-kanak - RM30

Harga TIDAK termasuk sewa Cabana, tubes & locker.

Yang paling aku ingat makanan luar TIDAK dibenarkan di bawa masuk. Masa korang nak masuk kat situ, staff wet World akan check beg korang hokey.. ko sorok camner pun dorang bole dpt.. hehehe.. Jangan mimpi korang nak bawak masuk nasi lemak ke, mee goreng ker, sambal tumis ker.. ekekekeeee..  


Aku masa memula masuk, dah meloponggg mulut aku.. hahahha Hebat! hebatt!! hebatt! dah banyak yang berubah. suke aku! Dah nak dekat sama standard ngan sunway lagoon..  :)

Moh layan, gambar2 yang sempat aku ambik.. 





Slide pun dah banyak pilihan tapi korang kene sewa tube baru boleh naik.








Pondok ni korang boleh sewa. 
Lain2 harga tau! Nak sewa, kene datang awal, kalau tak tak merasa hoh!


 Dah banyak kemudahan yang pihak Wet world sediakan. Toilet pun boleh tahan besar.


Muke Qaseh time ni terpoongehh, sebab perut masuk angin..



2 little ruscal dah bersiap nak balik.. Memasing muka keletihan.




Details:
Wet World Water Park Shah Alam Taman Tema Air Wet World, No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Sek.14, 40000 Shah Alam, Selangor D.E.

Contact:
 Tel: +6 03 5513 2020
Fax: +6 03 5510 7619
Email: sales.wwsa@owg.com.my


Operation Hours:
10.00 am – 6.00 pm
Closed on Wednesdays, except during
School Holidays & Public Holidays





ok, bai!

Monday, January 18, 2016

Hello January!

Aku rasa dekat berpuluh2 kali gaklah aku dok menggodek2 pic2 kat gallery phone.. dan setiap kali tu jugak aku pasang niat nak update belog.. huurrrmmm... tapi apakan daya mood tak brape nak ngammm.. sebab tu belog ni dah bersawang.. uuhuuu.. maafkan hamba ini..

Ok, sebagai permulaan, aku nak ucap selamat melangkah ke tahun 2016. Hopefully kita semua akan tabah dalam menghadapai aper jua dugaan & rintangan. Tak kiralah dari segi apa pun, mental, rohani, jasmani, financial.. uhukk..uhukkk... #kenekuadsemangad ok uollz.

********************************************************************************************************************
Ni lah antara aktiviti yang sempat kitaorang buat masa cuti sekolah aritu.. Kalau ada info yang aku masih ingat, aku akan share kat sini ok..

Chocolate Museum By Fidani @ Kota Damansara 
Address: Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia


Masa kitaorang pergi sini, memang tak plan pun. Di sebabkan dah taktau nak bawak anak2 gi mana, aku pun merajinkan diri google tempat2 yang agak menarik dekat area rumah. Rupanya Muzium Coklat ni tak jauh pun dari rumah. So, bila bgtau dorang, aku nak bawak dorang kat sini, aper lagi kemain happylah.. hehehe



  
Opening Hours
Open daily from 10 am to 5 pm
Free Entry

Review: Ok, ini pendapat aku, tempat ni aku rasa kene upgrade lagi, kene nampak lebih menarik & fun. Bila kitaorang keluar dari sini 1st ayat yg keluar dari mulut anak2 "takda aper yang menarik pun mommy.." uhuuu... 



Pusat Akuatik Darul Ehsan
Address: Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
 


Pusat Akuatik Shah Alam ni pun first time gak aku pergi. Best jugaklah. Besau pool dia. Masuk pun murah. Kalau mak2 nak pegi tapi tak nak swimming bole bentang tikar kat belah tepi2 swimming pool. Ramai jer aku nengok orang bawak tikar. heheheee.. kalau bawak makanan aku tak sure. Setakat jajan2 bolehlah kot.. tapi kalau bawak rendang ayam, nasi impit kuah kacang bagai.. itu aku tak sempat nak tanye.. hihiiii..hhii. 
 
 Waktu beroperasi.


Harga Tiket.

NOTA PETING!!! Sekali kemasukkan adalah untuk 2 jam penggunaan sahaja. 
Kalau lebih maybe kene topup agaknyelah.. aku pun tak sure...
Camner nyek? heheheee.. camner dorang nak cam sorang2 yang masuk dari pukul braper sampai pukul braper .. ramai tu...

Review: So far, kat sini anak2 happy jer sebab bole mandi kolam. :) Dorang cakap next time nak datang lagi :)
 
 URBAN ADVENTURE @ MID VALLEY 
LOKASI: T-014D & 014E & 054 (Tingkat 3) dekat dgn Pets Wonderland


 Ok, yang ni experience yang paling best setakat ni. Seronok gak sekali sekala jalan keluar dgn family side en. daddy. Anak2 pun happy sebab jaraaangg sangat dapat together2 keluar ngan cousin2 dia. Selalunya berkumpul kat rumah MIL.
 Lokasi pilihan ialah Mid Valley


Lepas makan macam biasalah, jalan2 jap cuci mata. Sekali terrrjumpe pulak kedai ni URBAN ADVENTURE. Yang best nye bukan pasal nak shopping ke aper.. sebabnya kat kedai tu ada aktiviti yang anak2 boleh try.


 Memang tak di sangka2 dak kecik ni pun nak jugak try panjat... uuhuu.. Mak ko melopong kat bawah nengok..  Ye ke tidak budak ni.. ye ke tidak budak.. mcam tak percaya.. Masa dak indah tgh panjat ni, kitaorang pun terjerit2 bagi moral support kat dia untuk habiskan..  dah nak giveup gaklah dia.. hehehehe .. Akhirrrnya.. berjaya gak dia habiskan misi memanjat tu.. Alhamdulillah.


Betul2 berani dak kecik ni. MIL aku pun tak sangka nengok dia seberani itu. Yang SIL aku pun dah macam nak giler kagum ker..  over excited ker... haper ker.. aku pun tak sure.. hahahahhaaa.. tapi SIL aku ni memang extra happening.. sampai naik peningg aku.. muahahahaaa.. sorry kak!!!

Aku tanya jugak kat budak2 yang jaga situ "pernah tak budak umur 2 tahun yang try panjat benda ni?" adik tu cakap "pernah kak, tapi indah lagi laju dia panjat, masa dia lagi cepat dari budak tu" OoooOOO ok.. Syabas bete!

Review: Kat sini anak2 betul enjoy. Dorang suka buat aktiviti2 macam ni. lagi happy bila ada geng... :)


Next tripnya pulak en. daddy bawak kitaorang gi Genting Highlands. Dah pukul 3 petang baru nak naik genting.. ko ghaseee..??  Tak silap aku time kitaorang pergi time krismas. Korang boleh bayangkan tak betapa sesaknya kat atas tu.. Sekarang ni Genting tengah heavy construction. Macam2 benda dorang nak buat kat atas tu.  Memang sesak betul, dah ar parking susah. Dekat 1 jam kitaorang mencari parking tak jumpa. Last2 aku cakap en daddy, kalau tak jumpe parking kita turun balik, then terus balik rumah. Nasiibb baiklah last round tu jumpe parking alhamdulillah.. tapiiiiii menapaklah kitaorang anak veranak berjalan nak pergi ke indoor park. Dah sampai sane, ya ammmpuuunnn.. ramaiiinya oranggg.. naik fening aku. Aku sampai macam tak bole bernapas kat dalam tu. Nak main2 pun tak lalu sebab beratur panjang, memang tak kose aku. Last2 aku ajak en. daddy lepak kat luar. Hirup udara nyaman... Masa baru keluar dari situ, kabusss tebal betul, anak2 dah start mengigil sejuk tapi doranag seronok. Dekat pkl 10 mlm gaklah kitaorang turun terus balik subang.  Masa nak turun tu, sumpah! nebes.. sebab tak nampak jalan. Dalam hati berdoa jer aku, hopefully selamat. Alhamdulillah.. New experience untuk kiddos, berdepan dgn kabus tebal + angin kuad. Aku cakap ngan dorang, kene tahan sejuk2 camgini, baru bole pergi oversea.. hahahaha aci tak?  (sori kat sini memang aku tak lalu nak ambik pic, sebab macam2 ghase ada pening + nak muntah + sesak napas + sejuk = sekian)


#budakkecikjiwakental




...... sambungan, kalau ghajin tunggulah yer.........


Tuesday, December 22, 2015

Melawat Cik Mieow

Bangun2 pagi jer dak kenit tu dah meraung.. nak ajak gi jalan-jalan. Yang abang ngan kakak pulak dok sibuk mengajak nak pegi tengok kucing.. huurmm.. kucing blakang rumah ni ada 2, 3 ekor taknak pulak korang tengok... huurrmmm...Nasiblah nak, cuti sekolah tahun ni mak apak korang budget burstt.. So kita pusing2 area rumah jerlah yer.. 

Gigih okey aku skodeng ig tempat2 yang boleh tengok/ main ngan kucing. Skodeng punye skodeng sekali terjumpa 1 tempat ni kat area Bukit Jelutong.


 My Cat Villa 
Lot 4-G-02, Jalan Bazaar, D’Vida Bukit Jelutong, Shah Alam
Nak lagi senang mencari, tempat ni berdekatan dengan ZAWARA COFFEE.


 Banyak jugak kucing yang ada kat sini. Menurut tuan owner, kat My Cat Villa ni dorang ada menyediakan services macam hostel untuk kucing. Let's say kalau korang nak gi bercuti, taktau nak letak mane kucing2 korang tu, korang bole tinggalkan kat sini.. so.. dorang akan jagakan kucing korang. Tak perlu risau.




Rate : 
Deluxe Room - RM30 per night per cat (Max 1 cat per room)
Super Deluxe Room - RM50 per night per cat (Additional cat will require a surcharge min. 3 cats. Max 5 cats per room)



source : My Cat Villa

source : My Cat Villa

source : My Cat Villa

source : My Cat Villa
 Selain dari tu, MCT ada menyediakan servis SPA, MEAL, HYGIENE, AIR, WATER, HEALTH AND SAFETY, CONSULTATION

Comel2 kucing yang ada kat MCV ni wey. Dak adam asyik mengetap2 gigi jer.. hehehe.. Yang si kenit tu dalam2 berani ada gak takutnye.. hehehe.. Yang Si Qaseh pulak, memang penakut ngan kucing.. memang jauuuhhh jer dia duduk dari kucing tu.. hehehee





 ko nengok, kalau boleh nak nak di ciumm jer kucing tu. ekekeke.. Tak senang kucing tu nak makan/ minum.. hehehe


Ni kucing owner MCV aku lupe plak nak berkenalan ngan owner & kucing ni.. hehehee.. Sori naa.. Si Adam dok menggeram ngan yang ni sebab yang ni behave sikit. Elok jer dok diam.. jalan pun slow motion... heheheh


So, kalau korang nak tau lebih lanjut tentang tempat ni boleh pergi sini


 ok, daaaaaa!

Monday, December 21, 2015

Resepi Sambal Bali Ayam

Morning uollz.
Last week, aku nengok kemain berderet orang dok share resepi kat  Ayam Sambal Bali cik Aisha Shukor kat FB. Sumpah! bila tengok gambar, boleh merechik air liur di buatnye.. 





Aku macam biasalah bila dah terpandang tu, tak bolelah nak di tahan2. 
Asyik teringat2. Uuhuuu.. Aper lagi gigihlah aku, balik2 keje terus singgah kedai mencari aper yang patut.


Bahan-bahan 
1. Daun Kari
2. Serai - dititik

Bahan untuk blend
3. Cili Blend
4. Bawang besar dalam 3 or 4 biji
5. Bawang putih 1 labu
6. Halia - sikit
7. Belacan - sikit

7. Kicap masin / kicap manis


Aku ada buat 'sikit' perubahan pada resepi Sambal Bali Ayam ni. Dari segi penggunaan garam & gula. Yang lain semua lebih kurang sama. :) 


Cara-Cara
1. Goreng ayam - goreng JANGAN garing sangat. Pastu angkat & tos minyak.
2. Lebihan minyak goreng ayam tu, masukkan serai yang dah dititik & daun kari
3. Dah naik bau, masukkan bahan2 yang diblend tadi, tumis sampai garing.
4. Letakkan kicap masin & manis
5. Kalau nak letak garam & gula sikit pun bole. Tapi aku tak letak sebab dah ada kicap masin & manis. 
6. Masukkan ayam & gaul rata.



Taraaa.... dah siap!

Sorilah yer, aku punye sambal bali ayam hitam manis sikit rupe dia.. hehehee..  Tapi rasa dia.. uummppphh! bak kata en. daddy... hehheee


Park Choy Masak Sos Tiram.
 
1. Sayur - di celur & di toskan letak dalam pinggan
2. Bawang putih 3 biji - potong dadu 
3. Goreng bawang putih sampai kekuning2an
4. Masukkan sos tiram & air (Air jangan banyak sangat)
5. Sos tadi di siram, atas sayur.
 
 
 
DONE!
 
 
 
 
 
pssst:  Sambal bali ni bukan setakat ngan ayam jer korang boleh buat, daging pun boleh. Makan dengan nasi impit.. perrgghhh! sedap okey.
Reseipi SAMBAL BALI DAGING aku share kat SINI 
 
 
ok, bai!

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...