Thursday, December 14, 2017

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha.. Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog.

uuhuu..

Untuk sesi memanaskan badan, kita tanye2 kabo jerlah dulu yer tak? hikk..hikk..

Sihat ke idok geng alam maya? Aku harap korang semua berada dalam keadaan sihat baik2 sahaja yer. :)

Sebenarnya banyak benda nak share ngan korang. Banyak cerita yang aku lalui sepanjang tempoh berpantang menyepikan diri. Ada kesah suka, duka & terlalu duka (*part terlalu duka ni nanti tiba masa InsyaAllah aku share ngan korang semua yer. Doakan aku diberi kekuatan untuk share pengalaman aku tu nanti)

InsyaAllah.


Monday, September 26, 2016

5 Cara Tukar Card Mydebit Maybank Secara Online!

Wahhhhh..!!!
dah senang nak senang lagi.
Takyah pening2 nak ambik cuti semata2 nak gi beratur kat bank nak tukar kad Mydebit.
Semuanya dah berada di hujung jari chuollz.

Meh ahkak ajarin step by step.

1st : Of coz chuollz kene ada acc Maybank2u.


2nd : dah login


3rd:  Click dekat Card Management

4th: Click dekat ATM / Debit Card

5th : Click kat Replace Card. Then masukkan details address. Lepas tu request TAC No & masukkan ke dalam kotak yang disediakan.

Siap!


Just tunggu at least 2 weeks untuk card tu sampai ke tangan anda.


Mudah kan? Selamat mencuba. :)


Thursday, September 22, 2016

Terkilan.

Malam tadi before lelap, sajelah borak2 laki bini. Macam2 cerita keluar. Cerita pasal kehidupan, bisnes, pasal hati, pasal perhubungan, pasal macam2lah.. hurrmmm...

Lega rasanya aku dah luahkan apa yang terbuku kat hati aku selama ni.

Selama ni aku pendam sorang2. Tak pernah nak share ngan en. daddy apa yang aku tengah rasa sekarang ni.

Sedih.. terkilan.. ralat.. jauh hati.. semua rasalah yang ada.

En. daddy jadi pendengar setia aku malam tadi. Terkejut jugak dia, bila aku meluahkan apa yang tengah aku rasa sekarang ni. :(

Aku tanya en. daddy salah ker aku ada perasaan camgini? Rasa terkilan yang lebihnya.

En. daddy paham. Kalau dia kat tempat aku pun dia akan rasa apa yang aku rasa iaitu TERKILAN

Dia usap rambut & pipi aku. "Takpelah.. InsyaAllah ada rezeki kita nanti.. sabar.."

Time ni, sebenarnya dah berjurai air mata aku. 

Sebab nilah yang aku taknak cerita. Hati aku tak kuad. :(

Aku cakap dgn en. daddy, jauh dari sudut hati aku nak ada perasaan jeles.. dengki.. sakit hati.. or perasaan yg buat aku sendiri tak selesa. jauhhh sangat. Bole dikatakan takda. Cuma yang ada perasaan terkilan.

Bila aku baca penulisan dari Jendela Anny dalam blog Suraya Sulatin aku faham perasaan itu. Rasa TERRRRKILAN SANGAT2. Aku suka ayat Anny yang ni "Padan Muka Aku.."

hahhahaaa.. 

memang padanlah dengan muka aku.

Terlalu lurus.. 

Terlalu banyak angan2.. 

Terlalu banyak impian. 

Padan ngan muka aku bila benda camgini jadi.. uuhuuuu



So now, Aku dah bole MOVE ON dah dengan apa yang jadi kat aku. 

& aku ambik pengajaran dengan setiap yang jadi.

Kawan2 doakan aku yer.

Monday, September 19, 2016

Borak Jom.

Salam. hai!

Lama naw rasanya bercuti kat. Naik keras kejung dok rumah. Cuti bile ongkos tak berapa nak ado camginilah...  Uuhuu.. *sangap*

*camnerlah nak mengadap hari2 akan datang ni yer.. uhukk..uhuukk..* 

hurm..

oklah, jom kite lupakan 'Apa akan jadi ngan aku akan datang' kite sambung borak pasal resignation aku.

Bila kengkawan dah tau keputusan aku ni, ramai yang bertanya..

Soalan : Kenapa?
Jawapan : Takda aper saje jer. (haahaha) Takdelah... Sebenarnya banyak sebab. 1st sebab request from en daddy, memang dah lama berzikir kat telinga aku suh aku berhenti...berhenti..berhenti.. naik bernanah telinga aku dengar. Uuhuu.. Time dia berzikir tu, aku rasa aku blom cukup bersedia untuk jadi surirumah sepenuh masa lagi.. :( TETAPI  sekarang ni aku rasa masa dah time utk aku lebih fokus kat family aku... 😊 2nd. Ofcos sebab anak2. Sekarang aku hantar anak2 kat taska. Tak larat rasanya nak bekejar2 nak ambik anak kat taska. Kesian kat dorang tunggu mommy & daddy dorang balik malam.😢 3rd. Alhamdulillah. En. daddy dapat better offer. So.. memang dah tiba masa untuk dia fokus kerja &  aku fokus kat rumah. Sian jugak aku ngan en. daddy bekejar ambik aku, pastu bekejar ambik anak2, pastu bekejar pulak ngan aku.. (eh..eh.. hahahaa)

Soalan : Kau tak menyesal ker, after 11 tahun kerja ngan same company?
Jawapan : ermm.. ni soklan melibatkan hati, perasaan, dalaman serta luaran.. #gituew!
Menyesal nyek..? ermm... entah. Susah nak cakap. Nak kata menyesal, tak. Nak kata tak menyesal pun tak. After 11 tahun bekerja dgn company yang sama, macam2 rasa ada wey. (*jawapan aku KIV dululah.. susah nak jawab)
 
Soalan : So, aper perancangan ko lepas ni?
Jawapan :  Serius, buat masa sekarang aku takda lagi apa2 planning.

Soalan : Takpelah lepas ni  ko bole fokus kat bisnes online or aper2 bisnes.
Jawapan : Senyum. InsyaAllah. Memang itu angan2 mat jenin aku. Nak setup bisnes sendiri.
 InsyaAllah kengkawan one day. Aku berdoa suatu hari nanti angan2 aku akan jadi kenyataan.  Korang tolong doa2kan aku yer... :)





Friday, September 9, 2016

Dear Sahabat

Salam.

Lega rasanya bila dah bagitau kengkawan yang dekat ngan aku tentang keputusan aku ni. (Macam2 rasa hokey, tapi aku tahan jer..uuhuu)

Dear Sahabat. 

Sebenarnya bukan senang okey, aku nak buat keputusan ni. Banyak perkara, banyak faktor banyak benda yang aku kene pikir pro & conts once aku dah decide. Tambah lagi aku dah lama bersama ngan korang & aku 'SELESA'. Makan tahun jugaklah aku nak buat keputusan ni.  Dan akhirnya, hujung  bulan sembilan ni adalah noktahnya. 

Dear Sahabat.

Maafkan aku kalau aku pernah melukakan hati korang, pernah buat korang sentap, pernah buat korang rasa tak selesa ngan pe'el aku, pernah paw makanan korang, pernah melahar korang dalam terang.. Maafkan aku.

Dear Sahabat.

Terima Kasih sebab korang ada masa aku susah & senang. Korang sentiasa ada masa suka & duka aku. Terima Kasih sebab korang selalu support aku. :)

Dear Sahabat.

Aku sayang korang ketat2. Aku dah anggap korang macam adik beradik aku dah. Lepas ni korang kene janji ngan aku, korang JANGAN REMOVE aku dalam group wassep kita.. & paling penting JANGAN REMOVE aku dalam hati & ingatan korang tau.

Pomise! 






Thursday, September 8, 2016

Anak Buah Baru.

 Salam.

Memperkenalkan anak buah2an baru kitew yang ke...... 
jap kire........

Anak kaklong - 5
Anak Kakngah - 2
Anak Aku -3
Anak Erra - 3
Anak Pizi - 1

ok yang ke 14. Ramai dah cucu umi ngan tokyah. Yang lagi sorang ON THE WAY InsyaAllah. uuhuuu


NAME : Puteri Airin Medina (Anak adik, Erra)
D.O.B : 5 Ogos 2016 (kalau tak silap.. heheheh)

Last week, Erra jemput datang rumah, dia adakan Majlis Tahnik untuk Medina. 




  
Maksud Tahnik ? 

Tahnik adalah melumurkan buah kurma ke dalam mulut bayi yaitu di bagian langit-langit mulut bayi, dimana sebelumnya kurma yang dilumurkan terlebih dahulu di lumat. Para ahli bahasa mengatakan bahwa tahnik ialah mengunyah kurma lalu menggosokan kurma tersebut ke langit-langit mulut bayi. Tujuannya adalah agar bayi bisa terlatih untuk mengunyah dan membantu menguatkan bayi untuk makan.

Tak jemput sape2 pun. Cuma mak panggil ustazah & kami adik beradik jer. 

Papa Medina


Mommy potongkan rambut Medina yer. :)


  Tuan rumah, Erra & Iris

 

  Mommy doakan Medina jadi anak yang solehah yer.

.

.

.

.

.

.

.

Mommy tunggu Medina besar sikit jer lagi, mommy nak gomol..

 

Muah <3

Monday, August 22, 2016

Anniversary Wet World Shah Alam

Ke Wet World lagi kita. Weehuuuuuuu...!!!

Kali ni aku datang atas jemputan pihak Wet World sempena Anniversary dorang yang ke 20 tahun. 

TAHNIAH WET WORLD!

Registration



Dapat Complimentary Cabana & Double Tube & souvenir

Nampak jer air, anak2 dah menggelenjat tak sabar nak mandi.

Jom layan gambar :)





Best betul pegi kali ni sebab tak ramai orang..
Ahkak suka, tak sesak.


Cabana. :)


Paling seronok datang kali ni, sebab takyah berebut & que nak naik slide.

HAPPY!


Korang tengok sape yang paling happy main vuvuzela ni.. uuhuuuu




Harga sewa cabana & pelampung









Bestkan? bestkan?

InsyaAllah next time bole dtg lagi..

Yaahuuuuuuuu!!!

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...