Tuesday, August 24, 2010

Tungau oh Tungau....!

Salam....
Rupenye ramai yang tidak tahu pasal tungau @ pernah dengar pasal tungau tp x pernah nengok cmner rupe dia.. so arini saya try cari info pasal TUNGAU.. harap info ini sedikit sebanyak dapat membantu serta menambah ilmu pengetahuan...



Sengkenit adik beradik tungau adalah sejenis parasit yang duduk bertapa di atas haiwan @ makhluk lain dan menghisap darah hampir semua jenis binatang, termasuk manusia. ermmmmm.... Haiwan nie biasa kite jumpa dekat kucing, anjing, ayam & itik

Pekerjaan dia: 
  • Menghisap darah dan akan menyebabkan kulit membengkak & gatal

Tetapi dia tak merbahaya  kecuali menjadi vektor penyakit. Sengkenit boleh menjangkiti manusia apabila bakteria @ virus yang terdapat pada kucing jatuh ke atas daun dan hinggap serta menjangkiti manusia. Apabila sengkenit berada diatas badan manusia, dia kan menghisap darah dan menyuntik sejenis bahan bagi menghalang darah daripada membeku. Jika sengkenit telah dijangkiti, bahan yang ditinggalkan mempunyai kuman yang menyebabkan penyakit.

Cara-cara mengatasinya
  • Bagi menghidarinya, apabila berjalan dalam belukar atau hutan, ikutlah laluan yang disediakan.
  • Pakai pakaian yang nipis dan ringan supaya TUNGAU tidak melekat pada pakaian.
Tungau - (mites) dalam keluarga Arachnida paling kecil kurang dari 1 milimeter (mm)
Sengkenit - (ticks): bersaiz lebih besar dari tungau, boleh dilihat lebih dari 1 mm
- Sumber dari estidotmy


Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak. Sengkenit sering membawa kuman penyakit tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang.
- Sumber dari internet

5 comments:

  1. ai ada dengar pasal tungau ni aida......eeeii...takut arr kalau kena,coz dia bukan boleh main buang mcm tu aje kan......takut lak dengar sampai blh lumpuh ye aida.....seram nya....

    ReplyDelete
  2. ari tu balik raye kat kampong mak mertua.Dua tahun rumah tu tinggal tak berpenghuni.Mengemas,menyapu,menebas..mcm2 la...Bila balik kl..sakit belakang dan kat area pusat..check2 ade la 2 ekor menatang ni..sekor dah kekenyangan..nak cabut tak susah sangat.Yg sekor lagi susah dan sakit..tapi menage to cabut gak...mula2 tak tau menatang ape.check ngan jiran yg expert dlm bidang pertanian...sengkenit rupanya..kenit je tapi sakit...sampai lepas cabut masih lagi sakit area tu....jiran tu cite mcm2 pasal bahaya sengkenit ni...nak tau call le..017-6091429

    ReplyDelete
  3. masa cuti deepavali ari tu saya balik kg di sabak bernam dan saya terkena gigitan sengkenit ni. dah hampir 3 minggu sengkenit ni dicabut drp kaki saya tp masih ada rasa gatal. masa baru2 dicabut tu saya rasa sakit sgt smpaikan terpaksa berdiri sebelah kaki masa mandi sbb air yg jatuh terkena kaki tu buat rasa sakit. skrg ni kaki makin bengkak dan 1 badan rasa gatal2. saya takut jgk kalau2 saya terkena penyakit kulit disebabkan haiwan parasit ni.

    ReplyDelete
  4. macam ne nk buang tungau

    ReplyDelete
  5. sorry,ada gmbr mcm mne seseorang itu kena tungau ta? cz i think,i already have it :(

    ReplyDelete

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...