Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Saturday, October 19, 2013

Bonding Time With My Luvelyfamily (Day 1)

Yeaaayyyyy!
Akhirnye berjaya gak planning aku & kak ngah nak buat family gathering. Walaupun taklah jauh mane tapiiiii ia memang cukup bermakna buat kami sekeluarga.

Keje carik hotel, booked mengebooked & carik tempat makan yg best2 mmg dorang serah kat aku.. Kalau aku yang mengebooked of course hotel WAJIB best. 
Aku nak kasi mak ngan ayah aku selesa skit.
Bak kate ayah "Hari ni Hari Raja Sehari Ayah Ngan Mak."
So, semua perbelanjaan ayah ngan mak ditanggung oleh anak2..

oklah..oklahh... paham..

Masa bertolak, ayah ngan mak naik kete ngan aku. 
Memang seronok ar dia. Tambah pulak si Adam pasang lagu tegar kat youtube, hurrmm memang kenelah ngan citarasa ayah aku.
Sepanjang jalan tok ayah ngan cucu nie menyanyi lagi Tegar. 
Kenkadang tu, Adam tukar lagu "Aku yang tersakiti".
Ayah tak brape tahu siapa penyanyi dia. Bile ayah tanye, mak laju plak jawab, JUDIKA..
Hahhaaaa... Hamboii. Curlast mak tau judika.. Ekkekeee..

Yang kelakarnyer, ayah aku bole tanye, "Adam facebook tu macam mane?"
Adam plak jawab, facebook tu, yg ada huruf 'F" nie, sambil tunjuk kat ipad..
Hahhahaaaa.. Sabar jerlah..

Mase sampai Melaka tempat wajib ialah Coconut Shake kat Klebang.
Aku rase coconut shake kat Klebang memang yang terbaik, compare yang dah ada kat KL.
Mase sampai kat Melaka, aku dh start sakit kepala. Macam nak migrain.
Tak koselah aku nak ambik2 gambar sangat.
Ramai giler hokey, orang kat coconut shake tu.
Yang tapaw, tapaw, yang makan kat situ, makan kat situ.

 En. Dadday  & Ayah

Mase ni, aku tunggu kak long sampai. Kak Ngah dah lama tunggu kat hotel & Erra mase nie otw.

Check in hotel MAHKOTA MELAK. Memang best ok..
Aku booked apartment 3 bilik


 Hotel aku berhadapan dgn Mahkota Prade & Hatten Hotel.
Kalau nak pegi padang pahlawan, boleh jalan kaki jer.
Tapi sorrylah, iolzz tak sanggup nak menapak, kang ilang lemak2 ai, sape yg susah??..
ekekeeeee..

 Our Apartment.
 Very selesa. Ada 3 bilik, 2 bilik air, dapur pun ada, tapi tak boleh masak. Huurmmm.. Aper kes?

Aktiviti Petang.

Swimming Pool Area

Bawak anak2 swimming.
Kat sini, dia strict skit. Sian anak2 buah aku, tak dapat mandi sbb nak kene pakai baju swimming.

 Swimming pool kat Mahkota ni ada 2.. Puuyooo!!!
So, korang bole pilih nak terjun tiruk kat belah mane..
Hahhaaaa..hhaaaaaaa..


Aktiviti Malam 

Belah malam pulak, adalah upacara kemuncak.  Kita meraikan beday 3 orang ahli keluarga
iaitu Emak, Kak Long & Rayyan

Happy Birthday Uolzz!!

Memang happening sangat masa majlis nie. Riuh!
tapi mcm biasalah kak long, touching lebey.. Hahhaaa..
HAPPY SANGAT.
Bukan kata beday gurl & beday boy jer yg dapat present, wolzz pun dapat gak. Hahhaaa..
Tukang bagi ialah ayah. Sorang2  nama dipanggil ambik hadiah.
Aku dapat frame. ekkeee.. oklah tu.
Then ayah bg ucapan skit. mcm biasalah ayah, akan bg ucapan ala2 YB. hehheeee...
Ayat ayah yang paling aku ingat
"SERONOK DAPAT BERKUMPUL MACAM NI. HARAP NEXT YEAR BOLE BUAT LAGI & KITA PEGI BANDUNG PULAK... "

ohhhyeeaaahHHH!!!

tak sempat aku nak tanye, bajet cmner? sendiri ker ditanggung??hahaaaa
 Masa nie Menteri Kewangan (Mak) dah menjeling.

ekekekee

Lepas majlis tu, wolzz gi makan ikan bakar kat Muara Sg. Duyong

  Ramai betul orang malam tu.



Food:  pahat goreng bercili, sotong goreng tepung, kangkung belacan, ikan siakap 4 ekor,
kerapu 1,  telur dadar. Gambar ikan aku tak sempat nak snap. Memasing dh lapar..
Licheeooonnn.. *licin*

Hahhaaaa..

Sila..silaaa...

Makan malam tu, utk 22 orang makan, wolzz kene dalam RM200++
Makanan kat sini, sedap, harga reasonable & services dia cepat!

Ok, malam tu plan nak ke jongker street, but cancel sebb malam tu memasing dah penatt bangat.
so, balik terus..... lena....




... bersambung

No comments:

Post a Comment