Tuesday, September 9, 2014

#ootd Indah

Nak jugakkkkkk dia ni.. ber"OOTD" tak nak kalah.. 
#Muahahahaha
kengkonon mommy nak buat sekewrt sendiri. 

#hahahaha

Nah hambek ko!


Jadi ker idok??

Plan asal nak buat pencil sekewrt #hahahaha jadinye Eraser Sekewrt.. #ekekeke 
Eraser pun eraserlah yer Indah.  Mommy paksa ko pakai jugak sewkewrt tu.

#hahahahahah

Walaupun hengot bengott sebab jahit tak guna mesin. Oklah tu kan dari tak ada??
Ni baru betul2 handmade

Tops : Miki kakak qaseh punye masa techik2
Sekewrt : sekewrt mommy buat sendiri dengan dibantu oleh my asst. aka (bibiks)
Shoes : by Poney


ok, bai!

Monday, September 8, 2014

Langsir Semeter RM1 @ Sarah Hughes Globe

Baca tajuk jer pun boleh buat kaum hawa di muka bumi ni fengsan empat puloh jam..
#Muuhahahahaha
Tuleeeeh sape suruh tak pollow belog Kak Moon : Moon Punyer Blog
Sape suh tak request pren FB ngan dia : Munirah Moon
Manyakk lugii WoooooOO

**masaklah kak moon lepas ni berdoyon2 orang nak request pren dkt 40 jutaa..
#Muuhahahahaha

Weeken lepas, sempat gak aku pegi menterjah ke Sarah Hughes Globe. Ini semua berkat hasil usaha Kak Moon memancing pembaca2 belog dia dengan harga kain langsir serendah RM1 semeter.
Berjaya Kak Moon memncing aku ke situ.. Tahniah Kak Moon! 
#clapclap #Hahahahaha
Ko tak pitammmm?? mane nak dapat kain langsir semeter RM1..
Ni bukan rancangan Ripley's Believe It Or Not yer dek-dek non.
Believe It!


Hambek ko harga langsir RM.8.90 semeter jadi RM1 semeter
Sila pitam.  =_=

 Langsir RM10 semeter pun jadi RM1 semeter. 
Fengssaaaannnnn... bangun balik


Langsir RM1 semeter ni aku yang punyaaa!! Hahahaaa.. (sore jin dlm citer ahmad albab)

 


RM1 semeter hokeyyy!
Believe It! Believe It! *tepuktepukmuke



Semua ni RM1 semeter..

Perrccaaaayyyaaaaalaaahhhhhh (ala2 Tokti)

Ahkak tak kuad dek non nak menahan tak membeli. 
Nawaitu nak beli 12 meter jer untuk tukar kerusi kat dinning.. sekali tu... hurrrmmm
ahkak tak kuad semangat..

See!! Believe it, it's not mine
Ni semua kepunyaan ahkak2 yang tak kuad semangat, macam aku..

Kak Moon & Me
Kalau nak tau, ni lah orangnya. Yang tudung biru ni.. Iyer yang nilah Kak Moon. Yang buat ahkak2 kat Sarah Hughes Globe semalam tak kuad semangat. Ada yang peluk tiang tunggu turn nak potong langsir. Ada yang sebelah tangan pegang langsir yang berkenan tapi taknak lepas, tapi tangan lagi satu pegang langsir lain jugak..pekenan yang tu jugak.. hahahaha.. Ada yang siap call sedara mara kat kampung, yang nak kirim jugak. Haahhahaa Ada yang dah terduduk atas2 langsir pun ada.. Hahahahaaa..
Ada pulak tu, tetiba pulak mak dia call nak kirim beli langsir 40 meter.. 
#ekekekek Akulah ituew. Hahahahaha

Ok, jangan tanya aku bila lagi Kak Moon nak buat sale menggila ini sebab aku pun taktau ada lagi ker idak. Kalau ada In Syaa Allah akan ku war2kan pada teman2 sekalian.


ok!


I lebiu Kak Moon & Sarah Hughes Globe <3

Friday, September 5, 2014

Burgerbyte @ Tasik Permaisuri

Pada sesiapa yang masih mencari-cari tempat makan western kat area Cheras ni, aku sajes kan korang try Burgerbyte. Lokasinya di Bandar Tasik Permaisuri berdekatan dengan Bank Islam. Aku tahu tempat ni pun setelah menskodeng blog Illa's Diary. Nampak cm menggiurkan jer makanan2 kat situ.


Copy from fb burgerbyte



Waktu operasi bermula jam 5.00 petang. So, aku balik2 keje terus ajak en. daddy pegi makan kat sini. Masa kitaorang sampai tu, boleh tahan ramai jugalah orang. Tapi nasib baik ada  tempat duduk.


Aku carik port paling strategik sebab masa tu nak layan cerita 'Rindu Awak 200%'. Hooii best giler citer tu. Captain Zill Faezrul. Hensem pulak aku tengok dia dalam citer ni. Dalam citer ni jerlah..  #coverbalik Haiii en daddy, lebiu!

Copy from fb burgerbyte
Naked Burger menu yang paling top kat sini
 
Copy from fb burgerbyte

Menu


Grill Burger


Kitaorang order yg ni je Grill Burger & Juice Apple. Share dua orang. Cukuplah tu. :) Ate menjiwai watak Zill Faezrul & Armel Aisya, loving2 gituew! #nyampas. Hehehehe.

My Review: Boleh tahan sedap jugaklah rasa dia. Macam ala2 burger bakar jugak. Harga standard makanan western.   Suasananya agak santai memang sesuai untuk jadi port melepak.. 




Selamat mencuba!

Happy Cooking Time!

Haammbbooiiii... happy sangat lah aku ni yer nak masak sambal sardin malam2 buta ni. Anjeeee angat korang ni. Nade-nade sangat.  Sambal sardin pun nak kekton yang masakkan, sedaaaap sangat katenye kalau kekton yang masak. Sebenarnya Kekton okey jer.  Stakat sambal sardin tu, waalaaaweeiiiii sonang jer (sebelah tangan ngacau sambal sebelah lagi basuh pinggan) #Hahhahaaa  Tapi korang pun agak2lah, bagilah kekton task yang mencabar sikit. #ehceh barulah kekton boleh eksen jadi masterchep. #haahahaha


Ada jugak ker nak mintak resepi sambal sardin?? Sila email kat kekton yer. Resepi akan dikongsikan atas permintaan sahaja. #Muuuahahahaaa Sambal sardin jerrr koootttt
 

Bau tak sampai kat opis korang??

Sambil-sambil nak tunggu sambal tu garing, silalah mencuci aper2 yang patut kat singki tu dulu. Jangn tunggu dah bertimbun baru nak ko nak basuh. Ko ingat singki ko tu luas mcam padang bola?? Memang takkklah kan..??


Tadaaaaa...!!! Sambal sardin dah pun siap untuk kewsayangan2 kekton semua #kembang kembangidong 


Time untuk cuci kuali. Ok, aku nak share sikit ngan korang. Kalau bab2 mencuci kuali/ periuk aku prefer pakai pencuci dari cosway ni. 'Cream Cleanser' Memang okey sangat. Stakat ko nak basuh belakang bontot kuali yang dah berjelaga tu memang senang nak hilang. Korang letak Cream cleanser tu kat blakang kuali tu, yang kat hitam2 tu tapi jangan campur ngan air tau. Biar dia dalam 15 - 20 minit, kemudian basuh. Yang bestnya, korang takyah susah2 nak menyental sampai terkehel tulang bahu. #ekekeke Memang senang nak tanggal. Tapi kalau bontot kuali korang dah berkerak, cam dalam gambar tu, paham2 sudah lah yer .. Memang payah sikitlah nak hilang.
**Tips dari aku, lepas guna kuali, terus letak Cream Cleanser tu 15 -20 minit then cuci.


Lagi satu barang yang aku feveret guna ialah "Serai Wangi". Aku kalau nak mengelap dapur, mesti pakai benda ni. Yang bestnya serai wangi ni boleh kurangkan semut, lalat, lipas & seangkatan dengannya. Sebab spesis ni tak suka bau dia. Kalau lepas makan pun, time nak lap meja pun aku pakai ni jugak. Wangii jer bau dia. Tak caya korang trylah! *_*



Sambil-sambil mengemas, terpandang pulak aku satu2nya apron yang aku ada setakat ni. Renoma okey, bukan calang2 masterchep yang ada benda ni. #hahahaa Aku beli masa qaseh kecik lagi. Beli kat pasar malam Sg. Buloh bundle jer pon. 
Tak silap aku RM10 jer. Oklah tu kan?!

 Tempat aku bersilat ^__^


 Motip?
 Ok, sebenarnya ada kisah di sebalik gambar yang aku pertontonkan kat korang ni. Last week, sampai 2 hari berturut-turut aku carik bekas letak bawang ni tak jumpa. Aku masuk setiap kedai yang jual peralatan dapur kat area sg. buloh tapi tak jumpa. Kebanyakkan tokey kedai cakap, barang ni dah lama tak ada. & dorang tak restock lagi. Aku tak putus asa, selagi tak dapat, macam hati tu tak puas. Sebab aku dah start terbayang2 dia tergantung kat dapur kecik aku tu. Kebanyakkan yang dorang tunjuk kat aku tempat letak bawang plastik yang letak kat lantai. Tak nak aku. Aku nak yang cmgini jugak. Lepas pencarian masuk hari kedua tak jumpa, kedai yang terakhir sekali aku masuk, aku sempat cakap dalam hati "kalau ada rezeki aku, adalah.. kalau tak da xpelah..." aku tanya kat tokey kedai tu, terus dia tunjuk kat aku. Hambek ko macam2 color ada. biru, pink, putih, hijau, hitam... pilih jer yang mana berkenan.. Uuhuuuu... Ya Allah. Aper yang aku belajar dalam proses pencarian bekas bawang masa itu ialah 'Kita kene redha' terima hakikat. Ya Allah. Nampak simple kan? Tapi itu yang Allah nak sampaikan kat kita.. Alhamdulillah.



Sebelum balik, sempat aku borong bawang besar, bawang putih & bawang kecik (walaupun aku tak pakai sangat) nak gantung punya pasal kan. Balik-balik rumah terus aku gantung kat dapur. Huurrrmmm. Puas hati aku, umpama dapat beli handbang berjenama rasanya bila tengok dia tergantung kat situ.


Leeeggaaaa...puaasss hatiii sangaaattt


Wednesday, September 3, 2014

Farm In The City, Seri Kembangan

Hoollaaaa..cikebum..cikebum...
Project last weeken. Biasalah aku, pagi2 buta gosok mata, kejut en. daddy.
Yang, arini bawak anak pegi Farm In The City nak tak??
tetiba pulak kan..? tak hagak2 nak tunggu laki tu bangun dulu. hehehe..
Aku ni bukan boleh di plan2, kang tak menjadi. Nasib baiklah laki aku ni baik hati (puji bukan sia2 yer) terus dia suh aku & anak2 siap. Lega aku. Apalagi, melompatlah sorang2 masuk bilik air. Hehheee. Aku ajak mak aku sekali, sian kat dia boring sorang2.

 
Address: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,  
Bandar Putra Permai, Sri Kembangan 43300, Malaysia

Harga tiket:
Dewasa : RM30
Kanak-Kanak : RM25 (Bawah 12 tahun)
**ketinggian di bawah 90cm free
Warga emas : RM25 *60tahun


Si kenit ni pun sibuk nak ukur tinggi jugak..  :)


 Aperlah yang dak Adam kelentong dak kenet tu yer.. hehehe

 Yang bestnya kat sini, korang boleh dekat dgn haiwan2 yang ada kat situ. 
*Opkos yang tak merbahayalahkan
Korang boleh rasa texture bulu dia, korang boleh pegang dia, korang boleh kasi makan..
Tu yang budak2 happy.
 
Farm Activities
Qaseh & Adam
Hoiiilah dak Adam.. letih aku nak melayan dia, dari sampai, sampaikanlah dah nak balik asyikkan pok..pek..pok..pek..jer mulut dia,  
Mommy, bestlah tempat ni, banyak haiwan yang pelik2 adam tengok ada kat sini.
Pelik ke bendanya, ayam belanda jer pun. ekekeke.. sian anak aku, budak bandor katakan..


Landak 

Kemain jinak lagi burung ni. Best kan?!


 Eleeehh, stakat nak kasi makan burung, aku pun boleh..
Tak mencabar langsung




Ni baru betul2 mencabar.
Nampak tak? Tahap keberanian aku takat mane.. Muaahhahaaa
Macam aku cakap td boleh pegang, boleh rasa texture kulit dia..boleh main geletek2 perut dia..
Uuhuuuu... #gelinakmampos bila ingat balik, aku boleh rasa paru2 dia gerak2. Nasib baik dia tak merayap kat bahu aku, mau aku campak dia..

#eeeeeiiiiiiii...



 Kemain eksen lagi si kenet ni. Tak takut langsung.
Indah ni pencinta haiwan kalau korang nak tau.


Aktiviti ni paling best. Tangkap ikan longkang. Seronok giler. 
Aku ingat senang nak tangkap, rupanya susah giler.
Aku try, en. daddy try, mak aku try, adam & qaseh pun try. Si kenet pun tukang perati jer. Dia dah nak terjun kat dalam air tu. Hahahaa..
Dekat setengah jam duk kat situ, sekor ikan jer yg kitaorang dapat.
Ceh! Dah ar susah nak dapat, bukan boleh bawak balik pun. #doubleceh!

Tapi yang penting semua orang happy.

T___________T

Fish Feeding
Jangan risau, makanan ikan memang dorang sediakan. Takyah beli.

Ayam kat sini demok2. Goreng pun sedap. Yuuumm!


Stakat pose kat tepi rusa tu, kekton pun boleh. #libastudungkeneorangsebelah
 Ada gaya model majalah maskulin tak? Anyone?
ekekekeee..


Nengok kekton, cmni baru betul2 berani.
Hahahaaa.. Aku rasa ada kebenaran dari kata2 mak akulah.
Agaknya binatang2 kat sini dah di bagi ubat penenang..?
ekekekee.. yerlah kot.. elekk jer aku nengok dorang2 ni.
Hahahaaaa

Dah puas explore tempat ni. Time to go home
Loteh sudah.

Review dari aku:
Tempat ni memang best.. best..bestttt, bersih & tak panas.
Haiwan dia pun jinak.
Memang sesuai untuk seisi keluarga.


Ok, kekton nak chow dulu!











ok, bai.






Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...