Monday, September 29, 2014

Portmeirion Oh Portmeirion

Hambooiii ko dah kenape kekton ooii..
Dah jadi makcik-makcik sangat ni. #dushdush
Dolu-dolu, bilamana mak aku dok sibuk main kutu nak beli pinggan mangkuk, aku pulak dok sibuk membangkang.. Takyah belilah.. nak buat aper banyak2..? mane nak letak..?
Hambooii kemain lagi ko yer eksen. Tapi itu dolu-dolu.. tapi skunkk?? aper citaaaaaaa???!!
Kemain ko yer, boleh berejam jam pulak ko dok melanguk kat depan komputer.
Tak muntah pulak ko yer kekton??

Hooiiilah.. 
inilah penyakit sakit yang aku alami. Tak kebah-kebah selagi tak dapat.. uuhuu
Aku dah jatuh cinta ngan pinggan mangkuk.
Mangkuk betul!!

Hahahahaa..

Nak nengok tak cmner rughpa pinggan mangkuk tu yang aku dok mimpi2kan tu..

Silalah join aku sekali.. veraaaaaangan tak sudah-sudah

hukhukhuk!











Santekk ke idak??
Harga dia pun santekk ke idakk??

Sila ikat perut kalau nak merasa yer kekton.. 

#nangeskatbucukatil



Kalau korang tak boleh tido malam, jangan salahkan kekton yer.
Salahkan Portmeirion ni.

ok, bai!

Wednesday, September 24, 2014

Adam & Loom Bands

Kalau bercerita pasal anak-anak, tak pernahkan habis. ekekeke... Ada jer benda-benda baru, perangai-perangai baru yang dorang nak tunjukkan kat kita kan??

Ok, skunk dak ADAM ni dah pandai nak berniaga pulak. Kan skunk tengah musim Loom Bands. Ala yang main getah-getah color tu. Yang kita anyam boleh jadi gelangh, jadi rantai, jadi cincin, jadi getah rambut pun boleh. Zaman aku dolu-dolu getah ni ada 1 color jer pun tak dapek yang berkaler2pul ni. Itupun masa zaman aku dulu, tak mintak duit mak semata-mata nak beli getah.. Nak mamposs?? kang getah tu jugaklah yang hinggap tengah blakang.. Uuhuuu takoott giler aku time tu. Kalau waktu dulu, aku nak main lompat getah, aku siap kutip kat kedai runcit bawah umah aku tu. Kutip banyak-banyak, kumpul, then main lompat getah. Itu pun dah cukup haven dah time tu. Hahaha..

Budak2 skunk, takyah mintak, mak bapak pulak yang naik syiokk nengok getah tu color2pul. Geram jer nengok, sebab cantik-cantik pulak color dia. #hahahaha  #akulahtu yerlah zaman dolu-dolu tak merasa.. uuhuuu

So, skunk dia pun dah start terjebaklah jugak. Aku ajar dia sekali jer mengayam benda tu terus terror. Then dia turunkan pulak ilmu tu kat Qaseh. So skunk dua bradik ni sibuklah mengayam loom bands tu. Yang klakarnya, pegi rumah orang kawin pun dia bawak benda tu. Yang paling tak menahan tu sebelum pegi umah orang kawin tu, dia sibuk tanya aku, ada tak payung ngan meja. Aku tanya gak nak buat aper. Rupenya dia nak pacak payung & meja tu kat umah orang kawin.  Hoooiiilah adam, jangan hober sangat okey, jangan kasi malu mak apak ko ni yer nak.. #ekekeee majlis orang tu nak, bukan majlis kita yer... kaber sikit.. HAhahaaa.. Korang tau, masa kenduri tu ada gak yang membeli loom bands dak adam ni.. Heheheee.. Adam jual kalau gelang size Medium - RM1/pc tapi kalau tangan orang tu besar sikit dia jual Large - RM2/pc then kalau cincin dia jual RM0.50 sen jer.

 Tenkiu yer yang sudi membeli <3

Contoh Loom Bands

Pastukan, dia siap cakap Mommy, kalau mommy free2 nanti, mommy masukkanlah gambar getah2 abang ni kat facebooknyek, nanti barulah orang tau abang jual loom bands ni. Hahahah nak tercekik aku dengar.. tergelak aku bila dia request cmgitu. Nampak tak?? dia cuba untuk meluaskan bisnes dia.. Ekekekekeke.. 

Tangan Customer

 Poyokan??! bila dapat order kemain seronok lagi dia. Siap cakap ngan qaseh, harini ramai 'customer' order getah ni, banyaklah kita duit qaseh.. Hahaaa padahal customer tu aunty2 & uncle2 dia jer pun. hehehe perkataan customerrr tu yang tak boleh tahan tu.. nyammmpahh aku!


Kenkadang tu seronok gak aku nengok dia berniaga. Siap ada package Services After Sales lagi. Ko mampu?? Hahaha. Bila customer order ngan dia, kejap2 kang dia ukur tangan customer, tak muat dia kait lagi.. kang dia ukur balik, sampai ngam2 tangan customer. Siap dia suh customer tu cuba pakai depan dia lagi. Tanya customer okey ker tidak, kalau tak okey dia akan buat sampai customer puas hati ngan hasil tangan dia.. Hahahahahh ko mampuuu???!  Yang lagi bestnya customer boleh pilih combination color yg dorang nak. Hebat anak aku! #oopssterpujianaksendiri #ekekeke #matilar

Masa pegi umah MIL, abis semua orang dia suh beli. Terpaksalah aunty & uncle dia melayan dua bradik tu. Ekekeee. Yang uncle boy dia pun saje lah menanye boleh ke dia nak tempah buat rantai. Tak sempat uncle boy dia nak cakap nak yang cmner, cmner dia dah cakap awal-awal.. Ooo itu mahal sikit sebab besar, RM10 kalau rantai.. Hahahahahah.. tersembur aku & boy bila dia pandai letakkan harga. Ekekekeke.. memang tak sangka aku. Ekekeke.. ko ingat boleh *chenekel dia?? dia lagi bijak okey.. Hahahahaaa.. Adam.. Adamm...

Oh yer, malam tadi Aunty Leez dia call nak tempah getah rambut 6 pcs. Kemain happy lagi dia. Siap cakap ngan qaseh, harini ada lagi customer nak tempah getah rambut ngan kita.. Hahahaha. Siap dah congak2 dah brape amount yang dorang dapat nanti. Ekkekeke.

Siannn anak-anak aku, kecik2 dah pandai carik duit sendiri.. Hahahaha

Tetiba aku teringat conversation aku ngan dak Adam aritu, sajelah aku nak nengok dia cmner.. :)

Mommy : Abang, nanti mommy buatkan abang facebook nak tak?
Adam : Boleh lah, nanti mommy buatkan abang facebook. Tapi abang tak nak instagram tak best, abang nak twitter tau mommy!
Mommy : Gulp! (twitter pun aku takdo cmno..??) 

Hahahahahah. Anak owh anak!


Siapa nak order boleh lah rojer kitew! <3



Jemputan Eksklusif Sarah Hughes & Kak Moon

Salam.

Seperti yg telah Kekton janji-janjikan aritu sekiranya ada pengumuman pasal jualan langsir murah dari Sarah Hughes Kekton akan share ngan kengkorang kan..?? kan..?? kan..??#silaangguk

Ingat lagi tak Kekton penah citer pasal kekton beli langsir murah RM 1 semeter??  SINI. Skunk Kak Moon & Sarah Hughes tu wat hal lagi uolzz... uuhhuuu. Kali ni Kak Moon nak jemput pembaca2 belog "Moon Punye Blog"  ke Jemputan Ekslusif Globe Sarah Hughes #silapitamuolzz


Copy fb Kak Moon


Jangan lepaskan peluang uollzz.. Cepat-cepat angkat tangan kat Kak Moon yer. Kalau lambat melepasss uollzz Kekton tak jamin yer!!

Copy fb Kak Moon


Details:
Details: Globe Sarah Hughes, Level 7
Ahad, 28hb September 2014 
Jam: 11am-4pm 

Harga bermula dari RM5 onwards. Langsir bidang 60 jd flat price RM 10 tak kirelah harga dia 50 ke 60 ke, as long bidang dia 60. Best ke  idoookkk?? Bestt ke idokk?? *Jangan terlapang sangat mulut tu deknon.. hahaha aper lagi set lah time ahad ni yer uolzz.. Sampai sane, jangan lupe cakap kata kunci ni I Follow Blog Moon.

Ok,  uolzz.. Semoga korang kuad semangad yer & Selamat berjuang!


*hiks

Friday, September 19, 2014

Nuffnang Premiere of Annabelle

Jomlah mentry nasib, manelah tau boleh menang pass Annabelle. 
*hiks*


Nengok muke patung ni pun aku dah start nak meremang bulu roma. uuhuuu
Blom pegi nengok kat wayang lagi.. Uuhuu.. taktau cmner..
 


 Ko tak pengsan, kalau ada patung kat umah camgini??
*seram nok!


Synopsis

She terrified you in “The Conjuring,” but this is where it all began for Annabelle. Capable of unspeakable evil, the actual doll exists locked up in an occult museum in Connecticut—visited only by a priest who blesses her twice a month.

John Form has found the perfect gift for his expectant wife, Mia—a beautiful, rare vintage doll in a pure white wedding dress.  But Mia’s delight with Annabelle doesn’t last long.

On one horrific night, their home is invaded by members of a satanic cult, who violently attack the couple.  Spilled blood and terror are not all they leave behind.  The cultists have conjured an entity so malevolent that nothing they did will compare to the sinister conduit to the damned that is now…Annabelle.

Director: John Leonetti
Cast: Annabelle Wallis, Alfre Woodard, Ward Horton, Tony Amendola, Eric Ladin, Brian Howe
Producers: Peter Safran, Joan Mao, James Wan
Writer: Gary Dauberman
Presented by Warner Bros. Pictures and New Line Cinema






Meh layan trailler.. nak tau seram ke idokkk..


 

Info Lanjut:

 
Date: 30th of September 2014, Tuesday
 Time: 9.15pm
 Venue: TGV 1Utama

Thursday, September 18, 2014

Cuti Malaysia Punye Citer

*Kemarin punye citer

Mommy kan bukan boleh terperap kat umah lama sikit, mulalah panas vontot menggelenjat mengajak en. daddy kuar gi jenjalan. Alasan yg selalu mommy pakai ialah Jomlah kuar, sian kat anak-anak terperap je kat umah, time nilah masa nak bonding2 ngan anak-anak.. uuhuuhu.. selalunya alasan ni berjaya menusuk di kalbu en. daddy.. hahaha... Yeeszz!

En. daddy ajak gi One Utama sebab dah lama kat ke situ katanya. Sebenar-benarnya mommy malas gak nak ke situ, sebab dah tau bebenor area situ susah nak dapat parking tambah-tambah cuti umum kan... Nak taknak mommy ikutkan jugaklah, janji berjalan.. Sekali tu, ha! hambek ko nak dekat 1/2 jam cari parking baru jumpa. Itu pun paling atas sekali. huuuhuu.. nasiblah.

Jalan-jalan, pusing-pusing singgah Hamleys. Memang syurga kanak-kanak. Aku biarkan jer bebudak tu main puas-puas kat situ. Tapi aku dah warning kat dorang No beli-beli yer!

Hober excited budak kenit ni.


Pilih-pilih dulu yer Indah, ujung bulan baru kita gi beli. ^_^

Gegurl Sesion.

Happening jugak kat Hamleys ni. Banyak aktiviti yang dorang sediakan. 
Maybe sebab cuti sekolah kot.

Dah puas tawaf kat dalam Hamleys tu, singgah pulak kat Toy's r us.
Dah penat kat toy's rus tu, isi perut dulu sebelum balik.

Adam & Qaseh
Dah busat dah budak berdua ni. Mommy semakin mentualah gamaknye..
#kuisairmata


Di sebabkan ada orang tu tak dapat membeli kat Hamleys mahupun Toy'srus dia request nak ke Daiso pulak. Oklah nak, mommy ikutkan je, janji korang happy.

Singgah kat Daiso, Strand Mall pulak.

My Kiddos

Indah Cinta Qhadeeja

Budak kecik chenonet yang tak banyak ragam kalau bawak dia gi jalan-jalan. Cukup senang. Alhamdulillah


My luvely Kids

Dapatlah orang tu merembat something kat situ. Barulah puas hati dia. Barulahlah dia ngajak balik.. Kalau takkk tu selagi tak dapat... Nasib baik RM5.. ekekekeke



Duhai anak-anak sesungguhnya Mommy & Daddy sayang korang sangat-sangat.


#hugandkisses

Wednesday, September 17, 2014

Tutorial : Cara Letak Widget Instagram Kat Blog

Kemain eksen lagi ko yer kekton, sejak dah pandai tepek widget insta kat belog.
#libasbucutudung
Pleaselah bagi aku chance nak tunjuk eksen sikit jer.. hahaha WALAUUPUN aku pun baru tau tadi.
#ekekeke

okey..okey, meh sini aku ajarin korang camner cara2 dia.

First Step: 
Pegi kat link ni snapwidget
Then, bila korang dah click kat situ akan keluar camgini. 

Click kat Get Your Free Widget

Fill up Customize Your Widget
Bila korang dah click kat Click kat Get Your Free Widget, akan keluar Customize Your Widget.
Kat sini korang kene fill up details korang and adjustlah nak widget insta cmner.

Preview
 Bila dah fill up tu, korang preview dulu. Tengok cmner dia punye layout. Kalau dah okey, dah berkenan terus click kat Get Widget

Get Widget
 Bila dah click kat get widget akan keluar code ni, then copy semua code tu.

Bukak belog. Pegi dekat  
Layout > Add A Gadget > HTML/JavaScript > Paste Code tadi & save.

Siap!


P/s: pastikan instagram korang tak private kalau tak, sampai sudah tak boleh buat..



Selamat Mencuba!


Monday, September 15, 2014

Harini Mood Lemah LemauuuU

Hoiii apahallahh lemah lemau sangat engko ni Kektonnn ooiii..
Macam rasa nak seret2 je kaki ni melangkah..
Mata ni rasa macam nak letak cungkil gigi jer kasi dia terbukak luas-luas..

#uuuhuuu... :(

laarrr senin rupenye.. patutlah..

Esokk cutiii lah uollzz..
 HuuuyeeaAAA!!!!  
#segarbalik
bersempena Hari Malaysia 16 September


T______________________T



credit photo to: Petronas



Selamat Menyambut Hari Malaysia!!

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...